EDISI PERTAMA | JANUARY 2022
E-BULETIN
Artikel utama:
AYUH KUNJUNGI
UUM
HIDDEN LAKE: RUANGAN KREATIF
Khazanah Alam yang tersembunyi Puisi buat Penuntut Ilmu
Aku pergi dengan kebanggaan
POKOK 3 BERADIK Masaku di UUM terlalu singkat
Keajaiban ciptaan Tuhan Ayuh kunjungi Taman
Rusa UUM
www.E-BULETIN.com |JANUARi 2022
ISI KANDUNGAN
Sidang Pengarang 01
Tinta Pengarang 02
ARTIKEL UTAMA 03
Ayuh kenali UUM RUANGAN KREATIF
RUANGAN LENSA Puisi buat penuntut ilmu 12
ARTIKEL SAMPINGAN Sajak: Aku pergi dengan kebanggaan 13
kongsi cerita: Masaku di UUM 14
Khazanah di rimba hijau terlalu singkat
15
Pokok tiga beradik BERITA SEMASA 16
keajaiban ciptaan Tuhan
KPT, UUM mudahkan urusan rawatan 17
06 penuntut kemalangan di Caribbean
Sinar : Professor Dr Haim Hilman
dilantik sebagai Naib Canselor UUM
08
09
Beraktiviti di Ladang rusa 10
Hidden Lake : Khazanah 11
alam yang tersembunyi
RUANGAN IKLAN
lawati kami di
WWW.E-BULETIN.COM
SIDANG PENGARANG
KENALI KAMI
DISEDIAKAN KEPADA:
Dr. Ahmad Fuad Bin Mat Hassan
SBLM 1023 Pengantar Penulisan
INFORMASI OLEH:
Muhammad Za'im Bin Mohd Zaki Nur Sofia Binti Rozaman
No Matrik: 263171 No Matrik: 261403
Nur Izaty Binti Md. Yusoff
No Matrik: 264035
Amy Najwa Binti Mohd Ramlee Anis Zafirah Binti Mohd Nordin
No Matrik: 263991 No Matrik: 264071
WWW.E-BULETIN.COM|JANUARi 2022 E-BULETIN EDISI PERTAMA | I
TINTA
PENGARANG
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya
terhasilnya e-Buletin Ayuh Kunjungi UUM Bilangan 1, Edisi Januari 2022.
Insyallah setiap bulan pihak kami akan menyajikan pelbagai pengisian
menarik untuk bacaan umum.
Untuk edisi pertama ini, pihak kami kongsikan kepada para pembaca
mengenai kawasan-kawasan yang menarik yang boleh dikunjungi serta
aktiviti yang wajib anda lakukan di Universiti Utara Malaysia, Kedah.
Selain itu dalam e-Buletin ini, turut dimuatkan keunikan tempat-tempat
di Universiti Utara Malaysia seperti pokok tiga beradik, taman rusa dan
tasik semulajadi 'Hidden Lake'.
Lebih menarik, e-Buletin ini turut menyediakan secara ringkas berita
semasa yang berlaku di UUM. Pihak kami berharap dengan perkongsian
ini, dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca untuk terus bersama
menjadikan UUM sebagai pilihan anda sebagai tempat untuk menuntut
ilmu. Saya selaku ketua editor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada semua yang terlibat dalam merealisasikan e-Buletin ini.
Teruskan membaca karya-karya kami pada edisi yang seterusnya.
semoga dapat memberi manfaat kepada anda. Sekian Terima kasih.
WWW.E-BULETIN.COM|JANUARi 2022 E-BULETIN EDISI PERTAMA | 2
AYUH KUNJUNGI Terletak di Utara Semenanjung tanah air.
UUM Universiti Utara Malaysia, tersergam indah
namanya. Mula dibina pada Februari 1984.
