INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, 27200 KUALA LIPIS PAHANG DARUL MAKMUR FKIK3013 FIKH KEKELUARGAAN ISLAM (PENULISAN LAPORAN) NAMA : ANIS SHOFIYYAH BINTI HUSNI NO. K/P : 010308-08-0836 ANGKA GILIRAN : 2020112350181 PROGRAM : PISMP AMBILAN : JUN 2020 UNIT : BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2 NAMA PENSYARAH : DR. AHMAD RIDWAN BIN OSMAN TARIKH HANTAR : 17 JULAI 2023 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar: shofiyyah Tarikh : _17 JULAI 2023___ PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:___shofiyyah_____ Tarikh : __________________
II INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KM 10, JALAN PADANG TENGKU 27200 KUALA LIPIS, PAHANG DARUL MAKMUR BIODATA NAMA : ANIS SHOFIYYAH BINTI HUSNI NO. KAD PENGENALAN : 010308-08-0836 STATUS : BUJANG ALAMAT : T/5, LORONG 3, PARIT LAPIS, PESERAI, BATU PAHAT, 83000, JOHOR EMAIL : [email protected] NOMBOR TELEFON : 018-9859421 NAMA BAPA : HUSNI BIN WAN NAMA IBU : NORHAYATI BT MOHD ZIN UNIT : BIMBINGAN DAN KAUNSELING UNIT 2 AMBILAN : JUN 2020
III ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT BIODATA…………………...…………………………………………………………….I ISI KANDUNGAN………………………………………………………………………..II PENGHARGAAN……………………………………………………………….……….III ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN………………………………………………………………………..1 2.0 PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (UUKI) MENGENAI PERKAHWINAN TIDAK MENGIKUT PROSEDUR……………………….1-2 3.0 KESALAHAN BERHUBUNG AKAD NIKAH DAN PENALTI……………………...2-6 4.0 RUMUSAN……………………………………………………………………………..6 RUJUKAN…………………………………………………………………………………V LAMPIRAN………………………………………………………………………………..VI
IV PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya saya dapat menyiapkan kerja kursus tugasan 1 ini dengan baik. Walaupun sepanjang proses menyiapkan tugasan ini saya menghadapi sedikit kerumitan, namun berkat pertolongan daripada pelbagai pihak dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Di sini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Ahmad Ridwan bin Osman selaku Pensyarah Mata pelajaran Fikh Kekeluargaan Islam (FKIK3013) kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar dan galakan kepada saya serta rakan-rakan semasa dalam proses pembikinan kerja kursus ini. Selain itu, berkat dorongan dan motivasi yang diberikan telah menjadikan kami lebih bersemangat dalam melaksanakan tugasan satu ini dengan sempurna. Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya iaitu En. Husni bin Wan dan Puan Norhayati bt Mohd Zin atas segala bantuan dan sokongan yang diberikan sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini terutamanya rakan-rakan seperjuangan yang bertungkus lumus mencari maklumat serta bertukar-tukar idea untuk menyiapkan kerja kursus ini.
