KAJIAN TENTANG SISA
DOMESTIK DI:
TAMAN INSANIAH KUALA KETIL KEDAH
NAMA:UWAIS BIN YUSUF
NO. IC:080405020601
TINGKATAN:1 IHSAN
NAMA GURU:CIKGU ARHAMNI BINTI ROBIAN
TARIKH MENGHANTAR:9/10/2021
SENARAI KANDUNGAN MUKASURAT
1
1.TAJUK KAJIAN 2
2.SENARAI KANDUNGAN 3
3.PENGHARGAAN 4
4.PENDAHULUAN 5
5.OBJEKTIF KAJIAN 6 DAN 7
6.KAWASAN KAJIAN 8 DAN 9
7.KAEDAH KAJIAN
8.DAPATAN KAJIAN 10
11 DAN 12
1.JENIS DAN CONTOH SISA DOMESTIK DI KAWASAN KAJIAN
2.3 KESAN PEMBUANGAN SISA DOMESTIK 13 DAN 14
3.3LANGKAH MENGURANGKAN KESAN PEMBUANGAN SISA DOMESTIK 15 DAN 16
15 DAN 16
SECARA BIJAKSANA 17
9.RUMUSAN
10.LAMPIRAN
11.RUJUKAN
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu
Arhamni kerana telah memberi banyak bimbingan dan
panduan kepada saya dalam menjalankan dan menyiapkan
kerja lapangan. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada
rakan-rakan saya iaitu Hasnan dan Aqil dalam memberi
sokongan dan memberi cadangan idea dalam masa saya
menjalankan kerja lapangan. Jutaan terima kasih juga
kepada ibu bapa saya iaitu Puan Sharifah dan Encik Yusuf
kerana memberi banyak sokongan dalam pelbagai cara
sepanjang saya berada di rumah.
PENDAHULUAN
Saya telah menjalankan kerja kursus Geografi. Tajuk kerja
saya ialah “KAJIAN TENTANG SISA DOMESTIK”. Saya telah
memilih untuk mengkaji tentang sisa domestik di Taman
Insaniah,Kuala Ketil,Kedah. Saya telah memilih untuk
membuat kajian disini kerana ianya adalah tempat tinggal
saya yang membolehkan saya mengkaji dengan lebih mudah
dan dalam masa yang sama dapat menjaga peraturan SOP
Covid-19. Saya telah membuat kajian selama 1 minggu.
OBJEKTIF KAJIAN
1.Menyatakan jenis dan contoh sisa domestik di
Taman Insaniah Kuala Ketil Kedah.
2.Menjelaskan 3 kesan pembuangan sisa domestik di
Taman Insaniah Kuala Ketil Kedah
3.Menghuraikan dan mencadangkan cara
mengurangkan pembuangan sisa domestik secara
bijak di Taman Insaniah Kuala Ketil Kedah
KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya ialah di kawasan perumahan. Ia
terletak di daerah Baling Negeri Kedah. Jarak
kawasan ini dari pusat bandaraya Kuala Lumpur
ialah 381km. Masa untuk sampai ke Bandaraya Kuala
Lumpur ialah 4 jam 15 minit.Kawasan ini merupakan
kawasan pekan. Pandang darat budaya yang ada di
sini termasuk:
ladang kelapa sawit,kilang,petempatan, dan
sekolah.
KAEDAH KAJIAN
a.PEMERHATIAN
Saya telah mula membuat pemerhatian di kawasan kajian
pada hari Ahad, 29/8/2021. Jam 5 petang untuk kajian sisa
domestik.
b.RUJUKAN
Saya telah melayari internet untuk mendapatkan maklumat
tentang sisa domestik.Saya juga telah merujuk buku teks
Geografi Tingkatan 1 umtuk mendapatkan maklumat yang
lebih tepat dan khusus tentang jenis-jenis sisa domestik.
c.TEMUBUAL
Saya telah menemu bual beberapa ahli keluarga saya untuk
mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang sisa
domestik di kawasan Taman Insaniah. Antara orang yang saya
telah menemu bual ialah kakak saya iaitu Haifa Binti Yusuf
yang memberikan maklumat tentang punca pembuangan sisa
domestik di kawasan kajian tersebut. Selain itu saya juga
telah menemu bual ibu saya iaitu Puan Sharifah Binti Lebai
Mahmud yang telah memberikan maklumat tentang cara-
cara membuang sisa domestik dengan bijak.
