The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KaterinaJmbt, 2022-03-21 05:22:13

BMMB1104 TUGASAN 1

BMMB1104 TUGASAN 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
JALAN BAKAM

98000 MIRI
SARAWAK

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN [PPISMP]
AMBILAN JUN 2021

BAHASA MELAYU[SK]

KERJA KURSUS
BMMB1104: KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

TUGASAN 1 : PENGHASILAN PRODUK

NAMA PELAJAR : ANGEL SERENA ANASTACIA ANAK ANTHONY
ANGKA GILIRAN : 2021022310083

NO. KAD PENGENALAN : 020806-13-0348

KUMPULAN/ UNIT : PPRBMM 2-4
KOD DAN NAMA KURSUS
NAMA PENSYARAH : BMMB1104 : KESUSASTERAAN DAN
TARIKH HANTAR KEBUDAYAAN MELAYU

: PUAN SELINA HJ AHMAD

: 21.03.2022

PENGAKUAN PELAJAR MENERIMA :

MAKLUM BALAS DARIPADA

PENSYARAH

Bil. Isi Kandungan Muka Surat

Soalan Tugasan 1

1.0 Pengenalan 2

2.0 Konsep dan Fungsi 2

Kesusateraan Melayu

3.0 Manifestasi Akal Budi 3

Masyarakat Melayu

4.0 Rumusan 4

5.0 Sumber Rujukan 6

1

SOALAN TUGASAN

Masyarakat Melayu kaya dengan karya-karya tradisional yang penuh dengan
manifestasi pemikiran berkaitan dengan kehidupan. Setiap jenis karya yang dicipta
sarat dengan maklumat dan isian sama ada bersifat keintelektualan mahupun
kerohanian.
Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu
dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional dan seterusnya bincangkan
manifestasi akal budi pantun-pantun Melayu berikut:

Cedok air dengan baldi,
Cedok nasi dengan senduk,
Baik dibawa resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.

Tingkap papan kayu persegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.

Berburu ke padang jajar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

2

1.0 PENGENALAN

Dalam kelompok kesusasteraan Melayu tradisional, pantun merupakan suatu
wadah sastera, dalam bentuk lisan dan disampaikan secara turun-temurun daripada
satu generasi kepada generasi yang seterusnya. Bentuk lisan ini juga diketahui
sebagai sastera rakyat dan terbahagi kepada dua jenis iaitu dalam bentuk cerita dan
bukan cerita. Misalnya, pantun,syair, zikir, gurindam dan sebagainya merupakan
sastera lisan di bawah kategori bukan cerita. Kamus Dewan (2007), menerangkan
bahawa pantun boleh didefinisikan sebagai sejenis puisi lama yang mengandungi
empat baris dalam setiap rangkap atau sajak pendek.

2.0 KONSEP DAN FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU

Siti Hajar Abdul Aziz (2011), menjelaskan bahawa kesusasteraan Melayu
merupakan hasil karya dan rekaan seni yang terdapat dalam kalangan
masyarakat Melayu.Dalam masyarakat Melayu tradisional, sastera bersatu dan
integrasi berlaku pada setiap hari. Misalnya, bayi yang ditidurkan secara sengaja atau
tidak, oleh seorang ibu dengan menyanyikan balada-balada yang berirama dan
sedap didengar. Contoh yang seterusnya, berlaku ketika upacara perkahwinan
dijalankan. Misalnya, semasa wakil keluarga pengantin lelaki berbicara dengan wakil
keluarga pengantin perempuan, tetamu jemputan sebenarnya menyaksikan satu
babak dramatik dengan bahasa yang mempesona dan indah.

Berdasarkan Ali Ahmad (1994), sastera lahir daripada bahasa Sanskrit, iaitu
“castra” namun cara sebutannya ialah “syastra” yang bermaksud kitab suci.
Perkataan kesusasteraan terhasil daripada perkataan Sanskrit, iaitu susastera yang
membawa makna huruf atau buku indah. Kesusasteraan pula bermaksud,
karya-karya tulisan atau hasil seni dalam bentuk prosa atau puisi yang memiliki
ciri-ciri keistemewaan tertentu.

