The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Aini Mohassan, 2019-02-11 02:41:26

KP K1- KSK1033

KERTAS PENERANGAN K1

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN
VOKASIONAL,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
ARAS 5 DAN 6, BLOK E 14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN

KOD DAN NAMA PENILAIAN PRESTASI
PROGRAM / TEKNOLO(PGRI SOISJTEEKM)KOMPUTER DAN RANGKAIAN
PROGRAM’S CODE &
NAME IP ADDRESSING AND SUBNETTING

TAJUK MODUL/ MODULE
TITLE

TAHAP / LEVEL L1

NO. DAN TAJUK UNIT K1 : STATE THE NETWORK PROTOCOLS AND ITS
KOMPETENSI / APPLICATIONS

COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

NO. DAN PENYATAAN 1.1 State the OSI Model Protocols and Architecture
AKTIVITI KERJA / WORK 1.2 Define the TCP/IP Protocol
ACTIVITIES NO. AND
STATEMENT 1.3 State the Relationship of Network Addressing and Devices

NO. KOD / CODE NUM. KSK1033/K01/P(1/5) Muka / Page : 1
Drpd/of : 17

TAJUK/TITLE : STATE THE NETWORK PROTOCOLS AND ITS APPLICATIONS

TUJUAN/PURPOSE: Menerangkan mengenai lapisan protokol di dalam model
rangkaian OSI yang mana, terdapat 7 lapisan iaitu lapisan
aplikasi, lapisan persembahan, lapisan sesi, lapisan
pengangkutan, lapisan rangkaian, lapisan pautan data dan
lapisan fizikal. Lapisan ini digunakan sebagai panduan
semua perisian dan perkakasan.

NO. KOD / CODE NUM. KSK1033/K01/P(1/5) MUKA / PAGE : 2
DRPD / OF : 17

PENERANGAN / INFORMATION:
Definisi Model Rangkaian OSI

 OSI atau dikenali sebagai Open System Interconnection.
 Penerangan berlapis abstrak.
 Untuk reka bentuk komunikasi dan protokol rangkaian komputer
 Ia juga dipanggil model tujuh lapis OSI.
OSI (Open Systems Interconnection ) merupakan model lapisan sistem komunikasi
dalam bentuk visual. Model ini telah diperkenalkan oleh International Organization
for Standardization (ISO) pada akhir tahun 1970, yang menerangkan tentang
peringkat model sistem komunikasi melalui tujuh (7) lapisan berlainan fungsi;
Application,Presentation, Session, Transport, Network, Data Link, dan Physical

KONSEP ASAS SENI BINA RANGKAIAN.

1. Seni bina rangkaian biasanya dianalisakan berdasarkan model berlapis
(layered model).

2. Tugas yang diperlukan untuk menghantar sesuatu mesej daripada penghantar
kepada penerima dibelah-bahagikan menjadi beberapa tugas yang lebih mudah
dilaksanakan.

3. Dengan model OSI itu, setiap pengeluar dikehendaki mengikut standard terbabit
untuk memudahkan peralatan yang dicipta berkomunikasi dengan peralatan yang
dikeluarkan oleh pengeluar lain.

4. Di setiap lapisan pada OSI mempunyai hubung kait yang kuat dan setiap lapisan
itu dipanggil ‘lapisan protokol’.

5. Model OSI adalah satu panduan dan bukannya satu perisian atau perkakasan.

6. Ia digunakan sebagai satu rujukan untuk dipatuhi oleh semua pengeluar perisian
dan perkakasan sebarang masalah.

7.OSI membahagikan senibina kepada 7 lapisan (seven layers OSI). Setiap lapisan
ada fungsi-fungsi yang tersendiri dan selalunya dilaksanakan melalui perisian atau
perkakasan. Satu-satu aplikasi supaya produk mereka boleh disambungkan kepada

NO. KOD / CODE NUM. KSK1033/K01/P(1/5) MUKA / PAGE : 3
DRPD / OF : 17

sistem rangkaian tanpa berhubung dalam rangkaian memerlukan 7 lapisan
perkhidmatan OSI.

