Kepentingan Dasar
Pelaksanaan Kegiatan
Kokurikulum di Sekolah
Ahli kumpulan :
PPRBMM1-4
1. Katerina anak Jimbat
2. Stephanie Nantai anak Sibat
3. Nurien Jazlina binti Marzuki
Kepentingan Dasar Utama (1) :
Kegiatan Kokurikulum Adalah
Sebahagian Daripada Kurikulum
Kebangsaan
Melahirkan murid yang seimbang dalam perkembangan mental dengan
perkembangan rohani, jasmani dan emosi murid.
Dalam membantu perkembangan intelek dan rohani serta emosi, maka jasmani yang
sihat dan cergas perlu diutamakan.
Kokurikulum menggalakkan kecergasan fizikal agar mempunyai kesihatan yang baik
dan berupaya berdikari.
Kepentingan Dasar Utama (2) :
Penyertaan Murid Dalam Kegiatan
Kokurikulum Adalah Wajib
Dapat melahirkan murid yang berdisiplin serta bertanggungjawab.
Penyertaan, kehadiran dan pencapaian murid dalam kegiatan kokurikulum hendak
direkod dan diberi penilaian. Penilaian tersebut dibuat berdasarkan kehadiran 50%
jawatan 10% penglibatan 20% pencapaian 20% dan bonus 10%.
Kepentingan Dasar Utama (3) :
Penyertaan Semua Guru Adalah Wajib
Penyertaan semua guru sebagai penjawat awam dalam mengurus, menyelia dan
mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib dan penting bagi memastikan
keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah (Perkara 5.2 dalam Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).
Pada masa yang sama, guru juga dapat mengamalkan kehidupan yang sihat dengan
menyertai aktiviti kokurikulum yang dianjurkan. Walaupun sentiasa sibuk dengan kerja,
kesihatan juga amat penting sebagai contoh dan ikutan kepada murid-murid.
Kepentingan Dasar Utama (4) :
Perlaksanaan "Kegiatan Kokurikulum"
Memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.
Murid-murid dapat mempelajari Teknik baru daripada aktiviti yang disertai .
Contohnya semasa bermain bola tampar, murid dapat mempelajari skill yang baru dan
lebih berkesan untuk menewaskan pihak lawan.
Kepentingan Dasar Utama (5) :
Penyertaan "Beramai-ramai"
Melalui dasar ini, perpaduan antara murid yang berbilang bangsa dan agama dapat
dicapai kerana murid saling hormat- menghormati antara satu sama lain .
Dasar ini boleh mempraktikkan sikap mesra, tidak sombong dengan orang lain
dalam diri murid kerana murid akan saling bergantung antara satu sama lain.
Contohnya, aktiviti gotong-royong membersihkan halaman sekolah, murid akan
bekerjasama menghabiskan tugasan. Di samping itu , murid juga dapat mengeratkan
hubungan silaturahim antara satu sama lain
SESI SOAL
JAWAB
TERIMA
KASIH