The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by atul_aizan, 2021-12-05 11:16:23

PINJAMAN PERIBADI DARIPADA BANK ISLAM

Pinjaman peribadi

PINJAMAN PERIBADI
DARIPADA BANK ISLAM

PBKOOHTLAIARTUEKNIK INGINKAN
PINJAMAN
MPU23012 PERIBADI ?
PENGAJIAN
ISLAM  SMUURKAAT 2

RINGGIT
PLUS

MPU 23012

PENGAJIAN ISLAM
PENSYARAH: TUAN RAGAYAH BINTI RAJA OMAR




SKIM PINJAMAN YANG
DITAWARKAN OLEH BANK ISLAM




DISEDIAKAN OLEH;
1. RABIATUL ADAWIYAH BT AIZAN 04DPR20F2041

2. NOR SHAHADA BT CHE HUSSIN 04DPR20F2027
3. NUR IWANI SOFRINA BT MOHD FAIRUS 04DPR20F2035

APA ITU BANK ISLAM PEMBIAYAAN PERIBADI-I PAKEJ DENGAN KADAR TETAP?

Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Tetap adalah pelan pembiayaan
peribadi daripada Bank Islam Malaysia Berhad. Pelan pinjaman peribadi ini juga dikenali
sebagai Bank Islam Personal Financing-i (package with fixed rate) atau Bank Islam Flat

Rate Personal Financing-i Package. Bank Islam Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Tetap
adalah pinjaman peribadi Islamik tak bercagar yang 100% patuh Syariah. Ini bermaksud
anda tidak perlu mengemukakan sebarang cagaran atau menyediakan untuk memohon

pinjaman ini.

PEMBIAYAAN PERIBADI-I PAKEJ INI DITAWARKAN UNTUK
SIAPA?

Pembiayaan Peribadi-i Pakej ini ditawarkan kepada mereka yang berkhidmat di Sektor
Awam, iaitu kakitangan kerajaan, kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC),
kakitangan badan berkanun dan juga kakitangan sektor swasta daripada syariakt
terpilih.

BERAPAKAH JUMLAH PEMBIAYAAN YANG DITAWARKAN?

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah daripada RM10,000 hingga RM300,000
dengan tempoh pembiayaan maksimum sehingga 10 tahun. Perkongsian kadar keuntungan

yang dikenakan adalah sangat berpatutan iaitu 4.99% p.a.

APAKAH SYARAT KELAYAKAN YANG DITETAPKAN OLEH BANK
ISLAM?

Syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak Bank Islam adalah untuk memohon pelan
pembiayaan ini tidak membebankan. Bank Islam Personal Financing-i (package with fixed

rate) ditawarkan kepada pemohon yang berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan
gaji kasar bulanan tidak kurang daripada RM2,000 atau tahunan RM24,000. Selain itu,
tempoh lulus permohonan yang diperlukan untuk tahu keputusan permohonan anda juga

agak pantas, iaitu anda hanya perlu menunggu 5 hari bekerja untuk tahu sama ada
permohonan anda lulus atau tidak.

CIRI-CIRI DAN KELEBIHAN BANK ISLAM PEMBIAYAAN PERIBADI-I
PAKEJ DENGAN KADAR TETAP.

Sebagai antara perintis institusi kewangan Islamik di Malaysia, Bank Islam menawarkan
beberapa ciri menarik untuk Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Tetap. Berikut

ialah ciri-ciri dan kelebihan pelan pinjaman peribadi ini.

100% patuh Syariah
Pinjaman ini adalah pelan pembiayaan peribadi Islamik yang patuh Syariah sepenuhnya

dengan konsep Tawarruq, dan komoditi Murabahah.

Tanpa cagaran
Oleh kerana ini adalah pinjaman peribadi tak bercagar, pemohon tidak perlu sediakan

cagaran atau kemukakan penjamin untuk mohon.

Jumlah pembiayaan yang fleksibel
Tempoh pembiayaan yang ditawarkan oleh Bank Islam untuk pinjaman ini adalah daripada

1 tahun hingga 10 tahun untuk memudahkan anda mengurus kewangan anda.