1. Lapisan Fizikal
 Bertanggungjawab terhadap penghantaran bit-bit data.
 Mentakrifkan spesifikasi mekanikal, elektrikal, fungsian dan prosedur

penghantaran bit-bit data.
 Biasanya dilaksanakan secara perlaksanaan.

2. Lapisan Pautan Data
 Memastikan perhubungan fizikal antara dua peranti komunikasi bebas ralat

iaitu pengecaman ralat, pembetulan ralat dan penghantaran semula.
 Menakrifkan protokol penghantaran data antara 2 komputer, membuat definisi

permulaan dan akhiran data, menakrifkan penyelesaian jika lebih daripada
satu komputer ingin menggunakan media penghantaran dan mengawal aliran
data.
 Antara protokol kawalan penghantaran data adalah seperti High Level Data
Link Control (HDLC), Synchoronous Data Link Control (SDLC) dan Binary
Synchoronous Communication (BSC).

3. Lapisan Rangkaian

 Mengurus routing (switching and addressing).

NO. KOD / CODE NUM. KSK1033/K01/P(1/5) MUKA / PAGE : 4
DRPD / OF : 17

 Menentukan jalan yang akan dilalui.
 Antara kaedah switching yang dilakukan adalah packet switching dan circuit

switching.
 Antara protokol yang popular adalah X.25 dan Frame Relay.

4. Lapisan Pengangkutan
 Bertanggungjawab memastikan penghantaran data antara computer sumber

dan destinasi (biasa juga dipanggil komunikasi end-to-end / host-to-host).
 Lapisan ini memecahkan data yang hendak dihantar kepada bingkisan-

bingkisan (packets) kecil.

5. Lapisan Sesi
 Bertanggungjawab untuk sambungan dan mengawal dialog antara dua

komputer, memulakan, mengekal dan memutuskan perhubungan.
 Mengawal mod dialog; half duplex atau full duplex.
 Mengurus log-in.

6. Lapisan Persembahan
 Bertanggungjawab kepada format data (termasuk pertukaran jenis data :

ASCII EBCDIC.
 Mampatan dan pengengkripan.

7. Lapisan Aplikasi

 Bertanggungjawab menyediakan kemudahan kepada pengguna untuk
menggunakan aplikasi dalam rangkaian.

 Antara piawaian yang ada adalah seperti SMTP dan POP3 (untuk
penggunaan mel elektronik), HTTP (untuk WWW), FTP, Telnet dan lain-lain.

NO. KOD / CODE NUM. KSK1033/K01/P(1/5) MUKA / PAGE : 5
DRPD / OF : 17

Pakej Data (Data Packages)

Berdasarkan visual lapisan OSI dan lapisan Protokol TCP/IP maka dapat,
dinyatakan bahawa setiap lapisan memainkan peranan penting dalam proses
komunikasi. Secara analogi, lapisan application, presentation dan session
memanipulasi pakej data untuk menghasilkan maklumat yang relevan. Ringkasnya,
perubahan pakej data pada setiap lapisan menghasilkan bentuk pakej data unik di
antara lapisan-lapisan seterusnya. Pakej data yang terhasil boleh dijelaskan secara
konkrit berdasarkan Diagram seperti berikut:

Pakej 'data' yang dihasilkan pada lapisan aplikasi dikenali sebagai 'message'.
Sebelum pakej data menghasilkan 'mesej' dilapisan aplikasi, ianya mesti melalui
lapisan transport yang membawa pakej data yang berbentuk 'segment'.
Dilapisan network perubahan pakej data dikenali sebagai bentuk 'packets'.
Lapisan data link (kad NIC) pakej dikenali sebagai 'Frames'.
Dilapisan media atau physical 'Frames' akan dipecahkan kepada serpihan 'bits'
yang menghubungkan infrastruktur rangkaian

NO. KOD / CODE NUM. KSK1033/K01/P(1/5) MUKA / PAGE : 6
DRPD / OF : 17

Transmisi pakej data

Definisi Frames, Packets, Segment.

