The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amirwafiq5mujib, 2022-09-09 05:57:20

TOKOH PEMIMPIN NEGARA

TOKOH PEMIMPIN NEGARA

TOKOH
PEMIMPIN
NEGARA

DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD AMIR WAFIQ BIN MOHD NORHASMIZAN

6 MUJIB

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT
1 IS KANDUNGAN 2

2 PENGENALAN 3-4

3 SENARAI TOKOH PEMIMPIN
NEGARA

3.1 TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA 5-7
AL HAJ IBNI ALMARHUM SULTAN
ABDUL HAMID HALIM SHAH

3.2 TUN ABDUL RAZAK BIN HUSSEIN 8-10

3.3 TUN HUSSIEN BIN ONN 11-13

3.4 TUN DR MAHATHIR MOHAMAD 14-16

3.5 TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI 17- 21

3.6 DATO SRI MOHD NAJIB BIN TUN 22-24
ABDUL RAZAK

3.7 TAN SRI MAHIADDIN BIN MD 25-28
YASSIN

3.8 DATO’ SERI ISMAIL SABRI BIN 29-31
YAAKOB

4 PENUTUP 32
5 SUMBER RUJUKAN 33

2

PENGENALAN

Perdana Menteri Malaysia ialah pemimpin utama Kerajaan Malaysia.
Seorang Perdana Menteri juga bertanggungjawab untuk mengetuai barisan
Badan Eksekutif, Jemaah Menteri. Secara rasmi dilantik oleh Yang di-
Pertuan Agong sebagai selaku Ketua Negara dan biasanya pemimpin
sesebuah parti politik atau parti komponen terkuat dalam Parlimen (Dewan
Rakyat) akan dipilih dan dilantik dan perlu mendapat sokongan majoriti
daripada para Ahli Dewan Rakyat Malaysia. Beliau juga merupakan Ketua
Majlis bagi Parlimen Malaysia yang menentukan permulaan sebuah penggal
dan persidangan di Parlimen.

Seseorang yang dilantik sebagai Perdana Menteri mestilah dari
kalangan Ahli Dewan Rakyat Malaysia. Ahli Dewan Negara Malaysia tidak
layak untuk dilantik ke jawatan tersebut. Seorang Perdana Menteri
mempunyai hak prerogatif untuk mencalonkan seorang Ahli Dewan Rakyat
atau Ahli Dewan Negara bagi menganggotai Jemaah Menteri yang dibentuk.
Beliau akan mempersembahkan senarai nama Jemaah Menteri dan
Timbalan Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan
perkenan baginda untuk dilantik sebagai anggota pentadbiran kerajaan.

Beliau juga berperanan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk
membubarkan Parlimen, khususnya Dewan Rakyat untuk memberi laluan
kepada pilihan raya umum. Memanggil atau menangguhkan sidang
Parlimen juga di bawah kuasa Perdana Menteri. Begitu juga dengan
pengisytiharan darurat. Selain daripada itu, beliau juga berperanan untuk
menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dalam melantik 44 daripada 70 orang
Senator dari kalangan Ahli Dewan Negara.

Pelantikan hakim mahkamah atasan (Mahkamah Tinggi, Mahkamah
Rayuan dan Mahkamah Persekutuan) juga dibuat atas nasihat
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang mana beliau akan menasihatkan
Yang di-Pertuan Agong. Peguam Negara Malaysia dan Ketua Audit Negara
Malaysia juga dilantik atas nasihat seorang Perdana Menteri.

3

Pelantikan Pengerusi dan Ahli Suruhanjaya bagi Suruhanjaya Kehakiman
dan Perundangan, Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pasukan Polis,
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Majlis Kewangan Negara dan Majlis
Angkatan Tentera dan Yang di-Pertua Negeri juga dilantik atas nasihat
seorang Perdana Menteri.

Pencapaian negara di bawah kepimpinan Perdana Menteri telah dapat
meningkatkan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang cemerlang dan
bersatu padu. Kewibawaan semua Perdana Menteri dapat memastikan
pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat dilaksanakan secara
berterusan.

4

PERDANA MENTERI PERTAMA
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ IBNI ALMARHUM

SULTAN ABDUL HAMID HALIM SHAH

5

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul
Hamid Halim Shah diputerakan pada 8 Februari 1903. Tunku merupakan
Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana
Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970.
Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada
pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau
juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia"

Upacara pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
sepenuhnya telah dilakukan oleh Tunku di Stadium Merdeka, Kuala
Lumpur pada pukul 9.30 pagi di hadapan Raja-Raja Melayu dan 20 ribu
rakyat Persekutuan Tanah Melayu serta perwakilan dari 30 negara-negara
Komanwel. Di akhir pengisytiharan tersebut Tunku telah meneriakkan
„MERDEKA‟ sebanyak tujuh kali dan disambut dengan bergemuruh oleh
rakyat yang hadir.

