DIPLOMA PENGURUSAN ACARA
PELANCONGAN DAN HOSPITALITI ISLAM
(MPU23072)
PERANAN KAEDAH FIQH DALAM HOSPITALITI DAN
PELANCONGAN
NAMA PENSYARAH
USTAZ HAMDAN BIN ABDUL GHANI
DISEDIAKAN OLEH
NUR SUFFIAH BINTI AHMAD (09DEV20F1005)
NUR ATHIRAH BINTI ZED ROSLAN (09DEV20F1007)
IRDINA BALQIS BINTI ZAIDI (09DEV20F1012)
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
serta selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W..Setinggi-tinggi
kesyukuran kehadrat ilahi kerana dengan izin dan kurniaNya, maka tugasan yang
diberikan telah pun selesai.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Ustaz
Hamdan Bin Abdul Ghani selaku pensyarah Pelancongan dan Hospitaliti Islam kami
yang telah banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar sepanjang tempoh
menyiapkan tugasan ini. Begitu juga rakan seperjuangan yang banyak berkongsi
maklumat dan motivasi untuk menghasilkan tugasan ini.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan kumpulan saya yang gigih
mencari pelbagai maklumat dan info untuk melengkapkan tugasan yang diberi ini.
Mereka juga telah memberi pelbagai idea selama 4 minggu ini.
Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung. Semoga segala kerjasama yang diberikan ini akan
diberkati Allah S.W.T..Semoga hasil tugasan kami ini dapat memberi manfaat kepada
masyarakat di luar sana untuk dijadikan sebagai pengajaran.
ISI KANDUNGAN
Perkara M/S
Objektif 1
Pengenalan………………………………………………………...
Pengertian Fiqh…………………………………………………… 2
Pengertian Kaedah Fiqh………………………………………….
Pembahagian Kaedah Fiqh……………………………………… 3
Kaedah-Kaedah Fiqh dalam Pelancongan dan Hospitaliti…… 4-5
Sumber Kaedah Fiqh…………………………………………….. 6
Peranan Kaedah Fiqh Dalam Pelancongan & Hospitaliti…….. 7
Kesimpulan………………………………………………………… 8
Rujukan…………………………………………………………….. 9
OBJEKTIF
1. Kajian ini dilakukan adalah untuk memberi pengukuhan terhadap kefahaman pelajar
mengenai sesuatu kaedah fiqh.
2. Kajian ini dilakukan adalah untuk memberi peluang dan pendedahan kepada kami
tentang isu-isu yang melibatkan fiqh.
3. Kajian ini dilakukan adalah untuk kami menyelesaikan sesuatu masalah secara
kreatif dan inovatif.
1
PENGENALAN
Syariat Islam adalah konsep umum untuk semua syariat yang diturunkan oleh
Allah SWT yang komprehensif, sederhana, dan dapat diterapkan pada setiap masa dan
tempat. Salah satu kualiti pengajaran yang komprehensif ini adalah kemampuannya
menjawab pelbagai keprihatinan yang dihadapi manusia dengan menggunakan
pelbagai kaedah dan kaedah yang disediakan oleh undang-undang Islam. Salah satu
pendekatan yang digunakan oleh ulama silam dalam menyelesaikan persoalan yang
berlaku ialah dengan menggunakan pendekatan kaedah fiqh.
PENGERTIAN FIQH
Pengertian fiqh menurut bahasa ialah mengetahui sesuatu dan memahami
tentangnya. Kebiasaannya perkataan fiqh digunakan untuk ilmu-ilmu keagamaan
kerana kemuliaan ilmu itu.
Manakala menurut Muhammad Mustafa Shalabi, al-Quran menggunakan
perkataan fiqh untuk memahami sesuatu perkara dengan mendalam. Bukan itu sahaja,
pengertian fiqh dapat ditafsirkan melalui istilah juga.
