The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Intan nor mahsuri, 2023-08-27 11:04:36

Portfolio art and craft for young children

Portfolio

ART AND CRAFT PUAN SYAZA NAJIHAH BINTI RAHIM PORTFOLIO Disediakan oleh: Nama: intan nor mahsuri binti ajman nombor matrik: dec 09212080


KAD UCAPAN HARI GURU Pada 16 mei 2023 selasa, saya diberikan peluang untuk menyediakan kad ucapan hari guru kepada semua guru di malaysia. Bagi saya sepanjang menghasilkan kad ini saya merasa sangat gembira dan teruja untuk menyiapkannya supaya guru dapat melihatnya. Oleh itu pendapat saya mengenai kad kepada kanak-kanak adalah sangat bagus kerana mereka dapat mengeluarkan idea dan kreativiti mereka yang terpendam. Bukan itu sahaja, kanak-kanak juga dapat meluahkan perasaan mereka sepanjang menghasilkan kad tersebut.


LUKISAN BAYANGAN REFLEKSI: Pada 23 mei 2023 saya telah menghasilkan sebuah lukisan bayangan. Saya menamakan lukisan ini bayangan kerana ianya terhasil daripada imaginasi saya tentang alam semula jadi. Bagi saya, sepanjang menghasilkan lukisan ini saya dapat mengeluarkan emosi saya dan saya merasa tenang semasa menghasilkannya. Malah saya juga dapat merasakan satu kepuasan atau bangga selepas berjaya melihat hasil yang dilakukan. Bagi saya, lukisan atau aktiviti amat digalakkan untuk kanak-kanak kerana mereka dapat mengeluarkan bakat, emosi dan imaginasi mereka dengan jelas.


Pada 23 mei 2023 selasa, saya dan rakanrakan dipanggil untuk menghadiri meeting tentang teater gagak hendak ke mana. Kami diberikan penjelasan tentang teater tersebut. Malah kami juga dibahagi tugas masingmasing bagi menjayakan teater hendak ke mana gagak. Sepanjang meeting tersebut terdapat beberapa batch yang terlibat iaitu april december dan september. Kami juga diberikan ilmu secukupnya oleh pensyarah yang bertugas. meeting muzikal teater


Pada 25 mei 2023 khamis, saya telah mendapat peluang untuk melibatkan diri dalam pembuatan batik. Saya juga dapat mengenali salah seorang yang hebat iaitu dipanggil cikgu siwok. Cikgu siwok adalah salah seorang tenaga pengajar di kraf batik. Bukan itu sahaja, cikgu siwok juga sangatlah baik dan sentiasa berkongsi ilmu bersama kami. Antaranya, kami dikenalkan tentang lilin dan damar iaitu salah satu komponen yang penting dalam pembuatan batik. Malah cikgu siwok juga memberitahu kami tentang maksud batik iaitu batik berasal dari indonesia dipanggil `tik atau menulis tiktik-tiktik. Manakala ambatik pula bermaksud melukis, mewarna dan menitik. MENCANTING BATIK Selain daripada itu, cikgu siwok juga berkongsi pengalamannya sepanjang beliau berkecimpung di dalam dunia batik ini.Sebelum berada di tempat kejadian cikgu siwok memberikan kami tugasan supaa melukis dan melakar batik yang diinginkan di atas kertas A4 terlebih dahulu supaya dapat menjimatkan masa. Seterusnya, kami diberikan penjelasan untuk melukis atau menekap batik di atas kain yang diberikan. Bagi saya, dalam melukis batik dan menekap batik ini kita perlulah sentiasa peka dan berhati-hati supaya lukisan batik kelihatan kemas dan rapi.