DAPATAN KAJIAN
1. Jenis-jenis sisa domestik di kawasan Taman
Insaniah,Kuala Ketil,Kedah:
-Menurut WIKIPEDIA,sisa domestik ialah bahan-bahan
buangan yang dibuang dari kawasan perumahan seperti sisa
makanan,plastik,kertas dan bahan logam terpakai. Selain
itu,sisa domestik terdiri daripada sisa pepejal dan sisa
cecair. Sisa domestik juga dapat dikelaskan kepada dua
kumpulan iaitu sisa domestik bahan organik dan tidak
organik.Menurut pemerhatian saya, sisa domestik yang
terdapat di Taman Insaniah,Kuala Ketil terdiri daripada
bahan organik seperti sisa kebun,sisa makanan, dan kertas.
Terdapat juga sisa domestik bukan organik seperti plastik,tin
dan kaca.
3 KESAN PEMBUANGAN SISA DOMESTIK DI TAMAN
INSANIAH,KUALA KETIL,KEDAH:
a.Pencemaran
Mengikut buku teks Geografi Tingkatan 1,kesan-kesan
pembuangan sisa domestik ialah pencemaran,penduduk di
taman ini mengalami masalah pencemaran seperti
pencemaran bau yang disebabkan oleh timbunan sisa
domestik yang banyak.Selain itu,penduduk di sini juga
mengalami pencemaran udara kerana pembakaran sisa
domestik secara terbuka selalu berlaku.
b. WABAK PENYAKIT
Wabak penyakit selalu berlaku di kawasan Taman Insaniah
kerana banyak individu yang yidak bertanggungjawab
membuang sisa pembuangan sampah yang menjadi tempat
pembiakan serangga yang membawa penyakit seperti
nyamuk aedes yang menyebabkan penyakit demam denggi.
c.PENINGKATAN KOS PENYELENGGARAAN
Akibat pembuangan sisa domestik yang terlalu
banyak,peningkatan kos penyelenggaraan yang diuruskan
oleh pihak kerajaan khususnya pihak berkuasa tempatan
(PBT) terjadi di taman in.Antara kos pembiayaan yang perlu
dibiayai oleh PBT ialah kos penyelenggaraan tapak
pelupusan,baik pulih kemusnahan, dan gaji pekerja
pembersihan
3 LANGKAH CARA MENGURANGKAN KESAN
PEMBUANGAN SISA SECARA BIJAKSANA DI
TAMAN INSANIAH:
a.Mengamalkan amalan 3R iaitu mengurangkan
penggunaan,mengguna semula, dan mengitar semula sisa-
sisa yang masih boleh digunakan seperti botol kaca,kertas,
dan plastik.
b.Menguatkuasa undang-undang seperti mendenda individu
yang membuang sisa di merata-rata tempat dengan bayaran
RM300.
c.Membuat kempen menjaga alam sekitar dan menganjurkan
beberapa aktiviti seperti gotong royong agar ramai penduduk
dapat turut menyertai membersihkan kawasan taman
mereka.
RUMUSAN
Setelah menyiapkan kerja lapangan ini saya telah
mempelajari banyak pengetahuan antaranya ialah saya
dapat mengetahui jenis-jenis sisa domestik yang terdapat di
Taman Insaniah. Selain itu,saya juga dapat mengetahui
kesan-kesan pembuangan sisa domestik di sini seperti wabak
penyakit,pencemaran, dan peningkatan kos
penyelenggaraan.Saya juga dapat mengetahui cara-cara
mengurangkan pembuangan sisa domestik seperti
mengadakan kempen menjaga alam sekitar. Oleh dengan
itu,saya amat berharap agar ramai penduduk di Taman
Insaniah lebih bertanggungjawab dan lebih prihatin tentang
pembuangan sisa domestik agar pembuangan sisa domestik
disini akan lebih berkurangan.
RUJUKAN
1.BUKU TEKS GEOGRAFI TINGKATAN 1
PENGARANG:HISHAM AZMAN BIN IBRAHIM
MOHAMMAD KHAIRUN FITRI BIN AHMAD
PENERBIT:ERA VISI SDN. BHD. –TAHUN TERBIT:2016
2. INTERNET
-WIKIPEDIA,SISA DOMESTIK-WIKIPEDIA BAHASA MELAYU,
ENSIKLOPEDIA BEBAS