Kisah Raja Namrud
dengan Nabi Ibrahim
AS
Nabi Ibrahim AS, telah dilahirkan di wilayah Mesopotamia. Pemerintah ketika itu
ialah Raja Namrud. Beliau merupakan seorang raja yang paling berkuasa ketika itu
dan bersikap sombong. Kehidupan masyarakat ketika itu adalah pada pertengahan
zaman jahiliyah. Mereka mengamalkan penyembahan berhala.
Raja Namrud bermimpi
bahawa akan wujud
seorang anak lelaki yang
akan menggulingkan dan
menghancurkannya.
Setelah mendengar berita berkaitan arahan Raja Namrud, Ibu bapa Nabi
Ibrahim terpaksa menyembunyikan Nabi Ibrahim di gua bagi
mengelakkan dari dibunuh oleh raja yang zalim.
Raja Namrud: “ Beta mahu semua
bayi lelaki yang telah dilahirkan
dibunuh semuanya”.
Setelah dewasa, Nabi Ibrahim cuba berhadapan
dengan Raja Namrud. Namun begitu, baginda
menghancurkan berhala terlebih dahulu. Baginda
hanya meninggalkan satu berhala yang sangat
besar dan meletakkan kapak padanya.
Raja Namrud menyedari bahawa patung-patung berhala telah rosak dan hancur.
Kemudian,beliau memanggil Nabi Ibrahim AS untuk meminta baginda bertanggungjawab.
Nabi Ibrahim AS kemudian menjawab dengan lantang bahwa berhala yang paling
besarlah yang menghancurkan semua berhala.
Raja Namrud: “Bawa Raja Namrud memerintahkan pasukannya
untuk menghukum Nabi Ibrahim AS dengan
Nabi Ibrahim kemari,
dan bakar baginda cara hukuman dibakar hidup-hidup.
hidup-hidup!!!”
Kemudian Nabi Ibrahim AS diikat dan
ditempatkan pada batang kayu dan dibakar
dengan api yang menyala terang.
Namun Nabi Ibrahim tidak
terbakar sama sekali oleh api dan
membuatkan seluruh pasukan
dan Raja Namrud hairan dengan
situasi berikut. Nabi Ibrahim AS
pun keluar dari nyalaan api tanpa
luka sedikit pun.
Kemudian mereka berpaling dari berhala dan
menjadi umat Nabi Ibrahim AS dan kembali ke
jalan Allah SWT.