MPU 23052-SAINS TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN DALAM
ISLAM.
E-FOLIO : PEMBEDAHAN PLASTIK
NAMA PENSYARAH:PN.ROHANI BINTI ABU BAKAR
SESI : 2 2021/2022
NUR HASMIEZA AIESHA BINTI NORHICKMEY (O3DKA2IF1130)
NURAIN AMIRAH BINTI SHAHRUL NIZAM (03DKA21F1114)
SITI AISYAH BINTI AHMAD NAJMUDDIN (03DKA2IF1011)
NAZZATUL HUDA BINTI ROSLAN (03DKA21F1032)
Pengenalan pembedahan plastik.
Apakah yang dimaksudkan dengan pembedahan plastik? Pembedahan plastik berasal dari bahasa
Yunani , iaitu “plastikos” yang bermaksud “membentuk” atau memberi bentuk. Benarkah ia adalah
suatu perbuatan yang haram disisi Syarak? Pembedahan plastik ini telah melalui satu peringkat
perkembangan yang amat menakjubkan. Perkembangan di dalam bidang perubatan ini juga
membawa kepada keinginan manusia itu sendiri untuk melakukan pembedahan plastik yang lain
seperti mengecilkan lubang hidung, dagu, mencantikkan telinga, membesarkan atau mengecilkan
bibir dan lain-lain lagi.
Tujuan melakukan pembedahan plastik.
Memperbaiki kecacatan semulajadi atau kemalangan yang memberi kesan pada tubuh manusia yang
menyebabkan hilangnya nilai atau kepentingannya pada watak peribadi dan dalam masyarakat.
Tujuan dibenarkan ialah jika tidak dilakukan akan mendatangkan mudarat kesihatan kepada individu,
mengembalikan kecacatan kepada bentuk kejadian manusia normal. Selain itu, tujuan yang tidak
dibenarkan untuk kelihatan lebih cantik, pembedahan mendatangkan lebih bahaya dan
memudaratkan. Setereusnya, memiliki keperluan tidak bercanggah syariat untuk melakukan
pembedahan untuk tujuan kesihatan semata-mata dan tiada niat lain mesti diakui doktor islam dan
pakar dalam bidang itu, doktor yang yakin pembedahan boleh berjaya dilakukan tanpa risiko bahaya
dan mudarat mendapat persetujuan pesakit dan wali.
Dalil Pembedahan Plastik.
Pada asalnya sebarang bentuk pembedahan yang membawa kepada perubahan kepada anggota badan manusia
tanpa keperluan adalah diharamkan oleh Syarak. Ini berdasarkan firman Allah Taala tentang perkataan Iblis:
َنَ لتَُُْ لَ وِ نرَمُْ نَ لِ نر ّندنق وِ ألل ِله لذ لََّ نه لاََْ َا أَ وَ نَْ نذ ذنببأ لت لَ نه نََ ۚ ألل نَ وِ نَ ّنِنَلين لَّ لر أذ نه نَ لَ نرمأ لَ وَ َ وّنم وَُنْ لل َننَ نذ ّنِنَلتنبلّ لَ أَ نه نَ لَ نرمأ لَ وَ نه نّل نَ لَُّنُأ لَ وَ نه نّل لِّأُأ لَ و
Maksudnya: "Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya
aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh
mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku
akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi
pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata.”
(Surah al-Nisa’: 119)
Tentang mengubah ciptaan Allah SWT, ia bermaksud mengubah fitrah yang telah Allah SWT jadikan pada
makhluknya; sama ada daripada sudut agama atau penciptaan-Nya. Berkata Imam al-Baidhawi Rahimahullah
bagi ayat di atas: [Dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah] dari (asal) muka, rupa dan sifatnya.