1 TAJUK: BENTUK KESALAHAN DI BAWAH AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (PERKAHWINAN). 1.0 PENDAHULUAN Undang-Undang Keluarga Islam (UKKI) di Malaysia amnya merupakan sebuah undang-undang yang memperuntukkan tentang hal-hal yang berkaitan dengan perkahwinan, penceraian, nafkah, penjagaan dan lain-lain perkara berkaitan dengan kehidupan keluarga (Mohd Zahiruddin, 2015). Umumnya, setiap perkahwinan yang akan dilangsungkan di dalam mahupun di luar negara wajib mendapat kebenaran bagi didaftarkan di Pejabat Agama Islam Daerah mengikut prosedur yang telah ditetapkan (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2021). Namun demikian, saban tahun kes perkahwinan tanpa kebenaran dilihat semakin membimbangkan dari pelbagai aspek kesalahan seperti poligami, kahwin lari, pernikahan tanpa wali dan sebagainya (Siti Aishah, 2022). Menurut Mohd Norhusairi Mat Hussin (2022), berdasarkan statistik dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan (JAWI), Muhammad Nasir Abdullah (2020) menyatakan bahawa sebanyak lebih 500 kes perkahwinan tanpa kebenaran telah direkodkan bermula Oktober 2017 sehingga Oktober 2018 di Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Labuan yang mana kebanyakan daripadanya melibatkan perkahwinan poligami atas dasar ingin merahsiakan perkahwinan dari isteri pertama. 2.0 PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (UUKI) MENGENAI PERKAHWINAN TIDAK MENGIKUT PROSEDUR Di dalam UUKI, kebenaran membawa maksud sebagai peruntukan yang perlu dipatuhi bagi setiap pasangan yang ingin berkahwin untuk membolehkan perkahwinan tersebut diiktiraf serta didaftarkan yang terdiri daripada 18 seksyen Bahagian II Akta yang dinyatakan. Manakala, bagi kesalahan pula UUKI mendefinisikan nya sebagai penalti yang dikenakan kepada pasangan yang melakukan kesalahan berhubung dengan akad nikah perkahwinan seperti yang diperuntukkan di dalam Bahagian IV Akta tersebut. Oleh yang demikian, bagi mengelakkan penalti, Seksyen 19, Akta Undang-Undang keluarga Islam (Wilayah-
2 Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan tiada sesuatu perkahwinan boleh dilangsungkan melainkan suatu kebenaran berkahwin sudah diberi: a) Oleh pendaftar di bawah seksyen 17 atau oleh Hakim Syar’ie si bawah seksyen 18, jika perkahwinan itu membabitkan seorang perempuan yang bermastautin dalam Wilayah Persekutuan atau b) Oleh pihak berkuasa yang hak bagi sesuatu negeri, jika perkahwinan itu membabitkan seorang perempuan yang bermastautin di negeri itu. Pendaftaran yang dimaksudkan ialah Pendaftaran Kanan Perkahwinan, Penceraian, dan Rujuk Orang Islam, termasuk pendaftar dan Penolong Pendaftar di Jabatan Agama Islam. 3.0 KESALAHAN BERHUBUNG AKAD NIKAH DAN PENALTI Berikut merupakan ringkasan kepada kesalahan dan penalti bagi perkahwinan tanpa mengikut prosedur. Jenis Kesalahan Akta Undang-Undang Keluarga Islam Penalti Peruntukan Undang-Undang Akad Nikah Perkahwinan Yang Tidak Dibenarkan Seksyen 39 Denda tidak melebihi RM1000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya Kesalahan Yang Berhubung Dengan Akad Nikah Perkahwinan Seksyen 40 Denda tidak melebihi RM1000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya Tidak Hadir Di Hadapan Pendaftar Seksyen 35 Denda tidak melebihi RM1000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya Akuan atau Penyataan Palsu Seksyen 38 Denda tidak melebihi RM2000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya
3 Poligami Tanpa Kebenaran Seksyen 123 Denda tidak melebihi RM1000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya Permastautinan Seksyen 40 Denda tidak melebihi RM1000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya 3.1 AKAD NIKAH PERKAHWINAN YANG TIDAK DIBENARKAN (S.39, AKTA 303) Menurut UUKI suatu akad nikah hendaklah dijalankan oleh individu yang diberikan tauliah menurut UUKI di mana menurut Seksyen 7 Akta Undang-Undang Keluarga Islam pihak tersebut ialah wali di hadapan pendaftar, wakil wali di hadapan dan dengan kebenaran pendaftar atau pendaftar sebagai wakil wali ataupun wali raja. Oleh yang dinyatakan demikian, sekiranya didapati pihak yang mengakadnikahkan pasangan tersebut merupakan pihak yang tidak diberi kuasa contohnya, jurunikah yang ditamatkan tauliah mengakadnikahkan anak perempuan tanpa kebenaran pendaftar maka ia