Antara fungsi kesusasteraan Melayu yang dapat diperolehi ialah nilai pendidikan.
Sekiranya kita berbalik ke belakang dalam aliran kehidupan masyarakat Melayu
sebelum zaman moden atau lebih dikenali sebagai masyarakat Melayu tradisional.
Zaman di mana cerita-cerita rakyat dipertuturkan secara rutin dan kerap. Misalnya,
orang-orang tua bercerita tentang alkisah legenda seperti Batu Belah Batu
Bertangkup, Bawang Putin Bawang Merah dan sebagainya kepada anak-anak muda
di mana nilai pendidikan yang murni dapat diperolehi daripada cerita-cerita yang
disebutkan itu. Selain daripada cerita legenda, cerita jenaka juga dapat memberikan
nilai pendidikan. Misalnya, khalayak yang mendengar cerita ditentang Mat Jenin

3
diasuh agar tidak menjadi seperti dia, yang sekadar hidup berangan angan. Hal ini
kerana kekayaan berlaku sekiranya ada usaha, bukan hanya berangan angan. Jika
terus berangan-angan, malapetaka pula akan menimpa seperti Mat Jenin.

Selain itu, kesusasteraan Melayu juga berfungsi dari segi hiburan. Seperti yang
sedia maklum, pada zaman masyarakat Melayu tradisional, tiada teknologi canggih
untuk memberi hiburan terutamanya pada masa senggang jika dibandingkan dengan
zaman moden sekarang. Justeru, prosa tradisional seperti pantun, gurindam syair
dan seloka diwujudkan untuk memberi hiburan pada masa lapang. Misalnya, seloka
Pak Pandir bukan saja hebat dalam memberi nilai pengajaran namun juga
menyeronokkan untuk didengar. Pada zaman dahulu, anggota masyarakat Melayu
tradisional akan berkumpul pada waktu malam selepas penat mencari rezeki, dengan
mendengar cerita-cerita rakyat oleh penglipur lara. Masyarakat Melayu tradisional
tersebut juga akan belajar menerusi cerita rakyat sambil berhibur.

Aripin Said (1996), menerangkan bahawa sastera berupaya untuk menjadi alat
kawalan sosial dalam kehidupan seharian. Menerusi cerita rakyat umpamanya,
anggota masyarakat Melayu tradisional diberitahu mengenai perkara yang boleh dan
tidak boleh dilakukan. Contohnya, sekiranya derhaka kepada ibu bapa, anak itu akan
mendapat bencana sebagaimana yang telah menimpa Si Tenggang. Jika
berangan-angan tinggi tanpa adanya usaha, maka seseorang itu akan menjadi
seperti Mat Jenin. Malah, anak-anak harus bijak dan cerdik seperti Sang Kancil
sebagaimana yang selalu diceritakan. Cerita rakyat merupakan rujukan bagi
penyelesaian masalah dalam kehidupan. Perbuatan yang baik seperti yang boleh
didapati dalam cerita rakyat perlu dijadikan teladan.

3.0 MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU
Berdasarkan rangkap pantun pertama, cuba menyatakan bahawa semakin

berilmiah seseorang itu, maka seseorang itu harus semakin merendahkan dirinya.
Rangkap ini berkait dengan masyarakat Melayu yang cuba menekankan nilai rendah
diri tanpa mengira tinggi kedudukan seseorang itu. Bagi memastikan nilai sosial di
kalangan masyarakat Melayu terjamin, maka penerapan nilai rendah diri adalah
penting. Misalnya, seseorang itu tidak menganggap dirinya lebih tinggi dari orang lain
dengan bersikap lemah lembut dan hormat kepada sesiapa pun, tanpa menilai
pangkat atau kekayaan seseorang itu. Seseorang yang mempunyai sikap rendah diri
akan sentiasa bersikap terbuka untuk mendengar nasihat daripada sesiapa pun dan
mempelajari setiap kesempatan dan perkara tanpa mengira masa.