Seterusnya, setelah selesai melukis kami juga diberikan penjelasan tentang bagaimana menggunakan lilin. Menurut cikgu siwok lilin tersebut perlulah dipegang dengan berhatihati mengikut keselesaan pelukis. Bukan itu sahaja, sebelum ingin memulakan lukisan lilin tersebut perlulah direndam di dalam lilin yang dipanaskan supaya memudahkan untuk mengikut garis lukisan.Cikgu siwok juga berpendapat bahawa, lilin tersebut hanya boleh bertahan sehingga dua kali lukisan sahaja. Setelah itu pelukis perlu merendam semula lilin tersebut. mencanting batik Seterusnya, setelah selesai menggunakan lilin kami diberi peluang untuk mewarna lukisan.Menurut cikgu siwok untuk mewarna ianya terpulang kepada kreativiti pelukis. Tetapi untuk menjadikan warna tersebut lebih cantik ianya bergantung kepada campuran air dan warna. Melalui air warna tersebut boleh menggembang hanya dengan satu sentuhan yang lembut. Akhir sekali, bagi saya sangatlah bagus dan ianya dapat mengawal emosi seseorang sehingga menjayakan lukisan batik ini. Emosi juga boleh dikawal melalui kekemasan, kesabaran dan kreativiti.


face painting Pada 30 mei selasa, saya dberikan peluang untuk menghasilkan face panting bersama rakan. Bagi saya, ianya agak sukar kerana ianya melibatkan anggota badan orang lain. Malah melalui aktiviti ini juga ianya tersangatlah memerlukan kesabaran yang tinggi semasa menghasilkannya. Saya mengatakan sedemikian kerana, sekiranya lukisan tersebut tidak menjadi ia perlu dipadam dan agak mencabar untuk melukis pada permukaan muka seseorang. Tetapi saya sentiasa seronok semasa menghasilkannya kerana saya dapat melawan rasa takut dan lebih yakin semasa menghasilkannya. Bagi saya, face painting ini juga menarik kepada kanak-kanak kerana ianya menarik dilukiskan pada permukaan muka. Lukisan yang dihasilkan juga menarik pada kanak-kanak. Melalui face painting juga dapat membantu kanak-kanak mengenal warna dan bentuk mengikut imaginasi mereka. ianya juga dapat mengajar kanak-kanak menghargai lukisan yang telah dihasilkan.


mobile art `jungle` Pada 6 jun 2023 selasa, saya diberi peluang untuk menghasilkan satu mobile art bertemakan jungle. Semasa menghasilkannya saya dapat mengeluarkan kreativiti yang sedia ada. Dalam menghasilkan mobile art ini saya hanya menggunakan bahan-bahan yang sedia ada seperti kertas warna, benang, gam dan pensel warna. Pendapat saya mobile art ini kepada kanak-kanak adalah mereka dapat melatih kemahiran motor halus mereka. Melalui memasukkan origami atau bentuk-bentuk yang dihasilkan ke dalam tali. Aktiviti ini juga boleh membantu kanak-kanak untuk menjadi lebih yakin dan mengawal emosi mereka. Malah secara tidak langsung ianya akan melatih kanak-kanak untuk mengingati dan berimaginasi tentang mobile art yang mereka hasilkan.


Pada 9 jun 2023 jumaat, saya diberikan tanggungjawab untuk menghasilkan sebuah poster tentang teater hendak ke mana gagak. Bagi saya sepanjang menghasilkan poster ini saya boleh mengeluarkan kreativiti yang sedia ada. Malah saya juga perlu menggunakan pemikiran yang ada untuk menarik perhatian kanak-kanak semasa melihat poster tersebut. poster hendak ke mana gagak


Bukan itu sahaja, sepanjang menjalankan aktiviti ini saya dapat mempelajari bersama-sama rakan tentang langkah-langkah menghasilkan phone straps. Seterusnya, antara bahan yang digunakan adalah manik dan juga tali. Akhir sekali, bagi saya aktiviti ini sangatlah bagus untuk dijalankan kerana ianya dapat mengeluarkan kreativiti seseorang dalam bermain bentuk manik dan warna-warna manik. manik `phone straps` Pada 12 Jun 2023 Isnin, saya telah melibatkan diri bersama-sama intake september kumpulan A dan B untuk menyediakan `phone straps` dan diberikan kepada pensyarah untuk program yang akan berlangsung di perlis sabtu dan ahad ini. Bagi saya sepanjang saya menghasilkan aktiviti ini saya mendapat satu pengetahuan baru dalam menjayakannya.


