TOKOH
PEMIMPIN
NEGARA
DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD AMIR WAFIQ BIN MOHD NORHASMIZAN
6 MUJIB
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1 Is kandungan 2
2 Pengenalan 3
3 Senarai tokoh sukan negara
3.1 datuk wira lee chong wei 4
3.2 datuk nicol ann david 5
3.3 dato’ pandelela rinong pmg 6
3.4 dato’ Muhammad azizulhasni 7
bin awang
3.5 julian yee zhi jie 8
3.6 mohd faiz bin subri 9
3.7 khairul idham bin pawi 10
3.8 mohamad ridzuan bin Mohamad 11
puzi
3.9 muhammad ziyad bin zolkefli 12
3.10 datuk Abdul Latif bin romly 13
4 Penutup 14
5 Sumber rujukan 15
2
Pengenalan
Dalam mengecapi kemajuan di persada global, negara kita Malaysia
telah banyak melakar kejayaan yang membanggakan dalam Kejohanan
Sukan Negara. Sukan juga dapat memupuk persahabatan dan perpaduan
dalam kalangan rakyat di sesebuah negara. Apabila sesuatu jenis sukan
diwakili oleh peserta daripada pelbagai kaum, mereka sudah tentu akan
bekerjasama dan saling membantu untuk mencapai satu matlamat, iaitu
kejayaan. Semasa berada dalam satu kumpulan, timbul perasaan kekitaan
atau espirit de corp dalam kalangan mereka. Semangat ini amat penting
bagi mewujudkan perpaduan kaum di negara kita.
Selain itu, perpaduan turut dapat disemai dalam kalangan penonton
apabila mereka menyokong pasukan yang sama. Nilai perpaduan ini
menjadi landasan untuk rakyat membangunkan negara. Selain itu, imej
negara dapat ditingkatkan melalui sukan. Hal ini dikatakan demikian
kerana apabila sesebuah negara mengambil bahagian dalam sukan yang
bertaraf dunia, nama negara yang berkenaan akan dikenali, apatah lagi
sekiranya negara yang berkenaan mengungguli sesuatu
permainan. Sebagai contoh, Malaysia sering dikaitkan dengan kehebatan
dalam sukan badminton.
Kesimpulannya, aktiviti sukan penting bukan sahaja untuk
melahirkan anggota masyarakat yang berkualiti tetapi juga dapat
membantu pembangunan negara, seterusnya meningkatkan imej
negara. Menyedari kepentingan inilah, setiap anggota masyarakat
seharusnya menjinakkan diri dengan sukan yang sesuai dengan minat,
kebolehan, dan keupayaan masing-masing. Sehubungan dengan itu, usaha
untuk meningkatkan kesedaran orang ramai agar bersukan hendaklah
dilaksanakan dari semasa ke semasa. Matlamat ini akan tercapai
seandainya kita menghayati cogan kata “Majulah Sukan untuk Negara.”
3
DATUK WIRA LEE CHONG WEI
Datuk Wira (Dr.) Lee Chong Wei DB PJN AMN DCSM DSPN JP
dilahirkan pada 21 Oktober 1982 merupakan seorang pemain badminton
profesional Malaysia. Datuk Wira Lee Chong Wei merangkul pingat perak di
temasya Sukan Olimpik 2008 dan 2012 dan 2016, maka menjadi rakyat
Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir acara perseorangan lelaki,
sekaligus menamatkan kemarau pingat Olimpik Malaysia sejak tahun 1996.
Pencapaian ini mengurniakan gelaran Datuk kepadanya, serta sanjungan
oleh Perdana Menteri Malaysia yang keenam Datuk Seri Najib Tun Razak
sebagai wira kebangsaan.
Datuk Wira Lee Chong Wei menduduki tangga teratas dalam ranking
pemain badminton lelaki perseorangan selama 199 minggu berturut-turut,
iaitu pada 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012. Beliau ialah pemain
badminton Malaysia ketiga yang mencapai tangga teratas selepas Rashid
Sidek dan Roslin Hashim (semenjak ranking rasmi dimulakan pada 1980-
an), dan juga satu-satunya jaguh badminton Malaysia yang
mempertahankan kedudukan teratasnya selama lebih dua minggu. Beliau
merupakan duta dan jurucakap bagi jenama cat Pentens sejak 2013. Pada
September 2018, Datuk Wira Lee Chong Wei disahkan menghidap kanser
nasofaring di Taiwan dan telah dirawat dengan segera sejak itu. Kini, Datuk
Wira telah bersara dan bahagia bersama keluarganya.
