The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kamrud3, 2023-01-28 02:59:40

MINIT MESYUARAT AJK JMB KALI- 1

untuk rujukan tuan/puan

Keywords: BERKHIDMAT UNTUK KESEJAHTERAAN

Pejabat Urusan Badan Pengurusan Pangsapuri Sri Wira, Jalan Ukay Perdana 2, Taman Ukay Perdana, Hulu Kelang, 68000 Ampang Selangor Darul Ehsan Tel: 019-386 6316, Emel: [email protected] MINIT MESYUARAT AJK JMB BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB) KALI-1 2022/2023 Tarikh : 10 November 2022 Masa : 10.00 pm Tempat : Bilik Badan Pengurusan Bersama (JMB) Kehadiran : Seperti di dalam senarai NO NAMA ALAMAT (No.Unit) KAD PENGENALAN NO TEL 1 En. Mohd Shafiee Bin Haji Ismail D010 600702025069 013 6031227 2 En.Mohd Fadly Bin Abu Bakar A417 811225086001 01123027175 3 En.Mohd Syaiful Idham Bin Nordin C008 880125045033 012 3677411 4 Pn. Syahriah Biti Mohd Sawal C208 770909016276 0133942108 5 En.Khairul Anuar Bin Ramli B014 751005106013 0193864321 6 Pn.Mastura Binti Mohammad B108 750224105120 012 5834088 7 En.Md Said Bin A.Rahman D012 640810015841 0133958070 Agenda 1. Kata-Kata Aluan pengerusi sementara 2. Pelantikan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Ajk lain. 3. Kata-Kata Aluan Pengerusi Baru sesi 2022/2023 4. Usul dan Lain-lain hal 5. Penutup


Bil Agenda / Keterangan Catatan 1 Aluan pengerusi Sementara JMB 1. kata-kata aluan En. Mohd Shafiee selaku Badan Pengurusan Bersama (JMB) 2022/2023 mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa baru yang dilantik. 2. Beliau mengharapkan agar pelantikan ini dapat memberikan kerjasama yang baik diantara ahli bagi tujuan menguruskan JMB dalam pangsapuri Sri Wira 3. Beliau mengingatkan agar melengkapkan senarai semak pada COB untuk pengesahan jawatankuasa baru dan menunggu kelulusan selama 14 hari bekerja. Proses seterusnya ialah menukar penandatangan bagi tujuan akaun JMB. Makluman Tindakan setiausaha 2 Pelantikan AJK Baru tahun 2022/2023 1. Setiap ahli JMB memperkenalkan diri. Seramai 7 orang ahli telah dilantik ketika mesyuarat egm yang lalu. 2. Cadangan melantik 3 Ajk utama iaitu Pengerusi, Setiausaha dan bendahari dan 4 Ajk yang lain. 3. Pelantikan 3 jawatankuasa utama iaitu En. Mohd Shafie, En.Mohd Fadly dan En. Mohd Syaiful Idham sebulat suara bersetuju dengan pelantikan. Cadangan: pengerusi –En. Mohd Shafiee Bin Haji Ismail (Sebulat Suara) Setiausaha –En Mohd Fadly Bin Abu Bakar (Sebulat suara) Bendahari - Mohd Syaiful Idham Bin Nordin (sebulat suara) AJK - Pn. Syahriah Binti Mohd Sawal AJK - En.Khairul Anuar Bin Ramli AJK - Mastura Binti Mohammad AJK- Md Said Bin A.Rahman


