The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PROGRAM SUKAN LUAR BANDAR PERINGKAT W.P. LABUAN ZON 2 DAN 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rodyanajery13, 2019-03-26 00:20:00

PROGRAM SUKAN LUAR BANDAR PERINGKAT W.P. LABUAN ZON 2 DAN 1

PROGRAM SUKAN LUAR BANDAR PERINGKAT W.P. LABUAN ZON 2 DAN 1

PROGRAM SUKAN LUAR BANDAR
PERINGKAT W.P. LABUAN 2019

ANJURAN :
JABATAN BELIA DAN SUKAN W.P LABUAN

PROGRAM SUKAN LUAR BANDAR PERINGKAT W.P. LABUAN 2019

1. PENDAHULUAN

1.1 Program ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai

pelaksanaan Program Sukan Luar Bandar Peringkat W.P. Labuan
yang melibatkan penyertaan komuniti setempat di kawasan W.P.
Labuan. Program Sukan Luar Bandar ini bertujuan memupuk minat
dan menarik penyertaan ramai di peringkat akar umbi ke arah
memasyarakatkan sukan agar seterusnya dapat merealisasikan
konsep Malaysia Cergas, Sihat dan Bersatu.

2. OBJEKTIF
2.1 Program Sukan Luar Bandar ini mempunyai beberapa objektif
antaranya :-
i. Meluaskan akses kemudahan sukan kepada rakyat di
kawsan pedalaman dan luar bandar;
ii. Menyerlahkan potensi belia pedalaman dan luar bandar
dalam kepimpinan dan bakat sukan; dan
iii. Menggalakkan amalan bersukan dan meningkatkan
kesihatan komuniti setempat.

3. PENYERTAAN

• KAMPUNG LAYANG-LAYANGAN (TUAN RUMAH)
• KAMPUNG SUNGAI BUTON
• KAMPUNG BEBULOH
• KAMPUNG BELUKUT
• KAMPUNG KILAN
• KAMPUNG SUNGAI BEDAUN
• KAMPUNG SUNGAI LABU
• KAMPUNG SUNGAI LADA
• KAMPUNG SUNGAI MIRI
• KAMPUNG BUKIT KALAM
• KAMPUNG SUNGAI BANGAT
• KAMPUNG PATAU-PATAU 2
• KAMPUNG BATU ARANG
• KAMPUNG RANCHA-RANCHA

4. TARIKH DAN LOKASI
4.1 6 APRIL 2019 (SABTU)
4.2 PADANG KAMPUNG LAYANG-LAYANGAN W.P. LABUAN

5. ACARA SUKAN
5.1 FUTSAL (LELAKI) -7 ORANG
5.2 BOLA JARING 3 ON 3 (PEREMPUAN)- 5 ORANG
5.3 AEROBIKTON (LELAKI / PEREMPUAN)- 3 ORANG
5.4 FITNESS CHALLENGE (LELAKI)- 1 ORANG
5.5 TARIK TALI (LELAKI) – 6 ORANG
5.6 KAROM (LELAKI / PEREMPUAN) – 1 ORANG
5.7 MENARIK UPIH (LELAKI DAN PEREMPUAN) 2 ORANG
5.8 BATU SEREMBAN (PEREMPUAN SAHAJA) – 1 ORANG

6. ATURCARA PROGRAM SUKAN LUAR BANDAR W.P. LABUAN

ATURCARA PROGRAM SUKAN LUAR BANDAR 2019
PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
4 APRIL 2019/ 6.00 PAGI

(PADANG KAMPUNG LAYANG LAYANGAN W.P. LABUAN)

MASA AKTIVITI
6.00 pagi Pendaftaran Peserta
7.15 pagi Aerobik 2019
7.30 pagi Ketibaan Tetamu Jemputan Ketua Kampung Zon 2 dan Zon 1
Ketibaan Pengerusi MPP Sub Zon 2
7.40 pagi Nyanyian Lagu Negaraku
Maju Sejahtera
8.20 pagi Ucapan Aluan
8.25 pagi Ketua Kampung Layang Layangan
Ucapan Perasmian
8.30 pagi Pengerusi MPP Sub Zon 2
Gimik Perasmian
3.00 petang Jamuan Minum Pagi
Pertandingan Bermula
* Futsal lelaki
* Bola Jaring 3 on 3
* Aerobikton
* Fitness Challenge
* Tarik Tali
* Menarik Upih
* Karom
* Batu Seremban
- Semua acara dijangka tamat