4
Datuk Nicol Ann David
Datuk Nicol Ann David dilahirkan di Pulau Pinang pada 26 Ogos
1983, merupakan pemain skuasy profesional kebanggaan setiap lapisan
masyarakat di Malaysia. Beliau adalah antara ikon sukan negara yang
paling dikasihi dengan pengalaman bersaing di peringkat antarabangsa
selama lebih daripada 20 tahun. Beliau merupakan pemain pertama yang
berjaya memegang gelaran pemain skuasy no. 1 dunia selama 9 tahun
berturut-turut. Beliau telah mengecapi kesemua kejayaan dalam karier
beliau, termasuk bergelar juara dunia sebanyak lapan kali,
selain memenangi lima pingat emas di Sukan Asia, dua pingat emas di
Sukan Komanwel 81 gelaran kejuaraan Jelajah Persatuan Skuasy
Profesional (PSA).
Setelah membuat penampilan terakhir sebagai atlet skuasy negara
dalam Kejohanan Skuasy Terbuka British pada bulan Mei 2019, Datuk
telah mengumumkan persaraanya di dalam dunia sukan skuasy. Datuk
Nicol kini terus aktif dalam membantu membangunkan pelapis-pelapis
muda sebagai jurulatih dengan berkongsi ilmu dan kemahiran bersama
jurulatih yang sedia ada. Satu-satunya kekesalannya ialah skuasy belum
diterima menjadi acara rasmi dalam Sukan Olimpik sepanjang kerjayanya
selaku pemain.
5
Dato’ Pandelela Rinong pAmg
Dato‟ Pandelela Rinong Pamg dilahirkan pada 2 Mac 1993 merupakan
seorang atlet Malaysia bagi acara terjun. Beliau menjadi wanita pertama
Malaysia pembawa bendera di Upacara Pembukaan Sukan Olimpik Musim
Panas 2012 di London dan mencatat sejarah sebagai atlet wanita Malaysia
pertama memenangi pingat Olimpik (pingat gangsa) iaitu dalam acara
terjunan 10 meter platform wanita, dan atlet Malaysia kedua memenangi
pingat Olimpik 2012 di London selepas Datuk Wira Lee Chong Wei dalam
acara badminton. Penerjun kelahiran Kampung Jugan, Sarawak ini
juga berjaya meraih pingat perak dalam platform seirama 10 meter bersama
Cheong Jun Hoong di Sukan Olimpik Rio de Janeiro 2016 di Rio de Janeiro,
sekaligus menjadi pasukan wanita negara pertama untuk memenangi
pingat perak di Sukan Olimpik.
Beliau juga merupakan penerima Anugerah Ikon Belia Sukan
sempena Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak pada tahun 2016
serta pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Sukan dari
Universiti Malaya. Lebih menarik lagi, nama beliau telah diabadikan di
Sarawak dengan penamaan semula “Pusat Akuatik Petra Jaya” sebagai
“Pusat Akuatik Pandelela Rinong”. Pada Piala Dunia Terjun FINA 2021 di
Tokyo, Jepun pula, beliau memenangi pingat emas dalam 10 m platform
individu. Sementara itu, beliau menduduki tempat keempat dalam acara
10m platform berirama bersama dengan Datuk Leong Mun Yee. Beliau kini
masih aktif mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa.
6
Dato’ Muhammad Azizulhasni bin Awang
Dikenali sebagai The Pocket Rocketman, atlet kelahiran Dungun,
Terengganu ini telah mencipta sejarah sebagai pelumba basikal pertama
negara meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro,
Brazil. Antara kejayaan lain beliau termasuk memenangi pingat emas dalam
Kejohanan Dunia Berbasikal Trek UCI 2017 di Hong Kong, pingat perak
pada Kejohanan Dunia 2009 dalam kategori pecut dan pingat perak pada
Kejohanan Dunia 2010 dalam kategori keirin. Selain itu, beliau juga
dinamakan sebagai Olahragawan Kebangsaan pada Majlis Anugerah Sukan
Negara 2017 serta menjadi pembawa bendera Jalur Gemilang dalam acara
pembukaan rasmi Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.