12 Jun 2023 isnin, saya berpeluang untuk menghadiri perbincangan bersama-sama unit multimedia. Melalui mesyuarat ini juga saya telah mendapat pelbagai ilmu baharu daripada pensyarah. Bukan itu sahaja, kami juga telah membincangkan tentang cara melukis dan membuat poster secara digital dan tradisional. meeting unit multimedia Antara perkara baharu yang saya pelajari adalah, cara lukisan poster hendak ke mana gagak, target utama poster kepada penonton, dan jenis video. Seperti reels, stop motion, teaser, trailer dan snippet. Malah saya juga mempelajari tentang cara membuat poster secara digital menggunakan canva menggunakan kesemua fungsi yang sedia ada. Akhir sekali, saya telah mendapat cara untuk menghasilkan sebuah poster seperti mengetahui konsep, idea, susunan dan akhirnya menghasilkannya.


Kanak-kanak kepada kanak-kanak dewasa kepada kanak-kanak kanak-kanak kepada dewasa dewasa kepada kanak-kanak dan dewasa video poster digital stop motion tiktok / reels Paper cut collage ibis paint (cut out) Kami juga perlu mengenal pasti jenis penonton di muzikal teater hendak ke mana gagak. Antara jenis penonton yang kami dapati adalah: Manakala bagi sosial media pula terbahagi kepada: Bagi konsep atau style juga terbahagi kepada:


20 Jun 2023, selasa saya telah mengambil peluang untuk membincangkan bersama pensyarah tentang “animation video”. Sepanjang perbincangan saya mendapat ilmu baharu iaitu cara menarik minat orang ramai untuk melihat muzikal teater hendak ke mana gagak. Saya juga mempelajari cara penulisan yang bagus seperti memainkan warna dengan penulisan iaitu”font” yang sesuai penulisan ini juga seeloknya tidak “underline”. Bukan itu sahaja, saya juga mendapat pengetahuan tentang jenis warna iaitu “primery colour” iaitu warna putih, kuning dan biru. Akhir sekali, saya juga mempelajari tentang jenis “sound” yang sesuai untuk digunakan. Serta perlulah meletakkan setiap logo yang ada di dalam video tersebut sebagai pengetahuan kepada orang ramai. Seperti logo ucmi, maiwp, logo tcc dan the childhood chapter. MEETING ANIMATion VIDEO


dapat membantu kanak-kanak menjadi lebih fokus dapat mempertingkatkan kemahiran imaginasi dan kreativiti dapat membantu mengawal emosi sepanjang penghasilan dapat mempertingkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak dapat memperkembangkan kreativiti mereka dengan lebih meluas dapat menghargai hasil kerja sendiri dan rakan-rakan dapat mengenal jenis bunga dengan betul dan tepat dapat mengetahui cara pembuatan bunga selain melukis iaitu menggunakan kertas dapat mengawal emosi dan lebih fokus 4 Julai 2023 selasa, saya telah diberikan tanggungjawab untuk menghasilkan `paper bag craft`.Sepanjang penghasilan paper bag craft ini saya dapati aktviti ini dapat membantu kanak-kanak: Bukan itu sahaja, melalui aktiviti ini antara objektif yang dapat dicapai adalah kanak-kanak dapat: Akhir sekali, pembuatan paper bag craft ini juga bagi saya sangat membantu mereka untuk berjimat cermat. Contohnya, melalui pembuatan aktiviti ini hasil daripada kanakkanak tersebut boleh diguna pakai semula. PAPER BAG CRAFT