Artikel Oleh: Universiti Utara Malaysia telah melahirkan
Amy Najwa Ramlee banyak golongan cerdik pandai dan dalam
pelbagai bidang termasuklah perniagaan,
pengurusan, undang-undang, pendidikan,
pakar IT dan sebagainya.
Kampus utamanya terletak di Sintok, Kedah
iaitu kira-kira 48 km menuju arah utara dari
bandar Alor Setar. Kawasan persekitaran
yang dipenuhi dengan alam flora fauna
membuatkan Universiti Utara Malaysia juga
turut dikenali dengan gelaran Universiti di
Rimba Hijau.
Pada awalnya, kampus yang berkeluasan
1061 hektar ini merupakan sebuah kawasan
perlombongan bijih timah. Kawasan ini juga
turut dikelilingi dengan keindahan
pemandangan, disertai dengan hutan
tropika yang mampu memberi ketenangan
kepada para pengunjung.
WWW.E-BULETIN.COM|JANUARi 2022
E-BULETIN EDISI PERTAMA | 3
Tarikan Istimewa yang harus dikunjungi jika
anda berada di kawasan kampus ini
termasuklah hidden lake, pokok tiga beradik,
Litar go cart serta ladang rusa. Jika anda mahu
menikmati makanan sambil bersantai bersama
keluarga anda boleh juga melawat Restoran
Tasik. Hal ini kerana, disamping dihidangkan
dengan pelbagai makanan yang lazat, anda
juga boleh mencuci mata dan menikmati
keindahan pemandangan tasik di sekitar
restoran tersebut.
Bagi penggemar haiwan, ladang rusa
merupakan salah satu tarikan di UUM ini.
Rugi sekiranya anda melepaskan peluang
untuk melihat dan merasai sendiri peluang
untuk memberi makan rusa-rusa tersebut.
Disamping itu, anda juga boleh melawat
burung unta yang terletak berhampiran
dengan Dewan Penginapan Pelajar MAS.
Pengunjung boleh melawat ke ladang
burung unta dengan mengikuti laluan dari
Dewan Penginapan Pelajar MAS dengan
berjalan kaki untuk mengunjungi ladang
burung unta. Untuk pengetahuan anda,
Taman Burung Unta ini telah wujud sejak
November 2013 lagi dan telah dikawal
selia oleh Unit Park & Recreation UUM.
WWW.E-BULETIN.COM|JANUARi 2022 E-BULETIN EDISI PERTAMA |Â 4
Disamping melawat ladang ternakan rusa dan Kehadiran musim bunga di UUM pula seakan
ladang ternakan burung unta, anda juga boleh ditunggu-tunggu oleh pelajar Universiti Utara
menjalankan aktiviti sukan berkuda di Pusat Ekuin Malaysia (UUM) kerana keindahan bunga-bunganya
UUM. Aktiviti ini boleh dijadikan aktiviti santai yang menghiasi sepanjang jalan. Bunga-bunga yang
untuk para pengunjung meluangkan masa luruh ini berasal daripada pokok Tecoma. Bunga
bermesra dan berinteraksi dengan kuda. Pusat Tecoma yang gugur ini menambahkan lagi
Ekuin UUM telah ditubuhkan pada tahun 2008, keindahan pemandangan di sekitar UUM dan
dan penubuhannya adalah untuk seakan sama seperti musim bunga sakura di Jepun.
memperkenalkan aktiviti sukan berkuda kepada
pelajar dan masyarakat di sekeliling. Pusat Ekuin Pengunjung dapat merasai
UUM juga turut menyediakan prasarana bertaraf sendiri panorama musim
dunia. Para pengunjung hanya perlu membayar bunga yang seakan musim
RM5 sahaja untuk mempelajari dan menjalankan bunga sakura di negara
aktiviti berkaitan kuda seperti mengunjungi pusat
ekuin, mengenali sifat-sifat kuda dan berkuda. Jepun.
