The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

RECIPES OF KEK LAPIS SARAWAK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hasnahpsas, 2022-09-14 20:46:23

KEK LAPIS KAMEK

RECIPES OF KEK LAPIS SARAWAK

KEK LAPIS
KAMEK

WARISAN RESIPI KEK LAPIS
SARAWAK

Syafiq Asyraf . Arif Fitri . Najmuddin



kek lapis

kamek

WARISAN RESIPI KEK LAPIS
SARAWAK

©️Hak cipta Politeknik Mukah Sarawak

Hak cipta terpelihara. tiada bahagian terbitan ini
boleh diterbitkan semula atau ditukar dalam apa
jua bentuk dengan apa cara jua sama ada
elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan
sebagainya sebelum mendapat kebenaran
bertulis daripada pihak Politeknik Mukah
Sarawak.

Diterbitkan oleh :
Politeknik Mukah Sarawak
KM 7.5, Jalan Oya
96400 Mukah
Sarawak .

pengenalan :

E-book ini mengandungi resipi kek
lapis Sarawak bermacam-macam variasi
yang telah dikumpul daripada berapa ahli
pembuatan kek lapis.. objektif utama e-book
kek lapis kamek ini ialah untuk
memperkenalkan resipi tradisional kek lapis
kepada orang ramai.

Memandangkan ramai masyarakat

yang berada dimalaysi
a masih lagi belum

mengetahui kewujudan kek lapis sarawak.
selain itu, melalui e-book kek lapis kamek
anda akan mendapat pengetahuan tentang
cara untuk membuat kek lapis sarawak yang
terdapat dalam e-book ini.

Selain itu, objektif yang paling utama
ialah supaya generasi muda dapat mewarisi
resipi kek lapis sarawak dengan adanya e-
book kek lapis kamek ini.

Sejarah kek l
apis sarawak

Berdasarkan sumber yang telah didapati oleh
masyarakat Sarawak, kek lapis sarawak berasal dari Indonesia
sejak tahun 1970-an dan 1980-an.

Rakyat Sarawak mula mengenali kek lapis apabila warga
betawi datang ke Sarawak dan mengajar cara membuat kuih
betawi. melalui itu, rakyat sarawak telah membuat variasi

tersendiri dan dinamakan kek lap
is sarawak dengan

menambahkan pewarna dan perasa.

Rakyat Sarawak terus mempelbagaikan jenis kek lapis
hingga dikenali dengan kek lapis sarawak moden apa bila
elemen kek lapis dicampurkan dengan cara pembuatan kek
barat dan tradisional.

Isi kandungan :

1. Kek lapis
masam-
manis

2.Kek lapis 3 dara
3.Kek lapis 1 sarawak
4. Kek lapis
lancang

kuning
5.Kek lapis india
6.Kek lapis selipar

jepun (kukus)
7.kek lapis ernesto
8.Kek lapis masam

manis cinta tiga segi

1.Kek lapis
masam-manis

Bahan-bahan :

10 biji telur
1/2 gelas gula
1 tin susu
450 gram mentega

2/2 gelas tepung
(tepung roti marie)
1 bungkus hawflakes
1 sudu teh esen
vanila
1 sudu teh baking
powder

Cara-cara :

telur dan gula dipukul hingga
kembang.
mentega, vanila, dan susu
dipukul hingga kembang.
campurkan kedua-dua adunan,
masukkan baking powder dan
tepung roti marie gaul rata dan
bahagi dua pewarna iaitu
pewarna hijau dan pewarna
kuning.

kukus adunan kuning 1 gelas
hingga matang.
seterusnya, apabila adunan
kuning sudah matang susun
gula-gula asam manis.
selepas itu, masukkan
adunan hijau.
buat berlapis-lapis hingga
adunan habis.

selamat mencuba

2. Kek lapis 3 dara

Bahan-bahan :

10 biji telur
450 gram mentega
1 tin nestle cream
1 tin susu
2 gelas tepung
gandum

200 gram horlick
2 bungkus tepung
aiskrim vanila
(200gram)
1 botol kecil golden
syrup
1/2 gelas gula
125 gram serbuk milo