11 julai 2023, selasa iaitu kami diberikan tanggungjawab untuk menyiapkan lesson plan dan membincangkan tentang aktiviti art and craft. Sepanjang perbincangan kesemua ahli kumpulan memberikan kerjasama dan mengeluarkan idea aktiviti yang menarik. 12 julai 2023, rabu iaitu kami diberikan penerangan tentang lesson plan. Bukan itu sahaja, pensyarah juga turut memberikan contoh dan peluang untuk menyiapkan dan memperbetulkan semula lesson plan yang sedia ada. Selain itu, kami juga diberikan peluang untuk memperbetulkan semula draf aktiviti yang bakal dijalankan di SACC MALL tersebut. lesson plan dan draf art and craft


pembuatan costume dapat mempelajari cara membentuk dan menghasilkan sebuah costume dengan betul dapat mengawal dan mempertingkatkan domain emosi, sosial dan kognitif dapat memerkuatkan daya imaginasi kanak-kanak dengan tepat 18 julai 2023, selasa iaitu selepas perlepasan daripada pensyarah saya mula membantu unit costume untuk menyiapkan kerja mereka. Melalui pembuatan costume sangatlah memerlukan kekemasan dan teliti. Hal ini kerana hasil kerja tersebut perlulah setimpal dengan tugasan yang diberi. Melalui gambaran di atas adalah saya membantu untuk membntukkan dawai tersebut menjadi sebuah bentuk ekor. Seterusya, dalam menjadikan dawai tersebut sebuah bentuk ekor ianya juga mempunyai cabarannya. Antaranya memerlukan kerjasama bersama untuk memegang dan membentukkannya. Di samping itu, pembuatan costume juga boleh diterapkan kepada kanakkanak untuk mereka mempelajari cara membentuk dan menghasilkan sebuah costume. Antara objektifnya pula kanak-kanak dapat:


pembuatan costume dapat mempertingkatkan kemahiran motor halus mereka dengan betul dapat mempelajari cara memotong kain dengan betul dan tepat dapat mempertingkatkan kemahiran kognitif dengan betul dan tepat 19 Julai 2023 rabu, saya juga turut sambung membantu pembuatan costume di asrama.Selepas selesai membentuk menggunakan dawai kami mula memotong kain dan menjahit mengikut bentuk yang sedia ada. Selain itu, sepanjang penghasilan ini saya dapati ianya dapat membantu seseorang tersebut untuk menjadi lebih fokus dan teliti dengan hasilnya. Bagi objektifnya pula terhadap kanak-kanak saya dapati:


dapat menghargai hasil ciptaan bersama dapat melatih dan mengawal emosi seseorang untuk memastikan hasil kerja tersebut kemas 25 julai 2023, selasa selepas kelas bersama pensyarah kami diberikan masa untuk menyiapkan kostum yang sedia ada. Saya dan rakan-rakan yang lain turut membantu menyiapkan pembuatan costume bersama. Antara perkara yang kami siapkan adalah menjahit lebihan kain untuk dijadikan pemegang sewaktu memakainya. Bukan itu sahaja, kami juga turut kemaskan jahitan dan menambahbaikkan lagi costume yang kami sediakan. Bagi objektif yang saya dapat sepanjang penghasilan costume ini adalah: Pembuatan costume


kotak warna air kertas warna A4 belon dapat berkomunikasi dengan rakan rakan dapat mengawal emosi sepanjang penghasilan bahan dapat bekerjasama dan mengeluarkan kreativiti sendiri secara bersama-sama 26 julai rabu , kami menyediakan bahan-bahan untuk “play station” bagi. Sepanjang persediaan kami bekerjasama dan mengeluarkan sedikit sebanyak idea untuk menyiapkan hiasan “play area”. Bagi kumpulan saya kami mendapat permainan “messy play”.Oleh itu kami menyediakan bahan dan hiasan menggunakan barangan terpakai. Antara bahan yang kami gunakan adalah: Antara objektif yang kami dapat sepanjang menyediakan bahan ialah: Persediaan bahan play area