Menurut al-Zarkhasi, pengertian fiqh menurut istilah ialah mengetahui hukum-
hukum syarak yang berbentuk praktikal yang diambil daripada dalil-dalil yang terperinci.
Menurut al-Amidi pula, fiqh bermaksud ilmu yang terhasil secara jumlahnya daripada
hukum-hukum syarak yang far’i dengan cara memerhati dan menggunakan dalil.
Secara kesimpulannya, yang dimaksudkan dengan fiqh ialah mengetahui
hukum-hukum syarak yang berbentuk mengetahui hukum-hukum syarak yang
berbentuk amalan seperti ibadat, perkahwinan, perceraian dan lain-lain berdasarkan
dalil-dalil yang terperinci sama ada dari al-Quran atau al-Sunnah.
2
PENGERTIAN KAEDAH FIQH
Kaedah Fiqh atau Fiqhiyyah merupakan gabungan dua perkataan Arab iaitu
Qawaid dan Fiqhiyyah. Menurut bahasa, perkataan ‘kaedah’ merupakan jamak bagi
perkataan qawaid. Ia membawa beberapa maksud seperti asas, dasar atau pun asal.
Perkataan qawaid dari sudut bahasa mempunyai beberapa maksud daripada al-Quran :
Firman Allah SWT :
Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail
meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambal keduanya berdoa
dengan berkata : ‘Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami). (Surah al-
Baqarah : 127)
Fiqh pula membawa maksud suatu kefahaman iaitu memahami sesuatu perkara
dengan mendalam dan terperinci.
Pengertian kaedah fiqh menurut Al-Jurjani ialah persoalan umum yang boleh
diaplikasikan ke atas kesemua cabang. Manakala menurut Dr Mahmud Ismail
membawa maksud hukum fiqh yang berbentuk umum yang dapat diketahui hukum
darinya bagi persoalan-persoalan cabang dari pelbagai bab
PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH
Secara umumnya ulama telah membahagikan kaedah fiqh kepada dua bahagian
utama iaitu Al-Kuliyyah Al-Kubra dan Kaedah Fiqh Al-Sughra. Al-Kuliyyah Al-Kubra
merupakan kaedah yang disepakati oleh kebanyakan ulama serta ia boleh diaplikasikan
dalam semua perkara. Manakala Kaedah Fiqh Al-Sughra merupakan himpunan
sejumlah besar kaedah-kaedah fiqh yang skop aplikasinya lebih kecil berbanding
dengan kaedah fiqh al-kuliyyah al-kubra.
3
KAEDAH-KAEDAH FIQH DALAM PELANCONGAN DAN HOSPITALITI
Terdapat 5 kaedah Fiqh dalam pelancongan dan hospitaliti. Antaranya ialah
segala urusan bersasarkan niat . Maksudnya segala perbuatan yang dilakukan oleh
manusia sama ada baik atau buruk berbentuk perkataan atau perbuatan, penentuan
dosa atau pahala berdasarkan niat orang yang melakukannya. Contohnya ialah
meninggalkan perbuatan haram seperti mencuri, minum arak, berzina, dan lain-lain
kerana Allah.
Kaedah yang kedua pula ialah keyakinan tidak hilang dengan keraguan.
Kaedah ini menjelaskan bahawa tiap tiap perkara yang telah diyakini berlaku tidak akan
terbatal dengan sebarang keraguan yang dating kemudian. Hal ini bermaksud, sesuatu
perkara yang pada asalnya dan diyakini jelas akan sesuatu hukum itu tidak boleh
ditinggalkan atas sebab syak atau ragu ragu tentang perkara yang diperselisihkan.
Keyakinan terhadap sesuatu perkara atau hukum tidak boleh diubah atas sebab
keraguan yang timbul. Jika seseorang itu telah yakin akan sesuatu perkara dan
hukumnya, kemudian timbul pula syak atau ragu ragu terhadap keyakinan tadi, maka
keyakinan yang asal itu tidak boleh dihilangkan atau dihindarkan kecuali dengan
adanya keyakinan baharu yang dapat menghindarkannya. Contohnya orang ramai tidak
ragu-ragu untuk makan makanan yang mempunyai tanda halal yang telah disahkan
oleh JAKIM.
