NAMA 1. NURAIN NAZIRAH BINTI RAMLI
2. FATIN NUR KHAIRINA BINTI MOHARAN
NOMBOR MATRIK 3. NURUL FATIHAH BINTI ALMAY
4. NADIA ALIFFA BINTI AZHAR
NAMA PENSYARAH 1. 16DPM21F1074
KURSUS DAN KOD 2. 16DPM21F1073
KURSUS 3. 16DPM21F1085
4. 16DPM21F1054
PUAN SITI AISHAH BINTI OTHMAN
PENGAJIAN ISLAM & MPU21032
PENGENALAN
Pada masa kini, permasalahan alam sekitar tidak boleh dianggap perkara kecil dari
perancangan dan gerakan pembangunan negara. Perkaitan yang erat di antara pembangunan
dan kemerosotan alam sekitar tidak boleh di sangkal lagi. Malah dalam beberapa kes, aktiviti
pembangunan merupakan pemangkin kepada masalah alam sekitar seperti pencemaran air,
pencemaran udara, hakisan tanah, jerebu dan sebagainya. Persoalan pembangunan dan alam
sekitar melibatkan pertimbangan sama ada merancang dan menjana pembangunan atau
menjaga dan memulihara alam sekitar. Dalam hal ini, manusia terpaksa berdepan dengan
suatu dilema dan konflik membuat pertimbangan dan pilihan serta memberi wajaran yang
adil terutamanva dalam merencana dan menggerakkan pembangunan, lebih-lebih lagi ketika
negara sedang menuju wawasan yang akan meletakkan negara malaysia sebagai sebuah
negara maju.
ISI KANDUNGAN
Pengenalan
Jenis-jenis pencemaran
Kesan-kesan pencemaran
Kesimpulam
Lampiran
Rujukan
JENIS-JENIS PENCEMARAN
Udara Sisa Toksik Air
Tanah Bunyi
Pencemaran Air
Kegiatan perindustrian yang giat di bandar menyebabkan pencemaran air. Banyak sungai
tercemar akibat pembuangan sisa toksid dari kilang. Hidupan akuatik juga terancam kerana
pencemaran sungai ini. Contohnya, Sungai Klang dan Sungai Gombak tercemar teruk kerana
pembuangan sisa toksid dari kilang kilang yang terletak di Lembah Klang. Pencemaran air
berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak
sesuai lalu memberi kesan apabila digunakan. Pencemaran air bukan sekadar berlaku di
sungai namun berlaku juga di laut dan hal ini boleh berlaku secara sengaja atau tidak sengaja.
Pencemaran air juga adalah masuk atau dimasukkannya makhluk hidup, zat, tenaga atau
komponen lain ke dalam air oleh kegiatan manusia sehingga melampaui baku mutu air.
Pembuangan sisa bahan seperti raksa dan plumbum tanpa kawalan rapi dapat mencemarkan
kualiti air kawasan sekitarnya. Peningkatan kadar pencemaran air meliputi pencemaran
sungai, tasik, air hujan, air bawah tanah dan lain lain yang berpunca daripada sisa domestik
dan sisa perkilangan yang menjejaskan ekosistem akuatik.
Pencemaran Sisa Toksik
Bahan toksik dan berbahaya ini banyak dihasilkan oleh kilang pembuatan dan kejuruteraan.
Bahan-bahan tersebut disimpan dalam lingkungan kawasan industri setakat yang mereka
mampu. Sesetengah kilang menggunakan khidmat kontraktor persendirian untuk mengangkut
bahan tersebut dan membuangkannya di tempat pembuangan sampah sarap atau pun di mana
sahaja mereka rasakan sesuai. Ini bermakna sesetengah bahan toksik akan dibuang bukan
sahaja di tempat pelupusan sampah sarap, tetapi juga di pinggir jalan raya, badan air dan
tanah terbiar.
Pencemaran Udara
Pertambahan kilang dan kenderaan bermotor menyebabkan pencemaran udara yang teruk di
bandar-bandar besar. Pembebasan asap kilang dan asap kenderaan menyebabkan kejadian
jerebu yang teruk. Berlakunya pembebasan atau penyebaran bahan kimia ke atmosfera dan
menyebabkan perubahan yang tidak baik ke atas kehidupan manusia dan haiwan. Tuntas
daripada itu, bahan kimia ini terlampau banyak dalam tubuh manusia dan akan menyekat
pengaliran oksigen ke seluruh tubuh badan.
Pencemaran Bunyi
Pertambahan kilang dan kenderaan bermotor menyebabkan pencemaran udara yang teruk di
bandar-bandar besar. Pembebasan asap kilang dan asap kenderaan menyebabkan kejadian
jerebu yang teruk. Berlakunya pembebasan atau penyebaran bahan kimia ke atmosfera dan
menyebabkan perubahan yang tidak baik ke atas kehidupan manusia dan haiwan. Tuntas
daripada itu, bahan kimia ini terlampau banyak dalam tubuh manusia dan akan menyekat
pengaliran oksigen ke seluruh tubuh badan.
