The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kamrud3, 2023-01-09 20:29:33

MINIT MESYUARAT AGUNG KHAS (EGM) JMB SRI WIRA KALI 1

JMB SRI WIRA 2022/2023

Keywords: EGM

Pejabat Urusan Badan Pengurusan Pangsapuri Sri Wira, Jalan Ukay Perdana 2, Taman Ukay Perdana, Hulu Kelang,
68000 Ampang Selangor Darul Ehsan

Tel: 019-386 6316, Emel: [email protected]

MINIT MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA (EGM)
BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB) KALI-1 2022/2023

Tarikh : 22 Disember 2022(Khamis)

Masa : 9.00 pm

Tempat : Tapak Letak Kereta Pangsapuri Sri Wira

Kehadiran : Seperti di dalam lampiran

Agenda

1. Kata-Kata Aluan pengerusi
2. Pembentangan agenda

2.1 Pembentangan usul Penstrukturan Parking Pangsapuri Sri wira
2.2 Pembentangan cadangan pembinaan Dewan Terbuka (Tapak tangka air lama)
2.3 Cadangan pembinaan Taman Permainan
2.4 Penjelasan kedudukan kewangan JMB 2021/2022
3. Usul dan Lain-lain hal
4. Penutup

Bil Agenda / Keterangan Catatan

Aluan pengerusi

1. En. Shafiee selaku pengerusi JMB mengucapkan terima Makluman
kasih kepada semua penduduk yang hadir pada malam ini
untuk tujuan pembentangan beberapa perkara bagi
mendapat persetujuan dan kesepakatan untuk kemajuan
kawasan pangsapuri sri Wira.Terima kasih diatas usaha ahli
JMB yang baru dalam merangka dan merancang
pelaksanaan EGM kali ini serta memperbaiki system
pengurusan kearah lebih cekap dan berintegriti.

2. Beliau mengucapkan terima kasih kepada pemilik unit

dalam menjayakan apa jua program yang dirancang dan

dilaksanakan oleh pihak JMB sesi 2022/2023. Memohon

1 maaf sekiranya ada perkara yang tidak disengajakan

menimbulkan rasa kurang senang sama ada berbentuk Makluman
lisan dan tulisan yang menyinggung perasaan.

3. Beliau juga mengaskan bahawa ketidaksempurnaan pasti Makluman
ada dalam mana-mana organisasi yang diberi
tanggungjawab, namun cara mengatasi masalah adalah
menjadi keutamaan dalam pengurusan JMB yang baru kali
ini.Insyaallah, pihak JMB yang baru akan berganding bahu
dan bekerja secara bersama dan membuat keputusan
secara kolektif dalam membuat apa-apa ketetapan yang
diperuntukkan mengikut peraturan COB.

4. Moga kata sepakat dapat dicapai dalam mesyuarat EGM Makluman
yang diadakan serta berbakti kearah kesejahteraan semua
pamilik di Pangsapuri Sri Wira.

Pembentangan 1 : Usul Penstrukturan Parking Sri Wira

1.1 En. Mohd Fadly Bin Abu Bakar, selaku setiausaha
membentangkan usul Penstrukturan Parking.

1.2 Beliau menyatakan bahawa penstrukturan parking yang
1 dilaksanakan selepas AGM pada 26 Julai 2022 adalah tidak

sah berikutan telah melanggar perjanjian bersama
persatuan penduduk dan tidak mendapat kebenaran dari
COB

1.3 En. Fadly menyatakan bahawa Penstrukturan Parking akan

diteruskan bermula 7 Januari 2023. Bayaran RM30 sebulan Persetujuan sebulat
akan dikenakan untuk pemilik atau penyewa yang berminat suara perkara 1.3
untuk menyewa parking bagi kenderaan kedua. Manakala
sekiranya ada lebihan petak parking, kenderaan ketiga akan Persetujuan sebulat
dikenakan bayaran sebanyak RM50. suara perkara 1.4

1.4 Beliau menyatakan juga kelayakan bagi pemilik atau
penyewa yang berminat mestilah tidak mempunyai
tunggakan maintainance.Sekiranya ada yang mempunyai
tunggakan maintainance tetapi masih berminat, boleh
berbincang dengan pihak JMB. Perlu surat perjanjian
pembayaran secara konsisten selama tempoh yang diberi
mengikut syarat yang ditetapkan.

1.5 En. Fadly menyatakan bahawa pihak JMB bersetuju untuk Persetujuan sebulat
menyerahkan operasi penstrukturan parking kepada suara perkara 1.5
persatuan penduduk. Ini adalah berikutan tugas JMB yang
perlu dilaksanakan. Justeru itu, sokongan persatuan
penduduk adalah perlu memandangkan entiti Persatuan
Penduduk Pangsapuri Sri Wira juga adalah sah dibawah
ROS.

1.6 En. Fazlan menerangkan tentang pengoperasian dan Makluman
pelaksanaan parking.En. Faizal dilantik sebagai pegawai
operasi parking.

1.7 Beliau menyatakan kedudukan parking pelawat, parking AJK PPPSW
berbayar dan parking pemilik. Pihak PPPSW juga akan Makluman
menitikberatkan soal keselamatan, tugas pengawal
keselamatan dalam menyelia pelawat serta peraturan-
peratauran baru bagi pelawat.