Frames

Dalam rangkaian, bingkai (frames) ialah unit data. Satu bingkai kerja-kerja untuk
membantu mengenalpasti paket data yang digunakan dalam struktur rangkaian dan
telekomunikasi. Bingkai juga membantu menentukan bagaimana data penerima
mentafsir aliran data dari sumber.

Packets

Paket ialah satu unit data binari yang mampu dialirkan melalui rangkaian
komputer. Untuk meningkatkan prestasi komunikasi dan boleh dipercayai, setiap
mesej yang dihantar antara dua peranti rangkaian sering dibahagikan kepada paket
oleh perkakasan asas dan perisian. Bergantung kepada protokol yang mereka
perlukan untuk menyokong, paket dibina dalam beberapa format paket standard.

Format paket biasanya merangkumi header, body mengandungi data mesej (juga
dikenali sebagai muatan), dan kadang-kadang footer (juga dikenali sebagai treler).
Pengepala paket menyenaraikan destinasi paket (dalam paket IP, alamat IP
destinasi) dan sering menunjukkan panjang data mesej. Yang footer mengandungi
data yang menandakan akhir paket seperti urutan khas bit.

Segments

Segmen adalah subset khas dikonfigurasikan rangkaian yang lebih besar.
Sempadan segmen rangkaian yang ditubuhkan oleh peranti mampu mengawal
aliran paket ke dalam dan keluar dari segmen, termasuk router, switch, hub, bridges,
ataupun gerbang multi-homed.

Pereka rangkaian mewujudkan segmen untuk komputer yang berkaitan secara
fizikal berasingan ke dalam kumpulan. Kumpulan ini boleh meningkatkan prestasi
rangkaian dan keselamatan. Dalam rangkaian Ethernet, sebagai contoh, komputer
menghantar banyak paket siaran ke rangkaian, tetapi hanya komputer lain di
segmen yang sama dapat menerimanya.

Protokol TCP/IP

Untuk lebih memahami Protokol TCP/IP secara lebih jelas, maka keterangan
berkaitan terma TCP/IP akan diperincikan. Transmission Control Protocol / Internet
Protocol (TCP/IP) merupakan protokol global atau dikenali sebagai lingua franca
untuk komunikasi di antara rangkaian (inter-networking) atau internet. Terdapat
pelbagai komponen yang berfungsi diantara satu sama lain di dalam lapisan model
protokol TCP/IP dapat digambarkan seperti berikut:

NO. KOD / CODE NUM. KSK1033/K01/P(1/5) MUKA / PAGE : 7
DRPD / OF : 17

IP address atau Internet Protocol Address juga dikenali sebagai logical
address. IP Address yang biasa digunakan adalah di dalam format dotted atau
decimal. Ianya terdiri daripada empat nombor Octet yang dipisahkan oleh period
atau dot. Berikut merupakan satu contoh IP Address:

202.179.109.150

TCP/IP – Transmission Control Protocol / Internet Protocol adalah satu
protokol yang diterima pakai untuk kegunaan Wide Area Network (WAN), Local Area
Network (LAN) atau internet. Ianya merupakan sejenis peraturan yang
memungkinkan kumpulan komputer dapat berkomunikasi dan bertukar data di dalam
suatu jaringan. Ia adalah satu landasan yang menghubungkan satu rangkaian
dengan rangkaian lain dengan mengenali sistem pernomboran yang dikenali
sebagai alamat IP.

NETWORK LAYERS OF TCP/IP PROTOCOL SUITE

1. NETWORK LAYER PROTOCOL

 Fungsi lapisan ini sama seperti lapisan Pengangkutan (Transport) yang ada di
dalam model OSI.