Selain kejayaannya, Azizul juga terkenal dengan sikap tidak mengaku
kalah apabila meneruskan kayuhan meskipun betisnya tertusuk serpihan
kayu sepanjang 20cm ketika bertanding acara keirin pada Siri Piala Dunia
Klasik UCI (International Cycle Union) di Manchester, England pada
Februari 2011. Beliau berjaya menamatkan perlumbaan itu di tempat
ketiga. Kehilangan 'The Pocketman' negara secara tiba-tiba senyap sejak
awal Februari 2022 akhirnya terjawab apabila sebenarnya dia bergelut
dengan rawatan penyakit jantung itu sebelum melakukan pembedahan 21
April 2022. Beliau kini dilaporkan semakin sihat dan semoga beliau akan
terus berjuang untuk mewakili Malaysia di persada dunia.
7
julian yee zhi jie
Julian Yee Zhi Jee dilahirkan pada 26 Mei 1997 merupakan anak
kelahiran Kuala Lumpur. Beliau bukan sahaja telah meraih kejayaan dalam
memenangi pingat emas dalam acara luncur ais berirama lelaki di Sukan
SEA 2017 Kuala Lumpur. Beliau juga telah menduduki tempat keenam
pada Kejohanan Trofi CS Nebelhorn ke-49 di Jerman pada tahun 2017 yang
melayakkan beliau ke Pyeongchang 2018 selain menjadi atlet pertama
negara yang berjaya menyertai Kejohanan Luncur Ais Berbunga Dunia
(World Figure Skating Championships). Tambahan pula, Julian telah meraih
kejayaan sebagai juara sebanyak lima kali dalam kejohanan negara
sebelum mewakili negara dalam Sukan SEA 2017.
Beliau masih ingat bagaimana di awal penglibatannya secara serius,
sukar baginya mencari ruang dan peluang berlatih acara kegemarannya itu.
Tempat yang sering dituju ialah di sebuat pusat membeli-belah yang sering
menjadi tumpuan orang ramai. Malah, beliau sukar mencari penaja bagi
sukan yang tidak popular di negara beriklim tropika seperti Malaysia.
"Ramai yang menganggap meluncur ais hanya sebagai hobi atau
untuk berseronok, tetapi tidak melihatnya sebagai satu sukan yang
berpotensi. Sehinggalah apabila ramai yang telah membuka mata kepada
acara ini, laluan saya menjadi lebih mudah”.
8
MOHD FAIZ BIN SUBRI
Jika anda masih ingat jaringan luar biasa dalam perlawanan bola
sepak menentang Pahang pada tahun 2016, pasti anda ingat kehebatan
pemain tengah bagi pasukan Pulau Pinang iaitu Faiz Subri! Jaringan
tersebut telah menjadi bualan hangat di Malaysia serta mendapat perhatian
seluruh dunia pada ketika itu dan menjadikan beliau sebagai pemain bola
sepak negara pertama memenangi Anugerah FIFA Puskas 2016! Aksi
jaringan yang dianggap „melawan hukum fizik‟ tersebut telah mengutip undi
sebanyak 59.46%, menewaskan aksi jaringan Marlone dari Brazil dan
pemain bola sepak wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez. Malah, video
jaringan tersebut telah mencuri tumpuan peminat bola sepak di seluruh
dunia dengan jumlah tontonan sebanyak 2,362,950 kali. Kejayaan
beliau dalam meraih anugerah berprestij tersebut merupakan pencapaian
yang sangat membanggakan buat Malaysia dan menjadi pembakar
semangat buat pelapis-pelapis baharu dalam usaha untuk terus
memajukan sukan bola sepak negara. Mohd Faiz kini bermain secara aktif
bersama pasukan Penang FC.