dikira sebagai suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi RM1000.00 atau dipenjarakan tidak melebihi 6 bulan atau kedua- duanya (Seksyen 40 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuaan), 1984). Sebagai contoh, jurunikah yang ditamatkan tauliah mengakadnikahkan anak perempuan tanpa kebenaran pendaftar. Selain itu, antara contoh akad nikah perkahwinan yang tidak dibenarkan juga adalah perkahwinan yang dibuat tanpa persetujuan wali nasab atau wali hakim iaitu tanpa persetujuan bapa si perempuan sedangkan bapanya masih sihat dan tinggal berdekatan dengan tempat akad nikah dijalankan. Bukan itu sahaja Mahkamah syariah juga boleh memutuskan bahawa seorang bapa boleh membatalkan perkahwinan anak perempuannya kerana tidak sekufu contohnya, seorang lelaki berpenyakit HIV positif tidak sesuai dipadankan dengan perempuan biasa yang tidak mempunyai penyakit yang sama. Oleh yang dinyatakan demikian, perkara ini menjelaskan bahawa bagi mendapatkan akad nikah perkahwinan yang dibenarkan jurunikah tersebut hendaklah daripada mereka yang mempunyai pentauliahan daripada UUKI serta pasangan hendaklah mendapatkan keizinan wali untuk
4 diakadnikahkan. Dengan adanya keizinan daripada jurunikah yang bertauliah serta wali ia dapat mengelakkan pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan mengaut keuntungan melalui penyamaran. 3.2 KESALAHAN YANG BERHUBUNG DENGAN AKAD NIKAH PERKAHWINAN (S.40, AKTA 303) Menjadi satu kesalahan bagi mana-mana individu yang tidak membuat permohonan kebenaran berkahwin daripada Pejabat Agama Islam sebelum akad nikah dijalankan dimana kenyataan ini juga disokong dengan Seksyen 40 yang menyatakan bahawa semua bentuk pernikahan tanpa kebenaran Pendaftar Nikah akan dianggap sebagai pernikahan tanpa mengikuti prosedur. Seksyen ini turut merangkumi mana-mana orang yang berkahwin atau berbuat sesuatu yang berupa akad nikah atau yang menjalani suatu bentuk akad nikah dengan sesiapa yang berlawanan dengan mana- mana Peruntukan Bahagian II dianggap sebagai suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi RM1000.00 atau dipenjarakan tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya (Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan, 1984)) Amnya, antara contoh mudah situasi adalah apabila pasangan berkahwin di luar negara seperti di Thailand dan kemudiannya mensabitkan penceraian maka pasangan hendaklah meliputi tiga seksyen seperti yang dinyatakan dalam Enakmen pentadbiran Keluarga Islam 1985. Kemudian, perkahwinan tersebut juga hendaklah mendapatkan pengesahan penceraian mengikut Hukum Syarak berdasarkan UUKI. Syarat-syarat dan penalti yang dilaksanakan itu sebenarnya diwujudkan bertujuan mengatasi masalah perkahwinan tidak mengikut prosedur yang dilihat semakin berleluasa. 3.3 TIDAK HADIR DI HADAPAN PENDAFTAR DALAM MASA YANG DITETAPKAN (S.35, AKTA 303) Amnya, merujuk kepada Seksyen 31 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah- Wilayah Persekutuan) 1984 menyatakan bahawa perkahwinan di Kedutaan kedutaan Malaysia boleh di daftarkan di pejabat Pendaftaran Nikah tempat pasangan bermastautin dalam tempoh yang ditetapkan iaitu enam bulan selepas tarikh perkahwinan dijalankan. Sekiranya pasangan atau salah seorang permastautin Wilayah Persekutuan berkahwin di luar negara tanpa kehadiran Pendaftar yang
5 dilantik di Kedutaan Malaysia atau tanpa kebenaran Pendaftar atau Hakim syarie di tempat pasangan bermastautin maka, ia dikira sebagai suatu kesalahan dan menurut hendaklah dihukum denda tidak melebihi RM1000.00 atau dipenjarakan tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali. Penalti ini diwujudkan bagi menjaga kebajikan pasangan serta memudahkan urusan pendaftaran perkahwinan dengan baik dan teratur apabila perkahwinan direkodkan di mahkamah. 3.4 AKUAN ATAU PERNYATAAN PALSU UNTUK MENDAPATKAN PERKAHWINAN (S.38, AKTA 303) Ringkasnya, prosedur UUKI memerlukan pasangan yang ingin berkahwin agar mendapat kebenaran sama ada dari pendaftar ataupun Hakim Syarie untuk kes kes seperti yang terkandung dalam Seksyen 17dan Seksyen 18 iaitu perkahwinan di bawah umur, perkahwinan perempuan janda, perempuan yang tidak mempunyai wali nasab mengikut hukum syarak serta poligami. Dalam kes ini terdapat banyak pihak Memberi maklumat palsu dengan sengaja seperti mengaku bujang sedangkan telah berkahwin bagi mendapatkan kebenaran. Oleh yang dinyatakan demikian, pernyataan palsu dikira sebagai suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi RM2000.00 atau dipenjarakan tidak melebihi 12 bulan atau kedua- duanya sekali. Kesalahan ini merupakan kesalahan yang paling tinggi penaltinya memandangkan kesalahan ini merupakan faktor terbesar berlakunya perkahwinan tanpa prosedur berleluasa. 