The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fadzainal99, 2020-02-27 10:10:24

E- Majalah komunikasi islam

Literary Magazine (1)

 FEBRUARY 2020

ADAD SEORANG PELAJAR
TERHADAP GURU

ORANG BERADAB SUDAH PASTI BERILMU, ORANG BERILMU BELUM
TENTU BERADAB

BERKAH ILMU TERIMA
KERANA ADAB
KASIH
ORANG YANG TIDAK
BERETIKA ADALAH YANG GURU!!
TIDAK MENGETAHUI
BAHWA DIATAS ILMU ITU "BELAJAR
ADA ADAB ADAB

SEBELUM
ILMU" UNTUK

PEROLEH
KEBERKATAN

EDITOR

NUR AINA SAFFA BINTI NORHARIZAL
17DHF17F2017

NUR FADHILAH BINTI ZAINAL ABIDIN
17DHF17F2016

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Segala puji-pujian ke hadrat Illahi Allah S.W.T. Darinya kita
memohon pertolongan dan keampunan, serta perlindungannya
dari gangguan syaitan. Sesiapa yang dikurniakan hidayah oleh
allah S.W. T, maka mereka tidak sesat selamanya. Sesungguhnya
Allah sahajalah yang selayaknya disembah dan Nabi Muhammad

SAW itu adalah persuruhnya.

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. Ucapan
selawat dan salam  kepada junjungan kita Nabi Muhammad SWA,

segenap keluarga dan sahabatnya, serta sesiapa yang
menyerukan dakwahnya hingga hari kiamat.

Alahamdulillah dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah
dan kurnianya, kami telah dapat menyelesaikan tugasan yang

diberikan kepada kami dengan jayanya. Sekalung ucapan terima
kasih kepada pensyarah kami, Ustaz Muhamad Zan Bin Sailan
yang banyak membantu, memberi dorongan dan tunjuk ajar
kepda kami agar tugasan kami dapat dijalankan dengan
sempurna.

Kami diberi tugasan untuk menghasilkan sebuah karya E-
Majalah berdasarkan tajuk yang telah diberikan oleh pensyarah

kami iaitu " Adab Seorang Pelajar Terhadap Guru"

Semoga ilmu yang akan dikongsikan ini dapat memberi manfaat
dan dijadikan contoh teladan yang baik kepada pembaca. Sekian

terima kasih.

ISI KANDUNGAN

SIDANG REDAKSI 2
KATA-KATA ALUAN 3
ISI KANDUNGAN 4
PENGENALAN 5
KERATAN AKHBAR 6
DALIL- DALIL 7-8
APA ITU GURU? 9
ETIKA SISWA TERHADAP GURU 10
APA ITU ADAP 11
7 ADAP PELAJAR TERHADAP GURU 12
PENDAPAT ORANG RAMAI 13
KESIMPULAN 14

PENGENALAN

Guru adalah orang tua yang kedua selepas ibu
bapa, iaitu orang yang mendidik murid-

muridnya untuk menjadi lebih baik sebagaimana
yang diredhai allah ‘azza wa jalla. Sebagaimana

wajib hukumnya mematuhi kedua orang tua,
makan wajib pula mematuhi perintah para guru
selama perintah tersebut tidak bertentangan

dengan Syariah islam.

KERATAN AKHBAR

DALIL

“Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan
orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul
(Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri,
yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah

(yang membuktikan keesaan Allah dan
kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari
iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab
Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang
mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan
sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi

Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang
nyata.”

DALIL

Keberhasilan dan kemudahan dalam proses
menuntut ilmu terletak pada kelakuan baik
(adab) si pentut ilmu, terutama adab kepada
guru. Sayyidina ali rodhiallu’anhu berkata, “aku
ibarat budak dari orang yang mengajarkanku

walaupun hanya
satu huruh”. Perkataan Ali ini merupakan
ungkapan bahawa begitu besar penghormatan

beliau kepada guru”.

APA ITU GURU?

Guru adalah pendidik, iaitu orang dewasa yang bertanggungjawab
memberi bimbingan atau bantuan kepada anak didik dalam
perkembangan jasmani dan rohaninya agar mencapai kedewasaanya,
mampu berdiri sendiri dapat melaksanakan tugasanya sebagai
makhluk allah khalifag di muka bumi, sebagai makhluk sosial dan
individu yang sanggup berdiri sendiri.

Diperingkat university, guru diberi gelaran seperti pensyarah atau
tutor. guru merupakan tenaga pengajar dalam intitusi pendidikan
seperti sekolah atau universiti.

Dari segi agama misalnya agama hindu dan sikh guru mempunyai
maksud yang lebih tinggi. ia biasanya merujuk kepada para pendeta
yang mempunyai ilmu mendalam dalm hal-hal kerohanian.