9
Khairul Idham bin Pawi
Diberi jolokan sebagai “Super Kip”, pelumba motosikal kelahiran
Perak tersebut telah melakar sejarah sukan pemotoran negara dengan
menjuarai Kejohanan MotoGP Dunia dalam kategori Moto3 pada Grand Prix
Motosikal Argentina 2016 dan Jerman 2016. Beliau turut mencipta kejutan
selaku atlet pemotoran negara pertama yang menaiki podium selepas tamat
di tempat kedua pada Kejuaraan Dunia Remaja Moto3 CEV Repsol 2016 di
Le Mans, Perancis. Pada ketika itu, Khairul merupakan pelumba motosikal
negara termuda yang mengungguli kejayaan di peringkat antarabangsa
pada usia 17 tahun!
Sebelum menyertai kejohanan peringkat antarabangsa sebagai
pelumba profesional pada tahun 2015, Khairul telah memenangi kejuaraan
pertama dalam saingan Piala Impian Asia (Asian Dream Cup) pada tahun
2013 dan pernah menjuarai tempat pertama dalam persaingan tersebut
pada tahun berikutnya. Tahun 2019 menyaksikan “Super Kip” berentap
dalam kategori Moto2 bersama pasukan Petronas Sprinta Racing Team dan
menjadi antara tumpuan penting pada Grand Prix Motosikal Malaysia 2019.
Beliau telah mengumukan persaraan dari dunia permotoran pada Disember
2020. Namun baru-baru ini telah mengumumkan bahawa akan kembali
beraksi!
10
mohamad ridzuan bin Mohamad puzi
Nama Ridzuan Puzi dan tarikh „keramat‟ 10 September 2016
sememangnya terpahat dalam ingatan rakyat Malaysia apabila beliau
melakar sejarah negara yang sangat luar biasa dalam Sukan Paralimpik
2016 di Rio de Janeiro, Brazil. Sementara rakyat Malaysia sedang tidur
pada ketika itu, Ridzuan atau dikenali sebagai Mr. Dash, berjaya meraih
pingat emas pertama negara dalam acara 100m T36 (celebral palsy). Beliau
juga memenangi Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan pada
tahun 2015 susulan kejayaan meraih pingat emas dalam Kejohanan
Olahraga Dunia IPC di Qatar dan Sukan Para Asean Singapura.
Kemenangan beliau di Sukan Paralimpik 2016 tersebut
juga merupakan pencapaian yang paling cemerlang dalam arena sukan
negara serta memberi makna yang sangat mendalam kepada semua lapisan
masyarakat apabila terbukti, atlet-atlet paralimpik negara seperti beliau
mampu mencapai kejayaan yang sama seperti atlet-atlet biasa!
Muhammad Ridzuan Mohamad Puzi berjaya mengungguli acara 100
meter (m) bagi kategori kategori T36 (cerebral palsy) di temasya Sukan Para
Asean ke-11 yang berlangsung di Solo, Indonesia pada Ogos 2022. Ridzuan
yang juga mesra disapa Dik Wan itu menepati ramalan apabila berjaya
meraih emas dalam acara kegemarannya itu dengan catatan masa 12.22
saat (s) sekali gus menghadiahkan emas ketiga buat negara.
11
muhammad ziyad bin zolkefli
Setelah Ridzuan Puzi meraih kemenangan pingat emas pertama
untuk negara, tiba pula giliran Ziyad Zolkefli mencipta sejarah sukan
negara pada Sukan Paralimpik Rio 2016. Beliau bukan
sahaja berjaya menyumbang pingat emas kedua negara dalam acara lontar
peluru F20 (masalah pembelajaran), malah sekaligus berjaya memecahkan
rekod dunia dengan catatan 16.84 meter berbanding rekod dunia sejauh
16.29 meter yang dicatatkan oleh Todd Hodgetts dari Australia pada Sukan
Paralimpik London 2012! Pada tahun berikutnya, Ziyad sekali
lagi berjaya memecahkan rekod dunia pada Kejohanan Olahraga Para
Dunia 2017 di London dengan melakukan lontaran sejauh 17.29 meter.
Kehidupan sebagai peniaga char kuey teow di Jalan Tunku Abdul
Rahman memotivasi beliau agar berusaha keras dan sentiasa gigih tanpa
kenal erti lelah demi mencapai impian menjadi atlet Paralimpik bertaraf
dunia. Melampaui batas fizikal, beliau telah berjaya memperoleh
kemenangan yang membanggakan serta mengharumkan nama negara di
temasya sukan antarabangsa.
