The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhd arif, 2023-05-19 04:57:23

PERANAN AHLI POLITIK DALAM MEMPERKASAKAN INTEGRASI NASIONAL (PERPADUAN)

9.15DKM20F2039.WAN ARIF

PERANAN AHLI POLITIK DALAM MEMPERKASAKAN INTEGRASI NASIONAL (PERPADUAN) MPU23012 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN


NAMA AHLI KUMPULAN PENSYARAH : DR CHAN SUET FONG 2


no Tajuk Muka surat 1 Penghargaan 4 2 1.0Pengenalan 5 3 2.0Definisi perpaduan 6 4 3.0Objektif dasar perpaduan 7 5 Integrasi nasional 8 6 4.0 Peranan ahli politik dalam memperkasakan integrasi nasional (perpaduan) 9 7 4.1 kerjasama antara politik yang berlainan parti. 10 - 16 8 4.2 contoh-contoh ahli politik yang menjejaskan perpaduan 17 - 19 9 4.3 (Usaha-usaha ahli politik dalam Melaksana pembangunan perpaduan) 20 - 26 10 5.0 Rumusan 27 – 28 11 6.0 Rujukan 29 – 30 3


PENGHARGAAN Syukur ke hidrat Allah SWT kerana limpah dan kurnianya dan juga berterima kasih kepada rakan- rakan dan pensyarah maka terhasillah sebuah majalah ini di mana mampu memberikan manfaat kepada semua pembaca. Sesungguhnya kami berasa bangga dan berbesar hati melalui coretan pena yang terpahat pada setiap perkataan di majalah ini. Setinggitinggi penghargaan kami ingin ucapkan kepada pensyarah subjek Penghayatan Etika dan Peradaban, Dr, Chan Suet Fong diatas bimbingan untuk menghasilkan majalah ini. Semoga majalah ini dapat memberikan panduan dan kesedaran kepada para pembaca dalam menjadi masyarakat yang berlimu pengetahuan. 4


Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka.kepentingan perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapat membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. 1.0 PENGENALAN 5


2.0 Definis Perpaduan Menurut Dr. Nazardin Shamsdin • Integrasi nasional adalah proses pemersatuan suatu bangsa yang meliputi seluruh aspek kehidupannya, yakni aspek politik, sosial, ekonomi, dan budaya. • Idea Integrasi Nasional telah lama diperkenalkan pada Tahun 2006. • Bahasa,budaya dan sastera adalah komponen subjektif yang merupakan unsur sesuatu bangsa. Ia boleh memainkan peranan sebagai pemersatuan dan sebagai ramuan yang tidak boleh tiada untuk membina kesedaran kolektif, membentuk bangsa dan mencorakkan destininya. Bahasa,budaya dan sastera amat penting bagi sesuatu bangsa untuk mengukuhkan dan meningkatkan berdaulat di dunia. martabatnya dalam komuniti bangsabangsa yang merdeka. Sumber:Kurniasih, W. (n.d.). Gramedia.com. Retrieved from https://www.gramedia.com/literasi/integrita s nasional/ 6


3.0 Objektif Dasar Perpaduan Mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional berteraskan perlembagaan persekutuan dan rukun negara Membentuk identiti nasional dengan semangat jati diri,patriotik,prihatin,toleransi,saling menghormati dan bertanggungjawab Melahirkan rakyat Malaysia yang menghargai dan mengamalkan perpaduan 7


Integrasi Nasional Satu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok etnik dalam masyarakat melalui pengenalan atau pengwujudan satu identiti yang sama. Berpadu mengintegrasikan menggabungkan dua atau beberapa kaum menjadi satu kesatuan semua suku harus diri menjadi satu keluarga besar bangsa Indonesia peranan pemasaran harus diperluas dan diintegrasikan dalam organisasi terintegrasi disatupadukan bangsa yang kelompok etniknya pengintegrasian proses mengintegrasikan sesuatu ,akademi gelanggang terbuka bagi perspektif pelbagai bidang sains sosial ini merupakan kesan langsung drpd kegagalan politik negara kota itu. 8


4.0 PERANAN AHLI POLITIK DALAM MEMPERKASA KAN INTEGRASI NASIONAL (PERPADUAN) 9


4.1 kerjasama antara politik yang berlainan parti. 4.1.1 (Parti politik wajar kerjasama bentuk kerajaan Perpaduan) semua parti politik wajar membentuk kerjasama untuk menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan yang dipimpin Ahli Parlimen yang boleh diterima semua pihak. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata realitinya kini tiada gabungan parti politik mempunyai majoriti mudah di dalam Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan dan tiada siapa mahu pilihan raya diadakan sekarang. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/08/851667/p arti-politik-wajar-kerjasama-bentuk-kerajaan-perpaduan 10


4.1.2 (Kerjasama, konflik parti bayangi politik PRU-15) Perikatan Nasional (PN). Bentuk kerjasama ini wujud selepas perubahan kerajaan pada Mac tahun lalu. Bagi memperkukuh PN, pakatan ini didaftarkan dan pengerusi badan perhubungan negeri turut dilantik. Dalam PN, BERSATU seolah-olah menjadi 'abang' kepada pakatan ini kerana Perdana Menteri datang daripada parti itu. BERSATU juga dibantu PAS. Keberadaan PAS dikritik beberapa pihak kerana parti ini juga berada dalam Muafakat Nasional (MN). Gambar fail, persiapan pilihanraya. - Foto Mohd Yusni Ariffin 11


12 Himpunan Penyatuan Ummah memperakukan penyatuan UMNO dan PAS sehingga mewujudkan Piagam MN. Meskipun ada pihak sangsi dengan tempoh kerjasama politik ini, kekuatan MN tidak boleh dipandang sepi kerana ia berjaya mengikat semangat kekitaan orang Melayu/Islam demi survival golongan majoriti negara. Namun, sejak kebelakangan ini, timbul persoalan bagaimana MN diterjemahkan dalam pilihan raya memandangkan pakatan ini tidak didaftarkan. Sebagai satu kerjasama politik longgar, ia tidak mengikat UMNO mahu pun PAS untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak. Disebabkan itu jugalah, PAS memilih bersama BERSATU dan PN pada masa sama. Namun, PAS tidak bebas daripada mendapat kritikan UMNO apabila diberi kata dua sama ada memilih UMNO atau BERSATU pada PRU-15 https://www.bharian.com.my/kolumnis/2021/01/772820/kerjasama-konflikparti-bayangi-politik-pru-15


Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Sivamurugan Pandian berkata, UMNO nyata sangat jelas tentang hal ini dan sedar apa sahaja keputusan atau langkah seterusnya haruslah menepati kedudukan dan situasi semasa. 13 4.1.3 (UMNO sedar perubahan landskap politik, perlu ambil tindakan sesuai situasi semasa‘) Mohamad ketika berucap pada Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur semalam. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR


"Kita lihat, setiap 10 tahun, UMNO akan melalui cabaran berbeza sejak kemerdekaan. "Dan menjelang 2027, saya percaya ini ruang untuk UMNO memastikan apa sahaja penjajaran yang sedang dirangka menepati kedudukan serta kepentingan semasa," katanya dalam Buletin AWANI khas pasca ucapan Timbalan Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 malam tadi. Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan bermaksud, dalam keadaan fluid, UMNO perlu membuat keputusan yang tidak membelakangkan parti. Dan dalam masa yang sama, tidak menidakkan perjuangan kepimpinan https://www.astroawani.com/berita-malaysia/umno-sedar-perubahan-landskappolitik-perlu-ambil-tindakan-sesuai-situasi-semasa-401459 14


4.1.4 (Era politik baharu negeri melaka) Melaka menjadi negeri pertama mempraktikkan naratif politik baharu, iaitu Kerjasama Politik atau ‘Political Cooperation’. Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, ia dapat dilihat menerusi pelantikan 10 Exco baharu Kerajaan Negeri yang berlandaskan Kerajaan Perpaduan dengan komposisi barisan Exco mengambil kira semua parti seperti di peringkat Pusat. 15


16 Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka di Balai Istiadat Dewan Seri Negeri, di sini, hari ini. Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari dan barisan-barisan Exco yang baru dilantik. “Saya mengambil tanggungjawab ini selepas diberi amanah oleh Presiden UMNO (Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi) untuk membangunkan Kerajaan Perpaduan di Melaka. Saya yakin semua wakil rakyat ini boleh ada kebersamaan dan kebersamaan itulah yang akan mencerminkan kematangan politik yang bermula di Melaka,” katanya. https://www.mkn.gov.my/web/ms/2023/04/05/era-politik-baharu-negerimelaka/


MAJALAH EDISI PEP MPU 21032 4.2 CONTOH-CONTOH AHLI POLITIK YANG MENJEJASKAN PERPADUAN (ISU) Antara isu yang berkaitan ialah sikap ahli politik yang gemar membuat kenyataan berbaur perkauman dan menghasut menjadi penghalang utama kepada usaha memelihara perpaduan di negara ini. Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata beliau amat sedih dengan sikap segelintir ahli politik yang gemar mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman dan menghasut sehingga menggugat perpaduan rakyat. 17


"Saya sangat tidak bersetuju dengan ahli politik yang tidak bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dan hasutan kerana ia akan menjejaskan segala usaha yang kita bina serta cuba pelihara selama ini. "Paling penting kita harap tokoh politik menjadi teladan kerana kita kini berada di landasan yang betul. Jangan buat kenyataan perkauman dan menghasut. Jika ini berlaku, ini satu halangan terbesar kepada usaha memupuk perpaduan katanya. 18 https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2023/01/1050438/kerjas ama-jangka-panjang-bn-ph-sekat-naratif-ekstremis


4.2.1(Ahli-ahli politik yang menjadi tumpuan rakyat ) MAJALAH EDISI PEP MPU 21032 Ahli-ahli politik yang menjadi tumpuan rakyat perlu memandang serius isu agama dan bangsa agar tidak ada pihak yang terguris. Menurut Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, sifat toleransi antara berbilang bangsa dan agama di negara ini perlu dieratkan lagi bagi mengelak kejadian seumpama berlaku di negara ini. Semua pihak disaran mengambil iktibar dari beberapa kejadian rusuhan dan pertelingkahan yang berlaku di negara-negara besar dunia yang kurang nilai perpaduan. "Ini bukan langkah yang kita harus lakukan, seperti yang saya nyatakan kalau rakyat tidak belajar dari apa yang berlaku di Amerika Syarikat, apa yang berlaku di Timur Tengah (Asia Barat), ada isu perkauman dan perkaumannya tebal. Tambah Shafie, hasil kesepaduan perpaduan di negara ini telah berjaya menzahirkan keamanan dan rakyat bebas untuk berjalan tanpa rasa takut. "Alhamdulillah semalam, pelancong cukup ramai di National Park (Taman Negara), di tempat saya ada 4,000 lebih di Semporna, this is domestic tourism, that is what we want. "Tapi kalau kita bertindak dengan menggunakan isu yang akan mengundang pertelingkahan maka semua itu akan hilang dan akan ada ramai rakyat yang akan hilang punca pencarian," katanya. 19


MAJALAH EDISI PEP MPU 21032 4.3 (USAHA-USAHA AHLI POLITIK DALAM MELAKSANA PEMBANGUNAN PERPADUAN) Titah Seri Paduka semasa merasmikan Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-14, hari ini Al-Sultan Abdullah bertitah kerja yang susah akan menjadi senang jika semua bersatu hati. "Gunung Kinabalu sama didaki, Sungai Pahang sama direnang, Jikalau semua bersatu hati, Kerja yang susah menjadi senang. "Busana tradisi kain bersulam, Warnanya jingga berawan larat, Cukuplah berpolitik siang dan malam, Fokuskan menjaga kepentingan rakyat," titah Seri Paduka. Al-Sultan Abdullah bertitah, bagi menghadapi 2022, semua pihak diseru mengukuhkan strategi dan ketahanan dalam mendepani cabaran Covid-19 dengan pemulihan ekonomi negara perlu disegerakan agar Malaysia tidak ketinggalan. "Bantu dan mudahkan segala urusan rakyat untuk membina semula kehidupan mereka dengan rasa selamat, aman dan makmur demi negara kita yang tercinta," titah Seri Paduka. 20


MAJALAH EDISI PEP MPU 21032 4.3.1(USAHA-USAHA AHLI POLITIK DALAM MELAKSANA PEMBANGUNAN PERPADUAN) Yang di-Pertuan Agong menzahirkan kesyukuran kerana landskap politik negara kini lebih stabil bagi menjayakan agenda pembangunan demi kepentingan rakyat dan masa depan negara. "Beta amat bersyukur dengan kestabilan politik yang dikecapi kini menerusi kerjasama dwipartisan iaitu melalui memorandum persefahaman transformasi dan kestabilan politik yang telah ditandatangani antara pihak kerajaan dan pembangkang," titah Al-Sultan Abdullah merujuk kepada memorandum yang ditandatangani kedua-dua pihak pada September tahun lalu. Seri Paduka bertitah, hasil kesepakatan dan kematangan itu, pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 berjaya diluluskan dengan sokongan majoriti melebihi dua pertiga ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada Disember lepas. Seri Paduka menzahirkan penghargaan atas tindakan pantas kerajaan membantu mangsa banjir menerusi penyaluran bantuan bernilai RM1.4 bilion secara terus kepada mereka yang terkesan selain peruntukan kewangan bagi pembaikan infrastruktur dan fasiliti awam berjumlah RM6 bilion. 21


4.3.2(Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri) MAJALAH EDISI PEP MPU 21032 Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dihadiri kira-kira 20,000 rakyat berbilang kaum dalam suasana meriah di pekarangan Wisma UMNO Kepala Batas, di sini malam Sabtu. Reezal Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata, sambutan rumah terbuka itu dilihat luar biasa kehadirannya dan orang ramai teruja menghadirinya berikutan tiada sambutan sedemikian sejak Covid-19 melanda negara. "Setelah tiga tahun (tiada sambutan rumah terbuka), orang ramai macam nak balas balik malam ini dengan hadir beramairamai ke majlis ini...kami juga sediakan makanan lebih daripada biasa kerana percaya ramai yang akan hadir membawa semangat Keluarga Malaysia. "Sebenarnya kehadiran masyarakat berbilang kaum dan pelbagai peringkat umur malam ini adalah semangat penting penduduk Kepala Batas dan rakyat Malaysia untuk raikan detik kebersamaan dapat berjumpa hanya untuk Aidilfitri.Terima kasih semua yang datang," katanya kepada pemberita. Majlis yang bermula jam 8 malam itu turut dihadiri Yang Dipertua Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan isteri Toh Puan Khadijah Mohd Noor serta pelbagai pemimpin termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 22


MAJALAH EDISI PEP MPU 21032 4.3.3 (Majlis rumah terbuka ) Majlis rumah terbuka itu dimeriahkan lagi dengan persembahan penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza dan penyanyi Siti Nordiana serta beberapa artis lain. Tinjauan Bernama juga mendapati kebanyakan tetamu yang hadir bersama keluarga ke majlis yang berlangsung hingga 11 malam itu, turut memakai pakaian sedondon bagi menceriakan majlis rumah terbuka Aidilfitri berkenaan dan mereka turut mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan termasuk memakai pelitup muka. 23


24 Majlis berkenaan menyajikan pelbagai juadah hari raya antaranya ketupat, rendang, sate, nasi impit, kuih-muih, apom lenggang, apom balik, char kuetiau, pasembur dan pelbagai lagi. Seorang pengunjung Mohd Razak Abdul Kassim, 36, berkata beliau bersama isteri dan tiga anaknya teruja untuk hadir ke rumah terbuka itu kerana ia merupakan majlis yang lazim dibuat namun tiada sejak dua tahun lepas berikutan Covid-19. "Anakanak (dua perempuan dan seorang lelaki) terutama yang paling kecil berusia enam tahun memang gembira dapat hadir majlis ini kerana dia belum pernah merasainya sebelum ini...lagi pula ada persembahan Siti Nurhaliza, majlis menjadi lebih meriah," kata pekerja kilang itu. - Bernama


4.3.4 (Khidmat Bakti Amalan Tradisi PAS Batu) Khidmat Bakti Amalan Tradisi PAS Batu – Ustaz Azhar Yahya khidmat bakti tanpa mengira bangsa dan agama terhadap penduduk setempat di Parlimen Batu. Selaku Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Ustaz Azhar Yahya turut berkongsi usaha-usaha murni yang telah dijalankan di bawah kepimpinan Tan Sri Anuar Musa selaku Menteri Wilayah Persekutuan. https://berita.pas.org.my/politik-khidmat-bakti-amalan-tradisi- 25 pas-batu-ustaz-azhar-yahya/


4.3.5 (Tawar khidmat bantuan guaman rakyat miskin) AZALINA OTHMAN SAID mewujudkan satu akta khusus yang dapat menawarkan perkhidmatan bantuan guaman percuma kepada rakyat miskin terlibat dalam kes jenayah. objektifnya ialah meneliti keperluan penggubalan Akta Pembelaan Awam dan syor bagi mewujudkan Pejabat Pembelaan Awam kepada rakyat yang memerlukan. Pejabat Pembelaan Awam perlu diwujudkan agar sistem efektif perkhidmatan bantuan guaman kepada rakyat miskin dapat dipastikan. https://www.utusan.com.my/nasional/2023/04/akta-khusus-dibentuktawar-khidmat-bantuan-guaman-rakyat-miskin/ 26


5.0 Rumusan 27 Ahli politik di Malaysia harus memainkan peranan yang besar dalam meningkatkan lagi semangat integrasi nasional dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Bagi mencapai matlamat untuk membina satu bangsa Malaysia yang bersatu padu dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Contohnya, dengan terwujudnya usaha ahli politik dalam melaksana pembangunan perpaduan yang ditugaskan untuk membantu masyarakat dalam melakukan aktiviti, Masyarakat yang ditimpa musibah, menjaga semangat perpaduan sesama parti dan sebagainya.


28 Ahli politik merupakan golongan yang wajb memastikan semangat perpaduan kaum diterapkan atau diamalkan agar tiada perbalahan dan pergaduhan antara kaum serta generasi yang akan datang juga turut mengikuti nilai positif yang ditunjukkan oleh generasi sebelumnya, parti politik juga berperanan sebagai satu batu lonjakan untuk memperkasakan integrasi nasional yang mempunyal nilal nilai murni yang telah diterapkan dengan nilai perpaduan antara masyarakat.


6.0 Rujukan Sumber:Kurniasih, W. (n.d.). Gramedia.com. Retrieved from https://www.gramedia.com/literasi/int egritas nasional/ https://www.bharian.com.my/berita/n asional/2021/08/851667/parti-politikwajar-kerjasama-bentuk-kerajaanperpaduan https://www.bharian.com.my/kolumni s/2021/01/772820/kerjasama-konflikparti-bayangi-politik-pru-15 https://www.astroawani.com/beritamalaysia/umno-sedar-perubahanlandskap-politik-perlu-ambiltindakan-sesuai-situasi-semasa401459 29


https://www.mkn.gov.my/web/ms/2023/04 /05/era-politik-baharu-negeri-melaka/ https://www.bharian.com.my/amp/berita/n asional/2023/01/1050438/kerjasamajangka-panjang-bn-ph-sekat-naratifekstremis https://berita.pas.org.my/politik-khidmatbakti-amalan-tradisi-pas-batu-ustazazhar-yahya/ https://www.utusan.com.my/nasional/2023 /04/akta-khusus-dibentuk-tawarkhidmat-bantuan-guaman-rakyat-miskin/ 30


thanks


Click to View FlipBook Version