BAB 1 : PENGENALAN KEPADA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
1.1 Dunia Reka Bentuk
1. Segala yang memudahkan kehidupan manusia adalah hasil
daripada aplikasi reka bentuk dalam kehidupan seharian manusia.
2. Reka bentuk dan teknologi sentiasa berubah dari semasa ke
semasa.
1.1.1Definisi Reka Bentuk dan Teknologi
Definisi Idea kepada penghasilan produk baharu
Reka dalam kehidupan manusia
Bentuk
Produk yang dihasilkan akan
memudahkan kehidupan manusia.
Penghasilan produk-produk yang tidak
mencemarkan alam sekitar.
Definisi Bertujuan menghasilkan sesuatu produk
Teknologi yang baharu untuk memudahkan
kehidupan manusia.
Definisi Reka Merupakan penyusunan pengetahuan
Bentuk dan yang terancang dengan mengaplikasikan
Teknologi pengetahuan sains dan matematik.
Bidang Reka Bentuk dan Teknologi
Konkrit Bidang Reka Bentuk Konkrit
Merujuk kepada bidang Teknologi Seni
mereka bentuk sesuatu
produk yang dapat dilihat dan • Pakaian • Seramik
dipegang • Pensenjataan • Lukisan
• Pemakanan • Arca
• Peralatan • Masakan
• mesin • Alatan
muzik
Abstrak Bidang Reka Bentuk Abstrak
Merujuk kepada bidang Perkhidmatan Komunikasi
penghasilan produk yang
boleh dilihat tetapi tidak • Pengangkutan • Bahasa
boleh dipegang. • Sewaan • Persuratan
• Sistem • Grafik
• Pembelajaran • Atur cara
• Sistem • Pengiklanan
pengairan
INFO:
Konkrit – Maujud ( Benda yang boleh disentuh)
Abstrak – Abstrak (Benda yang tidak boleh disentuh)
1.1 2 Elemen Reka Bentuk berdasarkan produk yang
Dipilih
Definisi Elemen
• Merujuk kepada perkara yang dapat membantu
menzahirkan idea seseorang dalam bentuk lukisan atau
lakaran
Elemen Reka Bentuk
• Perlu diubah suai untuk mendapatkan reka bentuk
mengikut kehendak pelanggan
• Haruslah menarik dan cantik untuk menarik minat
pelanggan
• Perlu diaplikasi dalam penghasilan sesuatu barangan
untuk menghasilkan nilai estetika yang tinggi.
Garisan
Warna Rupa
Bentuk
Ruang ELEMEN
REKA
BENTUK
Saiz Tekstur
Garisan
• Merujuk kepada cantuman atau sambungan siri titik yang
mempunyai Panjang dan jarak.
• Garisan amat penting dalam penghasilan sesuatu reka
bentuk.
Fungsi Garisan dalam Reka Bentuk
• Untuk membahagikan dua ruang kawasan seperti
membahagikan ruang. Contoh : jadual waktu
• Mewakili ketengangan antara dua titik seperti garisan
yang ditanda pada tali gitar.
• Menunjukkan pergerakan sesuatu arah seperti garisan
pada papan tanda.
• Menunjukkan perhubungan antara elemen seperti
penggunaan bentuk garisan pada gear serong.
• Menunjukkan kestabilan dan kerehatan seperti garisan
yang terhasil pada batu-bata.
• Menunjukkan keseimbangan pada sesuatu reka cipta
seperti garisan menegak pada tali jam.
• Menunjukkan daya Gerakan yang dinamik seperti garisan
serong pada pola hiasan.
• Mewakili Gerakan dan tenaga yang berpadu seperti paip
air
• Menunjukkan perbezaan jarak Sesutu objek itu sama ada
dekat atau jauh. Garisan yang tebal digunakan untuk
objek yang dekt. Garisan halus atau nipis menunjukkan
objek yang jauh.
Rupa
• Merujuk kepada hasil pertemuan antara hujung garisan
dengan permulaannya.
• Mempunyai permukaan rata dan garisan diluar adalah
sempadan yang mengelilinginya
• Rupa tidak berjisim (2D) dan mempunyai luas.
Kategori Rupa
Rupa Geometri
• Mempunyai sudut
• Dilukis dengan pembaris atau set geometri
Rupa Organik
• Dihasilkan secara spontan.
• Mempunyai permukaan yang bebas dan tidak
bersudut
• Mempunyai sempadan yang bebas
• Garisan tidak lurus yang tidak tetap
• Tidak sekata dan tidak mempunyai simetri
Bentuk
• Mempunyai ruang, jisim dan isi padu.
• Mempunyai satu atau lebih permukaan
• Penggunaan bentuk amat penting khususnya dalam
penghasilan sesuatu yang bersifat realistic.
Ciri-ciri Bentuk
• Mempunyai struktur.
• Mempunyai kerangka yang membentuk jisim atau isipadu
dengan tepat dan sempurna
• Mempunyai lebih daripada satu permukaan menyebabkan
perbezaan pandangan dari arah yang berlainan.
• Mempunyai kesan cahaya dan bayangan.
• Mempunyai kesan cahaya dan bayangan
• Menunjukkan keseluruhan pandangan sesuatu objek.
Jenis Bentuk
Bentuk konkrit
▪ Merupakan bentuk yang bersifat tiga dimensi
(3D).
▪ Bentuk yang dapat dirasa, disentuh dan dilihat
dari segi pelbagai sudut.
▪ Bersifat nyata dan maujud, iaitu benar-benar
wujud di hadapan mata.
Bentuk Abstrak/Ilusi
• Bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran
mempunyai kemahiran menggunakan warna
dan garisan.
• Bentuk ilusi tidak dapat disentuh tetapi hanya
kelihatan dalam paparan 3D
• Penggunaan kesan cahaya dan bayang
merupakan faktor penting dalam menghasilkan
bentuk ilusi.
Tekstur
• Keadaan fizikal sesuatu permukaan.
• Boleh dilihat dan dirasa melalui sentuhan.
• Contoh tekstur ialah kasar, licin, lembut, keras, dan
berkilat.
Saiz
• Merupakan ukuran bagi sesuatu objek.
• Saiz digunakan untuk menunjukkan kesan perbezaan
jarak, Panjang, kedalaman dan tinggi sesuatu objek.
• Contohnya: kedalaman baldi dan besen dapat diukur
dengan ketinggian kedua-dua objek.
Ruang
• Merujuk kepada ruang kosong yang dikelilingi dengan
elemen garisan bagi menampakkan objek dengan lebih
jelas.
• Terbahagi kepada dua, iaitu ruang nyata fizikal dan
ruang ilusi atau tampak.
• Ruang nyata adalah ruang sebenar diantara dua objek
yang berhampiran
• Ruang ilusi adalah objek ruang gambar yang terhasil
apabila dua objek tersebut dihasilkan dalam bentuk
lukisan.
Warna
• Warna adalah kesan pembalikan cahaya ke atas sesuatu
objek.
• Warna akan mempengaruhi persekitaran, emosi dan
psikologi orang yang dilihat.