3.5 POLIGAMI TANPA KEBENARAN MAHKAMAH (S.123, AKTA 303) Kesalahan ini merupakan kesalahan yang kerap berlaku di antara kesalahan lain memandangkan faktor utama berlakunya perkahwinan yang tidak mengikut prosedur berpunca pasangan menganggap prosedur permohonan poligami di Malaysia adalah leceh. Hal ini dinyatakan demikian kerana, di Malaysia pemohon poligami dikehendaki menyatakan alasan mengapa perkahwinan tersebut adalah perlu serta isteri pemohon akan dipanggil di dalam mahkamah secara tertutup bagi memastikan keizinan adalah tanpa paksaan. Oleh demikian, memandangkan individu tidak mahu isteri pertama mengetahui perkahwinan keduanya maka ia akan mengambil jalan mudah untuk bernikah di luar negara tanpa kebenaran. Maka, bag seorang lelaki yang berpoligami tanpa kebenaran mahkamah adalah satu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi RM1000.00 atau dipenjarakan tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya (seksyen 123 Akta UUKI Wilayah Persekutuan, 1984).
6 3.6 PERMASTAUTIN (S.16 DAN 17, AKTA303) Menurut Seksyen 16 dan 17 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, sesuatu akad nikah dikira sebagai tidak mendapat kebenaran pendaftar sekiranya sesuatu kebenaran tidak diberikan. Dalam isu permastautinan, kebenaran untuk melangsungkan perkahwinan di sesuatu tempat hendaklah mendapat pengesahan nikah daripada Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di mana tempat mereka bermastautin di mana permohonan tersebut mestilah disertai dengan kenyataan pendaftar bagi kariah masjidnya atau pihak berkuasa yang mempunyai hak bagi negeri itu. Kemudian, barulah Mahkamah Syariah akan mengeluarkan perintah untuk membuat pendaftaran perkahwinan di Wilayah Persekutuan selaras dengan seksyen 20 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. 4.0 RUMUSAN Kesimpulannya, perkahwinan merupakan suatu perkara suci, maka ia perlu dilakukan mengikut hukum syarak dan undang-undang. Peraturan dan prosedur yang disediakan bukan bertujuan menyusahkan pasangan namun lebih kepada bagi menjaga nasab keturunan manusia dan mengawal kerukunan keluarga. Namun demikian, atas faktor tertentu pasangan biasanya akan mengambil jalan mudah untuk berkahwin secara tergesa-gesa tanpa mahu mengikuti peraturan serta prosedur yang telah ditetapkan iaitu sekiranya dalam istilah lain dipanggil sebagai kahwin lari (Haliza A.Shukor, 2013). Amnya, walaupun perkahwinan mereka adalah sah dari sudut undang-undang namun melalui pendaftaran perkahwinan wajib dilaksanakan bagi tujuan pendaftaran kelahiran anak ataupun tuntutan hak-hak lain dalam perkahwinan seperti yang diperuntukkan dalam UUKI. Akhir kata, penalti yang dijalankan atas kesalahan yang dilaksanakan bukanlah diwujudkan sebagai dendaan semata-mata namun ia dibuat bagi memudahkan urusan individu dan keluarganya di masa hadapan kelak.
7 RUJUKAN Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, s38. Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, s16. Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, s. 17 - 18. Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, s 38 Bernama (2018), “JAWI Rekodkan Lebih 500 Kes Perkahwinan Tanpa Kebenaran”, Astro Awani, 24 Oktober 2018 Haliza A.Shukor, Nabilah Yusof, Intan Nadia Ghulam Khan dan Hasnizam Hashi, “Kahwin Lari: Satu Cadangan Keperluan Hukuman Alternatif,” (Proceeding of the Global Conference on Business, Economics and Social Sciences, Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 2013), 218-222. Ibrahim Lembut, “Kesalahan-Kesalahan Dalam Akta/Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam NegeriNegeri Di Malaysia” dalam Manual Undang-Undang Keluarga Islam, ed. Abdul Monir Yaacob & Siti Shamsiah Md Supi (Kuala Lumpur : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), 2006), 279-280. 138 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, s 16, s 17.