4. Semua Ajk bersetuju dengan jawatankuasa baru yang dilantik ketika mesyuarat Egm yang terkini. 5. Jawatankuasa juga bersetuju bahawa Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari dibenarkan menandatangani cek bagi tujuan pengurusan kewangan Badan Pengurusan Bersama. Untuk Makluman 3 Ucapan pengerusi baru 2022/2023 1. Beliau mengucapkan terima kasih diatas sokongan dan kepercayaan ahli dalam melantik beliau selaku pengerusi JMB untuk tahun 2022/2023. Beliau juga mengharapkan sokongan daripada semua ahli dalam membantu menguruskan JMB Sri Wira. Beliau juga menyatakan tiada kuasa untuk kawal semua keputusan dan mohon setiap keputusan yang dibuat dilaksanakan secara keputusan kolektif ahli majlis yang dilantik. 2. Beliau juga mencadangkan agar diadakan Internal Audit untuk tujuan memudahkan segala akaun diurus dan ditadbir dengan lebih cekap dan efisien. 3. Beliau juga mengharapkan Ukhwah bersama 3 Entiti (JMB,persatuan,surau)dalam memastikan kesepakatan penduduk dapat digabung untuk kebaikan semua. 4. Masalah bayaran tertunggak oleh Unit yang terlibat akan diadakan perjumpaan bersemuka dan berbincang. Tindakan mahkamah adalah jalan terakhir sekiranya tiada kerjasama yang diberikan oleh unit yang terlibat Untuk makluman 4 Hal-hal lain 1. Pengerusi membangkitkan isu Keselamatan.Perlu penguatkuasaan pengawal keselamatan dengan dibantu oleh persatuan Penduduk . 2. Staff JMB yang sedia ada dikekalkan dan diperbaiki dari masa ke masa.Mesyuarat bersama staff dan ahli JMB akan dibuat dalam jangka masa terdekat. 3. Pembayaran gaji staff akan dibuat oleh Jawatankuasa lama Tindakan Persatuan Penduduk


sehingga kelulusan COB bagi jawatankuasa baru dan perlu memberikan makluman berkaitan pembayaran tersebut kepada ajk baru ntuk rekod. 4. En. Said menyatakan bahawa Segala kontra/sebutharga yang baru adalah tidak sah lagi bagi Jawatankuasa yang lama sehingga pengesahan COB bagi jawatankuasa baru. 5. En. Mohd Shafiee menyatakan ada kenaikan gaji staff bagi pengurusan lama. Begitu juga dengan elaun kesihatan. 6. En. Said menyatakan Persatuan penduduk boleh menggantikan kerja-kerja kebersihan dengan dibayar token sekiranya ada masalah pekerja pembersihan. 7. En.Mohd Shafiee memohon agar dapat menyelesaikan masalah penduduk yang tidak menyelesaikan hutang maintainance: -60 unit kes mahkamah - 1 unit kes sita(kes telah diselesaikan) Prestasi Collection dianggarkan 70% dari keseluruhan unit di Sri Wira 8. Jawatankuasa memberi cadangan menyekat kenderaan masuk premis.Namun begitu perlu diperhalusi terutamanya dari sudut perundangan dan mesti melalui EGM 9. Hutang JMB dengan fokus – Dari 105,000 sekarang 82,000.Cadangan bayaran RM 1000 Setiap bulan. 10.Mohon perjanjian hutang dengan fokus dibuat semula dan dibentangkan dalam EGM 11.Bulan 8 perlu hantar meter migrasi. – perlu notis dan perjumpaan pada mereka yang ingkar. 12.Perlu mengadakan EGM bagi membincangkan a. Tebus guna Tanah tangka air b. Penstrukturan parking c. Kedudukan kewangan terkini d. Isu banjir 13. En.Mohd Shafiee menyatakan bahawa Quotation Gutter mahal dan telah mohon pada YB Zuraidah. AJK mencadangkan penyediaan tabung membuat gutter baru. Untuk makluman Untuk Makluman Tindakan AJK Tindakan Bendahari Tindakan Ajk Untuk makluman


14.Isu pokok perlu dicantas dengan betul dan buka quotation. 15.Rumah sampah blok D akan dibersihkan semula.Begitu juga rumah Sampah Blok A. 7 Penutup 1. Pengerusi meminta agar gabungan penduduk dalam membantu melaksanakan pengurusan JMB dapat dilaksanakan dengan lancar. Kesepakatan Persatuan Penduduk dan komuniti Sri Wira dapat memberi impak yang maksima sekiranya semua bersatu hati 2. Beliau juga mengharapkan agar Ahli Jawatankuasa JMB yang lain dapat membentuk satu entity yang baik dan memberi respond terhadap tanggungjawab yang diamanahkan. 3. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.35 Malam. Untuk makluman Disediakan oleh : ..……………………….. (Mohd Fadly Bin Abu Bakar) Setiausaha Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri Sri Wira Jalan Ukay Perdana 2 68000 Ampang Selangor Di sahkan oleh : ……………………………….. (En.Mohd Shafiee Bin Haji Ismail) Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri Sri Wira Jalan Ukay Perdana 2 68000 Ampang Selangor


Click to View FlipBook Version