Perdana Menteri Malaysia Ketiga ~Bapa Perpaduan~ Tun Hussein bin Dato' Onn
Nama: Lee Shin Ying Kelas: 6M Alamat e-mail: m-10314297@moedl.edu.my i
Pendahuluan Buku skrap ini ialah mengenai tokoh pemimpin di negeri Johor. Tokoh pemimpin yang telah saya pilih ialah Tun Hussein bin Dato' Onn. Beliau banyak berusaha dalam mengekalkan keharmonian dan kesejateraan negara. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggitinggi penghargaan kepada pihak penganjur iaitu Pejabat Pendidikan Daerah Segamat kerana memberi peluang kepada saya untuk menyertai aktiviti yang bermakna ini. Aktiviti ini bukan sahaja memenuhi masa lapang saya dengan berfaedah, tetapi juga menambah ilmu pengetahuan saya tentang sejarah. Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu saya kerana telah banyak memberi pendapat kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada kakak saya yang mangajar saya tentang cara-cara untuk mengaplikasikan fungsi komputer untuk menghasilkan buku skrap digital. Saya bersyukur kerana buku skrap ini sempat disiapkan dalam masa yang begitu singkat iaitu tujuh hari. Pada mulanya, saya berjangka buku skrap agak mudah dihasilkan tetapi masalah telah wujud apabila saya belajar untuk mengguna aplikasi komputer. Walau bagaimanapun, segala cabaran yang timbul telah saya tewasi dengan adanya bimbingan daripada guru dan keluarga saya. Akhir kata, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan buku skrap digital ini. 1
2
Tun Hussein bin Dato' Onn (12 Februari 1922 – 29 Mei 1990) merupakan Perdana Menteri Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976 sehingga 1981. Oleh sebab usahanya dalam pemupukan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai "Bapa Perpaduan". Dilahirkan di Johor Bahru pada 12 Februari 1922 Cahaya mata kepada Dato’ Onn Jaafar dan Datin Halimah Hussein Merupakan anak sulung antara 8 adik-beradik Berkahwin dengan Tun Suhailah binti Tan Sri Mohamed Noah Mempunyai 6 anak iaitu 2 anak lelaki dan 4 anak perempuan Meninggal dunia pada 29 Mei 1990 (berumur 68 tahun) akibat serangan jantung 3
Datin Roquiya Hanim Hussein Hishammuddi n bin Hussein Haris Onn bin Hussein Dr Rozita Halina Tun Hussein Roziah Hanis binti Tun Hussein Puan Sri Dr Suraiya Hani Hussein Tun Hussein bin Dato' Onn Tun Suhailah binti Tan Sri Mohamed Noah Datin Halimah Hussein Dato’ Onn Jaafar 4
• Menerima Pendidikan awal di Singapura dan di English College (kini digelar “Maktab Sultan Abu Bakar”), Johor Bahru hingga lulus Senior Cambridge. • Berkhidmat sebagai kadet dan Pasukan Timbalan Setia Negeri Johor pada tahun 1940. • Setahun kemudian, beliau dihantar ke Maktab Tentera Sandhurstdi Dehradun, India . • Lulus Ijazah Undangundang dari Lincoln’s Inn, London. 5
1942 -Menyertai Regimen Hyderabad (Tentera India) dan berkhidmat di Timur Tengah (Mesir) semasa Meletusnya Perang Dunia Ke-2 - Selepas peperangan, British telah mengambil beliau sebagai jurulatih di Pusat Rekrut dan Latian Polis Malaya di Rawalpindi 1945 -Komandan Depot Polis Johor Bahru -Selepas enam bulan perkhidmatan dalam tentera di Malaya, beliau memasukki Perkhidmatan Pentadbiran Melayu sebagai Penolong Pentadbir di Segamat, Johor -Kemudian ditugaskan sebagai pengawai daerah di Klang Selangor 1946 -Masuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu UMNO bersama ayahnya 1949 -Menjadi Ketua Pemuda (UMNO) yang partama 1951 -Setiausaha Agung UMNO - Menjadi Ahli Majlis Undangan Negeri Johor dan Majlis Undangan Persekutuan 1968 -Kembali meyertai UMNO 6
1972 -Timbalan Presiden UMNO 13 Ogos 1973 -Timbalan Perdana Menteri 15 Januari 1976 - Perdana Menteri Mlaysia Ketiga (berkhidmat dari tahun 1976 sehingga 1981) 1981 - Bersara menarik diri dari politik serentak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia -Ahli Jawatankuasa Kerja UMNO (kini Majlis Kerja Terrtinggi UMNO) 22 September 1970 - Menteri pelajaran 1969 7
