AHAD 27.3.2022
1.1.3 Elemen Mekatronik
1.SISTEM ELEKTRIK
• Sistem yang menggunakan arus elektrik
• Sumber kuasa elektrik
• ⇢arus terus (AT)
• ⇢arus ulang-alik (AT)
• Berfungsi untuk membekalkan arus elektrik bagi membolehkan peranti
mekatronik menjalankan fungsi yang ditetapkan.
• Contoh elemen sistem elektrik
2. SISTEM MEKANIKAL
• Merupakan gabungan beberapa komponen mekanikal yang berfungsi
sebagai penghantar untuk memindahkan suatu sumber gerakan (motor)
kepada bentuk yang lain
• Membolehkan produk berfungsi secara bergerak atau berputar
• Contoh : gear dan tali sawat
3. SISTEM ELEKTRONIK
• Merupakan susunan dan sambungan fizikal komponen elektronik dalam
sesuatu litar bagi menjalankan operasi sesuatu sistem
• Contoh komponen
* Perintang *Suis
*Diod * Penderia *Kapasitor
*Litar Bersepadu
*Papan Litar *Transistor
4. SISTEM KAWALAN DAN PENGATURCARAAN
A. SISTEM KAWALAN
• Merupakan satu kaedah kawalan sistem yang digunakan untuk mengurus ,
mengarah atau mengawal atur tindakan bagi memastikan reka bentuk
Mekatronik berfungsi secara automatik dengan sempurna
• Contoh : Sistem yang menggunakan sistem mikropengawal
• --> Papan Mikropengawal Arduino
• --> Papan Mikropengawal Magnet Code
• --> Papan Mikropengawal Microbil
B.PENGATURCARAAN
• Proses untuk membangunkan atur cara komputer dengan menggunakan
bahasa pengaturcaraan
• Bahasa pengaturcaraan terbahagi kepada dua :
i) Menggunakan Kod berbentuk teks
#Contoh
*Java
*Phyton
*Visual Basic
*C++
ii) Menggunakan Blok Arahan
*Scratch
*mBlock
*JavaScript Block
*Ardublock
• Setiap bahasa pengaturcaran mempunyai set
peraturan sintaks dan semantik tersendiri
• Sintaks ialah peraturan yang menguasai struktur sesuatu bahasa dan
ungkapannya
• Semantik ialah proses yang dilalui oleh komputer semasa melaksanakan
atur cara mengikut bahasa pengaturcaraan tertentu