Kaedah yang ketiga ialah jalan keluar. Ia membawa maksud beberapa
kelonggaran dalam melaksanakan kewajipan tertentu. Contohnya, orang yang sakit
dibenarkan untuk solat dalam keadaan duduk sekiranya tidak mampu dia boleh
berbaring.
Kaedah yang seterusnya ialah kemudaratan mesti dihilangkan. Maksudnya
perbuatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada mana-mana pihak yang
melibatkan agama , nyawa , maruah , keturunan , akal dan harta hendaklah dielakkan.
Contonya, rumah penginapan, sama ada Chalet, homestay,hotel,motel atau yang
seumpamanya, tidak boleh menyediakan makanan yang haram dan memudaratkan
kepada tetamu.
4
Kaedah yang terakhir ialah adat dijadikan hukum. Umat Islam dapat
memahami hukum yang digunakan terhadap sesuatu perkara tanpa membuat sesuatu
yang buruk. Kesimpulannya, adat yang diamalkan tidak bertentangan dengan hukum
syarak seperti menerangi rumah kediaman ketika mengadakan majlis perkahwinan
dengan tujuan untuk menunjukkan kegembiraan atau mengiklankan dengan
perkahwinan tersebut jika bukan bertujuan untuk membazir.
5
SUMBER KAEDAH FIQH
Terdapat tiga sumber kaedah fiqh yang perlu diketahui. Antaranya ialah al-
Quran. Al-Quran merupakan sumber hukum utama dalam Islam yang sesuai
dipraktikkan untuk semua zaman dan masa.Para ulama menjadikan Al – Quran sebagai
panduan dalam melakukan ijtihad untuk mengeluarkan kaedah – kaedah fiqh daripada
isi kandungan.
Sumber kaedah fiqh yang seterusnya ialah al-Hadis. Allah menganugerahkan
Rasullulah dengan keistimewaan ‘ jawami al kalim ‘ yang bermaksud ucapan yang
ringkas tetapi mempunyai makna yang mendalam. Banyak hadis Baginda yang
mengandungi lafaz-lafaz yang boleh dijadikan sebagai lafaz kepada kaedah-kaedah
fiqh. Antara lafaz hadis yang dijadikan sebagai lafaz kaedah antaranya al-din, al-
nasihah, al- Muslimun a’la syurutihim dan lain-lain lagi.
Sumber kaedah fiqh yang terakhir pula ialah Athsar Sahabat (Pendapat
Sahabat). Para sahabat merupakan insan yang bertuah kerana dapat hidup dan
menimba ilmu secara langsung daripada Rasuluklah SAW. Begitu juga dengan para
tabieen yang dapat menimba ilmu daripada para sahabat banyak terkesan dengan cara
Rasulullah SAW dalam memahami nas-nas syarak semasa menerangkan falsafah
Syariah Islamiah. Lantaran itu, banyak ucapan dan kata-kata sabahat dan para tabieen
yang mempunyai kaedah-kaedah fiqh yang boleh dijadikan panduan dalam
mengeluarkan hukum.
6
PERANAN KAEDAH FIQH DALAM PELANCONGAN DAN HOSPITALITI
Dalam bidang pelancongan dan hospitaliti, terdapat beberapa peranan kaedah
fiqh yang dapat kita ketahui. Antaranya ialah memudahkan individu memahami hokum.
Dengan adanya ilmu kaedah Fiqh, umat Islam dapat memahami hukum yang
digunakan terhadap sesuatu perkara tanpa membabi buta. Penentangan dan pertikaian
terhadap hukum yang lahir tidak akan timbul apabila masyarakat Islam memahami
bahawa keselamatan akidah,nyawa,keturunan, akal dan harta perlu dijaga . Contohnya
percampuran antara lelaki dan perempuan dikolam perlu diasingkan demi menjaga
maruah manusia, terutamanya kaum wanita.