Pencemaran Tanah
Pencemaran tanah adalah disebabkan oleh kehadiran xenobiotik bahan kimia (buatan
manusia) atau perubahan lain pada persekitaran tanah semula jadi. la biasanya disebabkan
oleh aktiviti industri, bahan kimia pertanian atau pelupusan sisa tidak wajar, bahan kimia
yang paling biasa terbabit adalah pelarut, racun perosak, plumbum dan lain-lain. Pencemaran
ini dikaitkan dengan tahap perindustrian dan intensiti penggunaan kimia. Kebimbangan
mengenai pencemaran tanah berpunca terutamanya pada risiko kesihatan, akibat sentuhan
secara langsung dengan tanah yang tercemar, wap daripada bahan tercemar dan dari
pencemaran kedua bekalan air dalam dan di bawah tanah. Pemetaan laman tanah yang
tercemar dan hasil pembersihan merupakan tugasan yang memakan masa dan mahal,
memerlukan sejumlah luas kemahiran geologi, hidrologi, kimia, kemahiran pemodelan
komputer dan GIS bagi Pencemaran Alam Sekitar dan juga pemahaman mengenai sejarah
sisa kimia. Bahan buangan dari kilang juga merupakan punca pencemaran tanah.
KESAN-KESAN PEMBANGUNAN TERHADAP ALAM SEKITAR
Kesan Hakisan Tanah
Kesan hakisan tanah, tanah runtuh dan tanah mendap yang berpunca daripada eksploitasi
terhadap tanah-tanah bandar secara berlebihan untuk menampung keperluan penduduk seperti
aktiviti peneresan, pemotongan dan perataan bukit untuk dijadikan pelbagai tapak bina.
Proses hakisan menyebabkan berlakunya tanah runtuh dan tanah tandus di kawasan tarahan
lereng bukit yang tidak diurus. Penebangan hutan akan mengurangkan proses resapan air ke
dalam tanah dan meningkatkan pengaliran air di permukaan bumi.
Banjir Dan Banjir Kilat
Banjir dan banjir kilat akibat daripada pembangunan bandar yang terlampau pesat seperti
penerokaan kawasan tadahan air dan penimbusan paya serta tasik (wet land) untuk dibina
kawasan perumahan, kadar penurapan muka bumi yang keterlaluan serta perubahan terhadap
sistem saliran semula jadi. Pembersihan kawasan tumbuh-tumbuhan dan pertambahan
kawasan berturap di bandar atau desa dan pinggir bandar meningkatkan isi padu luahan dan
kadar larian air. Longkang dan anak sungai tidak mampu menampung isipadu air yang
banyak ketika hujan lebat dan melimpah menyebabkan banjir kilat.
Kesihatan Manusia Terjejas
Kesan utama pencemaran alam sekitar adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia akan
menghidap pelbagai penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar.
Manusia memerlukan udara yang bersih untuk hidup. Jika udara yang dihidu tercemar, sistem
pernafasan seseorang itu akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Hal
ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat
dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen dan seterusnya menyebabkan
fungsi paru-paru terjejas serta sistem pengaliran darah mengalami masalah dan seterusnya
mengakibatkan pelbagai penyakit.
Kehilangan Sumber Ekonomi
Pemusnahan dan kepupusan haiwan akuatik lain menjejaskan sumber pendapatan para
nelayan. Pencemaran radioaktif seperti yang berlaku di Chernobyl telah menyebabkan
kerugian yang besar dalam sektor pertanian. Kawasan yang terlibat tidak dapat diusahakan
dalam jangka masa yang panjang akibat pendedahan kepada sinaran radioaktif.
Peningkatan Haba Bandar dan Kenaikan Suhu Mikro
Kesan pulau haba bandar dan kenaikan suhu mikro. Peningkatan suhu setempat di kawasan
terbuka berpunca daripada sifat permukaan bandar yang berturap yang menyerap bahangan
matahari dan memerangkap bahangan bumi, pembakaran bahan api fosil, kesan rumah hijau
serta tenaga haba yang dibebaskan oleh metabolisme manusia di bandar. Pertambahan gas
karbon dioksida menyebabkan kadar penyerapan bahangan matahari semakin tinggi di
kawasan bandar. Pembinaan bangunan yang sangat rapat antara satu sama lain juga
menyebabkan haba berada di celah-celah bangunan dan dapat memanaskan permukaan
bandar.
KESIMPULAN
Alam adalah anugerah yang tidak ternilai harganya. Penjagaan yang baik bukan hanya
mendatangkan banyak manfaat kepada masyarakat malah ia juga boleh mendatangkan
pendapatan kepada negara. Keindahan flora dan fauna boleh dijadikan sebagai salah satu aset
negara yang boleh digunakan untuk menarik lebih ramai pelancong untuk datang melawat
Malaysia. Ini secara tidak langsung turut akan menguntungkan masyarakat sekeliling dengan
mengadakan gerai-gerai jualan untuk dikunjungi para pelancong.
Walau bagaimanapun, selagi minda masyarakat tidak berubah, selagi itu masalah seperti
pemanasan global, pencemaran sungai, perbalakan dan sebagainya tidak akan dapat diatasi.
Oleh itu, kesedaran masyarakat untuk mengurangkan berlakunya masalah yang akan
mengancam nyawa dan kehidupan kita adalah amat penting. Menghargai, memulihara dan
memelihara alam sekitar merupakan tanggungjawab kita. Kita semua hidup dalam satu bumi
dan langit yang sama, kita hendaklah berusaha bersama untuk membina satu bumi dan
kehidupan yang lebih berkualiti, bersih, segar dan cantik dengan bermula menghargai dan
memulihara alam sekitar.
LAMPIRAN
RUJUKAN
Rujukan dari buku:
Ibrahim MH, Zulkifli MR, Ismail MIM, Isa NK, Adnan M(2016). Kesan
pembandaran terhadap suhu di Malaysia
Choy EA, Awal NAM, Shamsudin MF (2015) Kesedaran awam terhadap
alam semula jadi: Kes Taman Wetland, Putrajaya.
Malaysian Journal of Society&Space
Rujukan dari majalah online:
https://www.permohonan.my/pencemaran-alam-sekitar/