Orang india, cina, mesir menerima instruksi dari seorang guru yang
merupakan imam atau nabi. oleh kerana itu, seorang guru sangat
dihormati terkenal di masyarakat serta untuk mempertimbangkan
guru sebagai panduan untuk keselamatan guru sebagai panduan untuk
keselamatan dan dihormati bahkan lebih dari orang tua mereka.

ETIKA SISWA TERHADAP GURU

Hendaklah pelajar menghormati guru, memuliakan
serta mengagungkannya kerana allah dan berdaya
upaya menyenangkan hati guru dengan cara baik.

Bersikap sopan di hadapan guru serta mencintai
guru kerana allah ta'ala.

Selektif dalam bertanya dan tidak berbicara
kecuali setelah mendapat izin dari guru.

Apabila berbeza pendapat dengan guru. berbincang
atau bertoleransi dengan cara baik.

Jika melakukan kesalahan, segera mengakuinya
dan meminta maaf kepada guru.

APA ITU ADAB?

Adab berasal dari perkataan Arab iaitu ‫أدب‬ yang memberi maksud
perilaku dan perbuatan kebaikan, kesantunan, moral, sopan santun,

kesusilaan, serta kemanusiaan.

Akhlak berasal daripada perkataan ‫أَ ْﺧﻼَ ٌق‬ iaitu kata
jama' daripada perkataan ‫ﺧُﻠُ ٌﻖ‬ bererti tabiat,kelakuan, perangai, dan

tingkahlaku, adat kebiasaan, malah ia juga bereti agama itu
sendiri. Antara definasi akhlak menurut istilah ialah sifat yang tertanam di

dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang
dan mudah tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan.

ADAB TERHADAP GURU

Seorang pelajar hendaklah merendahkan dirinya di hadapan guru,
jangan keluar daripada pendapat dan arahannya. Merendahkan
diri terhadap guru adalah satu kemuliaan dan ketinggian.

Selain itu, seorang pelajar hendaklah memandang gurunya
dengan kemuliaan dan meyakini bahawa gurunya memiliki darjat

yang tinggi.

7 ADAB PELAJAR TERHADAP

GURU

1.Memberikan Salam Kepada Guru

Amalan memberi salam dapat mengembalikan persekitaran
pembelajaran yang mesra dan sentosa, budaya memberi salam
kepada guru perlu dibaja dalam diri setiap murid supaya dapat
mewujudkan suasana hormat- menghormati antara murid terhadap
guru.Di samping itu, salam juga merupakan antara sunnah yang
sering dilakukan oleh baginda Rasulullah S.A.W untuk merapatkan
hubungan silaturahim.

2. Jangan Banyak Bercakap

Ketika guru sedang mengajar di hadapan, kita sebagai murid perlu
mengelakkan bercakap-cakap dengan teman di sebelah. Hal ini
kerana sikap begitu akan menyebabkan kita tidak dapat memberi
tumpuan yang sepenuhnya terhadap ilmu yang disampaikan oleh
guru yang menyebabkan kita tidak dapat memahami perkara yang
diterangkan oleh guru. Tambahan lagi, sikap bercakap ketika guru
sedang mengajar di hadapan adalah sangat tidak beradab menurut
Islam.

3. Jangan Bercakap Jika Tidak Ditanya

Ketika dalam proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung,
murid seharusnya bercakap apabila perlu sahaja dan jangan bercakap
selagi tidak disoal oleh guru.Hal ini kerana, apabila seorang murid bercakap
ketika tidak ditanya ia seperti kita tidak beradab dengan orang yang telah
mencurahkan ilmu kepada kita.

Sebagaimana firman Allah S.W.T; “ Wahai orang-orang yang beriman,
taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada
Ulul-Amri {orang-orang yang berkuasa} dari kalangan kamu”Surah An-
Nisa’ ayat 59Perkataan

Ulul-Amri di dalam ayat tersebut boleh dinisbahkan kepada guru yang mana
darjat mereka juga sangat tinggi disisi Allah.Dan melalui ayat tersebut
jelaslah bahawa kita sebagai murid perlu taat dan mendengar setiap arahan
guru kita sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah.

4. Jangan Menyangkal Kata-Kata Guru

Adab yang perlu dititikberatkan oleh murid yang seterusnya ialah jangan
sesekali menyangkal kata-kata guru.Hal ini kerana, apabila kita sebagai
murid membantah setiap nasihat dan teguran guru yang telah mencurahkan
segala ilmunya, kita seolah-olah melawan kata-kata ibu bapa kita
sendiri.Contohnya, guru sedang menerangkan salah satu formula Matematik
di dalam kelas, kemudian kita menegur bahawa formula yang diajar oleh
guru itu salah di hadapan kawan-kawan sekelas, perkara ini akan
menjatuhkan air muka guru yang mungkin menjejaskan pekerjaannya
sebagai guru.Ini kerana terdapat pelbagai medium yang boleh digunakan
untuk membuat teguran kepada guru yang mungkin terlepas pandang
bahawa berlaku sedikit kesalahan dalam sesi pengajarannya.

