The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by suboh78, 2021-02-20 07:40:07

SEJARAH RINGKAS KALABAKAN

SEJARAH RINGKAS KALABAKAN

SEJARAH RINGKAS
KALABAKAN

KALABAKAN

Kalabakan merupakan sebuah kampung tertua dalam Daerah Tawau. Kampung ini dipercayai
wujud sejak tahun 1618 lagi. Kampung ini terletak kira-kira 108 km dari bandar Tawau. Penduduk asal
Kampung Kalabakan ini berbangsa Tidung dan beragama Islam. Walaubagaimana pun mereka masih
juga mengekalkan adat resam nenek moyang mereka terutama apabila mengalami kematian ataupun
merayakan majlis kenduri kendara.

ASAL USUL SEJARAH PENTADBIRAN
KALABAKAN

Kalabakan yang dipercayai wujud sejak tahun 1618 diketuai oleh seorang ketua yang memakai gelaran
Pengeran. Dipercayai Pengeran Temenggung Mohamad Bin Pengeran Maulana merupakan Pengeran
pertama yang telah membuka Kampung Kalabakan bukti adalah kuburan beliau yang masih ada terdapat
di Tanah Perkuburan Lama Kampung Kalabakan sehingga kini.

Pengeran Temenggung Mohamad Bin Pengeran Maulana mempunyai tiga orang sepupu iaitu Pengeran
Mohamad Ali Bin Pengeran Hashim, Pengeran Saripa Bin Pengeran Mohamad dan Pengeran Salleh Bin
Pengeran Muhammad.Pengeran.

Temenggung mempunyai dua orang isteri. Beliau telah berkahwin dengan isteri pertama beliau yang
bernama Dayang Seri Banun iaitu salah seorang anak kepada sultan Bolongan.

Manakala, isteri kedua beliau bernama Dayang Siti Binti Muhammad saudara kepada Imam Salleh
lebih dikenali sebagai Topi Merah dikalangan penduduk Kalabakan.Pengeran Temenggung Bin
Pengeran Maulana dipercayai memerintah Kampung Kalabakan selama lebih kurang 20 tahun.

Apabila Pengeran Temenggung Bin Pengeran Maulana meninggal dunia. Selepas cukup empat
bulan,maka penduduk kampung pada masa itu telah bermuafakat agar sepupu beliau Pengeran
Saripa Bin Pengeran Mohamad menggantikan allahyarham Pengeran Temenggung Muhamad sebagai
ketua bagi masyarakat Tidung Kalabakan yang baru. Apabila Pengeran Saripa meninggal
dunia,tempat beliau digantikan oleh Pengeran Salleh Bin Pengeran Mukamad atau lebih dikenali
dengan katib Imam Salleh (Topi Merah) kerana beliau selalu memakai topi tarbus yang berwarna
merah.

Nota: Mengikut adat orang Tidung setelah empat bulan(100 hari lebih seseorang ketua itu meninggal
dunia,barulah penggantinya dilantik secara warisan turun temurun ).

PEMIMPIN (KETUA KAMPUNG) SEMASA
KEDATANGAN BRITISH SEHINGGA SEKARANG

IMAM SALLEH BIN HAJI CHALANA

NC SULAIMAN BIN IMAM SALLEH

EN. BAKAR BIN IMAM SALLEH
EN. DURAHIM BIN BASARAN
EN. SUPING BIN AJAK

TN. HAJI IMRAN BIN HAJI OMAR
EN. ASMADI BIN SUPING

ASAL USUL SEJARAH NAMA
“KALABAKAN”

Asal usul Kampung Kalabakan,Menurut ceritanya Tidung Kalabakan ini telah lama menduduki di kawasan Sungai
Tawau.Nama Tawau diambil sempena perkataan tawau iaitu merupakan satu cara orang Tidung memancing ikan pada masa
itu iaitu pancing yang dipacak ditepi sungai kemudian dibiarkan semalaman dan akan dilihat pada hari esoknya.Mereka
merasakan Sungai Tawau pada masa itu tidak sesuai sebagai tempat penempatan kerana orang Tidung suka hidup dengan
mencari hasil hutan seperti damar dan rotan yang dipercayai kurang didapati pada masa itu di sepanjang sungai Tawau.Dari
Sungai Tawau,mereka berpindah ke suatu tempat yang dinamakan Binkulan.Berhampiran laut Tawau.Kemudian berpindah
lagi ke suatu tempat baru yang berhampiran dengan Hulu Sungai yang dikenali sebagai Umas Umas pada masa kini.

UMAS bermaksud keringat dalam bahasa Tidung( Kerena terlalu letih dan berkeringat maka tempat persinggahan
mereka ini dinamakan Umas Umas. Sebelum sampai ke Kalabakan mereka singgah seketika di sungai Brantian,(
Brantian merupakan tempat perhentian bagi mereka sebab itu dinamakan brantian maksudnya tempat berhenti,
sebelum ke sungai Sipaku menurut ceritanya nama sipaku diambil dari perlakuan mereka yang mengunakan kayu Bulian
sebagai paku, bila mereka membuat perahu.

Dari sungai Sipaku mereka meneruskan perjalanan ke Kalabakan.Penempatan pertama mereka ialah di sebuah tempat yang
bernama MENGKU.Mereka tidak lama disitu,kerana pada masa itu kononnya mereka diserang sejenis penyakit yang
banyak membunuh orang-orang Tidung pada masa itu.Kemudian mereka berpindah lagi ke Hulu Sungai Kalabakan,
mereka tidak lama di situ,setelah seragan penyakit itu reda mereka kembali semula ke Mangku. Di Mangku dipercayai
lebih kurang 15 buah buah rumah pada masa itu.Nama Mangku ini diambil kononnya apabila berlaku sesuatu
kematian di kalangan suku ini,mereka hanya memangku mayat tersebut yang diluruskan apabila hendak
memandikan simati.Kemudian,pengeran yang menjadi ketua pada masa itu sekali lagi membawa orang-orangnya
berpindah ke Hilir Sungai yang dinamakan Piasau Tikes(Kebun Sapi).

Tikes maksudnya sepohon kelapa yang mengecil hujung pokoknya dan hamper putus.Mereka suka tinggal disini
disebabkan mereka mudah mendapat makanan dan juga hasil laut.Menurut ceritanya kehidupan mereka disini amat
makmur dengan pelbagai hasil, sehinggalah mereka menamakan tempat itu sebagai nama “Kaap Ngakan” Keaa bakan……
atau maksudnya mudah mendapatkan makanan disebabkan hasil hutan yang banyak.(Sekarang bertukar menjadi
Kalabakan.Apabila kawasan ini selalu dilanda banjir besar,maka penduduk kampung berpindah ke seberang sungai pada
tahun1950an.Sehinggalah pada tahun 1965 sekali lagi penduduk Kalabakan berpindah ke seberang sungai yang kini telah
dikenali sebagai Kampung Rancangan Kalabakan.

# Cerita ringkas Kalabakan ini diceritakan oleh En. Diwan Bin Husin yang diwarisinya dari nenek moyang beliau.

BAHAN RUJUKAN - LAMAN SESAWANG PSS

LAMAN SESAWANG
PSS SK KALABAKAN TAWAU

https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/pss-skkalabakan/home?authuser=1

PAGE FACEBOOK
PSS SK KALABAKAN TAWAU

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/PSS.SKKALABAKANTAWAU/


Click to View FlipBook Version