 Berfungsi untuk memberi servis kepada lapisan Aplikasi dan memastikan
komunikasi dan penghantaran data dapat dilakukan dengan baik tanpa
kesilapan (error-free).

 Ia mengawal susunan paket (packet sequence) dan integriti data (data
integrity).

 Terdapat dua protokol di dalam lapisan ini:

1. Transmission Control Protocol (TCP)

2. User Datagram Protocol (UDP)

NO. KOD / CODE NUM. KSK1033/K01/P(1/5) MUKA / PAGE : 8
DRPD / OF : 17

Transmission Control Protocol (TCP)

 Ramai orang mengetahui Internet yang kita gunakan menggunakan protokol
TCP/IP tanpa mengetahui bahawa TCP dan IP merupakan dua benda yang
berlainan.

 TCP merupakan teknik bagaimana data akan dibawa kelapisan yang lain.
 Didalam Model OSI, TCP berada di dalam lapisan Pengangkutan (Transport),

manakala di dalam Model DOD berada di dalam lapisan Host-to-Host. Di
dalam kedua-dua Model ini, pembawa data untuk mengunakan IP hanyalah
TCP dan UDP.
 Di dalam lapisan Host-to-Host, TCP mengambil data dari lapisan
aplikasi/proses dan memecahkan data tersebut dalam bentuk segmen
(segment). Masa ini, setiap segmen akan diberi nombor mengikut urutan
supaya segmen ini dapat disusun semula oleh TCP pada penerima.
 Setiap penghantaran segmen, protokol TCP akan menunggu pengesahan
(acknowledgement) dari penerima.
 Sekira pengirim tidak menerima pengesahan, segmen tersebut akan hantar
semula. Sebelum penghantaran boleh dibuat, mesti terdapat perhubungan di
antara TCP pengirim dan TCP penerima.
 Kesepakatan dalam menentukan jumlah segmen yang perlu dihantar sebelum
pengesahan dilakukan, diproses di sini.
 Hasilnya terbentuklah satu perhubungan yang dikenali sebagai talian maya
(virtual circuit). Ini menyebabkan TCP dikenali sebagai Connection –Oriented.
Dalam erti kata lain, Sekiranya Abu ingin menghantar barang kepada Ali,
maka Abu perlu mendapatkan pengesahan dahulu yang Ali ada di rumahnya.
Setelah itu barulah Abu dapat menghantar barang tersebut.

User Datagram Protocol (UDP)

 Pengirim akan menghantar data tanpa perlu menunggu balasan dari pihak
penerima. Dengan kata lain, pengirim tidak ambil peduli sama ada data
tersebut sampai ke destinasi atau tidak. Ini seperti kita melancong keluar
negara, dari situ kita menghantar poskad ke kampung.

 Kita tidak perlu tahu sama ada poskad yang kita hantar sampai ke destinasi
atau tidak.

 Pemindahan data menggunakan pembawa UDP mempunyai kurang
overhead berbanding dengan TCP kerana header UDP tidak mempunyai data
sequencing, acknowledgements atau flow control.

 Ini membuat UDP sesuai digunakan untuk penghantaran data seperti email.
 UDP juga dikenali sebagai connectionless.

NO. KOD / CODE NUM. KSK1033/K01/P(1/5) MUKA / PAGE : 9
DRPD / OF : 17

2. INTERNET LAYER PROTOCOL

Internet protocol yang paling umum dikenal adalah Internet Protocol (IP). IP
bertanggungjawab untuk mengambil segmen dari format TCP, kemudian
membungkusnya menjadi sebuah paket-paket, memberinya alamat yang sesuai,
dan memilih jalur terbaik untuk sampai ke host tujuan.

 Fungsi lapisan ini sama seperti lapisan Rangkaian (Network) yang ada di
dalam model OSI. Berfungsi untuk menghantar data keseluruhan sistem
rangkaian.

