MPU23042 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
SESI 1 2021:2022
TAJUK E-FOLIO : HEDONISME (HIBURAN MELAMPAU)
LECTURER: PUAN FARAH HANAN BINTI ABU BAKAR
DEP5B
ISI KANDUNGAN :
TOPIC MUKA SURAT
PENGHARGAAN 3
HASIL PEMBELAJARAN DAN OBJEKTIF 4
PENGENALAN TERHADAP BUDAYA HEDONISME 5
PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA HEDONISME 6 -7
KESAN-KESAN BUDAYA HEDONISME DALAM MASYARAKAT 8
CARA MENGATASI BUDAYA HEDONISME DALAM MASYARAKAT 9
ISU HEDONISME YANG BERLAKU DI MALAYSIA 10
KESIMPULAN 11
RUJUKAN 12
LAMPIRAN 13
PENGHARGAAN :
Salam sejahtera,
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana deng limpah karuniaNya dapat juga menyiapkan e-folio kami
yang telah dilaksanakan selama ini bertajuk Hedonisme(Hiburan Melampau).Folio yang ini amat
penting buat kami memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada assignment
subjek kami.
Ribuan terima kasih juga kami ucapkan kepada Pensyarah bagi subjek Nilai Masyarakat
Malaysia iaitu Puan Farah Hanan Binti Abu Bakar kerana membantu dan memberi tunjuk ajar
kepada kami dalam menyiapkan e-folio ini.
Seterusnya,tidak juga lupa rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam
menyempurnakan tugasan masing-masing.
Akhir sekali,terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami secara langsung dan
tidak langsung sepanjang e-folio ini dijalankan.
HASIL PEMBELAJARAN DARIPADA TAJUK
- dapat mengetahui berapa pentingnya kita menjauhkan diri daripada sikap gejala
hedonisme dalam diri kita
- sentiasa mengingati akan tuhan supaya kita tidak mudah berpengaruh dengan gejala
hedonisme ini.
- kita dapat menjaga maruah sesebuah keluarga dengan mengetahui gejala hedonisme
dalam diri kita tidak penting dalam kehidupan setelah mengetahui daripada hasil
pembelajaran tersebut.
OBJEKTIF
- untuk menghalang dan membanteras gejala yang berlaku akibat sikap hedonisme dalam
kalangan masyarakat kita.
- pihak yang bertanggungjawab hendaklah mengambil tindakan terhadap golongan yang
melakukan perkara khurafat untuk mengenakan hukuman yang berat
- menjauhkan diri daripada golongan seperti hedonisme dan bijak memilih atau berkawan
sesama sendiri.
PENGENALAN TERHADAP BUDAYA HEDONISME:
Budaya menurut Kamus Dewan diertikan sebagai tamadun, kemajuan fikiran, akal budi atau cara
berfikir, berkelakuan, dan sebagainya. Menurut Kamus Am pula bermaksud peradaban, fikiran,
akal budi. Manakala berdasarkan Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan pula bererti kemajuan
rohani, jasmani, sudah maju akal budi, kultur. Seterusnya merujuk kepada Kamus Bahasa
Melayu budaya ialah fikiran manusia melalui latihan dan pengalaman dan Kamus Malaysiana
mendefinisikan budaya sebagai cara berkelakuan seperti berfikir dan lain-lain, kemajuan akal
budi, kebudayaan. Hedonisme merupakan suatu pola pemikiran yang menyatakan bahawa
memaksimumkan keseronokan adalah perkara terbaik dan amat disukai dalam kehidupan
manusia di alam ini. Istilah hedonisme ialah cantuman daripada dua perkataan iaitu ’hedone’
dan ’isme’. Perkataan pertama iaitu hedone merupakan istilah Greek (Yunani) yang bererti
kesenangan atau keseronokan. Maksud perkataan kedua iaitu isme dijelaskan dalam Kamus
Dewan sebagai akhiran asing kepercayaan, gerakan politik atau keagamaan, sikap, serta
perlakuan. Perkataan hedonisme diertikan sebagai suatu pegangan atau pandangan hidup yang
mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Oxford English Dictionary mendefinisikan
hedonisme sebagai satu doktrin atau teori etika yang menyatakan bahawa keseronokan
merupakan tahap kebaikan tertinggi atau matlamat akhir sesuatu tindakan.