Serentak dengan itu, lambang perpaduan, keutuhan dan kedaulatan
bangsa iaitu Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dan diiringi
oleh lagu kebangsaan „Negaraku‟. Ini diikuti pula dengan seruan azan dan
tembakan meriam seratus satu das.

Dengan pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu itu,
maka berakhirlah penjajahan Inggeris dan kuasa Baginda Queen ke atas
Persekutuan Tanah Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka iaitu sejak
lebih 170 tahun.

Sepanjang penglibatan Tunku Abdul Rahman dalam bidang politik,
beliau banyak memberi sumbangan kepada bangsa dan negara. Beliau
merupakan pembina bangsa dan cuba menyatu padukan rakyat Tanah
Melayu yang berbilang kaum untuk menentang kerajaan British dan
menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Demi perpaduan orang
melayu,beliau sanggup menyuarakan bantahan terhadap Malayan union
dan menghadiri perjumpaan- perjumpaan menentang Malayan Union di
Alor Setar serta mengorbankan kerjayanya untuk mengambil alih teraju
kepimpinan UMNO. Sebagai seorang tokoh yang berjaya, beliau turut

6

dikenal sebagai bapa keamanan dan perpaduan kerana sikapnya yang
cintakan keamanan dan perpaduan. Beliau sanggup menerima sebarang
halangan dan cabaran demi perpaduan negara. Sebagai contoh,pada tahun
1955, Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri telah mewakili kerajaan
British untuk menghadiri Rundingan Baling yang dianjurkan oleh pihak
parti Komunis Malaya. Walaupun rundingan ini gagal,tetapi telah berjaya
mencipta imej beliau sebagai pencinta kedamaian. Tunku Abdul Rahman
akhirnya membuktikan beliau sebagai pemimpin Malaysia yang paling
berjaya apabila beliau berjaya menyatukan rakyat Malaysia dan mencapai
kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Kejayaan beliau menunjukkan beliau
sanggup berkorban untuk negara demi menyelesaikan masalah politik
negara. Sumbangan beliau merupakan suatu pengorbanan yang tidak
terkata nilainya dalam sejarah politik negara.
.

7

PERDANA MENTERI KEDUA
TUN ABDUL RAZAK BIN HUSSEIN

8

Tun Abdul Razak Bin Datuk Hussein yang juga dikenali sebagai „Bapa
Pembangunan‟ telah dilahirkan pada 11 Mac 1922 di Pulau Keladi, Pekan,
Pahang. Nama Abdul Razak itu bermakna, „Hamba Allah‟, maka benarlah
beliau sentiasa memikir dan bekerja menurut suruhan Allah di mana
sentiasa memikir dan berusaha membaiki kehidupan rakyat jelata. Bapa
beliau digelar Orang Kaya Indera Shahbandar Datuk Hussein Bin Mohd
Taib iaitu daripada keturunan pahlawan Sulawesi, Indonesia yang datang
ke Tanah Melayu untuk berdagang dan kemudian menetap di Pahang. Ibu
Tun Abdul Razak bernama Hajah Teh Binti Daud dan merupakan orang
biasa. Tun Abdul Razak adalah daripada keluarga yang bertaraf bangsawan
dan hidup dalam serba kemewahan. Oleh itu, keluarga beliau amat disegani
di kalangan penduduk Pekan, Pahang.

Dalam tahun 1951 apabila Tunku Abdul Rahman menjadi Yang
Dipertua UMNO, beliau yang berumur 29 tahun dipilih sebagai Timbalan
Yang Dipertua. Dari sini bermulalah satu percantuman tenaga yang
bersejarah dan begitu gigih dalam perjuangan mencapai kemerdekaan dan
seterusnya membina sebuah negara maju yang maju. Tun Abdul Razak juga
menjawat jawatan Pemangku Menteri Besar Pahang selama beberapa bulan
pada tahun 1955.

Sebagai orang nombor dua kepada Tunku, beliau turut membuat
draf-draf untuk dimuatkan dalam Perlembagaan Tanah Melayu dan
menyertai rombongan menuntut Kemerdekaan ke London pada tahun 1956.
Setelah Kemerdekaan dicapai, waktu umur Tun 35 tahun bermulalah
perkhidmatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri yang menjangkau
lebih 13 tahun. Dalam tempoh ini beliau telah memegang beberapa
portfolio, termasuk Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar,
Kementerian Pertahanan dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Sebagai Menteri Pelajaran Pelajaran yang pertama, beliau telah melahirkan
Penyata Razak 1956 bertujuan menyatupadukan rakyat berbagai kaum.
Dasar Pelajaran Kebangsaan yang berasaskan Penyata ini adalah
mendukung bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Dengan
menggunakan perantaraan Bahasa Kebangsaan dan kandungan pelajaran

9

yang sama di semua sekolah, semangat perpaduan dan kerjasama di
kalangan murid-murid dari berbagai kaum dapat disemai. Semangat dasar
pelajaran inilah yang menjadi asas mewujudkan generasi muda yang sihat
dan berpelajaran sebagai sumber tenaga pembangunan.