 Lapisan ini mengambil kira alamat hos (host) dengan mengunakan alamat IP
(Internet Protocol) dan mengawal routing data (dalam bentuk paket) di dalam
sistem rangkaian yang berbagai (multiple network).

 Ia juga mengawal flow komunikasi antara dua hos.
 Terdapat empat protokol yang berada di dalam lapisan ini:

o Internet Protocol (IP)
o Internet Control Message Protocol (ICMP)
o Address Resolution Protocol (ARP)
o Reverse Address Resolution Protocol (RARP)

3. TRANSPORT LAYER PROTOCOL

Transmission Control Protocol (TCP) adalah transport protocol yang mengelola
komunikasi peribadi antara web server dan web client. TCP akan membahagi
arahan HTTP menjadi potongan-potongan yang lebih kecil, yang disebut segmen,
kemudian mengirimkannya kepada client. TCP juga bertanggungjawab untuk
mengawal ukuran dan jenis arahan yang ditukarkan antara server dan client.

4. APPLICATION LAYER PROTOCOL

Hypertext Transfer Protocol (HTTP) adalah protokol yang digunakan untuk mengatur
interaksi antara web server dengan web client. HTTP mendefinisikan isi daripada
kandungan dan format yang di request dan di response dalam pertukaran data
antara client dan server. Client dan web server menerapkan HTTP sebagai
sebahagian daripada aplikasi. Protokol HTTP juga bergantung pada protokol lain
untuk mengatur bagaimana sesebuah arahan dikirimkan antara client dan server.

Aplikasi dan servis yang ada di dalam Lapisan Aplikasi adalah:

NO. KOD / CODE NUM. KSK1033/K01/P(1/5) MUKA / PAGE : 10
DRPD / OF : 17

1. Telnet (Terminal Emulation)

 Telnet asalnya datang dari “Telephone Network”.
 Aplikasi Telnet sering digunakan untuk pengguna dari jauh (remote client)

mencapai, menggunakan servis dan menjalankan arahan yang ada di dalam
Pelayan.
 Aplikasi Telnet sering digunakan pada Linux, Unix, peralatan seperti penghala
(Router), suis (switch) dan sebagainya.
 Paparan hanyalah di dalam bentuk text dan menu

2. FTP (File Transfer Protocol)

 FTP digunakan untuk memindahkan fail dari satu komputer ke komputer lain
pada jarak jauh menerusi rangkaian internet.

 Digunakan untuk memindahkan data di antara dua buah komputer.
 Pengguna FTP hanya boleh melihat direktori, mengambil dan menghantar

data.
 Pengguna FTP tidak boleh menjalankan sebarang arahan seperti di dalam

Telnet.
 Pengguna perlu mempunyai perisian FTP seperti ftp.exe atau wsftp.exe untuk

mencapai Pelayan FTP. Kata laluan yang betul perlu untuk kita mencapai
pelayan FTP.
 Pelayan FTP yang menerima pengguna Anonymous tidak memerlukan kata
laluan, ini kerana pelayan jenis ini selalunya hanya membenarkan pengguna
mengambil data dari pelayan tetapi tidak membenarkan pengguna
menghantar data kepada pelayan.

3. TFTP (Trivial File Transfer Protocol)

 Sama seperti FTP, tetapi tidak boleh melihat direktori dan tidak mempunyai
kata laluan untuk memasukinya.

 Apabila mengunakan TFTP, kita perlu tahu nama fail untuk dipindah atau
diambil.

 Program TFTP sering digunakan untuk menghantar atau menerima data dari
perkakasan seperti Penghala (Router) dan Suis (Switch).

 Data ini selalunya kecil seperti data konfigurasi dalam bentuk text atau data
untuk meningkatkan Firmware pada penghala atau suis.