·Tempoh pembiayaan yang fleksibel
Tempoh pembiayaan yang ditawarkan oleh Bank Islam untuk pinjaman ini adalah
daripada 1 tahun hingga 10 tahun untuk memudahkan anda mengurus kewangan anda.

Kadar keuntungan tetap yang rendah
Seperti nama pinjaman ini, Bank Islam menawarkan kadar keuntungan tetap (fixed
profit rate) yang rendah, iaitu bermula dari 4.99% p.a. Kadar keuntungan adalah

bergantung kepada jumlah dan tempoh pembiayaan. Sila rujuk bahagian Jadual
Pembayaran Balik untuk maklumat lengkap.


Kelulusan pantas

Anda hanya perlu menunggu kurang dari 5 hari bekerja untuk mengetahui keputusan
permohonan pinjaman Bank Islam anda selepas anda menghantar semua dokumen yang

diperlukan.



Tiada caj proses
Seperti kebanyakan pinjaman peribadi Islamik, Bank Islam tidak mengenakan sebarang

caj proses sekiranya permohonan Pembiayaan Peribadi-i Pakej anda lulus.
Walaubagaimanapun perlu membayar caj agensi dan caj pendahuluan ansuran bulanan.

Rujuk bahagian “Caj yang dikenakan” di bawah untuk maklumat lanjut

Tiada caj penamatan awal
Bank Islam juga tidak akan mengenakan sebarang caj penamatan awal sekiranya anda
berhasrat untuk menyelesaikan pinjaman anda lebih awal dari tempoh yang dipersetujui.

Anda juga akan diberikan rebat (Ibra’) oleh Bank Islam.

Kaedah pembayaran yang fleksibel
Anda boleh buat bayaran bulanan untuk Pembiayaan Peribadi-i Pakej anda melalui
Potongan Gaji Majikan (PGM) atau pindahan gaji ke Bank Islam menerusi Autodebit.

SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON

Bank Islam tidak mengenakan syarat yang ketat untuk permohonan pelan pembiayaan
peribadi ini. Berikut ialah syarat-syarat kelayakan yang perlu anda patuhi sekiranya anda

ingin mohon pinjaman ini.

• WARGANEGARA MALAYSIA.
• BERUMUR ANTARA 18 TAHUN HINGGA 60 TAHUN.
• BEKERJA/BERKHIDMAT DI SALAH SATU KATEGORI BERIKUT:

- KAKITANGAN KERAJAAN.
- KAKITANGAN SYARIKAT BERKAITAN KERAJAAN (GLC).

- KAKITANGAN BADAN BERKANUN.
- KAKITANGAN SWASTA ( SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD TERPILIH DALAM PAKEJ BANK ISLAM).
• BERPENDAPATAN BULANAN RM2,000 (GAJI KASAR) ATAU TAHUNAN RM24,000 (GAJI KASAR).

• TIDAK DISENARAIHITAMKAN OLEH MANA-MANA BANK DI MALAYSIA ATAU AEON CREDIT.
• TIADA AKAUN DI BAWAH PEMERHATIAN KHAS – SPECIAL ATTENTION ACCOUNT (SAA).
• BUKAN DI BAWAH SELAAN AKPK.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak
Bank Islam dan ingin mohon Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Tetap,

berikut ialah dokumen-dokumen yang perlu anda sediakan.

1. SALINAN KAD PENGENALAN (MYKAD).
2. SALINAN SLIP GAJI 3 BULAN TERKINI.
3. SALINAN PENYATA BANK (PENGKREDITAN GAJI) 3 BULAN TERKINI.
4. SURAT PENGESAHAN JAWATAN TERKINI.
5. SALAH SATU DARIPADA DOKUMEN DI BAWAH: - SALINAN PENYATA

KWSP (EPF) TERKINI; - SALINAN PENYATA PENDAPATAN TERKINI
(BORANG BE/EBE/EA/EC).