Cara-cara :

mentega dipukul hingga
kembang dan putih.
telur dan gula dipukul hingga
kembang.
campur kedua-dua adunan
diatas dan pukul bersama
sehingga adunan rata.
masukkan susu, nestle, horlick,
tepung aiskrim dan tepung
gandum.

gaul sebati dan bahagikan
adunan kepada 4 bahagian.
1. milo
2.pewarna hijau
3.pewarna merah jambu+kaya
4.tanpa pewarna
kukus berlapis-lapis
acuan/loyang 8x8
lapisan pertama adunan merah
jambu, lapisan kedua adunan
milo, lapisan ketiga adunan
tanpa pewarna, lapisan keempat
adunan berwarna hijau.
ulang lapisan tersebut sehingga
adunan habis.

selamat mencuba

3. Kek lapis 1
sarawak

Bahan-bahan :

450 gram mentega
10 biji telur gred A
180 gram gula halus
10 gram ovelete
1 sudu teh esen vanila

375 gram susu pekat
150 gram horlick
300 gram tepung
gandum
250 gram perasa
apple @ jem apple
250 gram cream
cheese
pewarna

Cara-cara :

pukul mentega dan gula
hingga kembang,
masukkan ovelete dan
pukul lagi hingga sebati.
masukkan esen vanila.
kemudian masukkan telur
satu persatu dan pukul
lagi hingga kembang.
kemudian masukkan susu
pekat + cream cheese dan
perasa apple. gaulkan
sebati.

kemudian masukkan serbuk horlick
sedkit demi sedikit.
bahagi kan kepada 3 bahagian.
1.warna hitam
2.warna merah
3.warna kuning
kemudian masukkan setiap adunan
kedalam squeeze bottle.
squeeze kan adunan berbentuk jalur
secara melintang berulang-ulang
iaitu dimulai oleh adunan berwarna
hitam, seterusnya adunan berwarna
merah dan hitam sehingga habis satu
permukaan.
kemudian ulangkan lapisan tersebut
sehingga adunan habis.

selamat mencuba

4. Kek lapis
lancang kuning

Bahan-bahan :

10 biji telur
450 gram mentega
1/2 tin susu
1 gelas tepung
1 gelas gula

1 tin kaya
1 sudu teh esen
vanila
3 sudu makan
milo
5 bungkus coklat
crispy kandos dan
potong halus

Cara-cara :

mentega dan gula dipukul hingga
kembang.
masukkan telur satu persatu dan
pukul rata.
masukkan kaya, susu dan vanila
dan gaul sehingga adunan rata.
bahagikan kepada 3 adunan :
1.pewarna hijau
2.serbuk milo + coklat crispy kandos.
3.tanpa pewarna.
bakar adunan berlapis-lapis
sehingga masak. guna api oven
bahagian atas sahaja dan
acuan/loyang 8x8.

selamat mencuba

5. Kek lapis india

Bahan-bahan :

15 biji telur ayam
300 gram gula halus
300 gram tepung almond
(boleh juga gunakan 100
gram sahaja)
150 gram serbuk roti marie
(kisarkan)
50 gram nestum family
(kuning)

160 oz mentega
1 tin kecil susu manis
1 sudu esen vanila
200 keping kecil coklat
cadburry (6 peket)
pewarna hijau

Cara-cara :

pukul mentega dan gula
hingga kembang dan
masukkan satu persatu
telur.
massukkan tepung almond,
tepung roti marie, dan
nestum selepas itu pukul
rata.
masukkan susu dan esen
vanilla dan letak pewarna
hijau

bakar aduan berlapis-lapis
sehingga 5 lapisan kemudian
susun kepingan coklat
cadburry memenuhi
permukaan lapisan sebanyak
50 keping atau 45 keping.
kemudian ambil 1 senduk
adunan dan lapiskan diatas
coklat tadi sebelom
dimasukkan didalam ketuhar.
ulangi proses tadi sehingga
adunan dan coklat habis
gunakan acuan/loyang 9x9

selamat mencuba

6. Kek lapis
selipar jepun

(kukus)

Bahan-bahan :