1.8 Pn. Anita mencadangkan agar petak pelawat AJK JMB
diperbanyakkan dan diperuntukkan bagi setiap blok bagi AJK PPPSW
memudahkan pelawat yang hadir.

1.9 En. Wan mencadangkan agar palang yang menggunakan Persetujuan sebulat
kad akses dapat diselenggara dan dinaik taraf kepada yang suara perkara 1.9.
lebih selamat dan mesra pengguna. Begitu juga sticker dan
palang bagi motosikal perlu disediakan untuk keselamatan
penduduk.

2 Pembentangan 2 : Cadangan pembinaan Dewan Terbuka

2.1 En. Fadly membentangkan cadangan pembinaan dewan Makluman
terbuka yang terletak di bekas tapak tangka air lama.
Makluman semua bahawa perobohan tapak tangka air lama
tersebut adalah tidak mendapat kebenaran serta persetujuan
penduduk dan juga tidak mendapat kelulusan dari COB
berikutan tangka air tersebut adalah merupakan harta bersama
pemilik dan mempunyai kaedah tertentu untuk tujuan
pelupusan.

2.2 AJK JMB mencadangakan pembinaan tersebut dan memohon Persetujuan sebulat
persetujuan semua. Pembinaan dewan terbuka adalah untuk suara perkara 2.2
tujuan kegunaan semua penduduk bagi menjalankan aktiviti
mesyuarat, kenduri dan sambutan , aktiviti sukan Indoor, riadah
dan lain-lain lagi.Pembinaan tidak menggunakan sumber
kewangan dari JMB tetapi memohon sumbangan dari pihak
yang berkepentingan

2.3 Pihak JMB juga akan memohon pandangan daripada COB AJK JMB
berkaitan tindakan lanjut terhadap perobohan tangka air dan
pembinaan dewan terbuka.

2.4 En. Azmie mencadangkan agar pondok pos guard diberikan Persetujuan sebulat
keutamaan untuk dibesarkan terlebih dahulu memandangkan suara perkara 2.4
pondok tersebut sgt sempit dan tidak selesa bagi pengawal Tindakan AJK JMB
keselamatan. AJK JMB bersetuju dengan cadangan serta
melihat pada kedudukan kewangan JMB.

Pembentangan 3 : Cadangan pembinaan Taman Permainan

3.1 En. Fadly membentangkan cadangan pembinaan taman
permainan iaitu bersebelahan dengan kawasan lapang Blok C. Makluman

3.2 Kawasan tersebut sesuai dijadikan taman permainan/padang

3 serbaguna memandangkan kawasan permainan sedia ada
telah digunakan untuk kawasan surau.

3.3 Pn. Rosmawati mencadangkan agar taman permainan Persetujuan sebulat
sediaada dinaik taraf agar memberi keselesaan kepada kanak- suara perkara 3.2
kanak untuk bermain. AJK JMB bersetuju dengan cadangan Tindakan AJK JMB
dan melihat pada kedudukan kewangan terlebih dahulu.

4 Pembentangan 4 : Penjelasan Kedudukan kewangan terkini Rujuk Lampiran
JMB 2021/2022
Untuk makluman
4.1 En. Syaiful selaku bendahari membentangkan Persetujuan sebulat
kedudukan kewangan terkini JMB 2021/2022.(Rujuk suara perkara 4.3
Lampiran)

4.2 En. Shafiee memaklumkan bahawa kedudukan
kewangan yang agak terhad menyukarkan pihak JMB
untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan untuk
blok-blok yang terlibat dengan masalah pelbagai.
Justeru itu beliau menyeru agar semua pihak
memainkan peranan dan menunaikan tanggungjawab
sebagai pemilik/penyewa dalam memastikan
pembayaran maintainance dibuat.

4.3 En. Khairul mencadangkan agar jawatankuasa yang
terlibat dengan kewangan tahun 2019/2020 dan 2021
tidak boleh dilantik semula dalam jawatankuasa JMB
sehingga isu-isu berbangkit telah diselesaikan.

Penutup.

5.1 Pengerusi JMB mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua pemilik unit yang hadir pada EGM kali ini.
Beliau mengharapkan agar kerjasama yang lebih erat
dikalangan penduduk dapat membentuk keharmonian

5 dan keceriaan untuk Pangsapuri Sri Wira

5.2 Semua masalah atau aduan boleh dibuat terus kepada
pihak AJK JMB yang telah dilantik.Pejabat JMB juga
telah beroperasi seperti biasa.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30pm

Disediakan oleh :

..………………………..
(Mohd Fadly Bin Abu Bakar)
Setiausaha
Badan Pengurusan Bersama (JMB)
Pangsapuri Sri Wira
Jalan Ukay Perdana 2
68000 Ampang Selangor

Di sahkan oleh :

………………………………..
(Mohd Shafiee Bin Ismail)
Pengerusi
Badan Pengurusan Bersama (JMB)
Pangsapuri Sri Wira
Jalan Ukay Perdana 2
68000 Ampang Selangor


Click to View FlipBook Version