Hedonisme juga diertikan sebagai kepuasan rasa dan kenikmatan yang menjadi ukuran tingkah
laku sesuatu perbuatan yang baik. Hedonisme menilai kebaikan hanya berdasarkan kepada
keseronokan semata-mata. Nilai moral dianggap mempunyai persamaan dengan nilai kebaikan
yang diperoleh dalam budaya hedonisme ini. Penganut fahaman ini dikenali sebagai hedonis dan
sifat golongan ini yang mementingkan keseronokan disebut sebagai hedonistik.
Hedonisme juga menganggap kesenangan sebagai kebaikan yang paling utama danadalah
menjadi kewajipan seseorang untuk mencari kesenangan bagi tujuan kehidupan.Dalam prinsip
hedonisme, apa jua yang mampu memuaskan nafsu dan kehendak manusiaakan dianggap baik
dan apa sahaja yang membawa keburukan dan penderitaan kepadanafsu manusia dianggap
buruk. Seseorang yang memegang falsafah hedonisme adalahbersifat meterialistik dan
kebendaan di mana mereka berpendapat bahawa tindakan yangbaik adalah untuk kenikmatan dan
kepuasan diri (Echols, 2003). Hal ini amat bertentangandengan pandangan semua agama yang
menggalakkan kesederhanaan dalam kehidupan.Justeru, secara umumnya, hedonisme lebih
dikenali sebagai pendekatan sosial yangmenjadikan hiburan sebagai satu cara hidup. Antara
contoh hedonisme ialah gaya pemakaian yang melampau, berbelanja secara berlebihan,
pergaulan bebas, dan juga cara pertuturan yang kurang sopan.
PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA BUDAYA HEDONISME:
1) Penjajahan
Alwi Haji Abdullah menjelaskan bahawa sewaktu penjajahan berlaku dasar budaya Barat
dilaksanakan berselindung disebalik istilah ‘pemodenan’, kemajuan dan pembangunan. Disebalik
istilah inilah Barat berselindung untuk menyebarkan nilai-nilai kehidupan, pemikiran,
pendidikan, kemahiran teknologi dan sejarah Barat. Proses “pemodenan” atau “pengeropahan”
inilah yang mengekalkan kesinambungan cengkaman pengaruh Barat. Dalam merealisasikan
penjajahan budaya ini, nilai-nilai tamadun Barat dijadikan ukuran sejagat ke atas tanah jajahan
dan dalam masa yang sama turut berlaku pemaksaan idea, ideologi, nilai, pegangan amalan dan
gaya hidup Barat. Tidak hairanlah jika sebuah negara bekas jajahan Barat mengamalkan apa
yang ditinggalkan oleh penjajah mereka.(2005:76)
Penjajahan menurut Zakaria Stapa ialah penjajahan pemikiran dan gaya hidup pasca moden. Ini
bermakna faham, pemikiran dan gaya hidup pasca moden satu bentuk ancaman yang besar
kepada umat Islam. Unsur-unsur sekularisme disebarkan dalam berbentuk kecanggihan,
kehebatan teknologi maklumat, komputer, teknologi telekomunikasi dan satelit. Ini adalah
kerana semua teknologi tersebut diberi nafas oleh Barat.yang secara asasinya tidak selari dengan
roh dan semangat tamadun Islam, maka kemudahan dan manfaat yang dibawa oleh teknologi
tersebut membawa juga bersama ancaman kepada pegangan akidah dan penghayatan akhlak
umat Islam. Hasilnya, masyarakat Islam menganggap budaya hedonistik sebagai satu perkara
yang sudah menjadi adat dalam kehidupan mereka dan dari sini muncullah gejala-gejala negatif
sebagaimana yang sering tersiar melalui dada-dada akhbar mahupun penulisan yang berkaitan
dengan gejala ini (1999:137-148).