8 Ibrahim Lembut, “Kesalahan-Kesalahan Dalam Akta/Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam NegeriNegeri Di Malaysia” 278. Ibrahim Lembut, “Kesalahan-Kesalahan Dalam Akta/Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam NegeriNegeri Di Malaysia” 279. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2021). Gerbang Perkahwinan Berasaskan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI). Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Muzammil, I. (2019). Fiqh Munakahat: hukum pernikahan dalam Islam. Mohd Zahiruddin Fahmi (2015). Perkahwinan Tidak Mengikut Prosedur: Kajian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Jabatan Syariah dan Undang-Undang Akademi Pengajian Islam. Universiti Malaya. Mohd Norhusairi Mat Hussin, Siti Aishah Borhanuddi & Mahamatayuding (2022). Sorotan Literatur Terhadap Polemik Perkahwinan Tanpa Kebenaran di Malaysia http://ojie.um.edu.my/index.php/JSLR/article/view/40861/15251
9 LAMPIRAN
1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN TAHUN AKADEMIK 2023 Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Nama Pelajar : Kod: FKIK3013 Semester / Tahun: Semester 3 / Tahun 3 Ambilan: Jun 2020 Kumpulan: PISMP Nama Kursus: Fiqh Kekeluargaan Islam (Elektif Terbuka) Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar 1. Penulisan laporan ( 50% ) 12.6.2023 17.7.2023 2. Pembentangan ( 25% ) 26.6.2023 12.7.2023 3. Kuiz ( 25% ) 26.6.2023 12.7.2023 Hasil Pembelajaran Kursus: 1. Menghuraikan konsep asas pembinaan insan menurut Islam (C2, LO1). 2. Membincangkan konsep perkahwinan dalam Islam (C2, LO3, CTPS1). 3. Menjelaskan proses pelaksanaan & pembubaran perkahwinan menurut syariat Islam secara pembentangan berkumpulan.(C2, LO4, LO5, LO6, CS1, TS1, LL1) 4. Menganalisis pengurusan masalah keluarga dalam perkahwinan (C4, A3, LO6, LL3). 5. Menerangkan prosedur perkahwinan di Malaysia (C2, A4, LO1). Pentaksiran berterusan ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2,3, 4 dan 5. Objektif Pentaksiran Berterusan: Pelajar akan dapat: 1. Menghuraikan konsep dan proses perkahwinan dan pembubaran dalam Islam serta prosedur perkahwinan menurut undang-undang keluarga Islam di Malaysia dengan mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber secara penulisan laporan yang komprehensif. (CLO2, CLO3, CLO5) 2. Melaksanakan pembentangan multimedia berkaitan proses pelaksanaan & pembubaran perkahwinan menurut syariat Islam secara berkumpulan berdasarkan maklumat daripada pelbagai sumber dengan menggunakan aplikasi teknologi terkini (CLO3) 3. Menerangkan asas pembentukan insan dalam Islam dan menganalisis pengurusan masalah keluarga dalam perkahwinan berdasarkan sumber yang muktabar dalam bentuk jawapan daripada soalan kuiz. (CLO1 & CLO4).