5. Elakkan Berbisik Di Hadapan Guru

Jangan kita berbisik dengan orang di sebelah ketika guru sedang
menyampaikan ilmu.Hal ini kerana perlakuan berbisik itu sangat tidak bagus
dan dilarang di dalam Islam.

Sebagaimana hadith daripada Mas’ud r.a beliau berkata: Rasulullah S.A.W
bersabda;“Jika kalian bertiga maka janganlah 2 orang berbicara atau
berbisik berduaan sementara yang ketiga tidak diajak sampai kalian
bercampur dengan manusia kerana hal ini akan membuat orang yang
ketiga tadi bersedih”.Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim

Menurut hadith tersebut jelaslah bahawa perlakuan berbisik itu akan
menyinggung perasaan orang lain yang berada di sekitar kita. Jika berbisik
di hadapan orang ketiga yang mungkin kawan kita juga akan menyebabkan
dia tersinggung, apatah lagi pula jika berbisik di hadapan guru yang sedang
mengajar di hadapan.Perkara tersebut mungkin akan menimbulkan
prasangka buruk di dalam diri guru tersebut.

6. Jangan Berburuk Sangka Kepada Guru

Di samping itu, antara adab yang perlu diamalkan oleh seorang murid
terhadap guru ialah jangan pernah berburuk sangka kepada guru.Hal ini
kerana sikap itu tidak perlu ada dalam diri seorang murid kerana seorang
murid tidak berhak menilai dan menghukum setiap perlakuan
gurunya.Contohnya, jika seorang murid itu telah melihat gurunya melakukan
sesuatu perkara yang pada zahirnya menyalahi ilmunya (bukan menyalahi
agama) maka hanya guru itu yang tahu akan segala perbuatannya.Ini
kerana selagi perkara yang dilakukan guru itu tidak menyalahi Islam, maka
tidak perlu bagi seorang murid untuk hilang rasa hormat dan tidak beradab
ketika bersama guru.

7. Berdiri Apabila Guru Bangun

Adab yang perlu dipraktikkan oleh murid yang seterusnya ialah
berdiri apabila guru bangun.Hal ini kerana kedudukan seorang
guru itu sangat tinggi di sisi Allah, maka bagi seorang murid yang
beradab kita patut berdiri ketika guru berjalan ketika masuk dan
keluar kelas kerana itu menandakan yang kita amat menghormati
guru.

PENDAPAT ORANG RAMAI

Pelajar zaman sekarang tidak boleh ditegur, dinasihat, di rotan untuk
mendidik mereka kerana terlalu dimanjakan oleh ibu bapa sejak dari
kecil lagi. Ibu bapa mudah mendengar dan terus mempercayai apa

yang dikatakan oleh anak tentang pemasalahan yang diadukan
tanpa sebarang selidik@penyelidikan dan bertanyakan kepada guru.
Kebanyakkan ibu bapa sekarang mengambil tindakkan tanpa berfikir

panjang dan terus menyerang guru. Ibu bapa lupa didikan anak-
anak itu bermula dari rumah bukan semuanya di letakkan di atas

bahu guru.
Farhana, Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah

Seorang pelajar haruslah menghormati guru dan menerima teguran
guru dengan hati yang terbuka tanpa menyimpan perasaan dendam
terhadap guru. Guru telah mengajar kita dengan sabar tidak berkira
terhadap ilmu yang diberikan kepada kita, sebagai anak murid yang

menuntut ilmu, yang meminta ilmu terhadap guru haruslah
mendengar tutur kata guru walaupun guru bersalah hendaklah murid
menjaga adabnya dan bercakap dengan sopan selagi gurunya tidak

melanggar syariat islam.
Asyikin Haron: Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah

KESIMPULAN

Kesimpulannya, walaupun pada hari ini terdapat pelbagai isu
berkaitan adab dan akhlak murid yang kian luntur.Sebagai
masyarakat yang melihat perkara ini kita perlulah memainkan
peranan penting untuk memperbaiki isu ini dengan memberi teguran
dengan cara yang betul.Sebagaimana yang diketahui umum, guru
ibarat ibu bapa kita kerana mereka juga berusaha keras mendidik,
membimbing, dan mengajar kita menjadi insan yang berguna.Jadi,
jangan sesekali kita menyangkal kata-kata guru yang telah
mencurahkan ilmu mereka kepada kita.Selain itu, sebagai murid kita
haruslah mengelakkan daripada melakukan perkara yang
menunjukkan kita tidak beradab ketika di hadapan guru.Disini jelaslah
bahawa kita sebagai murid perlu taat dan mendengar setiap arahan
guru kita sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah
S.W.T.Akhir kata, bukan hanya 7 adab ini sahaja yang perlu dicontohi
oleh seorang murid, malah terdapat banyak lagi adab-adab yang
perlu dipraktikkan oleh seorang murid yang berjaya kerana murid
yang berjaya merupakan murid yang sangat menjaga adabnya ketika
bersama gurunya.


Click to View FlipBook Version