WWW.E-BULETIN.COM|JANUARi 2022 E-BULETIN EDISI PERTAMA | 5
RULAENNGSAAN
Biar gambar berbicara
WWW.E-BULETIN.COM|JANUARi 2022 E-BULETIN EDISI PERTAMA | 6
BELAJARLAH DARI
ALAM,
KERANA ALAM BISA
MEMBERIKAN
PENGAJARAN DAN
KEINDAHAN YANG
TIDAK TERNILAI
LOKASI: HIDDEN LAKE UUM
WWW.E-BULETIN.COM|JANUARi 2022 E-BULETIN EDISI PERTAMA | 7
ARTIKEL SAMPINGAN KHAZANAH
DI
UNIVERSITI
RIMBA
HIJAU
Artikel Oleh:
A N I S N
O R D I N
WWW.E-BULETIN.COM|JANUARi 2022 E-BULETIN EDISI PERTAMA |8
ARTIKEL SAMPINGAN
POKOK 3 BERADIK
keajaiban ciptaan Tuhan
Pokok 3 Beradik atau bahasa saintifiknya Tetrameles UUM telah menjadikan tumbuhan ini sebagai salah
Nudiflora merupakan sejenis pokok daun luruh besar satu daya tarikan utama. Tarikan ini berpotensi
yang tergolong dalam keluarga Dutiscaceae. Pokok ini menjadi salah satu tarikan pelancongan dan
terdapat di seluruh Asia bermula dari India melalui pendidikan atau edutourism Pokok 3 Beradik ini
Asia Tenggara, Malaysia dan ke utara Australia. tergolong dalam kategori kayu yang sederhana keras.
Pokok ini dipanggil Mengkundor di Malaysia dan Kayu pokok ini tidak sesuai digunakan dalam industri
nama panggilannya adalah berbeza mengikut negara. pembinaan berat seperti pembinaan tiang. Pokok ini
Contohnya, di Indonesia pokok ini dipanggil Binong sesuai digunakan untuk hiasan dalaman rumah selain
atau Kayu Tabu manakala di Thailand pula dipanggil kayunya boleh dibuat kotak dan papan playwood.
Som Phong.
Kampus UUM ini dikelilingi dengan hutan hujan
Nama saintifik pokok ini berasal daripada bahasa tropika, dan pelbagai khazanah berharga yang lain
Greek Purba yang merujuk kepada bunga yang seperti tasik tersembunyi, dua batang sungai, iaitu
memiliki empat kelopak daun. Perkataan Tetra Sungai Sintok dan Sungai Badak, Pet Farm, dusun
membawa maksud empat manakala Melos pula buah-buahan dan tanaman herba. Hal ini adalah
bermakna sebahagian. Perkataan Nudiflora berasal bersesuaian dengan gelaran Universiti di Rimba Hijau.
daripada bahasa Latin yang bermaksud bunga
kosong.
Pokok ini merupakan satu-satunya tumbuhan jenis
Tetrameles. Pada kebiasaannya, pokok ini akan
membesar pada ketinggian sehingga 500 meter dan
habitatnya pula terletak di hutan berdaun luruh,
kawasan yang rendah, tanah sungai yang rata dan
beralun. Selain itu, Pokok 3 Beradik ini juga boleh
didapati di utara Malaysia, iaitu di Hutan Sintok,
Universiti Utara Malaysia (UUM).
E-BULETIN EDISI PERTAMA |9
ARTIKEL SAMPINGAN
AYUH KUNJUNGI
TAMAN RUSA UUM
Taman Rusa diwujudkan pada tahun 1997, dan dikawal selia
oleh Unit Part & Recreation UUM, sebuah unit dibawah
Jabatan Pembangunan & Penyenggaraan (JPP), Universiti
Utara Malaysia. Keluasan Taman Rusa ini adalah lebih
kurang empat ekar dan Taman Rusa ini mengandungi 31 ekor
rusa yang terdiri daripada 30 jenis timorensis dan seekor
jenis Samba), dan jumlah ini dikatakan bertambah sebanyak
17 ekor berbanding jumlah yang dicatatkan pada tahun 1996,
iaitu sebanyak 14 ekor. Rusa yang berada di taman itu
merupakan spesies yang diimport dari luar negara.