7. PERATURAN SUKAN

7.1 FUTSAL (LELAKI)

1. Jumlah pendaftaran pemain 7 Orang
i) Jumlah minimum pemain untuk memulakan permainan 5 orang
ii) Jumlah simpanan 2 orang
iii) Maksimum pertukaran pemain (Tiada)

2. Setiap pasukan wajib mendaftar sekurang kurangnya 1 orang pemain berumur 40
tahun ke atas. Pemain tersebut wajib berada di dalam gelanggang semasa
pasukannya bermain.

3. Cara-cara pertukaran
i) Pertukaran terbang- semua pemain kecuali penjaga gol masuk dan keluar
secara bebas, pertukaran penjaga gol mesti dibuat apabila bola keluar dari
permainan dan dengan perhatian pengadil. Pemain yang ingin
menggantikan pemain simpanan mesti keluar gelanggang terlebih dahulu
sebelum pemain simpanan masuk.

4. Sistem pertandingan adalah “Double Knock-Out”.

5. Masa bermain adalah 5 minit, setiap separuh masa dan rehat 1 minit di antaranya.
(masa bermain ini kekal hingga ke perlawanan akhir).

6. Sekiranya keputusan seri
i) 3 sepakan penalti diambil oleh pemain yang berlainan daripada setiap
pasukan. Kapten setiap pasukan akan memberi 3 nama kepada pengadil
sebelum sepakan dimulakan.

ii) Sekiranya masih seri, “sudden death” (1 sepakan penalti) akan diadakan
bagi menentukan pemenang.

iv) Sekiranya masih seri “Balingan Syiling” atau “Toss Coin” sebanyak 3 kali
akan diadakan bagi menentukan pemenang.

7. Sebarang bantahan berkaitan keputusan pengadil tidak akan dilayan.

8. Pihak pengelola berhak menyingkirkan mana-mana pasukan atau pemain yang
tidak berdisiplin dan menimbulkan masalah dalam pertandingan ini.

9. Keputusan pengadil pertandingan adalah MUKTAMAD

7.2 BOLA JARING 3 ON 3(PEREMPUAN)

PENDAFTARAN PEMAIN

Setiap pasukan dibenarkan mendaftar 3 orang pemain, 2 orang pemain
simpanan.

Seorang pemain hanya berdaftar dengan satu (1) pasukan sahaja.
peraturan bola jaring 3 lawan 3 mengikut Undang Undang Gabungan Persekutuan
Bola Jaring Antarabangsa (IFNA) dan dicadangkan ke Kementerian Belia dan Sukan
untuk pembangunan sukan baru 2015.

Setiap pasukan hanya terdiri daripada 3 orang pemain semasa permainan dan 2
orang pemain simpanan berada diluar padang.

Setiap pasukan dikehendaki memakai pakaian/jersey yang sama warna atau bib
bola jaring yang sama warna untuk mudah dikenali sebagai satu pasukan tetapi
berlainan atau kontra daripada pasukan lawan.

MASA BERMAIN

Masa bermain adalah selama 10 minit. Masa bagi separuh masa pertama ialah 5
minit dengan masa rehat tidak lebih daripada 1 minit selepasnya untuk sesi separuh
masa kedua. Masa bagi separuh masa kedua ialah 5 minit.

Selain dari 10 minit , pihak penganjur juga bole mengubah masa kepada 7 minit bagi
setiap perlawanan tanpa ada separuh masa kedua mengikut keadaan dan budi
bicara pihak penganjur.

PERLAKSANAAN PERMAINAN.