Lalu termasuk sekali dalam kategori ialah apa yang disebut seperti perbuatan menyucuk mata Hami (unta jantan
yang pernah sepuluh kali membuntingkan), mengkasi hamba sahaya, bertatu, menjarangkan gigi, meliwat,
perbuatan sihaq (lesbian), dan seumpama dengannya. Begitu juga menyembah matahari, bulan dan mengubah
fitrah milik Allah Taala iaitu Islam dan menggunakan anggota dan kekuatan untuk membuat benda yang tidak
mampu diterima oleh jiwa pada kesempurnaannya dan tidak layak dijadikan perantaraan kepada Allah (yakni
penyembah berhala yang membina sendiri berhalanya). Umum lafaz ayat ini menegah secara mutlak perbuatan
mengkasikan tetapi para fuqaha menyatakan rukhsah pada mengkasikan haiwan ternakan kerana keperluan.
Kesan keburukan pembedahan plastik.
-Kecacatan pada bahagian yang dibedah.
-Kesan sampingan jangka panjang.
-Maut.
-Menipu rupa asal sebenar yang dijadikan Allah SWT.
-Membazir.
Kesan kebaikan pembedahan plastik.
-Mengembalikan semula fungsi anggota badan.
-Membina semula anggota yang cacat.
-Memberi kesempurnaan fizikal mangsa.
-Menghilangkan keaiban.
-Memberi keyakinan diri kepada mangsa.
-Membantu mangsa ke arah hidup yang lebih sempurna.
Kesimpulan.
Hasil perbincangan dalam masalah ini dapatlah disimpulkan bahawa pembedahan plastik yang bertujuan bagi
pemulihan semula adalah diharuskan, manakala pembedahan plastik yang bertujuan semata-mata untuk mengubah
kejadian asal bagi tujuan kecantikan adalah haram dan hukumnya berdosa. Jadi isu ini sebenarnya tidak memerlukan
kepada kajian yang mendalam dari segi Fiqh untuk menyelesaikan masalah ini. Yang penting adalah dapat
membezakan tujuan dilakukan pembedahan ini sama ada tujuannya untuk sia-sia atau kesejahteraan ataupun suatu
perkara keperluan atau kemudaratan.Islam adalah satu agama yang tidak ketinggalan dalam menangani isu-isu semasa.
Walaupun tidak menyatakan secara spesifik, al-Quran tetap menyediakan ayat-ayat yang bersifat global yang hanya
menunggu sedikit usaha daripada kalangan cendiakawan Islam merumuskan hukum kontemporari daripada ayat-
ayatnya
Penutup.
Kami melohat tajuk E-folio kami ini sebagai tajuk yang menarik kerana ia biasan dibahaskan dan
kebanyakkan daripada kita masih lagi keliru dengan hukum bagi pembedahan plastik bagi situasi
yang berbeza.Kebiasaannya,kita melihat isu pembedahan ini di dalam skop yang kecil dan kita
mudah menghukum seseorang apabila seseorang itu melalukan pembedahan plastik.Walhal dalam
islam sendiri meletakkan hukum yang sepatutnya dan ada alasan disebalik setiuap hukum yang
ditetapkan.Di Malaysia sendiri,isu pembedahan plastik ini bukan perkara asing lagi apabila semakin
ramai dilihat mula mengalih perhatian terhadap fenomena ini.Selebriti terutamanya yang mula-mula
terikut dengan pengaruh barat apabila ada sesetengah golongan mula taksub melakukan pemendahan
plastik bagi mendapatkan bentuk anggota badan yang diingini.Namun begitu,harus kita ingatkan
bahawa pembedahan plastik juga membawa banyak kebaikan kepada insan yang tertentu yang
memerlukannya.Dengan melakukan pembedahan plastik,kehidupan sesepran kembali kepada normal
dan dapat bergaul dengan masyarakat tanpa rasa malu dan lebih yakin terhadap diri sendiri.Hal ini
sering terjadi kepada mereka yang mengalami kecacatan atau kemalangan teruk yang telah
menyebabkan keadaan fizikalnya berubah.
Rujukkan
http://det2a2018.blogspot.com/2018/02/pembedahan-plastik-dalam-persepsi-islam.html?m=1
Lampiran. Pembedahan Plastik Yang Berjaya
Pembedahan Plastik Yang Tidak Berjaya