The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rodyanajery13, 2019-03-12 01:45:39

PROGRAM SUKAN LUAR BANDAR PERINGKAT W

PROGRAM SUKAN LUAR BANDAR PERINGKAT W

PROGRAM SUKAN LUAR BANDAR
PERINGKAT W.P. LABUAN

ANJURAN :
JABATAN BELIA DAN SUKAN W.P LABUAN

PROGRAM SUKAN LUAR BANDAR PERINGKAT W.P. LABUAN 2019

1. PENDAHULUAN

1.1 Program ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai

pelaksanaan Program Sukan Luar Bandar Peringkat W.P. Labuan
yang melibatkan penyertaan komuniti setempat di kawasan W.P.
Labuan. Program Sukan Luar Bandar ini bertujuan memupuk minat
dan menarik penyertaan ramai di peringkat akar umbi ke arah
memasyarakatkan sukan agar seterusnya dapat merealisasikan
konsep Malaysia Cergas, Sihat dan Bersatu.

2. OBJEKTIF
2.1 Program Sukan Luar Bandar ini mempunyai beberapa objektif
antaranya :-
i. Meluaskan akses kemudahan sukan kepada rakyat di
kawsan pedalaman dan luar bandar;
ii. Menyerlahkan potensi belia pedalaman dan luar bandar
dalam kepimpinan dan bakat sukan; dan
iii. Menggalakkan amalan bersukan dan meningkatkan
kesihatan komuniti setempat.

3. PENYERTAAN

3.1 ZON 3

• KAMPUNG TANJUNG ARU (TUAN RUMAH)

• KAMPUNG DURIAN TUNJONG

• KAMPUNG PANTAI

• KAMPUNG KERUPANG
• KAMPUNG LAJAU
• KAMPUNG BUKIT KUDA
• KAMPUNG BATU MANIKAR
• KAMPUNG GANGGARAK
• KAMPUNG LUBUK TEMIANG
• KAMPUNG POHON BATU
• KAMPUNG PATAU-PATAU 1
• BANDAR
• KAMPUNG GERSIK / SAGUKING
• KAMPUNG SUNGAI KELING

4. TARIKH DAN LOKASI
4.1 23 MAC 2019 (SABTU)
4.2 PADANG KAMPUNG TANJUNG ARU W.P. LABUAN

5. ACARA SUKAN

5.1 FUTSAL (LELAKI) -7 ORANG

5.2 BOLA JARING 3 ON 3 (PEREMPUAN)- 5 ORANG

5.3 AEROBIKTON (LELAKI / PEREMPUAN)- 3 ORANG

5.4 STRONGMAN (LELAKI)- 1 ORANG
5.5 GUSTI LENGAN (LELAKI) – 1 ORANG
5.6 MENYUMPIT (LELAKI / PEREMPUAN) – 1 ORANG

5.7 MENARIK UPIH (LELAKI DAN PEREMPUAN) 2 ORANG
5.8 CONGKAK (LELAKI / PEREMPUAN) – 1 ORANG

6. TENTATIF PROGRAM SUKAN LUAR BANDAR W.P. LABUAN

PROGRAM SUKAN LUAR BANDAR PERINGKAT W.P.LABUAN

TARIKH MASA AKTIVITI

7.00 – 8.15 Pagi Pendaftaran peserta

8.15 – 8.30 Pagi Senaman pagi (Aerobik)

8.30 Pagi – 5.00 Petang Pertandingan bermula

Aerobikton

Strongman

23 Mac 8.30 Pagi – 11.00 Pagi Menarik Upih
2019 Menyumpit

Menarik Upih

Congkak

11.00 Pagi – 3.00 Petang Gusti Lengan

8.30 Pagi – 5.00 Petang Futsal
Bola Jaring “3 On 3”

7. PERATURAN SUKAN

7.1 FUTSAL (LELAKI)

1. Jumlah pendaftaran pemain 7 Orang
i) Jumlah minimum pemain untuk memulakan permainan 5 orang
ii) Jumlah simpanan 2 orang
iii) Maksimum pertukaran pemain (Tiada)

2. Setiap pasukan wajib mendaftar sekurang kurangnya 1 orang pemain berumur 40
tahun ke atas. Pemain tersebut wajib berada di dalam gelanggang semasa
pasukannya bermain.

3. Cara-cara pertukaran
i) Pertukaran terbang- semua pemain kecuali penjaga gol masuk dan keluar
secara bebas, pertukaran penjaga gol mesti dibuat apabila bola keluar dari
permainan dan dengan perhatian pengadil. Pemain yang ingin
menggantikan pemain simpanan mesti keluar gelanggang terlebih dahulu
sebelum pemain simpanan masuk.

4. Sistem pertandingan adalah “Double Knock-Out”.

5. Masa bermain adalah 5 minit, setiap separuh masa dan rehat 1 minit di antaranya.
(masa bermain ini kekal hingga ke perlawanan akhir).