Hantaran Tengah
 Hantaran tengah akan diambil bergilir-gilir.
 Lambungan duit syiling akan dilakukan oleh ketua pasukan untuk

menentukan hantaran tengah pertama.
 Bola hantaran tengah tidak boleh dihantar terus ke dalam kawasan gol.
Bola Keluar
 Bola yang keluar dari garisan tepi (sideline) hendaklah diambil dari tempat

bola keluar.
 Bola yang keluar dari garisan tepi dan garisan gol (backline) tidak boleh di

hantar terus ke dalam kawasan gol.
Memainkan bola
 Kedua-dua pemain lawan yang berada di dalam bulatan gol (goal circle) atau

kawasan “D” mestilah mendapatkan bola dari hantaran pasukanya sendiri
sahaja. Sekiranya bola yang diterima / dipintas dari pasukan lawan, hantaran
keluar pada pasukan sendiri hendaklah dilakukan sebelum dihantar semula
kedalam bulatan gol untuk menjaringkan gol.

7.3 AEROBIKTON (BERKUMPULAN) 3 ORANG

1. Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke
atas.

2. Setiap pasukan terdiri daripada 3 orang (campuran lelaki dan wanita), sihat tubuh
badan, tidak mengalami sebarang kecatatan fizikal dan tidak menghidap penyakit
kronik.

3. Setiap pasukan/peserta hendaklah memakai pakaian yang bersesuaian dengan
hiasan/dandanan yang tidak berlebih-lebihan.

4. Aerobikton akan dikendalikan selama 90 minit tanpa henti oleh instruktur yang
Berpengalaman

5. Para peserta akan dinilai dari tiga aspek iaitu penyempurnaan pergerakan
(execution), ketahanan fizikal dan keseragaman pergerakan.

6. Di saat-saat kecemasan, para peserta dibenarkan untuk keluar daripada petak
Pertandingan samada untuk ke tandas atau mendapatkan bekalan minuman.

7. Pihak penganjur/pengelola tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang
kemalangan dan kecelakaan yang berlaku sebelum, semasa, dan selepas
pertandingan aerobikton diadakan

8. Keputusan juri adalah MUKTAMAD

7.4 FITNESS CHALLENGE (LELAKI)
1. Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke

atas.

2. Penyertaan adalah individu (lelaki) sihat tubuh badan, tidak mengalami sebarang
kecatatan fizikal dan tidak menghidap penyakit kronik.

3. Pemenang bagi peserta Fitness Challenge akan dinilai dari aspek ketahanan,
Ketangkasan dan kekerapan individu melakukan disiplin yang telah ditetapkan.

4. Terdapat 3 disiplin yang perlu dilakukan oleh peserta Fitness Challenge dan
peserta yang dapat melakukan banyak kekerapan set akan dikira sebagai
pemenang.

i. 5 kali Burpees
ii. 10 Kali Ground to overhead
iii. Lari 100 meter

7.5 TARIK TALI

* SETIAP KAMPUNG HANYA DIBENARKAN MENGHANTAR SATU (1) PASUKAN
SAHAJA (DIDALAM ZON 2) IAITU 14 KAMPUNG SEMUANYA*

* SISTEM PERLAWANAN :
1. Perlawanan ini akan diadakan secara liga satu pusingan dalam dua (2) kumpulan.

(Tertakluk kepada penyertaan daripada Zon 2 dan Zon 1).

2. Empat pasukan yang menduduki tempat teratas dalam setiap kumpulan akan masuk
pusingan suku akhir (8 pasukan). Empat (4) pasukan teratas yang menang dalam
perlawanan suku akhir akan berlawan dalam pusingan separuh akhir.

3. Pasukan yang menang dalam perlawanan separuh akhir akan bertemu dalam
perlawanan akhir untuk menentukan Johan dan Naib johan.
sementara pasukan yang kalah dalam perlawanan separuh akhir tidak akan bertemu
bagi menentukan tempat ketiga dan keempat kerana kedua dua pasukan akan
mendapat tempat ketiga bersama.

4. Setiap pasukan mestilah menyenaraikan seramai enam (6) penarik iaitu lima (5) penarik
bagi setiap perlawanan dan satu (1) simpanan. Seorang (1) saksi atau pengarah juga
diperlukan perlawanan berlangsung.