JADUAL BAYARAN BULANAN PINJAMAN
Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment pinjaman peribadi Bank Islam

Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Tetap.

JADUAL PEMBAYARAN BANK ISLAM PEMBIAYAAN PERIBADI-I PAKEJ DENGAN KADAR TETAP

Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah
berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman,

tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih
bergantung kepada pihak Bank Islam Malaysia Berhad.

CAJ YANG DIKENAKAN

Berikut adalah caj yang akan dikenakan oleh pihak Bank Islam sekiranya permohonan
Pembiayaan Peribadi-i Pakej Kadar Tetap anda telah diluluskan.

1. TIADA CAJ PROSES.
2. CAJ DUTI SETEM SEBANYAK 0.5% DARIPADA JUMLAH LULUS.
3. CAJ AGENSI (WAKALAH) RM50.00
4. PEMBAYARAN PENDAHULUAN BERSAMAAN 2 BULAN ANSURAN BULANAN. ANDA

TIDAK PERLU MEMBAYAR ANSURAN PADA DUA BULAN PERTAMA TEMPOH
PEMBIAYAAN.

Caj-caj lain yang dikenakan untuk pembiayaan ini pula adalah seperti berikut:

1. TIADA CAJ PENAMATAN AWAL. ANDA AKAN DIBERIKAN REBAT (IBRA’) UNTUK
PENAMATAN AWAL.

2. CAJ LEWAT BAYAR SEBANYAK 1% DARIPADA BAKI TUNGGAKAN.



CARA MOHON BANK ISLAM PEMBIAYAAN PERIBADI-I PAKEJ
DENGAN KADAR TETAP.



Anda boleh mohon Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Tetap dengan
mengunjungi mana-mana cawangan Bank Islam berhampiran anda.

ANDA JUGA BOLEH MOHON SECARA ONLINE DENGAN KAEDAH YANG
LEBIH MUDAH MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN RINGGITPLUS.

*BUAT MASA INI RINGGITPLUS HANYA MEMBUKA PERMOHONAN
ONLINE KEPADA KAKITANGAN BUKAN KERAJAAN. SEKIRANYA ANDA

KAKITANGAN KERAJAAN, SILA GUNAKAN KAEDAH PERMOHONAN
SEPERTI YANG DINYATAKAN DI ATAS.

REVIEW BANK ISLAM PEMBIAYAAN PERIBADI-I DENGAN KADAR
TETAP.

BANK ISLAM PEMBIAYAAN PERIBADI-I PAKEJ DENGAN KADAR TETAP ADALAH SALAH
SATU SKIM PINJAMAN PERIBADI ISLAMIK TAK BERCAGAR YANG DITAWARKAN OLEH

BANK ISLAM. PINJAMAN INI MENAWARKAN BEBERAPA CIRI MENARIK SEPERTI
KELAYAKAN HAD UMUR MINIMUM YANG RENDAH, JUMLAH PEMBIAYAAN SEHINGGA
RM300,000, TIADA CAJ PROSES DAN CAJ PENAMATAN AWAL, DAN KELEBIHAN YANG

PALING UTAMA IALAH KADAR FAEDAH TETAP YANG SANGAT RENDAH JIKA
DIBANDINGKAN DENGAN SKIM PEMBIAYAAN PERIBADI ISLAMIK LAIN DI MALAYSIA.
PINJAMAN PERIBADI BANK ISLAM INI JUGA TIDAK MENGENAKAN SYARAT MEMOHON

YANG KETAT, DAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK MOHON JUGA SANGAT
RINGKAS DAN TIDAK MEMBEBANKAN. TETAPI, WALAUPUN PINJAMAN INI DITAWARKAN

KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN DAN SWASTA, HANYA KAKITANGAN SYARIKAT
SWASTA YANG TERPILIH SAHAJA YANG BOLEH MEMOHON. INI MENJADIKAN PELAN

PINJAMAN INI MUNGKIN SUKAR DIMOHON JIKA SYARIKAT ANDA TIDAK
DISENARAIKAN DALAM PAKEJ BANK ISLAM


Click to View FlipBook Version