Persediaan bahan play area dapat mempelajari tentang jenis warna air dengan betul dapat menggunakan peluang yang ada untuk mencampurkan warna dapat mempelajari cara mewarna menggunakan berus dapat melatih motor halus kanak-kanak dengan menggunakan warna dan memegang berus cat Bukan itu sahaja, sepanjang menghasilkan bahan tersebut kami berpeluang untuk membincangkan dan bekersama dalam mengeluarkan idea. Malah kami juga mendapat suatu pengalaman yang baharu. Antara objektif yang didapati sepanjang penghasilan bahan ialah:


3 Ogos 2023 Khamis, saya turut membantu unit logistik dan juga unit pa sistem. Hal ini di mana, saya turut membantu mereka menyediakan barangan sebelum dibawa turun untuk dinaikkan ke atas lori dan bergerak ke Sacc Mall Shah Alam. Bukan itu sahaja, saya turut mendapat peluang untuk membantu unit pa sistem. Hal ini di mana, saya diberikan amanah untuk mengambil pa sistem di Mid valley. Setelah selesai, saya dan rakan-rakan yang lain membuat persiapan dan persediaan iaitu bergerak ke Sacc Mall Shah Alam dan tiba pada pukul 10 malam di sana. Antara perkara yang kami lakukan pada malam tersebut adalah, menyiapkan persiapan serta menghias bahagian "play area" masing-masing sehingga selesai. Persiapan ncic 2023


Bukan itu sahaja, pada malam Khamis 3 ogos 2023 itu juga, kami bekerjasama untuk menyiapkan tempat "play area" masing-masing mengikut slot yang ditetapkan. Bukan itu sahaja, kami juga saling membantu untuk menyiapkan meja dan kerusi di bahagian vendor atas dan juga kegunaan industri di bahagian bawah. Selain itu, kami juga membantu bahagian "play area" iaitu slot pertama untuk menghias dan menyiapkan bahagian permainan mereka. Bagi bahagian bawah pula kami bekerjasama menyusun meja dan kerusi untuk kegunaan industri yang dijemput hadir. Di samping itu, kami juga turut membantu dan membawa barangan "play area" yang diperlukan ke tingkat 2 dan menyusun mengikut bahagian masing-masing. Persiapan ncic 2023


Berikut merupakan keadaan pada malam 4 Ogos 2023 jumaat. Semasa ketibaan kami diberikan arahan untuk membantu mempersiapkan bahagian bawah seperti pintu gerbang, bahagian pentas dan juga pa sistem. Bukan itu sahaja, malam tersebut juga merupakan latihan penuh sebelum berlangsungnya program pada hari Sabtu. Terdapat juga beberapa kumpulan berada di tingkat 2 untuk menghias dan membuat persiapan akhir di bahagian "play area" mereka. Setelah selesai membuat persiapan kami dipanggil untuk menjalankan latihan penuh bersama semua persembahan yang terlibat. Seperti muzikal teater, energizer dan juga hikari muzikal. Semasa latihan penuh, kami diberitahu dan diterangkan tentang tentatif program yang akan berlangsung pada Sabtu. Terdapat juga semua persembahan mempersembahkan dan mengubah sikit demi sedikit tentang susunan mereka sebelum berlangsungnya hari program. Persiapan ncic 2023


Berikut merupakan hari kejadian program iaitu 5 Ogos 2023 Sabtu. Untuk bahagian "play area" slot bagi kumpulan saya adalah slot ke tiga iaitu pada pukul 4. Oleh itu sementara menunggu giliran dan waktu untuk slot pertama dan kedua mengemas kami membantu untuk memantau kanak-kanak yang berada di "play Area". Bukan itu sahaja, kami juga turut mempromosikan dan memanggil ibu bapa yang hadir untuk mendaftarkan anak mereka melibatkan diri bersama-sama. Selain itu, bagi pertukaran slot permainan setiap permainan akan memulakan slot mereka selama satu jam dan akan mengemas dan menyediakan barangan bagi slot kedua selama satu jam. Oleh itu sepanjang mengemas setiap slot "play area" kami akan memasang lagu supaya dapat menarik dan mengubah perhatian ibu bapa dan kanakkanak untuk memastikan suasana menjadi ceria. Program ncic 2023