5. Penyertaan adalah seramai 6 Orang satu kumpulan, (5 penarik dan 1 simpanan) berat
adalah bebas terpulang dengan strategi wakil kampung.

6. Penarik mestilah WARGANEGARA MALAYSIA dan penduduk kampung yang tinggal /
menetap di kampung yang diwakili. Borang hendaklah disahkan oleh ketua kampung
masing-masing.

* SYARAT SYARAT DAN PERATURAN PERLAWANAN

1. Pertandingan ini kelas untuk lelaki dewasa atau remaja.
Semua penarik dibenarkan memakai kasut semasa perlawanan dijalankan atau tidak
berkasut juga dibolehkan dan bersesuaian dengan acara pertandingan.

2. Masa yang diperuntukkan bagi setiap pusingan selama tiga (3 minit). Penarik yang
menghidap penyakit berisiko tinggi atau kronik seperti tinggi darah, lemah jantung,
kencing manis dan sawan tidak digalakkan menyertai pertandingan ini.

3. Pihak pengelola pertandingan akan meniup wisel bagi memulakan tarikan dan
kemudian akan meniup sekali bagi menandakan tamat perlawanan.

4. Semasa memulakan perlawanan (Memegang tali) semua penarik tidak dibenakan
duduk sehingga tamatnya pusingan pertama, kedua atau ketiga masih berlangsung
kerana acara ini adalah dipertandungan dalam kategori berdiri bukannya duduk, jika
ianya masih berlaku terpulang kepada pihak pengelola pertandingan meneruskan
atau membatalkan tarikan tersebut.

5. Keputusan pengelola pertandingan adalah muktamad, mana-mana peraturan yang
tidak terdapat dalam syarat boleh dirujuk balik oleh pengelola pertandingan mengikut
kesesuain tempat, penyertaan dan cuaca. (Jika perlu).

 PEMBERIAN MASA KEMENANGAN :

1 – 3 Mata - menang dalam pusingan pwertama dan kedua
(straight set)

2.2 Mata - Menang dua pusingan berbalas satu
(Rubber Set)

3 – 1 Mata - Menang satu pusingan berbalas dua
(Rubber Set)

4 – 0 Mata - Kalah dalam kedua dua pusingan (Straight set)
Pelaksanaan kedua (Zon 2 dan Zon 1)

7.6 MENARIK UPIH

1. Setiap kampung akan menghantar satu kumpulan sahaja.
2 Pasukan mestilah terdiri dripada 2 orang ahli sahaja.

i.) Ahli terdiri daripada 1 Lelaki & 1 Perempuan’ (campuran).

3.. Jarak bagi pertandingan menarik upih secara ulang alik berganti adalah 25 meter
dan peserta yang terpantas menghabiskan pertandingan tersebut dikira sebagai
pemenang.

4. Keputusan pengadil pertandingan adalah MUKTAMAD.

7.7 CONGKAK

1. Setiap kampung akan menghantar satu orang wakil sahaja.
2. Ahli terdiri daripada '1 Lelaki dan 1 Perempuan’,bergu campuran ‘
3. Keputusan pengadil pertandingan adalah MUKTAMAD

7.8 BATU SEREMBAN
1. Setiap kampung akan menghantar satu orang wakil sahaja.
2. Wakil terdiri daripada Perempuan Sahaja.
3. Konsep traditional
4. Keputusan pengadil pertandingan adalah MUKTAMAD

8.0 PENGELOLA ACARA
8.1. FUTSAL – JACK (013-8751737)
8.2 BOLA JARING – HJH AINI (013-8698206)
8.3 AEROBIKTON – PINKIE (013-8902686)
8.4 FITNESS CHALLENGE – THOMAS (016-5871970)
8.5 TARIK TALI – ADI (012-8377874)
8.6 MENARIK UPIH – EMI (016-2957533)
8.7 KAROM - EMI (016-2957533
8.8 BATU SEREMBAN - EMI (016-2957533

JABATAN BELIA DAN SUKAN W.P. LABUAN

Wilayah Persekutuan Labuan
Kompleks Sukan Labuan,
Peti Surat 80906,
087-415344 Rody (013-8551232)


Click to View FlipBook Version