The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amirasyamimi124, 2022-10-26 11:16:29

SI GADIS BERTUDUNG MERAH

SI GADIS BERTUDUNG MERAH

SI GADIS
BERTUDUNG

MERAH

amirasyamimi

Jom Kenali
Watak

opah

Si Comel Si Serigala
Bertudung Merah Pak Pemburu

Mama

Jom Baca
Cerita

Bersama-sama

Pada masa dahulu, ada seorang budak
perempuan tinggal bersama ibunya yang
dipanggil “Mama” di dalam sebuah hutan
terpencil.

Dia selalu memakai tudung berwarna
merah hasil pemberian neneknya sebagai
hadiah hari lahir yang kesembilan. Oleh
sebab itu, dia sering digelar “Si Comel
Bertudung Merah”.

Suatu hari, opahnya jatuh sakit. Mama
menyuruh Si Comel Bertudung Merah ini pergi
melawat opahnya di kampung itu. Mama juga
mengirimkan sebakul buah-buahan.

Ibunya berpesan, “Jangan merayau-rayau
di dalam hutan. Setelah selesai, segera pulang ke
rumah. Dalam perjalanan juga, jangan bercakap
dengan orang yang tidak dikenali”.

“Baiklah ibu”, balas Si Comel Bertudung
Merah. Dia pun keluar ke hutan untuk ke rumah
neneknya.

Dalam perjalanan Si Comel Bertudung

Merah, dia sesang diperhatikan oleh seekor
serigala yang lapar.
Tiba-tiba,

“Wahai adik manis, kemanakah kamu
hendak pergi?”, tegur Si Serigala. Gadis itu
berada dalam ketakutan lalu menjawab,

“Saya ingin menghantar makanan ini
kepada opah saya di hujung kampung itu”.

“Silakan pergi, opah kamu pasti sedang
menunggumu”, kata Si Serigala sambil
tersenyum jahat.

Setelah beberapa minit berbual,, Si
Serigala segera berlalu pergi meninggalkan gadis
itu dan berlari menuju ke hutan. Dalam hatinya
berkata, “Hari ini aku dapat makan besar…
HAHAHAHA”, gelak jahat Si Serigala.

Si Serigala mencari rumah Opah Si Comel
Bertudung Merah itu di dalam hutan. Ia
mengetuk pintu dan meniru suara gadis itu.

“Opah oh opah, saya ada makanan dan
ubat-ubatan untuk opah”, kata Si Serigala.

Opah dengan gembira menjawab,
“Masuklah, pintu tidak berkunci”, jerit Opah.

Serigala segera masuk ke rumah dan Opah
terkejut dengan kehadiran Si Serigala itu.

Si Serigala segera membalut Opah dengan
selimut dan menyembunyikannya di bawah katil.

Si Serigala segera memakai pakaian
cermin mata kepunyaan nenek. Kemudian, ia
mentup badannya dengan selimut dan baring di
atas katil menyerupai Opah.

Tidak lama kemudian,
“Nenek, saya sudah sampai”, kata Si Comel

Bertudung Merah sambil mengetuk pintu.
Serigala menjawab, “Bukalah pintu,

masuklah sayang.”
Si Comel Bertdung Merah masuk ke dalam

rumah dan melihat keadaan neneknya yang ganjil.

“Nenek, kenapa telinga nenek sungguh
besar?”, soal gadis itu.

“Supaya jelas mendengar suaramu,
sayang”.

“Nenek, kenapa pula mata nenek juga
besar?”.

“Supaya jelas melihat wajahmu, sayang”.
Si gadis itu masih keliru dan bertanya
lagi,
“Nenek, kenapa gigi nenek sungguh tajam
sekali!”
“HA..HA..HA.., supaya mudah untuk aku
makan kamu!”, kata serigala lalu melompat dari
katil menuju ke Si Comel Bertudung Merah.

Si Comel Bertudung Merah menjerit
ketakutan dan melarikan diri.

Seorang pemburu yang berada tidak jauh
dari rumah itu terdengar jeritannya. Dia terus
masuk ker rumah itu beserta kapak di tangan.
Dia menangkap serigala itu dan mengikatnya
dengan tali.

Kemudian, mereka terdengar suara nenek
memanggil dari bawah katil. Apabila nenek keluar
dari situ, dia terus memeluk cucunya. Nenek
mengucapkan terima kasih kepada Pak Pemburu
kerana menyelamatkan nyawanya dan cucunya.

“Saya menyesal kerana tidak mendengar
pesanan ibu. Saya berjanji tidak akan bercakap
dengan orang saya tidak kenali. Saya mesti
berhati-hati pada masa akan datang”, kata Si
Comel Bertudung Merah sambil memeluk
neneknya.

PENGAJARAN:

Sebagai seorang anak, kita
perlu mendengar nasihat dan
pesanan seorang ibu kerana
nasihat mereka adalah satu

kebaikan kepada diri kita.

JOM
MAIN!

TOLONG!

Bantu Si Comel Bertudung Merah untuk mendapatkan
bakul buah-buahannya dengan selamat.

CARI SAYA

Sila cari perkataan-perkataan tersebut dan
bulatkan:

Flowers, Wolf, Grandmother, Basket, Stones

CECE ERF PR I OUY
A Y BOH A L A E CMDM
G R ANDMO T H E R L F
A Y S O T SWH TWO L F
DHKKÑV E J ANC I C
FHE I BNRGÑXRUR
U I T Y THRS TORYA
AYROT S TONE S I U
C I CNA J E VÑKKHD
DHKKÑV E J ANC I C

MEWARNA

TAMAT

HAK CIPTA TERPELIHARA

[email protected]
011-17849776

Jiwaamiraempire.com.my

CREDITS: This presentation template was created by
Slidesgo, including icons by Flaticon, and
infographics & images by Freepik


Click to View FlipBook Version