Konsep demokrasi Tun Razak berasaskan keseimbangan sosial dan
ekonomi di mana semua rakyat dapat memainkan peranan dalam
kemajuan negara. Pembangunan negara sangat besar ertinya sebab
menurut beliau, benteng terbesar pertahanan kedaulatan negara bukan
sahaja terletak pada pertahanan tetapi yang lebih penting ialah
pembangunan.

10

PERDANA MENTERI KETIGA
TUN HUSSEIN BIN ONN

11

Tun Hussein Onn dilahirkan pada 12hb Februari, 1922 di Johor
Bahru. Beliau adalah anak sulung Datuk Onn bin Ja‟afar dan Datin
Halimah binti Hussein yang mempunyai lapan orang anak. Beliau
mendapat didikan awal di Singapura dan pelajaran menengahnya di
English College, Johor Bahru. Selepas tamat sekolah pada tahun 1940,
beliau berkhidmat sebagai kadet dalam Pasukan Timbalan Setia Negeri
Johor. Pada awal tahun 1941, beliau dihantar ke Akademi Tentera di Dehra
Dun, India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau
menyertai Regiment Hydrabad Ke-19 di India.

Pada 13 Ogos 1973 pula, beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana
Menteri menggantikan tempat Tun Dr. Ismail yang telah meninggal dunia.
Beliau juga menjawat jawatan Menteri Kewangan dan Menteri Penyelarasan
Perbadanan Awam. Pada 14 Januari 1976, Tun Hussein Onn menjadi
Perdana Menteri Malaysia yang ke-3 menggantikan Tun Abdul Razak yang
juga telah meninggal dunia. Berikutnya , beliau mengumumkan satu
Kabinet baru yang agak memeranjatkan, di mana peluang-peluang yang
luas diberi kepada tokoh-tokoh muda dalam UMNO untuk memegang
jawatan-jawatan penting. Beliau telah memilih Datuk Seri Dr. Mahathir
Mohamad sebagai Timbalannya.

Dalam soal luar negeri, seperti juga dengan pemimpin-pemimpin
sebelumnya, Tun Hussein Onn terus mengadakan perhubungan yang baik
antara Malaysia dengan negara-negara luar termasuklah negara- negara
barat dan lain-lain anggota ASEAN.

Dalam tahun 1981, beliau menghadapi gangguan kesihatan dan telah
pergi untuk mendapatkan rawatan di luar negeri. Walaupun rawatan itu
berjaya, beliau merasakan keadaan kesihatannya tidak lagi membenarkan
beliau untuk bergerak cergas dalam politik. Oleh itu beliau mengambil
keputusan untuk bersara. Dengan keputusan ini, pada 16hb. Julai, 1981
Tun Hussein Onn telah meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri
Malaysia. Beliau digantikan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

12

Sejak bersara dari politik, Tun Hussein Onn aktif pula dalam bidang
sosial dan lain-lain membantu ke arah pembinaan negara. Apabila
Universiti Islam Antarabangsa ditubuhkan beliau dilantik sebagai
Presidennya yang pertama. Beliau adalah juga Pengerusi Institut Kajian
Antarabangsa dan Strategik, Penasihat Petronas dan Presiden Persatuan
Orang-orang Buta Malaysia. Kini sebuah Hospital Mata telah mengabadikan
namanya dan dikenali sebagai Hospital Mata Tun Hussein Onn.

Tun Hussein mengumumkan penarikan diri daripada bertanding
jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri atas faktor kesihatan pada
Mei 1981 dan pemilihan parti berlangsung pada 28 Jun 1981. Beliau
meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Barisan National (BN) pada 15 Julai
1981 dan pada keesokannya, dia melepaskan pula jawatan sebagai Perdana
Menteri.

Tun Hussein Onn meninggal dunia pada 29 Mei 1990 di Institut
Jantung Pusat Rawatan Seaton, San Francisco, Amerika Syarikat.

13

PERDANA MENTERI KEEMPAT & KETUJUH
TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

14

Tun Dr. Mahathir bin Haji Mohamad telah dilahirkan pada 20
Disember 1925 di Lorong Kilang Ais Seberang Perak, Alor Setar Kedah.
Bapanya bernama Mohamad bin Iskandar dan Ibunya Wan Tempawan binti
Wan Hanafi. Tun Mahathir merupakan anak bongsu daripada sembilan
adik beradik terdiri daripada empat orang perempuan dan lima lelaki.
Salasilah di sebelah ibunya mempunyai darah pemimpin yang merupakan
warisan dari keturunan Wan Su iaitu Dato‟ Temenggong Kulut, Bukit Lada.