6. Sekiranya keputusan seri
i) 3 sepakan penalti diambil oleh pemain yang berlainan daripada setiap
pasukan. Kapten setiap pasukan akan memberi 3 nama kepada pengadil
sebelum sepakan dimulakan.

ii) Sekiranya masih seri, “sudden death” (1 sepakan penalti) akan diadakan
bagi menentukan pemenang.

iv) Sekiranya masih seri “Balingan Syiling” atau “Toss Coin” sebanyak 3 kali
akan diadakan bagi menentukan pemenang.

7. Sebarang bantahan berkaitan keputusan pengadil tidak akan dilayan.

8. Pihak pengelola berhak menyingkirkan mana-mana pasukan atau pemain yang
tidak berdisiplin dan menimbulkan masalah dalam pertandingan ini.

9. Keputusan pengadil pertandingan adalah MUKTAMAD

7.2 BOLA JARING 3 ON 3(PEREMPUAN)

PENDAFTARAN PEMAIN

Setiap pasukan dibenarkan mendaftar 3 orang pemain, 2 orang pemain
simpanan.

Seorang pemain hanya berdaftar dengan satu (1) pasukan sahaja.
peraturan bola jaring 3 lawan 3 mengikut Undang Undang Gabungan Persekutuan
Bola Jaring Antarabangsa (IFNA) dan dicadangkan ke Kementerian Belia dan Sukan
untuk pembangunan sukan baru 2015.

Setiap pasukan hanya terdiri daripada 3 orang pemain semasa permainan dan 2
orang pemain simpanan berada diluar padang.

Setiap pasukan dikehendaki memakai pakaian/jersey yang sama warna atau bib
bola jaring yang sama warna untuk mudah dikenali sebagai satu pasukan tetapi
berlainan atau kontra daripada pasukan lawan.

MASA BERMAIN

Masa bermain adalah selama 10 minit. Masa bagi separuh masa pertama ialah 5
minit dengan masa rehat tidak lebih daripada 1 minit selepasnya untuk sesi separuh
masa kedua. Masa bagi separuh masa kedua ialah 5 minit.

Selain dari 10 minit , pihak penganjur juga bole mengubah masa kepada 7 minit bagi
setiap perlawanan tanpa ada separuh masa kedua mengikut keadaan dan budi
bicara pihak penganjur.

PERLAKSANAAN PERMAINAN.

Hantaran Tengah
 Hantaran tengah akan diambil bergilir-gilir.
 Lambungan duit syiling akan dilakukan oleh ketua pasukan untuk

menentukan hantaran tengah pertama.
 Bola hantaran tengah tidak boleh dihantar terus ke dalam kawasan gol.
Bola Keluar
 Bola yang keluar dari garisan tepi (sideline) hendaklah diambil dari tempat

bola keluar.
 Bola yang keluar dari garisan tepi dan garisan gol (backline) tidak boleh di

hantar terus ke dalam kawasan gol.
Memainkan bola
 Kedua-dua pemain lawan yang berada di dalam bulatan gol (goal circle) atau

kawasan “D” mestilah mendapatkan bola dari hantaran pasukanya sendiri
sahaja. Sekiranya bola yang diterima / dipintas dari pasukan lawan, hantaran
keluar pada pasukan sendiri hendaklah dilakukan sebelum dihantar semula
kedalam bulatan gol untuk menjaringkan gol.

7.3 AEROBIKTON (BERKUMPULAN) 3 ORANG

1. Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke
atas.

2. Setiap pasukan terdiri daripada 3 orang (campuran lelaki dan wanita), sihat tubuh
badan, tidak mengalami sebarang kecatatan fizikal dan tidak menghidap penyakit
kronik.

3. Setiap pasukan/peserta hendaklah memakai pakaian yang bersesuaian dengan
hiasan/dandanan yang tidak berlebih-lebihan.

4. Aerobikton akan dikendalikan selama 90 minit tanpa henti oleh instruktur yang
Berpengalaman

5. Para peserta akan dinilai dari tiga aspek iaitu penyempurnaan pergerakan
(execution), ketahanan fizikal dan keseragaman pergerakan.

6. Di saat-saat kecemasan, para peserta dibenarkan untuk keluar daripada petak
Pertandingan samada untuk ke tandas atau mendapatkan bekalan minuman.

7. Pihak penganjur/pengelola tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang
kemalangan dan kecelakaan yang berlaku sebelum, semasa, dan selepas
pertandingan aerobikton diadakan

8. Keputusan juri adalah MUKTAMAD

7.4 STRONGMAN (LELAKI)

1. Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke
atas.

2. Penyertaan adalah individu (lelaki) sihat tubuh badan, tidak mengalami sebarang
kecatatan fizikal dan tidak menghidap penyakit kronik.

