SELASA 29.3.2022
1.1 2 Elemen Reka Bentuk berdasarkan produk yang
Dipilih
Definisi Elemen
• Merujuk kepada perkara yang dapat membantu
menzahirkan idea seseorang dalam bentuk lukisan atau
lakaran
Elemen Reka Bentuk
• Perlu diubah suai untuk mendapatkan reka bentuk
mengikut kehendak pelanggan
• Haruslah menarik dan cantik untuk menarik minat
pelanggan
• Perlu diaplikasi dalam penghasilan sesuatu barangan
untuk menghasilkan nilai estetika yang tinggi.
Garisan
• Merujuk kepada cantuman atau sambungan siri titik yang
mempunyai Panjang dan jarak.
• Garisan amat penting dalam penghasilan sesuatu reka
bentuk.
Fungsi Garisan dalam Reka Bentuk
• Untuk membahagikan dua ruang kawasan seperti
membahagikan ruang. Contoh : jadual waktu
• Mewakili ketengangan antara dua titik seperti garisan
yang ditanda pada tali gitar.
• Menunjukkan pergerakan sesuatu arah seperti garisan
pada papan tanda.
• Menunjukkan perhubungan antara elemen seperti
penggunaan bentuk garisan pada gear serong.
• Menunjukkan kestabilan dan kerehatan seperti garisan
yang terhasil pada batu-bata.
• Menunjukkan keseimbangan pada sesuatu reka cipta
seperti garisan menegak pada tali jam.
• Menunjukkan daya Gerakan yang dinamik seperti garisan
serong pada pola hiasan.
• Mewakili Gerakan dan tenaga yang berpadu seperti paip
air
• Menunjukkan perbezaan jarak Sesutu objek itu sama ada
dekat atau jauh. Garisan yang tebal digunakan untuk
objek yang dekat. Garisan halus atau nipis menunjukkan
objek yang jauh.
Rupa
• Merujuk kepada hasil pertemuan antara hujung garisan
dengan permulaannya.
• Mempunyai permukaan rata dan garisan diluar adalah
sempadan yang mengelilinginya
• Rupa tidak berjisim (2D) dan mempunyai luas.
Kategori Rupa
Rupa Geometri
• Mempunyai sudut
• Dilukis dengan pembaris atau set geometri
Rupa Organik
• Dihasilkan secara spontan.
• Mempunyai permukaan yang bebas dan tidak
bersudut
• Mempunyai sempadan yang bebas
• Garisan tidak lurus yang tidak tetap
• Tidak sekata dan tidak mempunyai simetri
Bentuk
• Mempunyai ruang, jisim dan isi padu.
• Mempunyai satu atau lebih permukaan
• Penggunaan bentuk amat penting khususnya dalam
penghasilan sesuatu yang bersifat realistik.
Ciri-ciri Bentuk
• Mempunyai struktur.
• Mempunyai kerangka yang membentuk jisim atau isipadu
dengan tepat dan sempurna
• Mempunyai lebih daripada satu permukaan menyebabkan
perbezaan pandangan dari arah yang berlainan.
• Mempunyai kesan cahaya dan bayangan.
• Mempunyai kesan cahaya dan bayangan
• Menunjukkan keseluruhan pandangan sesuatu objek.
Jenis Bentuk
Bentuk konkrit
• Merupakan bentuk yang bersifat tiga dimensi
(3D).
• Bentuk yang dapat dirasa, disentuh dan dilihat
dari segi pelbagai sudut.
• Bersifat nyata dan maujud, iaitu benar-benar
wujud di hadapan mata.
Bentuk Abstrak/Ilusi
• Bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran
mempunyai kemahiran menggunakan warna
dan garisan.
• Bentuk ilusi tidak dapat disentuh tetapi hanya
kelihatan dalam paparan 3D
• Penggunaan kesan cahaya dan bayang
merupakan faktor penting dalam menghasilkan
bentuk ilusi.
Tekstur
• Keadaan fizikal sesuatu permukaan.
• Boleh dilihat dan dirasa melalui sentuhan.
• Contoh tekstur ialah kasar, licin, lembut, keras, dan
berkilat.
Saiz
• Merupakan ukuran bagi sesuatu objek.
• Saiz digunakan untuk menunjukkan kesan perbezaan
jarak, Panjang, kedalaman dan tinggi sesuatu objek.
• Contohnya: kedalaman baldi dan besen dapat diukur
dengan ketinggian kedua-dua objek.
Ruang
• Merujuk kepada ruang kosong yang dikelilingi dengan
elemen garisan bagi menampakkan objek dengan lebih
jelas.
• Terbahagi kepada dua, iaitu ruang nyata fizikal dan
ruang ilusi atau tampak.
• Ruang nyata adalah ruang sebenar diantara dua objek
yang berhampiran
• Ruang ilusi adalah objek ruang gambar yang terhasil
apabila dua objek tersebut dihasilkan dalam bentuk
lukisan.
Warna
• Warna adalah kesan pembalikan cahaya ke atas sesuatu
objek.
• Warna akan mempengaruhi persekitaran, emosi dan
psikologi orang yang dilihat.
Warna panas
• Warna yang terang dan jelas
• Dapat menimbulkan suasana ceria,riang dan
bersemangat.
Warna sejuk
• Memberikan kesan cahaya yang rendah.
• Memberikan kesan redup,tenang dan damai serta
menyejukkan mata memandang.