KEMAHIRAN ABAD KE-21 Proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid. -4 Elemen (Komunikasi, Kolaboratif, pemikiran kritis & kreativiti) 1.KOMUNIKASI -Proses pertukaran maklumat daripada individu kepada individu yang lain. -Konteks pendidikan, komunikasi merujuk kepada perbualan yang berlaku di antara guru dan murid atau murid dan murid untuk berkongsi ilmu yang difahami bersama rakan-rakan lain. (Berpusatkan murid) -Guru juga perlu memainkan peranannya sebagai fasilitator kepada muridnya. -Guru boleh memberi komen yang membina dari segi penggunaan bahasa badan, nada suara, tulisan, cara bertanya kepada rakanrakan lain, cara menjawab soalan yang diaju, cara memberi maklum balas jika rakan bertanya soalan yang tidak dijangka dan sebagainya. -Murid-murid dapat membina keyakinan diri semasa berinteraksi bersama rakan-rakan lain kerana mereka mampu mendengar dan memberi maklum balas, mampu untuk memberi penerangan yang jelas dan ringkas. 2.KOLABORATIF - Dilakukan secara bersama-sama atau berkumpulan iaitu kerjasama yang wujud antara guru dan murid atau murid dan murid secara aktif dan menyeluruh, di mana, ia melibatkan pertukaran idea, pendapat atau pengetahuan antara murid-murid.
-Melibatkan pertukaran idea, pendapat atau pengetahuan antara murid-murid. -Guru boleh menerapkan beberapa nilai positif dalam diri murid itu sendiri, seperti bertanggungjawab terhadap tugasan dalam kumpulan, penglibatan aktif atau seimbang, bersikap terbuka untuk menerima idea dan pandangan rakan-rakan lain serta mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan mereka. 3.PEMIKIRAN KRITIS -Keupayaan individu untuk membuat penilaian mengenai sesuatu perkara, murid-murid mula meneroka pemikiran mereka untuk menilai idea-idea yang diterima secara rasional dan membuat pertimbangan mengenai idea tersebut melalui penggunaan alasanalasan yang wajar. - Sumber yang meluas merujuk kepada maklumat yang diperoleh oleh murid-murid. -Pemikiran kritis yang berkesan boleh terhasil sekiranya guru tidak menghadkan idea dan pendapat murid-muridnya. 4. KREATIVITI -Proses yang berlaku, di mana, ia melibatkan penghasilan sesuatu yang baru, berguna dan juga berkualiti -Komen-komen yang praktikal perlu diberi supaya murid dapat membuat penambahbaikan terhadap produk persembahannya. -Guru hanya perlu membimbing muridnya untuk berfikir mengenai sesuatu perkara daripada pelbagai sudut. 5.NILAI MURNI DAN ETIKA
-Tingkah laku yang baik, beradab dan menjaga tatasusila, manakala, etika pula merujuk kepada keperibadian atau perwatakan seseorang. Dalam dunia pendidikan, elemen ini amat penting untuk diterapkan dalam diri murid-murid supaya ia dapat membentuk jati diri yang tinggi. -Guru perlu meminta mereka untuk memberi pandangan tentang nilai-nilai murni dan etika yang harus diterapkan dalam diri mereka, dari segi kesan amalan nilai tersebut terhadap diri, masyarakat, agama dan juga negara.