3. Pemenang bagi peserta Strongman akan dinilai dari aspek ketahanan,
Ketangkasan dan kekerapan individu melakukan disiplin yang telah ditetapkan.

4. Terdapat 4 disiplin yang perlu dilakukan oleh peserta Strongman dalam masa
1 minit bagi setiap disiplin.

i. Step Lunges
ii. Thuster Shoulder
iii. Tyre roll (golek tayar)
iv. Tyre Lift (angkat tayar)

7.5 GUSTI LENGAN

1. Perlawanan menggunakan sistem kalah mati 2 kali "Double Knock Out"
2. Pertandingan ini hanya menggunakan tangan KANAN sahaja.
3. Berat badan adalah BEBAS.
4. Peserta yang pernah atau sedang mengalami kecederaan seperti patah tangan,

retak atau terseliuh dibahagian lengan tidak dibenarkan mengambil bahagian.

5. Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang risiko/ kemalangan /
kehilangan harta benda / kecederaan yang mungkin berlaku kepada peserta.

6. Taklimat peraturan perlawanan dan tatacara keselamatan umum akan
dimaklumkan pada semua peserta sebelum pertandingan bermula.

7. Keputusan pengadil pertandingan adalah MUKTAMAD.

7.6 MENARIK UPIH

1. Setiap kampung akan menghantar satu kumpulan sahaja.
2 Pasukan mestilah terdiri dripada 2 orang ahli sahaja.

i.) Ahli terdiri daripada 1 Lelaki & 1 Perempuan’ (campuran).

3.. Jarak bagi pertandingan menarik upih secara ulang alik berganti adalah 25 meter
dan peserta yang terpantas menghabiskan pertandingan tersebut dikira sebagai
pemenang.

4. Keputusan pengadil pertandingan adalah MUKTAMAD.

7.7 CONGKAK

1. Setiap kampung akan menghantar satu orang wakil sahaja.
2. Ahli terdiri daripada '1 Lelaki atau 1 Perempuan’, ‘

3. Pertandingan akan dijalankan sebanyak 1 Papan. Permainan akan bermula apabila wisel
ditiup.

4. Cara Permainan dijalankan:
a. Dua (2) orang pemain akan berhadapan menggunakan satu papan congkak yang
mengandungi empat belas rumah anak dan dua rumah ibu.

b. Pada papan pertama kedua-dua pemain memulakan permainan secara serentak.

c. Memulakan permainan dengan mengambil semua buah dari mana-mana rumah
anak dan menapak dari kanan ke kiri.

d. Memasukan buah satu demi satu ke dalam setiap rumah dengan mengelilingi
kampong rumah papan congkak.

e. Genggaman tangan hendaklah secara tengadah.

f. Boleh memintas lawan tetapi melangkau rumah anak adalah ditegah. Apabila tiba
di rumah ibu sendiri hendaklah memasukkan satu biji buah tetapi tidak di rumah ibu
lawan. Buah yang termasuk ke dalam rumah ibu lawan adalah menjadi kepunyaan
lawan.

g. Buah terakhir masuk ke rumah yang akan diisi mestilah dilepaskan dari
genggaman dahulu sebelum mengambil buah-buah yang lain.

h. Peserta mati giliran jalan jika buah akhir masuk kemana mana rumah kosong.
Peserta lawan akan mendapat giliran jalan. Peserta diberi 5 saat utk jalan, jika
lebih 5 saat peserta yg mati giliran akan mendapat giliran jalan.

5. Pertandingan akan dijalankan 2 pusingan dan pemenang akan ditentukan dgn jumlah
buah yg terkumpul pada rumah ibu setiap pusingan

6. Keputusan pengadil pertandingan adalah MUKTAMAD

7.8 MENYUMPIT
1. Setiap kampung akan menghantar satu orang wakil sahaja.
2. Wakil terdiri daripada Lelaki atau Perempuan.
3. Konsep traditional (Jenis pertandingan – Posisi berdiri)
4. Jarak tembak dengan sasaran adalah 7 meter.
5. Sasaran adalah sebagaimana sasaran pada memanah. Berbentuk lingkaran

dengan penilaian jika mengenai lingkaran paling tengah memperolehi nilai 10,
kemudian 9, 8 dan seterusnya pada lingkaran paling luar nilai satu.
6. Peralatan sumpit akan disediakan, sekiranya peserta mempunyai peralatan
sumpit,peserta bebas menggunakannya semasa pertandingan.
7. Peserta akan diberi 5 anak sumpit dan peserta yang mendapat markah tertinggi
hasil daripada 5 sumpitan tersebut akan dikira sebagai pemenang.
8. Keputusan pengadil pertandingan adalah MUKTAMAD

JABATAN BELIA DAN SUKAN W.P. LABUAN

Wilayah Persekutuan Labuan
Kompleks Sukan Labuan,
Peti Surat 80906,
087-415344


Click to View FlipBook Version