Tun Mahathir merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat
dan yang paling lama berkhidmat bermula dari 16 Julai 1981 sehingga 31
Oktober 2003. Beliau berkahwin dengan YBhg Tun Dr Siti Hasmah Mohd
Ali pada 5 Ogos 1956 dan dikurniakan tujuh cahaya mata iaitu Marina,
Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura dan Mazhar. Bapa beliau
adalah anak Melayu yang pertama menjadi Guru Besar di sebuah Sekolah
Inggeris dan merupakan seorang bapa yang tegas dan amat
menitikberatkan tentang pendidikan anak-anaknya.

Tun Dr. Mahathir Mohamad telah berkecimpung di dalam arena
politik sejak usia yang muda. Pemerhatian dan pembacaan beliau sejak
zaman pemerintahan Jepun dahulu membuatkan beliau lebih bersemangat
untuk melakukan pelbagai perubahan untuk bangsa Melayu. Beliau
mempunyai misi dan visi dalam menentukan hala tuju bangsa beliau
sendiri terutama penyatuan bangsa Melayu.

Tun Dr. Mahathir telah digelar sebagai “Bapa Pemodenan Malaysia”
dan merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan sebagai
Perdana Menteri selama 22 tahun mulai 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober
2003. Sebagai pemimpin negara, Tun Dr. Mahathir telah membawa banyak
perubahan-perubahan kepada rakyat dan mengatur program untuk
generasi yang membangunkan bangsa Melayu agar setanding dengan
mana-mana bangsa di dunia. Banyak telah diperkenalkan dan kejayaan-
kejayaan yang besar dicapai di zaman pemerintahan beliau dari segi
mengubah corak pemikiran, ekonomi, pendidikan, etika sosial dan budaya

15

hidup rakyat Malaysia khususnya orang-orang Melayu dalam menghadapi
era globalisasi dan liberalisasi untuk menghadapi abad ke-21.

Tun Dr Mahathir telah melakukan banyak perubahan di dalam
pentadbiran negara. Semenjak awal pelantikan, beliau telah
menyeragamkan sistem dan cara bekerja dengan mengadakan sistem kad
perakam waktu, pengenalan tag nama, sistem simpanan fail, urusan surat
menyurat dan pos, panduan dan penyelarasan dalam segala urusan
pejabat. Selain itu, beliau juga telah memperkenalkan slogan di dalam
pentadbiran awam negara di antaranya Kepimpinan melalui Tauladan,
Dasar Pandang ke Timur dan Penerapan Nilai-Nilai Islam di dalam
pentadbiran. Melalui usaha ini, telah banyak perubahan telah dilaksanakan
seperti etika kerja yang baik, penerapan nilai-nilai murni yang positif, rajin,
efektif serta efisyen dan lain-lain. Beliau juga telah melancarkan usaha
memerangi Rasuah dengan slogan “Bersih, Cekap dan Amanah” kepada
semua pegawai dan kakitangan kerajaan.

Tun Dr Mahathir telah dilantik menjadi Perdana Meteri Ketujuh pada
10 Mei 2018 sehingga 24 Februari 2020. Beliau telah meneruskan
kerjasama dengan negara luar di persidangan antarabangsa dan turut
memperkenalkan konsep Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

16

PERDANA MENTERI KELIMA
TUN ABDULLAH BIN AHMAD BADAWI

17

Tun Abdullah Ahmad Badawi dilahirkan pada 26 November 1939 di
Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Beliau yang merupakan anak
sulung daripada empat beradik ini adalah anak kepada pasangan Haji
Ahmad Haji Abdullah Fahim (lebih dikenali sebagai Ahmad Badawi) dan
Datuk Khailan Hassan. Adik-beradik beliau ialah Ambrahim dan Mohamad.

Bapa beliau, Haji Ahmad Haji Abdullah Fahim merupakan seorang
guru agama, pegawai agama negeri dan juga penyokong kuat UMNO. Malah
bapanya juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau
Pinang dari 1972 hingga 1977. Haji Ahmad Badawi juga pernah menjadi
ahli jawatankuasa kanan kerajaan negeri, di mana pada 1972 beliau
berkhidmat sebagai Exco Kanan yang memegang portfolio Hal Ehwal Islam
dalam kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Tun Dr. Lim Chong
Eu. Semasa Tun Dr. Lim bercuti ke luar negara, Haji Ahmad Badawi telah
dilantik sebagai Pemangku Ketua Menteri.