Selain suasana ekosistem yang seimbang dengan flora dan
fauna, rusa yang jinak juga menjadi tarikan masyarakat luar
untuk berkunjung ke UUM. Rusa di UUM sangat jinak,
sehinggakan orang awam yang mengunjungi Taman Rusa
dapat memberi makanan dan memegang rusa. Taman Rusa
ini terletak di Laluan C iaitu laluan ke Inasis Bank Muamalat
dan Inasis Yayasan Al-Bukhary. Mahasiswa dan mahasiswi
boleh menghabiskan masa lapang dengan mengunjungi
Taman Rusa dan menghilangkan segala penat dan tekanan
sambil melihat gelagat comel si rusa.
E-BULETIN EDISI PERTAMA |10
ARTIKEL SAMPINGAN
'HIDDEN LAKE' DI
RIMBA HIJAU
Khazanah alam yang tersembunyi
'Hidden Lake' merupakan sebuah tasik Tasik ini suatu masa dahulu tidak berapa dikenali
semulajadi yang wujud di dalam kawasan
universiti. Tasik ini diberi nama 'Hidden lake' oleh masyarakat setempat bahkan warga UUM
disebabkan oleh kedudukannya yang
tersembunyi daripada orang awam. Tasik ini sendiri majoritinya tidak sedar akan
juga terletak di tengah-tengah hutan Sintok
dan terlindung dengan bukit-bukau. Tasik kewujudannya. Namun, semenjak tahun 2016,
semulajadi atau tasik buatan kebiasaannya
dijumpai di kawasan tanah landai dan tasik ini telah mula menjadi tumpuan orang ramai
berhampiran dengan anak sungai.
dan jumlah pengunjung yang berkunjung ke tasik
Namun, lain pula bagi 'Hidden Lake'. Tasik ini
terletak di atas bukit dan jauh daripada anak tersebut semkain meningkat setiap tahun.
sungai atau sumber air. Airnya yang jernih dan
bersih ditambah pula dengan pemandangan Walaupun tasik ini mula menjadi perhatian orang
kayu-kayan yang telah mati menambahkan lagi ramai, namun kebersihan dan keindahannya masih
keunikan tasik ini. tetap terpelihara hasil usaha peliharaan dan
pemuliharaan yang dilakukan oleh pihak
pengurusan universiti. Berkunjunglah ke UUM
kerana universiti ini bukan hanya sebagai tempat
cendekiawan berkumpul, malah turut menyimpan
khazanah alam yang tidak terdapat di tempat-
tempat yang lain.
E-BULETIN EDISI PERTAMA |11
02
Ruangan Kreatif
Puisi Buat
Penuntut Ilmu
KARYA: ZA'IM
Wahyu pertama Sang Pencipta,
Bacalah… wahai penghuni dunia,
Dengan ilmu tamadun terbina,
Syarat kemajuan sesebuah negara.
Carilah ilmu sebanyak mungkin,
Sebagai panduan kaya dan miskin,
Ilmu agama itu lebih penting,
Ilmu kifayah juga perlu seiring.
Menuntut ilmu sepanjang hayat,
Biar lambat, tetap tidak terlewat,
Ilmu bukan untuk diingat,
Tetapi untuk memberi manfaat.
Sekeping sijil bukanlah penentu,
Sekadar memenuhi kehendak syarak,
Supaya menjadi insan berilmu,
Penuh dengan adab dan akhlak.
WWW.E-BULETIN.COM|JANUARi 2022 E-BULETIN EDISI PERTAMA | 12
JANUARI
2022
Ruangan Kreatif
AKU PERGI DENGAN
KEBANGGAN
Karya : Amy Najwa Ramlee
Aku pergi dengan kebanggaan,
Dengan satu tekad dan impian,
Kutinggalkan negeri kelahiran,
Demi mengejar cita-cita
dan angan-angan.