Seterusnya, kaedah fiqh dapat memainkan peranan untuk dijadikan sumber
hujah dalam menangani isu-isu yang terbaru. Misalnya, banyak persoalan yang timbul
di kalangan masyarakat memerlukan jawapan dan penyelesaian daripada cendiakawan
Islam. Dengan menguasai ilmu ini ianya mampu untuk menyelesaikan persoalan
tersebut.
Dengan memahami ilmu kaedah Fiqh, daya kreativiti umat islam dapat dipupuk ,
khususnya dalam menyumbang kepada pembangunan industri pelancongan dan
hospitaliti berlandaskan kepada pendekatan dan prinsip yang diredhai Allah S.W.T.
Sebagai contoh, sumber alam digunakan untuk menghasilkan produk yang mampu
menjadi tarikan pelancong seperti perabot, makanan dan pakaian serta melakukan
pelbagai usaha ke arah menjaga kebersihan dan kesejahteraan alam seperti aktiviti
riadah, penanaman semula pokok dan lain-lain lagi.
Selain itu, dapat membentuk gambaran umum tentang fiqh. Pengajian kitab fiqh
di Malaysia untuk masyarakat awam kebanyakannya tidak sempat untuk diselesaikan.
Jadi dengan adanya pengajian kaedah fiqh ini, akan membuka membuka peluang
kepada masyarakat awam untuk mendapat gambaran umum tentang topik yang
terkandung dalam ilmu fiqh.
Kesimpulannya, syariat Islam sesuai diamalkan kerana sesuai dengan
kedudukannya sebagai penutup segala syariat maka ianya sesuai diamalkan sepanjang
zaman dan masa.
7
KESIMPULAN
Kesimpulannya, agama Islam adalah agama yang mudah. Islam memudahkan
perkara yang kita anggap sebagai beban. Islam merupakan agama yang lengkap dan
mencakupi dalam semua lapangan kehidupan. Bermula daripada soal-soal diri,
keluarga, negara seterusnya ke peringkat antarabangsa. Islam juga menekankan
persoalan rohahiyyah dan jasmaniyah secara seimbang. Pelancongan Islam dapat
dijalankan dengan sempurna jika konsep fiqh dihayati dengan mendalam oleh tuan
rumah. Kebolehan memenuhi keinginan pelancong dari segi keperluan kerohanian
seperti kemudahan patuh syariah atau kemudahan perhentian solat yang baik
boleh dipertingkatkan. Untuk tujuan penambahbaikan konsep pelancongan dan
hospitaliti Islam, perlu ada nilai-nilai emosi seperti sopan santun atau berbudi bahasa.
Di samping semua pihak boleh didedah kepada tarbiah melalui maklumat-maklumat
bermanfaat. Oleh itu , kaedah fiqh telah membuktikan kita bahawa Islam itu
memudahkan urusan seseorang. Intijahnya, tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad.
8
RUJUKAN
https://prezi.com/djev_evac13z/prinsip-syariah-dan-kaedah-fiqh-dalam-bidang-
pelancongan-dan/?frame=e444ecac0fb32ee62adfcfa6eefcd1081b4010be
http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=521581&cat=tm
https://www.tatiuc.edu.my/assets/files/ICTM19-Papers/ICTM-22.pdf
http://journal.kuis.edu.my/muwafaqat/images/article/vol-2/no-2/19-16_Norazlina-Abd-
Wahab_Konsep-Hifz-Al-Quran-dalam-Aktiviti-Pelancongan.pdf
http://ddms.usim.edu.my/bitstream/123456789/9938/1/Kajian%20Syariah%20Dan%20U
ndang-Undang%20Part%201.pdf
9