Perdana Menteri kelima ini terlibat secara langsung dalam arena
politik selepas bapanya meninggal dunia pada 8 Mei 1977 dimana
keputusan ini telah menukar haluan kariernya. Ketika itu beliau merasa
bertanggungjawab untuk meneruskan perjuangan bapanya dan telah
meletak jawatan di dalam perkhidmatan awam.

Tun Abdullah telah bertanding dalam pilihan raya bagi kawasan
Parlimen Kepala Batas pada 1978 dengan memenangi undi majoriti 5,029.
Disember tahun yang sama juga, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua
Perhubungan UMNO Pulau Pinang.

Penglibatan beliau dalam arena politik semakin menyinar apabila
dipilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO semenjak 1981. Manakala pada
1984, 1987 dan 1990 pula Tun Abdullah telah menjadi Naib Presiden
UMNO melalui pemilihan di dalam Perhimpunan Agung UMNO.

Tun Abdullah terus diberi kepercayaan apabila Tun Dr. Mahathir
telah melantik beliau menjadi Timbalannya sebagai Perdana Menteri dan

18

Timbalan Presiden UMNO pada 1999. Ketika itu juga beliau merupakan
Menteri Dalam Negeri dan timbalan pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi
Negara (MTEN).

Pada 1999, beliau telah memenangi pilihan raya umum bagi kerusi
Parlimen Kepala Batas dengan majoriti 11,175 undi menewaskan Khalid
Rasid (PAS). Dengan itu beliau telah diberikan tugas sebagai Pengerusi
Jawatankuasa Perhubungan Negeri Terengganu menggantikan Tan Sri Wan
Mokhtar. Selaku Timbalan Presiden UMNO. Perwakilan UMNO juga telah
mengekalkan Abdullah sebagai Timbalan Presiden UMNO bagi penggal
2000-2003.

Tun Abdullah telah dilantik menjadi Perdana Menteri kelima pada 31
Oktober 2003. Upacara mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri
diadakan di Istana Negara dengan disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong,
Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail melalui penyerahan kuasa.

Beliau menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mana telah
mentadbir negara selama 22 tahun lamanya. Apabila Tun Dr. Mahathir
bersara pada bulan Oktober 2003, impak pentadbirannya amat besar ke
atas landskap politik, ekonomi, pembangunan, infrastruktur, dasar luar
dan minda masyarakat Malaysia. Peralihan kepimpinan dalam kerajaan dan
parti itu berjalan lancar dengan Tun Abdullah sebagai Perdana Menteri
kelima menjanjikan pentadbiran yang „tegas, adil dan saksama‟.

Tun Abdullah memiliki ciri-ciri yang membolehkan beliau memikul
tanggungjawab sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelima di mana
warisan kepimpinan memerlukan seorang pemimpin yang berwibawa untuk
menerajui negara. Antara aspek penting dalam menentukan kepimpinan
dan warisan kepimpinan adalah untuk memastikan bahawa pilihan
tersebut mampu untuk mengabdikan diri kepada semua rakyat Malaysia.
Pengalamannya memimpin Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung dan
Setiausaha MAGERAN akan menjadi titik-tolak kepada dasar beliau dalam
mempertahankan ketuanan orang Melayu di negara ini yang juga akan
bersifat agenda nasional.

19

Latar belakang Tun Abdullah juga penting untuk masa depan orang
Melayu kerana sudah pasti beliau mahu memperisaikan diri orang Melayu
degan kekuatan moral sebagai persediaan dunia akhirat. Keseimbangan
pasti ditekankan supaya orang Melayu tidak alpa dalam arus kemodenan
kerana semata-mata mengutamakan keuntungan material, nilai keagamaan
dan kepercayaan perlu dipinggirkan. Konsep Islam Hadhari akan menjadi
benteng dan corak kepimpinannya kerana apa sahaja yang yang dilakukan
adalah untuk pembangunan Islam dan umatnya tanpa ada perpecahan di
kalangan mereka. Malahan dalam ucapan sulung sebagai Presiden UMNO
yang keenam dalam Perhimpunan Agung UMNO 2004, beliau meletakkan
Islam Hadhari sebagai agenda untuk menempatkan bangsa Malaysia di
arena yang cemerlang.

Tun Abdullah sering mengingatkan pelbagai lapisan masyarakat
bahawa beliau bukan sahaja Presiden UMNO tetapi juga merupakan
Perdana Menteri Malaysia dan akan memastikan hak semua warga negara
ini terpelihara. Ini kerana pembangunan perlu diimbangi dengan
pembentukan perpaduan antara kaum supaya kestabilan politik tidak
tergugat. Beliau memastikan bahawa apa jua keputusan yang bakal dibuat
oleh beliau mendapat sokongan sepenuhnya daripada pemimpin pelbagai
masyarakat supaya kepimpinan beliau berjalan licin tanpa ada cacat-
celanya.