Jaguh lontar peluru para negara ini telah berjaya mempertahankan
pingat emas miliknya di Sukan Para ASEAN di Solo, Indonesia pada Ogos
2022 yang lalu.
12
datuk Abdul Latif bin romly
Semangat #KitaLuarBiasa di pentas Sukan Paralimpik Rio
2016 diteruskan oleh kehebatan Datuk Abdul Latif bin Romly dengan satu
lagi pencapaian luar biasa untuk negara di temasya sukan tersebut. Beliau
telah berjaya menghadiahkan pingat emas ketiga negara dalam acara
lompat jauh kategori T20 (kurang upaya intelektual), setelah menewaskan
pesaing-pesaing lain dengan catatan 7.60 meter dalam lompatan kelima.
Dengan kejayaan tersebut juga, terciptanya rekod dunia baharu, mengatasi
rekod lama yang juga milik beliau iaitu 7.35 meter yang dicatat pada
Kejohanan Olahraga Dunia IPC di Doha, Qatar pada tahun 2015. Ramalan
telah ditepati kerana beliau merupakan antara atlet yang disebut-sebut
sebagai prospek untuk memenangi pingat dalam Sukan Paralimpik 2016
selain mencatat kejayaan pada Sukan Malaysia (Sukma) 2016 di Sarawak.
Beliau memberitahu pencapaian terbesar seorang juara bukan kerana
pingat tetapi semangat terus berjuang untuk menang adalah perkara paling
utama. Beliau juga membuktikan kata-katanya itu apabila satu dunia
menyaksikan beliau berjaya mempertahankan pingat emas yang
dimenanginya di Sukan Paralimpik Rio de Janeiro pada 2016 dalam acara
itu di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
13
Penutup
Sukan adalah simbolik perpaduan yang berkesan bagi segenap
lapisan masyarakat. Dalam persepektif ini, Malaysia adalah antara negara
yang telah terbukti berjaya menggunakan sukan sebagai salah satu
platform kepada pengukuhan integrasi nasional. Sukan adalah satu
anjakan paradigma dalam mendukung aspirasi negara melangkaui batasan
agama, bangsa, dan politik yang sedia ada.
Dengan kelahiran ramai tokoh sukan negara di dalam pelbagai
lapangan sukan antarabangsa, nama Malaysia telah harum dan terkenal di
persada dunia. Semangat dan keazaman tinggi yang ditunjukkan oleh para
atlet ini perlu dicontohi oleh generasi muda pada masa kini. Pengorbanan,
penat lelah, usaha tanpa mengira waktu telah membuahkan hasil yang
membanggakan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Para pelapis atlet negara perlu mengambil iktibar dan pengajaran
serta meningkatkan keazaman yang lebih tinggi bagi mencapai tahap
pencapaian yang lebih membanggakan pada masa akan datang.
Kini setelah menghasilan buku skrap sempena Pertandingan Buku
Skrap anjuran Panitia Sejarah, saya telah dapat mendalami pengorbanan
dan kejayaan yang telah diraih oleh tokoh-tokoh sukan negara.
14
Sumber rujukan
1. https://www.jobstore.com/careers-blog/2019/08/06/10-atlet-
kebangsaan-mengharumkan-nama-malaysia-di-persada-dunia/
2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Lee_Chong_Wei
3. https://ms.wikipedia.org/wiki/Nicol_Ann_David
4. https://ms.wikipedia.org/wiki/Pandelela_Rinong
5. https://ms.wikipedia.org/wiki/Azizulhasni_Awang
6. https://ms.wikipedia.org/wiki/Julian_Yee_Zhi-Jie
7. https://ms.wikipedia.org/wiki/Mohd_Faiz_Subri
8. https://ms.wikipedia.org/wiki/Khairul_Idham_Pawi
9. https://ms.wikipedia.org/wiki/Mohamad_Ridzuan_Mohamad_Puzi
10. https://ms.wikipedia.org/wiki/Muhammad_Ziyad_Zolkefli
11. https://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Latif_Romly
15