2) Globalisasi
Globalisasi menyebabkan dunia menjadi semakin mengecil dan masyarakatnya menjadi saling
bergantungan. Apa yang berlaku di satu rantau mempunyai kesan di rantau lain. (Mohd Yusof
1996 :1) Ia juga boleh ditakrifkan sebagai dunia tanpa sempadan, perkampungan dunia dan langit
terbuka. Faktor berlakunya globalisasi ialah ledakan teknologi maklumat dan telekomunikasi
yang tinggi dan canggih. Globalisasi boleh meninggalkan kesan terhadap pemikiran dan gaya
hidup. Globalisasi membolehkan pemindahan nilai dan cara berfikir serta cara bertindak dari satu
daerah ke satu daerah dunia yang lain. Barat menggunakannya untuk memindahkan nilai mereka
dalam bidang falsafah, pemikiran, ekonomi kapitalis dan kebudayaan hedonisme (pegangan
hidup mementingkan keseronokan) secara serentak. (Pusat Dakwah Islamiah Brunei 2005 : 40-
42)
3) Media massa.
Banyak penulisan sebelum ini yang membicarakan mengenai peranan media massa dalam
menyebarkan fahaman atau apa sahaja. Banyak kajian dan penulisan yang menunjukkan bahawa
media massa sebagai wasilah hedonisme .
Mustaffa Kamil Ayub telah menyatakan bahawa media massa mampu melakukan perkara yang
sukar dilakukan oleh manusia. Ia boleh menemui, bersemuka dan berkomunikasi tanpa had
dengan pelbagai bangsa. Apa yang berlaku di media massa biasanya mempengaruhi penontonnya
lebih-lebih lagi jika sesuai dengan kehendak nafsu dan tidak ada kawalan. Kemajuan teknologi
media massa dalam beberapa hal akibat daripada kurangnya kawalan juga boleh membawa ke
arah kerendahan budi dan adab. Akibatnya berlaku pembocoran budaya yang kurang sihat
berlaku secara meluas dalam media massa di Malaysia. Atas alasan ingin tahu, mahu up to date
dan darah muda para belia, pelajar apatah lagi yang kurang didikan agama memudahkan
bertambahnya kes-kes keruntuhan akhlak.(1994 : 84)
Unsur-unsur yang dipaparkan juga kebanyakannya berunsur hedonistik atau nilai gaya
kebendaan yang boleh menarik perhatian orang ramai agar ia sentiasa mendapat tempat dalam
masyarakat. (Syed Mahadzir 2000 : 20 )
Oleh itu, media massa telah membawa suatu budaya baru dalam masyarakat terutamanya kepada
generasi muda. Budaya ini diolah daripada media yang saban hari mengambil tempat ibu bapa
sebagai satu tempelan kepada pembetukan peribadi. ( Ummu Yusof 2000 : 13 )
4) Hiburan
Manusia suka kepada berhibur bagi menenangkan fikiran dan menghilangkan tekanan. Ledakan
hedonisme melalui hiburan yang paling besar di negara ini ialah apabila bermulanya program
hiburan berbentuk realiti seperti Akademi Fantasia. Hafiz Hamzah mengatakan program realiti
TV, Akademi Fantasia (AF) benar-benar meledakkan pangaruh yang luar biasa di kalangan
penonton rancangan televisyen tanah air. Kemunculan Akademi Fantasia buat pertama kalinya di
siaran Astro pantas menjadi tajuk perbualan orang ramai tidak kira tua atau muda. ( 2004 : 8-9)
Jelasnya hiburan memang cukup sinonim dengan sanubari yang menginginkan keseronokan dan
kegembiraan lebih-lebih lagi hiburan itu adalah hiburan yang serasi dengan jiwa kebiasaanya
remaja yang sedang mencari identiti mereka. hiburan dan hedonisme memang berkait rapat.
Keempat-empat faktor tersebut merupakan pemangkin gejala hedonisme yang terbesar di dunia
umat Islam kini namun ia sebenarnya bukanlah menjadi masalah bagi dunia Barat yang memang
sudah sebati dengan nilai tersebut.