“Jangan bekerja untuk saya, tetapi mari bekerja bersama-sama saya”,
ini merupakan salah satu ucapan keramatnya ketika mula-mula diangkat
menjadi Perdana Menteri. Beliau mahu setiap golongan rakyat bangun
bekerja bersama-sama beliau untuk membangunkan negara.

Tun Abdullah memulakan kepimpinannya dengan moto „Cemerlang,
Gemilang dan Terbilang.‟ Komitmen beliau amat tinggi untuk melahirkan
pentadbiran yang jujur, efisien, Islamik dan peka kepada nasib penduduk
luar bandar dan wilayah-wilayah yang tidak begitu mendapat perhatian
selama ini. Seorang penganalisis politik tanah air merumuskan kepimpinan

20

Tun Abdullah dengan menulis: “Beliau menangani banyak isu-isu kecil
yang mengesankan rakyat terbanyak.”

Slogan pertamanya “bekerja bersama-sama saya bukan untuk saya”
telah memperlihatkan beliau mula merintis jalannya tersendiri dalam
penampilannya sebagai Perdana Menteri. Jelas sekali falsafah kepimpinan
beliau menganggap rakyat, pegawai kerajaan, pemimpin masyarakat dan
pemimpin politik, sebagai rakan untuk menjayakan cita-cita bangsa. Beliau
tidak mahu mereka bekerja untuk beliau semata-mata.

21

PERDANA MENTERI KEENAM
DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK

22

Dato‟ Sri Najib yang dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang pada 23 Julai
1953 merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussien dan Toh
Puan Rahah Mohammad Noah. Tun Abdul Razak pula adalah bekas
perdana menteri kedua Malaysia. Dato Sri Najib merupakan anak Perdana
Menteri yang pertama mengulangi kejayaan bapanya dalam sejarah moden
politik negara.

Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St.
John, Kuala Lumpur, dan kemudian belajar di Kolej Lelaki Malvern di
Worchestershire, England. Beliau juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana
Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti
Nottingham, England pada tahun 1974.

Penglibatan Dato‟ Sri Najib di dalam dunia politik bermula selepas
kemangkatan bapanya secara mengejut pada 14 Januari 1976 akibat
penyakit leukemia. Pilihan Raya Kecil (PRK) Pekan diadakan bagi mengisi
kekosongan kerusi parlimen tersebut selepas kematian Tun Abdul Razak
Hussien. Beliau yang ketika itu berusia 23 tahun dianggap terlalu mentah
untuk dunia politik apatahlagi untuk mengambil alih kedudukan bapanya
sebagai Ahli Parlimen. Ternyata beliau mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang
tinggi mewarisi ketokohan almarhum bapanya apabila Najib yang dipilih
untuk menjadi calon PRK di Parlimen Pekan, akhirnya menang tanpa
bertanding sekaligus mencatat sejarah sebagai ahli parlimen termuda
ketika itu.

Sejak itu satu demi satu jawatan mula disandang olehnya. Pada
tahun 1978 ketika berusia 25 tahun, beliau telah dilantik menjadi Timbalan
Menteri Tenaga, Telekom dan Pos. Sekali lagi ianya menyaksikan Dato‟ Sri
Najib mencatat sejarah sebagai timbalan menteri paling muda dan
kemudiannya beliau menjadi Menteri Besar paling muda dalam sejarah
negara apabila dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika berusia 29
tahun pada tahun 1982 sehingga 1986.

23

Setelah beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, beliau
telah memperkenalkan Gagasan 1 Malaysia yang memupuk perpaduan
rakyat di antara kaum. Ia juga dijadikan tema kemerdekaan pada tahun
2009. Matlamat konsep 1 Malaysia ini adalah memupuk dan mengukuhkan
perpaduan nasional yang mana ianya telah menjadi keutamaan setiap
Perdana Menteri Malaysia semenjak Almarhum Tunku Abdul Rahman lagi.

Pada 12 Mei 2018, Datuk Seri Najib meletakkan jawatan sebagai
Presiden UMNO dan Pengerusi BN serta merta selepas kekalahan Barisan
Nasional pada pilihan raya umum ke-14 dan digantikan oleh Timbalan
Presiden UMNO (yang menjalankan tugas-tugas Presiden), Datuk Seri Dr
Ahmad Zahid Hamidi.

24

PERDANA MENTERI KELAPAN
TAN SRI MAHIADDIN BIN MD YASSIN

25

Beliau berasal dari Muar, Johor dan mendapat pendidikan awal di
Sekolah Kebangsaan Maharani dan Sekolah Kebangsaan Ismail serta
Sekolah Tinggi Muar di Muar. Kemudiannya beliau melanjutkan pelajaran
ke Universiti Malaya dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda
Ekonomi dan Pengajian Melayu (1971). Ayah beliau yang bernama
Muhammad Yassin bin Muhammad adalah seorang ulamak terkenal di
Bandar Maharani (Muar), Johor.