Aku pergi dengan kebanggaan,
Melewati onak dan duri,
Mengharungi lautan api,
Berbekalkan doa ibunda,
Bertemankan harapan ayahanda.
Aku pergi dengan kebanggaan,
Kurebah jatuh bangkit kembali,
Tidak akan kubiarkan langkah ini
mati,
Demi membalas jasa dan budi,
Berbakti kepada generasi.
Aku pergi dengan kebanggaan,
Kupegang azimat kecekalan,
Kugenggam sebuah keazaman,
Pastinya nanti akan kukembali,
Membawa sebuah kejayaan.
WWW.E-BULETIN.COM|JANUARi 2022 E-BULETIN EDISI PERTAMA | 13
Ruangan Kreatif
Masaku di UUM terlalu Singkat
KARYA: ZA'IM
Masih segar diingatanku ketika saat pertama kali aku menjejakkan kaki di bumi Sintok
Tidak aku sangka sudah hampir 4 tahun berlalu dan hanya berbaki beberapa hari sahaja
lagi aku disini untuk aku mengukir memori sebanyak yang mungkin. 4 tahun yang
berlalu ini berlalu dengan cukup pantas sekali. Terasa seperti baru sahaja semalam aku
berada di Dewan Muadzam Shah untuk sesi Minggu Suai Kenal dan berjumpa dengan
rakan rakan seperjuangan baru. Aku akui aku akan rindukan segala memori sepanjang
bergelar mahasiswi di UUM.
Masaku di UUM tidak bergitu lama akibat adanya wabak virus COVID-19 yang
menyebabkan pembelajaran berjalan secara atas talian. Tidak dapat kurasa lagi
suasana belajar di dalam dewan kuliah, menunggu bas dan berborak bersama rakan-
rakan. Siapa sangka, keadaan yang begitu meriah di dalam UUM boleh berubah kepada
sepi. Pendemik COVID-19 menyebabkan kerajaan mengarahkan universiti tidak
mengadakan pembelajaran secara bersemuka yang meyebabkan masa-masaku di
habiskan di rumah.
Selepas tamatnya Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP), UUM dibuka kembali untuk
pelajar menginap di dalam kampus. Aku mengambil peluang untuk pulang ke UUM bagi
menghabiskan sisa-sisa waktuku sebagai seorang pelajar untuk berada di UUM. Namun
suasana seperti dahulu tidak dapat diulangi akibat virus yang tidak berkesudahan ini.
Masih segar diingatan ketika aku masih lagi bergelar pelajar semester satu, sesat
ketika mencari dimanakah bilik kuliah dan bas mana yang harus aku naik untuk ke
kelas seterusnya. Aku juga masih ingat aku pernah silap memasuki bilik kuliah ketika
diawal semester. Bila diingat kembali pengalaman memalukan tersebut sangat lucu.
Tapi sekarang pekara itu tidak dapat diulangi lagi, ada pelajar yang sudah dua tahun
belajar di UUM tidak pernah masuk di dalam kampus UUM lagi. Semoga pendemik ini
segera berkahir dan semua umat manusia dapat menjalani hidup seperti biasa.
WWW.E-BULETIN.COM|JANUARi 2022 E-BULETIN EDISI PERTAMA | 14
berita semasa
Sebagai langkah segera, katanya, 1 Januari 2022
UUM akan membiayai bayaran awal
kos rawatan hospital Nur Nabilah
sebelum tuntutan insurans
perlindungan penuh dibuat.
Beliau berkata, KPT turut
menzahirkan dukacita atas
kemalangan menimpa Nur Nabilah
KPT, UUM MUDAHKAN ketika menjalani latihan industri di
URUSAN RAWATAN
PENUNTUT Dive Division Curacoa sehingga
KEMALANGAN DI
CARIBBEAN pembedahan kecemasan terpaksa
dilakukan bagi menyelamatkan
nyawanya.