4
Berdasarkan rangkap pantun kedua, cuba menerangkan bahawa orang yang
berbudi akan dipandang mulia, manakala martabat bangsa diukur dari segi
kesopanan tutur kata dan bahasa. Rangkap jelas menyatakan tentang budi bahasa.
Fungsi pantun nasihat adalah untuk mendidik atau mengajar. Bagi memupuk
nilai-nilai sosial, masyarakat Melayu tradisi amat menekankan kepada budi bahasa
dan tatasusila. Perbuatan yang berdasarkan kepada keperluan ini, akan dianggap
dapat melengkapi nilai-nilai yang dikehendaki secara tradisi. Dalam masyarakat
Melayu tradisi, budi bahasa itu memiliki kedudukan penting dalam menetapkan
kedudukan seseorang. Budi bahasa itu tidak dapat dijual beli dan daripada perbuatan
yang berdasarkan budi bahasa itu, kedudukan dan kebaikan seorang itu dalam
masyarakat dapat dilihat jelas dan terang. Ibu bapa sangat menekankan peri ini
kepada anak-anak disebabkan kepentingannya semasa dewasa kelak. Menurut Wan
Abdul Kadir (2000), pembinaan budi bahasa penting kerana, budi bahasa itu dapat
membentuk diri seseorang dengan menunjukkan perlakuan yang dipandang tinggi
dan dihormati oleh orang ramai. Justeru, fungsi dan peranan pantun dilihat dapat
memberi makna dalam bentuk didikan, mengenai nilai budi bahasa dalam
masyarakat Melayu.
Berlandaskan rangkap pantun ketiga, membawa maksud sekiranya ilmu yang
dituntut tidak dengan sepenuh hati, maka tidak ada fungsinya. Rangkap ini berkait
dengan masyarakat Melayu yang cuba menegaskan mengenai nilai kegigihan
semasa menuntut ilmu iaitu secara bersungguh-sungguh. Menuntut ilmu secara
bersungguh itu merupakan perbuatan yang baik kerana orang yang berilmiah akan
disanjung tinggi oleh masyarakat sekeliling, berdasarkan khidmat mereka untuk
kebaikan umum. Contohnya, penglipur lara yang menyampaikan cerita rakyat atau
pantun. Hal ini kerana masyarakat Melayu tradisi dapat menambah ilmu pengetahuan
berdasarkan prosa tradisional yang disampaikan. Justeru, khidmat yang diberikan
akan dihargai oleh para masyarakat. Misalnya, untuk zaman kini, jasa guru yang
menyampaikan ilmu kepada para pelajar adalah dihargai kerana kehidupan
seseorang pelajar itu terjamin melalui ilmu yang diperolehi.

4.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, pelbagai nilai pengajaran yang dapat diperolehi dalam pantun

Melayu yang juga merupakan suatu tempat sumber hiburan dan pemikiran
masyarakat Melayu tradisi. Walaupun pantun dipenuhi dengan sumber hiburan yang
dapat menancap mata indera namun ia juga dilengkapi dengan ilmu yang berunsur
pengajaran di dalamnya kepada khalayak pendengar. Jelaslah bahawa pantun itu

5
mempunyai pelbagai faedah. Oleh itu, masyarakat pada zaman sekarang harus
memastikan pantun tidak lenyap ditelan zaman.

(1000 patah perkataan.)

6

5.0 SUMBER RUJUKAN

Ali Ahmad. (1994). Pengantar Pengajian Kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Aripin Said. (1996). Prosa Warisan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu 1. Oxford Fajar.

Wan Abdul Kadir. (2000). Tradisi dan Perubahan Norma dan Nilai di Kalangan
Orang-Orang Melayu. Masfami Enterprise.


Click to View FlipBook Version