KESAN-KESAN BUDAYA HEDONISME DALAM MASYARAKAT:
Budaya hedonisme yang menjadi pegangan masyarakat kini mengundang pelbagai implikasi
antaranya:
1. Implikasi terhadap ilmu.
HURAIAN:- Ilmu pengetahuan merupakan aset diri yang tidak ternilai. Ia adalah
elemen kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Orang yang berilmu merupakan orang yang
berfikiran untuk mengubah situasi hidupnya kepada kehidupan yang lebih baik. Adunan
di antara akal dan fikiran memimpin manusia ke arah kecemerlangan dan kegemilangan
hidup. Ini kerana, hasil daripada olahan fikiran akan menemui pelbagai ilmu pengetahuan
yang menjadi pembaharuan dalam menangani kehidupan. Fikiran yang kukuh untuk
menuntut ilmu semasa usia muda menghasilkan masyarakat yang berwawasan dan
berketerampilan. Namun, masyarakat remaja telah menyalahgunakan kecanggihan sains
dan teknologi masa kini. Mereka tidak terfikir untuk mengilmukan diri supaya ia dapat
memantapkan kebahagiaan hidup. Berbekalkan ilmu, manusia akan terselamat daripada
pengaruh budaya dan ideologi yang merosak dan menyesatkan pemikiran. Namun, pada
masa kini kebanyakan umat manusia lebih mengutamakan ilmu moden ciptaan manusia.
Justeru, mudahlah ideologi dan budaya Barat menyerang dan mempengaruhi pemikiran
mereka. Akibat mengejar keseronokan hidup, mereka alpa mengenai kewajipan
memelihara akal.
2. Budaya hedonisme melahirkan manusia yang keras hati, menolak kebenaran dan
sentiasa berada dalam kesesatan.
HURAIAN:- Kemewahan menjadikan hati manusia menjadi kasar, hilang kepekaan dan
merosakkan fitrah manusia. Malah ia turut menyebabkan manusia bersikap sombong
terhadap hidayah dan berdegil di atas kepalsuan. Golongan yang hidup mewah itu tertipu
dengan nilai-nilai yang palsu dan nikmat-nikmat yang fana. Mereka terperdaya dengan
kekayaan dan kekuatan yang ada pada diri mereka. Budaya hedonisme menetapkan
keseronokan, kegembiraan, dan kelazatan sebagai matlamat utama kehidupan. Konsep
budaya hedonisme ini menekankan kepada pegangan falsafah hidup yang mementingkan
kebebasan manusia yang bertuhankan hiburan. Budaya ini juga berasaskan kepada
kemewahan dan keduniaan. Para hedonis bersikap mementingkan diri sendiri serta
bersifat individualistik dan materialistik.
CARA MENGATASI BUDAYA HEDONISME DALAM MASYARAKAT.
1.) Mempunyai nilai-nilai murni dalam diri.
- Penanaman dan pengukuhan nilai-nilai murni di dalam diri amatlah penting.Hal
ini adalah kerana masyarakat menjalani arus globalisasi pada masa kini,jati diri
dan pegangan agama perlulah kuat dan mantap.Oleh itu,ibubapa haruslah
mencorak titik-titik yang baik kepada anak-anak supaya menjadi pewaris agama
yang berjaya.
2.) Ibubapa haruslah menjadi contoh kepada anak-anak mereka.
- Ibubapa haruslah menjadi contoh yang terbaik untuk anak-anak kerana dengan car
aini mereka akan merasakan diri mereka disayangi dan dalam masa yang sama
dapat mengelakkan berlakunya perkara yang tidak baik.Ibubapa haruslah
meluangkan masa dan bersantai bersama anak-anak mereka agar dapat
mengeratkan lagi hubungan dalam institusi kekeluargaan.
3.) Mendekatkan diri dengan didikan agama masing-masing.
- Kita seharusnya mempunyai didikan agama yang kuat dalam menempuh era
globalisasi pada masa kini.Hal ini kerana,jika kita mendekatkan diri dengan hal-
hal agama kita tidak mudah terjebak dengan budaya seperti ini.