PUTRAJAYA: Kementerian "Beberapa pembedahan susulan
dijangka dilakuka dalam masa
Pengajian Tinggi (KPT) dan terdekat," katanya dalam satu
kenyataan, hari ini.
Universiti Utara Malaysia (UUM)
akan memudah cara segala
urusan berkaitan, termasuk usaha Noraini berkata, KPT juga sudah
membawa pulang seorang pelajar mengarahkan UUM untuk menyelaras
universiti itu yang terbabit urusan membawa pulang pelajar itu,
kemalangan ketika menjalani dengan Kedutaan Besar Malaysia di
latihan industri di Curacoa, Caracas, Venezuela, namun
Caribbean, Selasa lalu.
bergantung pada tahap kesihatan dan
Menterinya, Datuk Seri Dr Noraini kebenaran daripada hospital di
Ahmad, berkata ia juga meliputi
tuntutan insurans bagi mangsa, Nur Curacoa.
Nabilah Mohd Azahar yang juga
pelajar Ijazah Sarjana Muda Beliau berkata, KPT memberi
Pengurusan Pelancongan, Pusat komitmen akan memastikan segala
Pengajian Pengurusan Pelancongan, bantuan dan kebajikan diperlukan
Hospitaliti dan Acara (STHEM) pelajar itu dapat disegerakan serta
UUM. berjalan lancar.
WWW.E-BULETIN.COM|JANUARi 2022 E-BULETIN EDISI PERTAMA | 15
| | 19 Januari 2022
PROFESOR DR HAIM Beliau berkata, kementerian juga percaya
HILMAN DILANTIK
Haim Hilman mampu meneruskan
SEBAGAI NAIB
CANSELOR UUM kesinambungan UUM sebagai pusat
KUALA LUMPUR - Timbalan
Naib Canselor (Penyelidikan
dan Inovasi) Universiti Utara
Malaysia (UUM) Profesor Dr
Haim Hilman Abdullah
dilantik sebagai Naib Canselor
UUM yang baharu, berkuat
kuasa Isnin lepas (17 Januari).
kecemerlangan pembelajaran dan
Ketua Pengarah Pendidikan pengajaran, penyelidikan, penerbitan dan
Tinggi Profesor Datuk Dr perundingan yang terkemuka dalam
Husaini Omar dalam bidang pengurusan di dalam dan luar
kenyataan pada Selasa negara.
memaklumkan, sebagai "Kementerian juga mengambil
universiti berfokus kesempatan untuk mengucapkan
pengurusan yang cemerlang,
pihaknya percaya dengan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
segala pengalaman, kasih kepada Profesor Datuk Dr Ahmad
pengetahuan dan kredibiliti Bashawir Abdul Ghani atas segala
Haim Hilman untuk sumbangan dan kepimpinan beliau
menggalas tanggungjawab menerajui UUM selama tiga tahun sejak
diberikan. 2018," katanya.
Haim Hilman, 49, berkelulusan Ijazah
Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam
bidang Pentadbiran Perniagaan dari
University of Portsmouth, United
Kingdom.
Beliau turut memperoleh Ijazah
Kedoktoran dalam Pengurusan Strategik
pada 2010 dari Universiti Putra Malaysia.
WWW.E-BULETIN.COM|JANUARi 2022 - Bernama E-BULETIN EDISI PERTAMA | 16
RUANGAN IKLAN
WWW.E-BULETIN.COM|JANUARi 2022 E-BULETIN EDISI PERTAMA |17
WWW.E-BULETIN.COM|JANUARi 2022 E-BULETIN EDISI PERTAMA |18
WWW.E-BULETIN.COM|JANUARi 2022 E-BULETIN EDISI PERTAMA |19
WWW.E-BULETIN.COM|JANUARi 2022 E-BULETIN EDISI PERTAMA |20
WWW.E-BULETIN.COM|JANUARi 2022 E-BULETIN EDISI PERTAMA |21