Kanak-kanak dapat melatih motor halus mereka melalui merasa tekstur cat warna air menggunakan jari jemari mereka. Kanak-kanak dapat bersosial dan berinteraksi bersama semasa menjalankan aktiviti dengan Kanak-kanak dapat mengembangkan lagi kemahiran berfikir dan daya imaginasi mereka untuk membentuk rainbow walking dengan warna yang disediakan. Setelah tiba pada slot petang iaitu pada pukul 4 sehingga 5. Saya mula menyediakan barangan dan bersedia untuk menyambut kanak-kanak hadir ke setiap play station yang ada. Seterusnya, sepanjang permainan play area "messy play" dijalankan kelihatan ramai kanak-kanak yang teruja dan seronok menjalankan aktiviti. Bagi art and craft kami menggunakan permainan rainbow walking. Antara objektif yang dapat dilihat adalah: Program ncic 2023


Berikut pula merupakan gambaran pada hari ahad iaitu 6 Ogos 2023. Pada hari ahad bagi play area terdapat beberapa perubahan iaitu akan ada play area yang berada di bahagian bawah dan ada yang berada di bahagian atas. Hal ini bertujuan supaya, para ibu bapa dan penjaga dapat memeriahkan lagi di bahagian bawah dan dapat mempromosikan bahagian play area di bahagian atas. Bukan itu sahaja, sepanjang program saya dapati ramai ibu bapa dan kanak-kanak yang berminat untuk mengetahui lebih lagi tentang permainan yang sedia ada dan juga jenis industri yang ada di bahagian bawah. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu ibu bapa tersebut mengetahui ilmu baharu dari segi membentuk perkembangan anak mereka. Kelihatan kanak-kanak juga sangat seronok dan dapat mencapai objektif yang ingin disampaikan sepanjang aktiviti play area dijalankan. Bukan itu sahaja, para pelajar juga menarik perhatian kanak-kanak melalui lagu,tarian dan maskot. Program ncic 2023


Seterusnya, bagi pada hari ahad juga para pelajar membuat penambahbaikkan iaitu memberikan hadiah sebagai tanda penghargaan kanak-kanak hadir ke bahagian play area menggunakan belon. Perkara ini sangatlah membantu dan menjadikan kanak-kanak tersebut berasa sangat teruja dan seronok untuk menyertai pelbagai jenis permainan yang disediakan. Bukan itu sahaja, semasa permainan dijalankan terdapat juga ibu bapa memberikan peluang kepada pelajar untuk membimbing anak mereka menyertai permainan di play dan hanya memantau daripada luar. Perkara ini secara tidak langsung telah mewujudkan satu hubungan yang baik antara ibu bapa dan pelajar. Akhir sekali, setelah selesai semua pelajar bekerjasama membersihkan bahagian play area masing-masing untuk dibawa pulang ke asrama mereka. Dalam proses pembersihan tersebut terdapat juga yang turut membantu bahagian bawah untuk mengemas dan menyusun semula barangan yang digunakan. Program ncic 2023


Selepas program ncic 2023 Selepas program iaitu 15 Ogos 2023 Selasa, berikut merupakan hari terakhir kelas bersama pensyarah. Oleh itu pensyarah telah memberikan arahan untuk "final assessment" dan juga telah memberikan maklum balas tentang program yang telah selesai di langsung kan. Menurut pensyarah program yang telah berjaya di langsung kan sangat memberikan kesan yang positif dan membantu para pelajar sendiri untuk memperkenalkan kemahiran yang mereka sedia ada untuk digunakan semasa praktikal. Hal ini juga dapat memperkenalkan kolej tersebut kepada orang ramai.


Click to View FlipBook Version