ISU BERLAKU AKIBAT TERLAMPAU MENGIKUT SIFAT HEDONISME DI
MALAYSIA:
ISU-ISU YANG TELAH BERLAKU DI MALAYSIA:
i. Wanita dan seks
- Dalam edisi Julai 2007, mastika memaparkan isu seksualiti sebagai isu utama. Antara kes
yang terlibat dalam isu ini adalah berkaitan pelacuran. Dalam kes pelacuran. Mastika
memaparkan kisah mengenai detik seorang yang terjebak dalam kancah pelacuran.
Didapati wanita ini terjebak dalam kancah pelacuran disebabkan ingin seronok dan hidup
senang. Isu kedua adalah melibatkan ‘Bohsia’ yang tenggelam dalam dunia keseronokan
sehingga sanggup menggadai badan. Mereka menganggap apa yang terbaik untuk mereka
adalah dapat menikmati keseronokan tanpa sempadan.
ii. Penagihan dadah
- Mastika Edisi Ogos 2007 telah mencetuskan satu perbincangan baru mengenai gejala
penagihan dadah yang berlaku dalam masyarakat. Gejala ini bukan sahaja merosakkan
diri penagih malah turut menambah beban Kerajaan membasmi jenayah pengedaran
dadah. Dalam isu kali ini, Mastika memaparkan tiga artikel berkaitan penyalahgunaan
dadah. Artikel-artikel ini melibatkan penagihan Syabu, Gam[dan kesan penagihan
terhadap tubuh badan. Berdasarkan artikel-artikel ini, dapat disimpulkan bahawa
penagihan dadah banyak melibatkan remaja. Selain itu, faktor utama yang
mempengaruhinya adalah ingin mencari keseronokan dan tekanan yang melampau.
KESIMPULAN:
Hedonisme tidak hanya sebuah gaya hidup yang serba bebas, melainkan sebagai pemikiran dan
kepercayaan yang tentunya berakhir pada kehancuran nilai-nilai agama. Kesenangan yang
ditawarkan dalam budaya hedonism tidak lain bersifat fana dan menipu. Apa yang kini dianggap
moden belum tentu berbuah baik bagi kehidupan manusia. Dadah, seks bebas, muzik, rasuah,
dan sebagainya adalah sebahagian dari beberapa tindak tanduk yang dilakukan kerana hanya
ingin mencari kenikmatan dan kesenangan.Hedonisme selalu mengakibatkan keburukan bagi
kehidupan manusia. Aspek aqidah, perilaku, sistem ekonomi, politik, sosial, dan kesihatan, akan
menjadi hancur dan kacau akibat buruk dari gaya hidup yang ego ini.
Budaya hedonisme tidak boleh disesuaikan sama sekali dengan Islam lantaran akarnya tumbuh
dari Sekularisme. Islam melihat hiburan dan keseronokan sebagai alat untuk menenangkan jiwa,
bukan sebagai matlamat yang mesti dipenuhi setiap masa.Justeru, akar hedonism ini mesti
dileburkan sehancur-hancurnya dalam jiwa masyarakat Islam. Semestinya wajib bermula
daripada diri-diri pelajar-pelajar agama yang bertanggungjawab mendidik generasi ummah
ini.Setiap perlakuan, tindakan dan perancangan mesti berpaksikan kepada nilai-nilai
Islam.Perkara ini wajib ditanamkan dalam jiwa 'keberadaan Allah' dalam setiap aktiviti yang
dijalankan. Hanya dengan menyuburkan Islam dan segala nilai-nilainya dalam jiwa, bangkai
hedonism bakal tercampak jauh.
RUJUKAN:
1. )http://pmjbpenyiaranislam.blogspot.com/2016/07/hedonisme.htm
2. )https://khirkhalid.com/gejala-hedonisme-di-malaysia/
3. )http://missthreetower.blogspot.com/2017/07/kesan-negatif-budaya-hedonisme.html
4. )http://missthreetower.blogspot.com/2017/07/kesan-negatif-budaya-hedonisme.html
LAMPIRAN: