The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Farisah Azmi, 2020-09-21 23:59:04

ISU MURID BERKELAKUAN NAKAL-converted

ISU MURID BERKELAKUAN NAKAL-converted

ISU:MURID
BERKELAKUAN

NAKAL

DISEDIAKAN OLEH: NUR AMIRAH FARISAH BINTI MOHD AZMI

Apakah maksud
tingkah laku
bermasalah ?

Tingkah laku bermasalah merujuk
kepada sebarang bentuk tingkah
laku pelajar yang boleh menganggu
kelancaran proses PdP di dalam

bilik darjah (Mohd Fadli et al.
2016)

ISU: MURID BERKELAKUAN Nakal merujuk bagaimana
NAKAL individu itu berkelakuan lincah,
tidak duduk diam atau sentiasa
melakukan sesuatu yang tidak
menyenangkan atau disenangi

oleh orang lain (Nur Bazlaa).
Contohnya:

Suka buat bising di dalam bilik
darjah

Mengganggu rakan

Ketawa secara kuat

STATISTIK ISU MURID
BERKELAKUAN
NAKAL PADA

KEDUDUKAN YANG
KE-7

PUNCA-PUNCA
BERLAKUNYA ISU

MURID
BERKELAKUAN

NAKAL

IBU BAPA

• Murid yang kurang mendapat perhatian dan kasih sayang di
rumah , akan berkelakuan nakal di sekolah kerana ingin
mendapatkan perhatian daripada guru atau rakan sebaya
(Hairunnaja Najmuddin, 2007).

• Murid-murid berkelakuan nakal, puncanya adalah dari
penceraian ibu bapa yang menyebabkan perkembangan
mental yang tidak sihat terhadap murid.

GURU /
SEKOLAH

• Sikap guru yang mempunyai suara garang menyebabkan murid
memberontak dan mengekspresikan perasaan mereka melalui
kelakuan nakal (Mohd Khairuddin Abdullah et. al, 2014)

• Sikap guru yang suka menyalahkan murid untuk setiap masalah yang
timbul dalam bilik darjah.

• Kelas yang tidak dikelolakan dengan baik akan menyebabkan murid
tidak selesa untuk meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran
(Alis Puteh, 2008).

HALANGAN GURU
DALAM MENGURUS
TINGKAH LAKU MURID
BERKELAKUAN NAKAL

Ibu Bapa Yang Terlalu
Sibuk

• Tidak mempunyai masa dengan guru bagi membantu
anak mereka yang bermasalah.

• Guru akan menghadapi kekangan dalam membantu murid
berkelakuan nakal kerana ibu bapa tidak mempedulikan
tentang anak mereka.

• Guru perlu bina hubungan yang positif dengan ibu bapa
supaya guru dapat berkongsi tentang kelakuan nakal anak
mereka dan ibu bapa boleh memantau tingkah lakunya
(Noraini Zulkifli, 2010)

Sikap Guru Yang Tidak Mengambil Berat
Masalah Yang Timbul Dalam Bilik Darjah

• Menyebabkan murid berterusan berkelakuan nakal kerana
guru tidak mengambil sebarang tindakan untuk
menghentikan kelakuan mereka.

• Murid tidak akan belajar bahawa kelakuan nakal itu
merupakan satu tingkah laku yang kurang sopan kerana
menyebabkan orang lain berasa tidak selesa .

PERANAN GURU
DALAM MENGATASI ISU
MURID BERKELAKUAN
NAKAL BERDASARKAN

PERSEKITARAN
PEMBELAJARAN YANG

KONDUSIF

PERSEKITARAN
FIZIKAL

• Bilik darjah seharusnya boleh memotivasikan, meningkatkan pembelajaran
dan mengurangkan masalah tingkah laku murid (Haliza Hamzah et. al,
2016).

• Persekitaran bilik darjah yang kondusif mampu meransang suasana
pembelajaran yang optimum terutama dari segi pengcahayaan,
pengudaraan dan susunan meja.

• Keselesaan amat penting dalam proses PdP kerana apabila murid selesa
untuk belajar, mereka tidak akan berkelakuan nakal dan begitu juga
sebaliknya (Che Nidzam Che Ahmad et. al, 2014).

PERSEKITARAN
PSIKOSOSIAL

KOMUNIKASI BERKESAN
• Beri peluang kepada guru bersikap mesra dan menikmati interaksi

dengan muridnya.
• Murid mendapat perhatian, rasa diri dihargai dan disayangi oleh

guru.
• Menyebabkan murid mudah mendengar arahan dan tidak

berkelakuan nakal serta objektif PdP dapat dicapai.

STRATEGI MEMBINA
HUBUNGAN GURU MURID

TUNJUKKAN KEPRIHATINAN

▪ Guru yang mengambil berat terhadap keperluan murid-
muridnya akan membantu beliau menjalinkan hubungan yang
baik dengan murid-muridnya.

▪ Guru perlu memberi motivasi yang dapat membantu murid
daripada terus berkelakuan nakal (Syahruan, 2015) .

▪ Guru perlu tahu latar belakang murid supaya mudah untuk
mendekati murid dan perlahan-lahan mengubahnya.

RUMUSAN

▪ Guru mestilah membuat persediaan dari aspek fizikal dan mental
sebelum memulakan sesi PdP kerana kelas yang akan diajar
mempunyai pelbagai tingkah laku yang berbeza terutama masalah
murid berkelakuan nakal.

▪ Pengetahuan guru tentang latar belakang murid dapat membantu
menangani masalah tingkah laku yang dihadapinya.

▪ Persekitaran yang kondusif juga memainkan peranan bagi menarik
minat murid untuk sentiasa memberi tumpuan di dalam kelas.

RUJUKAN

Alis Puteh. (2008). Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah-Sekolah Luar Bandar: Satu Kajian Di Kubang
Pasu, Kedah. Dicapai pada 17 September 2020 daripada
https://www.researchgate.net/publication/283274408_PROSES_PENGAJARAN_DAN_PEMBELAJARAN_DI_S
EKOLAH SEKOLAH_ LUAR_ BANDAR_ SATU_ KAJIAN_ DI_ KUBANG_PASU_KEDAH.

Aznan Che Ahmad, Mohd Zuri Ghani, Salizawati Omar & Zainuddin Md Isa. (2010). Kanak-Kanak Bermasalah
Tingkah Laku. Jilid 10: Bil. 2. Universiti Sains Malaysia.

Che Nidzam Che Ahmad, Noraini Mohamed Noh, Mazlini Adnan, Marzita Putih & Mohd Hairy Ibrahim. (2014).
Pengaruh Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Terhadap Tahap Keselesaan Pengajaran dan Pembelajaran.
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Hairunnaja Najmuddin. (2007). Memahami dan Memebmbing Remaja Nakal. Kuala Lumpur: PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.

Haliza Hamzah & J.N. Samuel. (2016). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Mohd Fadli, Mohd Hanafi Mohd Yasin dan Mohd Moktar Tahar. (2016). Penggunaan Teknik
Peneguhan bagi Mengatasi Masalah Tingkah Laku Hiperaktif. International Conference on
Education in Sountheast Asia Region 6 Series 2016. Universiti Kebangsaan Malaysia,
Malaysia

Mohd Khairuddin Abdullah, Khalid Hj Johari, Ag Yusof Ag Chuchu & Halimah Laji. (2014).
Komunikasi Guru Dalam Bilik Darjah Dan Tingkah Laku Delinkuen Murid Sekolah
Menengah. Jurnal Pemikir Pendidikan (Journal For Educational Thinkers). Vol. 5, pp. 59-
77. Sabah: Universiti Malaysia Sabah.

Noraini Zulkifli. (2010). Disiplin dan Pelajar. Dicapai pada 17 September 2020 daripada
https://www.researchgate.net/publication/326987996_Disiplin_dan_Pelajar.

Nur Bazlaa. (t.t). Tingkah Laku Bermasalah. Dicapai pada 17 September 2020 daripada
https://www.academia.edu/4385268/tingkahlaku_bermasalah.

Syahruan Azan Ngadmid. (2015). Hubungan perapatan guru dengan murid dalam bilik darjah
terhadap tingkah laku murid .Serdang: Penerbit UPM.

SEKIAN,TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version