10 biji telur
16 oz mentega
1/2 gelas tepung gandum
1 gelas horlick
1 gelas coffemate

1 tin kecil sri kaya
1/2 tin susu pekat manis
1 gelas gula halus
1 sudu makan ovalette

Cara-cara :

pukul telur, gula, ovalette
sampai kembang.
sediakan mangkuk
berasingan untuk memukul
adunan seterusnya iaitu
mentega, susu, sri kaya
sampai putih berkrim
selepas itu, satukan kedua
adunan tadi kemudian
masukkan horlick,
coffemate, tepung dan
kacaukan

bahagikan adunan tadi
menjadi 4 bahagian
masukkan apa sahaja
pewarna kesukaan anda
pada setiap adunan
pastikan air pengukus
dipanaskan dahulu dan
barulah kukus berlapis-
lapis setiap adunan
sehingga habis (lapiskan
mengikut kesukaan anda)

selamat mencuba

7. Kek lapis
ernesto

Bahan-bahan :

10 biji telur
100 gram gula
300 gram tepung gandum
450 gram mentega
1 tin kecil kaya

1/2 tin susu manis
1 bungkus serbuk santan
200 gram horlick
1 sudu ovalette
1 sudu teh esen vanilla

blueberry paste @ perasa
blueberry
perasa sunkist
pandan paste @ perasa
pandan secukupnya
perasa strawberry @
strawberry paste

Cara-cara :

telur + gula + tepung + ovalette
dipukul hingga kembang dan
gebu.
sediakan satu bekas adunan
dan pukulkan mentega dan
susu sehingga kembang
kemudian camapurkan kedua-
dua adunan tersebut.
gaulkan rata adunan tersebut
dan campurkan kaya dan
horlick.

setelah adunan dipukul rata
bahagikan adunan menjadi
lima bahagian.
1.pewarna hijau + pandan paste
2.pewarna oren + sunkis
3.pewarna pink + strawberry
paste
4.pewarna unggu + blueberry
paste
5.adunan tanpa pewarna dan
dibahagi lagi menjadi dua
bahagian (untuk lapisan atas
dan bawah kek)

bakar adunan tanpa pewarna
sebanyak 3 lapisan
kemudian gunakan squeeze bottle
untuk kesemua adunan bewarna
tersebut dan squeeze kan mengikut
jalur melintang
1.jalur pertama unggu
2.jalur kedua pink
3.jalur ketiga hijau
4.jalur keempat oren
ulang jalur tersebut sehingga
permukaan adunan tertutup.
bakar sehingga adunan bewarna
habis.
akhir sekali tutup lapisan atas dengan
menggunakan adunan tanpa
pewarna sebanyak 3 lapisan dan
bakar kek sehingga masak

selamat mencuba

8. Kek lapis
masam-manis

cinta 3 segi

Bahan-bahan :

450 gram mentega
350 gram tepung
gandum
10 biji telur
1 sudu ovalette
1/2 tin susu manis

1 sudu teh esen vanilla
1 tin sri kaya
150 gram horlick
2 peket masam manis
200 @ 100 gram gula

Cara-cara :

tepung + gula + ovalette
dipukul hingga kembang.
sediakan satu bekas
adunan untuk mentega +
susu + sri kaya dan pukul
hingga kembang.
campurkan kedua-dua
adunan tersebut dan
masukkan esen vanilla
dan horlick, gaul rata.

bahagikan adunan kepada 3
bahagian :
1.pewarna merah
2. pewarna hijau
3.pewarna merah
bakar lapisan sambil disusunkan
asam manis diatasnya.
cara melapisnya ialah lapisan
pertama adunan berwarna kuning,
lapisan kedua adunan berwarna
merah dan adunan ketiga ialah
pewarna hijau, setelah itu susunkan
asam manis diatas adunan bewarna
hijau sebelum dmasukkan didalam
ketuhar.

selamat mencuba

Rujukan :
asyraf, s., fitri, A., najmuddin. (2021). Kek

lapis kamek. Bintulu, Sarawak.

KEK LAPIS
KAMEK

WARISAN RESIPI KEK LAPIS
SARAWAK


Click to View FlipBook Version