The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU SKRAP INI MENCERITAKAN TENTANG TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aziatulsafiraollah, 2021-09-05 05:24:09

TOKOH TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

BUKU SKRAP INI MENCERITAKAN TENTANG TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Nama : Mohammad Adam Haikal Bin Mohammad Yunus
Umur : 10 Tahun
Kelas : 4 Theta
Sekolah : Sk Kilimu Ranau Sabah
Alamat : Kg Tagudon Baru, P/S 1039, 89308 Ranau Sabah
Hobi : Melayari internet dan bermain basikal
Cita-cita : Ustaz

PENDAHULUAN

Assalamualaikum w.B.T
Alhamdulillah, dengan kuasa dan kehendak Allah S.W.T, saya
telah berjaya menyiapkan tugasan buku skrap digital yang telah

diberikan oleh cikgu. Dengan bantuan ibu bapa saya yang
banyak memberi dorongan dan semangat, akhirnya tugasan ini
dapat dibuat dengan sempurna. Terima kasih juga kepada cikgu

dan mak cik saya kerana telah menjadi tempat saya merujuk
dalam menyiapkan tugasan ini. Akhir kata, sepanjang

menyiapkan tugasan ini, saya berasa sangat seronok kerana
dapat belajar sesuatu yang baru.

Nama : Mahathir Bin Mohamad
Tarikh Lahir : 20 Disember 1925
Umur : 96 Tahun
Asal : Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.
Nama Ibu : Wan Tempawan Binti Wan Hanafi
Nama Ayah : Mohamad Bin Iskandar
Bilangan Adik Baradik : Anak Bongsu Dari 9 Orang Adik Beradik
Nama Isteri : Tun Dr Siti Hasmah Hj Mohd Ali
Gelaran : Bapa Pemodenan

o SEKOLAH MELAYU SEBERANG PERAK
o SEKOLAH INGGERIS KERAJAAN
o SULTAN ABDUL HAMID COLLEGE (KOLEJ SULTAN

ABDUL HAMID
o KOLEJ PERUBATAN KING EDWARD VII DI

SINGAPURA – SARJANA MUDA PERUBATAN DAN
PEMBEDAHAN (MBBS)

o 1946 Mendaftarkan diri sebagai ahli UMNO
o 1954 Mula berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan

di Hospital Besar Alor Setar, Jitra Langkawi dan
Perlis
o 1956 Berhawin dengan Tun Dr Siti Hasmah Hj Mohd
Ali
o 1957 Berhenti berkhidmat sebagai pegawai
perubatan dan menubuhkan klinik sendiri, Klinik
Maha di Alor Setar
o 1964 Dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar
o 1965 Menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO

o 1969 Dipecat dari UMNO pada 12 Julai berikutan
peristiwa 13 Mei 1969

o Diterima memasuki UMNO kembali ketika Tun
Abdul Razak menjadi Perdana Menteri

o 1973 Dilantik menjadi sebagai Ahli Dewan Negara
o 1974 Dilantik Menteri Pelajaran selepas Pilihan

Raya Umum (PRU)
o 1978 Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri
o 1981 Dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia

keempat
o 2003 Bersara selepas 22 tahun sebagai Perdana

Menteri

o 2008 keluar dari UMNO ketika pentadbiran
Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi

o 2009 kembali bersama UMNO di bawah
kepimpinan Datuk Seri Najib Razak

o 2016 keluar UMNO, menubuhkan Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (PPBM)

o 2017 Dilantik Pengerusi Pakatan Harapan apabila
PPBM membentuk kerjasama dengan PKR, DAP
dan PAN

o 2018 Mengetuai Pakatan Harapan bertanding
dalam PRU-14 dan menang Parlimen Langkawi

o 10 Mei secara rasmi menjadi perdana menteri ke-7

Beliau mahukan rakyatnya menepati masa dan bekerja keras.
Perkara ini diilhamkan dalam Dasar Pandang Ke Timur. Pihak
kerajaan Malaysia dan swasta menjadikan negara Jepun dan
Korea Selatan sebagai contoh etika bekerja. Beliau juga
meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pemilikan
saham sektor perusahaan dan perdagangan dengan
penubuhan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Amanah
Saham Nasional serta Amanah Saham Bumiputera• Beliau
memperkenalkan Koridor Raya Multimedia (MSC sebuah
rancangan kerajaan ke arah kecanggihan teknologi
maklumat, Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya

Beliau melancarkan Dasar Perindustrian Negara untuk
mempergiatkan lagi proses industrialisasi negara agar sektor
pembuatan menjadi punca utama pertumbuhan ekonomi
negara. (1986). Beliau juga menggerakkan projek litar
Formula 1 yang bakal menjadikan Malaysia salah satu
destinasi grand prix dunia Negara juga menaja pasukan
formula 1 Stewart. Beliau juga mengasaskan Pusat Kajian
Sains Angkasa Lepas dan impiannya terserlah dengan
terbinanya Planetarium Negara yang dilancarkan pada tahun
1994. Beliau mengilhamkan agar Malaysia mempunyai
satelitnya sendiri dan pelancaran MEASAT 1 pada 1995 dan
disusuli dengan MEASAT 2 pada Oktober 1996

Beliau Memperkenalkan bandar pentadbiran moden dan
pembinaan bandaraya pentadbiran persekutuan Putrajaya
yang bernilai RM2.6 billion. Beliau juga Mengilhamkan
pembinaan Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar
Petronas

Beliau menukar kawasan ladang di Sepang kepada tapak
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan
mencetus idea program Dialog antara bangsa Langkawi
dengan membawa konsep menang menang. Sebuah
mesyuarat rasmi dan tidak rasmi antara barisan pemimpin
Malaysia dengan pemimpin negara dari benua Afrika. Beliau
juga mewujudkan Wawasan 2020. Harapan Datuk Seri Dr
Mahathir bin Mohamad adalah menjadikan Malaysia sebuah
negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020

Tun Dr Mahathir Bin Mohamad merupakan seorang tokoh yang banyak
berjasa terhadap pembangunan negara Malaysia. Usaha-usaha beliau
banyak membawa kepada perubahan dan kemajuan sehingga negeri
Malaysia terkenal di serata dunia. Sebagai seorang pemimpin yang
sangat bertanggungjawab, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah
mencontohi sikap beliau. Saya berasa sangat seronok kerana membuat
tugasan ini kerana dengan ini saya dapat mengetahui lebih banyak lagi
tentang beliau.

 https://youtu.be/sQb6y_-kX6w
 https://ms.wikipedia.org/wiki/Mahathir_bin_Mohamad
 https://mypt3.com/berita-tun-amahathir-terkini
 https://umno-online.my/presiden/mahathir/
 https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/6586

64/latar-belakang-politik-sejarah-kehidupan-dr-mahathir




Click to View FlipBook Version