2 Isu perkahwinan hari ini sering dipaparkan dalam media massa. Isu pemilihan jodoh, wang hantaran, kenduri kahwin dan pergolakan rumahtangga sudah sinonim dalam kehidupan masyarakat kita. Kerajaan Negeri dan Persekutuan telah mewartakan undang-undang keluarga Islam melalui Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri-Negeri dan Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wliayah Persekutuan bagi menangani isu-isu tersebut. Berdasarkan penyataan di atas para pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut: Tugasan 1: Penulisan Laporan (Wajaran 50%) - (CLO2, CLO3, CLO5) 1. Berdasarkan kenyataan di atas anda dikehendaki melaksanakan penulisan laporan dengan mencari dan menguruskan maklumat yang relevan daripada pelbagai sumber bagi menjelaskan isu-isu perkahwinan dalam Islam menurut syariat Islam dan prosedur perkahwinan di Malaysia. Maklumat boleh diperolehi secara kolaborasi dengan Pejabat Agama Islam Daerah, Jabatan Agama Islam Negeri dan Mahkamah Syariah serta Jabatan Mufti Negeri-Negeri di Malaysia. (KPPB) 2. Panjang laporan ialah 1500 patah perkataan. 3. Tugasan ini adalah secara individu dan tajuk-tajuk seperti pada Lampiran A. 4. Laporan perlu dipersembahkan di dalam betuk anyflip atau seumpamanya dan juga dicetak. Laporan di dalam bentuk anyflip tidak perlu muka depan (kuning), Tugasan 2 : Pembentangan Multimedia (Wajaran 25%) – (CLO3) 1. Secara berkumpulan anda dikehendaki menyediakan video pembentangan yang kreatif berkaitan proses pelaksanaan & pembubaran perkahwinan menurut syariat Islam berdasarkan maklumat daripada pelbagai sumber yang muktabar serta kolaborasi dengan agensi agama Islam di Malaysia. 2. Setiap kumpulan perlu bergerak secara kolaboratif dan bekerja secara efektif bersama untuk mencapai objektif pembentangan. Penyampaian idea yang terang dan yakin serta penggunaan aplikasi suntingan video terkini dan berkesan adalah antara aspek yang akan dinilai. Berdurasi lebih kurang 10 minit. 3. Soalan tugasan pembentangan kumpulan pada Lampiran B. Tugasan 3 : Kuiz (Wajaran 25%) – (CLO1, CLO4, CLO5) Kuiz : Anda dikehendaki menjawab soalan berbentuk struktur berdasarkan tajuk berikut: a. Konsep pembinaan Insan menurut Islam. b. Pengurusan masalah keluarga dalam perkahwinan. c. Prosedur perkahwinan di Malaysia. Arahan Pelaksanaan Tugasan: 1. Tugasan 1 dan 3 adalah tugasan individu, manakala tugasan 2 adalah secara berkumpulan. 2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat bagi tugasan 1 dan tugasan 2. 3. Format penulisan tugasan 1 adalah seperti yang berikut: 3.1 Muka depan hendaklah mengikut templat terkini. 3.2 Font jawi-biasa dan yang berhubungan dengannya atau Font rumi Arial. 3.3 Saiz huruf - 18 poin (Jawi) atau Saiz huruf – 11 poin (rumi) 3.4 Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)
3 4. Panjang laporan adalah 1500 patah perkataan dan tidak melebihi 10 muka surat. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan. 5. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali. 6. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan sahih serta memenuhi kehendak tugasan (sekurang-kurangnya sumber daripada 5 buah buku, 3 sumber Internet, 3 jurnal dan 2 bahan bercetak yang lain). 7. Tugasan mesti dihantar pada tarikh yang telah ditetapkan. Tugasan yang dihantar lewat tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred kerja kursus anda. 8. Tugasan 2 secara pembentangan berkumpulan. Setiap kumpulan perlu menjawab soalan yang diberikan. Pembentangan secara powerpoint dengan kreativiti kumpulan. Hardcopy (dibinding) dan softcopy perlu diserahkan kepada pensyarah selepas pembentangan dilaksanakan untuk penilaian dan pemberian markah. 9. Tugasan 3 dijalankan secara kuiz – ujian kertas/pensil (Pen). Disediakan oleh, Disemak oleh, ............................................................ ......................................................... (DR. AHMAD RIDWAN BIN OSMAN) (ZULQUARNAIN BIN ALI) Penyelaras Kursus FKIK3013. Pakar Bidang(SME) (FIQH KEKELUARGAAN ISLAM) Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam Moral, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, IPGK Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang. Kuala Lipis, Pahang. Disahkan oleh, ............................................................. (DR. WAN AZLAN BIN WAN ADNAN) Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG. Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis.