Beliau pertama kalinya dipilih menjadi wakil rakyat apabila beliau
memenangi kawasan Parlimen Pagoh pada pilihan raya tahun 1978. Beliau
yang berjaya mempertahankan kerusi parlimen berkenaan pada pilihan
raya umum pada tahun 1982 telah dilantik menjadi Menteri Besar Johor
selepas Pilihan Raya Umum ke-7 apabila memenangi kerusi Dewan
Undangan Negeri kawasan Bukit Serampang. Di bawah kepimpinan beliau,
negeri Johor terus berkembang pesat dan menjadi antara negeri yang
termaju di Malaysia.

Beliau juga pernah dilantik menjadi Setiausaha Parlimen
Kementerian Luar Negeri Malaysia pada tahun 1981, Timbalan Menteri
Wilayah Persekutuan pada tahun 1982 dan Menteri Belia dan Sukan
selepas Pilihan Raya Umum ke-9 iaitu pada Mei 1995. Empat tahun
kemudian, beliau dilantik menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan
Hal Ehwal Pengguna mulai bulan Disember 1999. Pada bulan Januari
2004, beliau diberi kepercayaan mengetuai Kementerian Pertanian
berikutan penstrukturan semula Kabinet Persekutuan. Selepas Pilihan
Raya Umum ke-11, beliau dilantik semula menjadi Menteri Pertanian dan
Industri Asas Tani yang fungsinya ditambah bagi memajukan sektor
pertanian dan industri yang berkaitan agar lebih berdaya saing.

Tan Sri Muhyiddin menyertai BERSATU sejak September 2016 dan
dilantik sebagai Presiden BERSATU dan Ketua BERSATU Bahagian Pagoh
pada tahun sama. Pada 1 Mac 2020, Tan Sri Muhyiddin telah diperkenan
oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri‟ayatuddin Al-Mustafa
Billah Shah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelapan. Cabaran besar

26

bagi tahun 2020 apabila seluruh dunia diserang dengan pandemik iaitu
kejadian wabak besar-besaran yang dikenali sebagai coronavirus
atau COVID-19.

Ia bukan sahaja melumpuhkan kesihatan manusia di setiap negara
malah menjejaskan ekonomi dunia. Ini kerana negara yang terlibat adalah
kuasa-kuasa besar dan pemegang ekonomi utama dunia.

Malaysia juga turut terlibat dalam krisis yang dihadapi dunia ini.
Justeru kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin
Yassin selaku Perdana Menteri juga telah merangka bantuan-bantuan
khusus kepada rakyat Malaysia untuk menangani kesan COVID-19 ini.

Antara tindakan awal yang diambil oleh beliau adalah dengan
mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020. Pakej rangsangan ini
dirangka berteraskan tiga strategi utama iaitu menangani impak COVID-19,
memangkin pertumbuhan berteraskan rakyat dan menggalakkan pelaburan
berkualiti.

Langkah yang lebih khusus adalah memperbaiki aliran tunai
perniagaan yang terjejas, merangsang penggunaan dan perbelanjaan swasta
serta menggiatkan aktiviti pelaburan domestik di samping langkah proaktif
yang telah diambil kerajaan, sektor swasta juga disaran untuk turut serta
menggalas tanggungjawab dan menjalankan peranan untuk membantu
memacu semula ekonomi negara.

Antara sektor swasta yang telah tampil dalam memberi bantuan
termasuklah institusi-institusi perbankan di Malaysia. Bank Negara juga
telah mengumumkan penawaran moratorium bagi pelanggan-pelanggan
yang terkesan akibat COVID-19 sama ada individu mahupun pemilikan
perniagaan.

Selain kerajaan persekutuan, agensi-agensi kerajaan, kerajaan negeri,
Majlis Agama Islam, NGO dan wakil rakyat turut bekerjasama dalam
membantu menangani kesan COVID-19.

27

Melalui peruntukan kerajaan negeri masing-masing, bantuan
termasuklah bayaran kepada pesakit yang positif COVID-19, bantuan
kewangan kepada penjaja dan peniaga kecil, pengecualian bayaran sewa
kepada premis perniagaan dan pelbagai lagi inisiatif lain.

Semuanya adalah untuk membantu mereka yang terkesan akibat
COVID-19 sekaligus memulihkan ekonomi negara pada masa hadapan
ekoran penularan wabak Covid-19.

Inilah antara sumbangan besar Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana
Menteri Malaysia di saat negara sedang berhadapan waktu sukar ekoran
penularan wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan yang
dilaksanakan bagi mengekang wabak yang sangat berbahaya ini.