Tun Hussein bersama barisan Kabinetnya ketika menjadi Perdana Menteri. Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn semasa lawatan beliau ke Pejabat TDC dan Makmal Tun Razak di London, England. Tun Hussein Onn terus menyertai pasukan tentera Johor (Johor Military Forces) dan menjalani latihan di Maktab Tentera Sandhurst di Dehra Dun, India yang dikendalikan oleh kerajaan British. Tuan Saddam Husain mengiringi Perdana Menteri, Tun Hussein Onn ke kapal terbang di Lapangan Terbang, Kota Baghdad, Iraq semasa beliau berangkat pulang ke tanah air dari lawatan di Iraq. Tun Huseein Bersama rakannya, General Ibrahim Ismail ketika mengikuti latihan tentera. 8
Pada tahun 1970, beliau memajukan Kementerian Pelajaran semasa menjadi Menteri Pelajaran. Pada tahun 1974, beliau menekankan konsep Rukun Tetangga. Pada tahun 1975, beliau mempermodenkan dan memperbesarkan Angkatan Bersenjata Malaysia. Selain itu , beliau menubuhkan PEMADAM pada tahun 1976. 9
Beliau juga menjadi pengerusi Institusi Strategik dan Antarabangsa (ISIS) dan penasihat Petronas pada tahun 1983. Akhirnya , beliau menubuhkan Hospital Mata Tun Hussein Onn pada tahun 1986. Beliau meruskan agenda pembangunan Tun Abdul Razak (Dasar Ekonomi Baru) pada tahun 1978. Beliau melancarkan Rancangan Malaysia Keempat pada tahun 1981.Seterusnya,beliau juga melancarkan Skim Amanah Saham Nasional (ASN). 10
•Beliau membuat keputusan dengan cermat terutamanya perkara yang melibatkan hal-ehwal negara. •Kita harus berhati-hati semasa membuat keputusan supaya mengelakkan cabaran yang tidak diperlukan. Berhati-hati apabila membuat keputusan •Beliau menjadikan nilai berdisiplin dan menepati masa sebagai prinsip hidupnya dalam pekerjaannya. •Kita perlulah berdisiplin dan menepati waktu supaya hidup kita lebih sistematik dan tidak membazirkan masa. Berdisiplin dan mementingkan ketepatan masa •Beliau disanjungi dan dipercayai oleh masyarakat kerana sifat merendah diri dan jujur. •Kita patut mengamalkan nilai rendah diri dan jujur supaya menjalin hubungan erat dengan rakan serta keluarga. Sifat merendah diri serta jujur •Beliau seorang yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas untuk mengukuhkan kedudukan UMNO. •Kita mesti bertanggungjawab apabila menjalankan tugas kerana boleh mendapat sokongan orang lain. Melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab 11
Kesimpulannya, Tun Hussein Onn memang merupakan pemimpin yang bersahsiah baik dan juga dihormati oleh rakyatnya. Beliau telah banyak bersumbangan kepada masyarakat dan negara. Dengan adanya usaha beliau, negara Malaysia telah dimajukan dari sektor politik mahupun ekonomi. Selain itu, tiang keamanan juga ditegakkan dengan kukuh dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. Walaupun beliau telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri atas sebab kesihatan, tetapi beliau masih aktif melibatkan diri dalam pertubuhan-pertubuhan kebajikan. Akhirnya, saya berharap generasi muda sekarang boleh menjadikan Tun Hussein Onn sebagai teladan untuk memimpin negara Malaysia ke masa depan yang cerah. 12
• https://image.slidesharecdn.com/kumpulan4-140526063951- phpapp01/95/kumpulan-4-tun-hussien-onn-2- 638.jpg?cb=1401086421 • https://www.slideshare.net/Dhass97/sejarah-dan-sumbanganyabhg-tun-hussein-bin-dato-onn • https://image.slidesharecdn.com/nilaikanlangkahlangkahyangdilaksanakanolehtunhussienonn-140721225616- phpapp02/95/nilaikan-langkahlangkah-yang-dilaksanakanoleh-tun-hussien-onn-8-638.jpg?cb=1405983460 • https://ms.wikipedia.org/wiki/Hussein_Onn • https://image.slidesharecdn.com/bandaranda180527060558/95/bandar-anda-12-638.jpg?cb=1527401249 • https://image.slidesharecdn.com/slaidpembentangan181016134610/95/sejarah-dan-sumbangan-yabhg-tunhussein-bin-dato-onn-7-638.jpg?cb=1539697763 13