4 LAMPIRAN A SENARAI TAJUK TUGASAN INDIVIDU KURSUS FKIK3013 FIQH KEKELUARGAAN ISLAM Tugasan 1: Penulisan Laporan : ( Wajaran 50%) 1. Anda dikehendaki mencari dan menguruskan maklumat yang relevan daripada pelbagai sumber bagi menjelaskan isu-isu perkahwinan dalam Islam menurut syariat Islam dan prosedur perkahwinan di Malaysia. BIL NAMA PELAJAR Tajuk Tugasan 1 nayli Konsep memilih jodoh dan peminangan dalam perkahwinan menurut Syariat Islam 2 mumtaz Perbincangan tentang rukun nikah 3 amy Pelaksanaan tanggungjawab dalam perkahwinan dalam Islam. 4 dayang Poligami : Tuntutan atau keperluan. 5 hanisah Perbincangan tentang talak (perceraian perkahwinan). 6 norazizah Perbincangan tentang idah dan rujuk. 7 iffah Perbincangan tentang fasakh dan khuluk. 8 ain Analisis Konsep Li’an, Nusyuz dan Sulh dalam isu pembubaran perkahwinan. 9 aimi Konsep hadanah dalam isu penjagaan anak. 10 nuraida Perbincangan terhadap hak-hak selepas perceraian menurut undang-undang keluarga Islam di Malaysia 11 nuraina Prosedur perkahwinan di Malaysia menurut Enakmen Undang- Undang Keluarga Islam Negeri Pahang. 12 faten Prosedur Perceraian di Malaysia menurut Enakmen Undang- Undang Keluarga Islam Negeri Pahang 13 hakim Bentuk kesalahan di bawah Enakmen Undang-Undang keluarga Islam Di Malaysia – Perkahwinan 14 saad Bentuk kesalahan di bawah Enakmen Undang-Undang keluarga Islam Di Malaysia – Perceraian 15 norhani Prosedur perkahwinan di Malaysia menurut Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan. 16 khairunnisa’ Prosedur Perceraian di Malaysia menurut Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan. 17 anis Bentuk kesalahan di bawah Akta Undang-Undang keluarga Islam Wilayah Persekutuan – Perkahwinan 18 ismah Bentuk kesalahan di bawah Akta Undang-Undang keluarga Islam Wilayah Persekutuan – Perceraian 19 aisyah Prosedur Perkahwinan di luar Malaysia bagi warganegara Malaysia beragama Islam.
5 20 syifa’ Prosedur Perkahwinan dengan warganegara asing beragama Islam.
6 LAMPIRAN B SOALAN PEMBENTANGAN FKIK3013 FIQH KEKELUARGAAN ISLAM Tugasan 2 : Pembentangan Multimedia (Wajaran 25%) – (CLO3) 1. Secara berkumpulan anda dikehendaki menyediakan video pembentangan yang kreatif berkaitan proses pelaksanaan & pembubaran perkahwinan menurut syariat Islam berdasarkan maklumat daripada pelbagai sumber yang muktabar serta kolaborasi dengan agensi agama Islam di Malaysia 2. Setiap kumpulan perlu bergerak secara kolaboratif dan bekerja secara efektif bersama untuk mencapai objektif pembentangan. Penyampaian idea yang terang dan yakin serta penggunaan aplikasi suntingan video terkini dan berkesan adalah antara aspek yang akan dinilai. Kumpulan 1 : UNIT 1: Persediaan sebelum Perkahwinan & Asas Pemilihan Jodoh iffah,dayang,aina, ismah)( UNIT 2: Proses sebelum berkahwin (Peminangan & Pertunangan) Kumpulan 2 : UNIT 1: Rukun Kahwin & Syarat-syaratnya (azizah,ain,hani, saad) UNIT 2: Tanggungjawab suami isteri di dalam perkahwinan Kumpulan 3 : UNIT 1: Hikmah Pensyariatan Poligami (hanisah, aisyah, faten, khairun nisa) UNIT 2: Syarat-syarat Berpoligami Kumpulan 4 : UNIT 1: Talak, Iddah dan rujuk (amy, nayli,aida,aimi) UNIT 2: Fasakh, Khulu’, Lian dan Nusyuz Kumpulan 5 : UNIT 1: Proses Perceraian Pasangan Islam (mumtaz,syifa,hakim,anis) UNIT 2: Hak-Hak selepas Cerai: Hadhanah & Nafkah * UNIT 1: ARO (Dr. AHMAD RIDWAN BIN OSMAN) * UNIT 2: WAN (Dr. WAN AZLAN BIN WAN ADNAN)