28

PERDANA MENTERI KESEMBILAN
DATO’ SERI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB

29

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob dilahirkan pada 18 Januari 1960
ialah seorang ahli politik Malaysia yang menjadi ahli Parlimen Bera
dari UMNO, Barisan Nasional dan kini menyandang jawatan
sebagai Perdana Menteri Malaysia. Sebelum ini, beliau memegang jawatan
sebagai Menteri Pertahanan bermula pada 10 Mac 2020. Pada 7 Julai
2021, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melantik beliau sebagai Timbalan
Perdana Menteri Malaysia yang baharu.] Beliau juga seorang bekas Menteri
Kabinet dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Pada
peringkat parti, beliau ialah Naib Presiden UMNO.

Beliau merupakan Ketua Pembangkang ke-15 dalam
pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dari Mac 2019 hingga kejatuhannya
pada Februari 2020 di tengah-tengah krisis politik Malaysia 2020.
Dalam kerajaan PN, beliau dilantik sebagai Menteri Kanan yang menjaga
Keselamatan dari Mac 2020 hingga kenaikan pangkatnya sebagai Timbalan
Perdana Menteri pada Julai 2021, di mana beliau menonjol dalam respons
negara terhadap pandemik COVID-19. Beliau mengetuai puak partinya
(UMNO) yang terus menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada
Jun 2021, apabila parti itu menarik balik sokongannya terhadap
pengendalian kerajaan terhadap wabak itu. Selepas ini memuncak dengan
kejatuhan kerajaan dan peletakan jawatan Muhyiddin, beliau berjaya
memasuki rundingan untuk menjadi Perdana Menteri pada Ogos 2021
selepas mendapat sokongan majoriti tipis ahli Parlimen.

Walaupun semasa awal pentadbirannya, masih ramai yang meragui
kewibawaan beliau dalam menstabilkan negara baik dari segi ekonomi,
politik mahupun kesihatan rakyat khususnya dalam memerangi Covid-19.

Apatah lagi, situasi penularan wabak Covid-19 dalam negara ketika itu
masih berada pada tahap membimbangkan dengan lebih 20,000 kes
jangkitan yang dilaporkan setiap hari. Bagaimanapun, dalam tempoh 100
hari pentadbirannya, kerajaan Ismail Sabri berjaya mengawal penularan
wabak yang melanda Malaysia pada Januari tahun lalu yang sekali gus
menjejaskan ekonomi negara dengan teruk.

30

Dalam pada itu, kerajaan pimpinan Ismail Sabri turut melakar satu
sejarah baharu buat negara susulan kerajaan Persekutuan dan blok
pembangkang, Pakatan Harapan (PH) sepakat untuk memeterai
Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik
pada 13 September lalu. MoU tersebut antara lain membabitkan enam
perkara termasuk Pemerkasaan Pelan Covid-19, Transformasi Pentadbiran
dan Pembaharuan Parlimen. Persefahaman tersebut diharap dapat
memulihkan keadaan politik dan ekonomi dalam masa sama
mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan negara.

Dengan segala pencapaian yang dikecapi oleh Ismail Sabri sepanjang
100 hari pentadbirannya membuktikan kewibawaan beliau dalam memacu
Keluarga Malaysia ke arah landasan lebih maju pada masa akan datang.

31

PENUTUP

Setiap pemimpin yang memberikan sumbangan kepada bangsa dan
negara wajar disanjungi. Pengorbanan pemimpin perlu dicontohi dan
dijadikan iktibar dalam kehidupan setiap warganegara Malaysia. Sokongan
kepada pemimpin berwibawa akan melahirkan masyarakat yang
bertanggungjawab kepada negara. Sikap bertanggungjawab ini akan
memastikan kedaulatan negara kekal terpelihara.

Kini setelah menghasilan buku skrap sempena Pertandingan Buku
Skrap anjuran Panitia Sejarah, saya telah dapat mendalami pengorbanan
dan kejayaan yang telah diraih oleh tokoh-tokoh pemimpin negara.

32

SUMBER RUJUKAN

1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Tunku_Abdul_Rahman
2. https://pekhabar.com/h-i-d-s-pengisytiharaan-kemerdekaan-

persekutuan-tanah-
3. https://www.coursehero.com/file/63772859/Sumbangan-Tunku-

Abduldocx/
4. https://umno-online.my/presiden/tunrazak/
5. https://umno-online.my/presiden/tunhussein/
6. https://umno-online.my/presiden/mahathir/
7. https://umno-online.my/presiden/paklah/
8. https://umno-online.my/presiden/najib/
10.https://www.pubiperak.com/kenali-latar-belakang-muhyiddin-
yassin-perdana-menteri-malaysia/
11.https://www.sinarharian.com.my/article/174871/ANALISIS-
SEMASA/100-hari-kerajaan-Ismail-Sabri

33


Click to View FlipBook Version