4. SMTP (Simple Mail Transfers Protocol)

 SMTP adalah singkatan bagi Simple Mail Transfers Protocol. Protocol ini
digunakan untuk membolehkan pengguna menerima dan menghantar e-mail
di antara komputer-komputer.

NO. KOD / CODE NUM. KSK1033/K01/P(1/5) MUKA / PAGE : 11
DRPD / OF : 17

Lapisan aplikasi di dalam model Protokol TCP/IP merupakan interaksi
antaramuka utama atau lapisan paling atas (top layer) di dalam model protokol
sistem rangkaian. Kebanyakkan protokol di lapisan aplikasi akan melalui protokol
TCP/IP untuk menghantar data melalui proses komunikasi rangkaian.

Fungsi Protokol TCP/IP di lapisan aplikasi yang digunakan untuk pertukaran
maklumat antara pengguna adalah seperti berikut:

Protokol Lapisan Aplikasi Fungsi

HTTP (Hypertext Transfer Digunakan untuk proses penghantaran
Protocol) maklumat melalui pelayar (Browser) internet.

FTP (File Transfer Protocol) Perkongsian fail data secara atas talian melalui
antaramuka ringkas.

SMTP (Simple Mail Transfer Memudahkan penghantaran mesej email dan
Protocol) kepilan data (attachment).

Telnet Terminal kawalan komunikasi ringkas diantara
dua pengguna.

Seterusnya, protokol di lapisan aplikasi yang membantu untuk pengurusan
komunikasi rangkaian TCP/IP adalah seperti berikut:

Protokol Lapisan Aplikasi Fungsi
DNS (Domain Name System)
Digunakan untuk menyelesaikan proses
pertukaran nama unik komputer kepada
alamat IP

RIP (Routing Information Protocol) Memudahkan proses pertukaran maklumat
diantara router melalui komunikasi rangkaian

SNMP (Simple Network Management Digunakan untuk pengurusan rangkaian

Protocol) diantara peranti router, hub dan pengurusan

pertukaran maklumat.

PERBEZAAN ANTARA MODEL OSI DAN TCP/IP PROTOCOL

TCP/IP atau Transmission Control Protocol/Internet Protocol adalah model jaringan
yang digunakan untuk komunikasi data dalam proses tukar-menukar maklumat di
internet. Sedangkan OSI Model atau Open System Interconnection Model adalah
sebuah model jaringan yang dikembangkan secara rasmi oleh International
Standard Organization untuk melakukan sebuah penyelarasan proses pembentukan
jaringan yang sebelumnya dimiliki oleh masing-masing syarikat pembuat jaringan

NO. KOD / CODE NUM. KSK1033/K01/P(1/5) MUKA / PAGE : 12
DRPD / OF : 17

komputer. Kedua model tersebut bertujuan untuk melakukan penyelarasan
pengggunaan jaringan.

 OSI layer memiliki 7 buah layer, dan TCP/IP hanya memiliki 4 Layer.
 TCP/IP layer merupakan “Protocol Spesific”, sedangkan OSI Layer adalah

Protocol Independent
 Layer teratas pada OSI layer, iaitu application, presentation, dan session

direpresentasikan kedalam 1 lapisan Layer TCP/IP, iaitu lapisan aplikasi.
 Semua standard yang digunakan pada jaringan TCP/IP dapat diperoleh

secara percuma daripada berbagai komputer di Internet, tidak seperti OSI.
 Untuk jangka panjang, kemungkinan TCP/IP akan menjadi standard dunia

jaringan komputer, tidak seperti OSI.
 OSI mengembangkan modelnya berdasarkan teori, sedangkan TCP

mengembangkan modelnya setelah sudah diimplementasikan.
 TCP/IP mengabungkan presentation dan session layer OSI ke dalam

application layer.
 TCP/IP mengabungkan data link dan physical layers OSI ke dalam satu layer.
 TCP/IP lebih sederhana dengan 4 layer.

4 Lapisan Model TCP/IP dan 7 Lapisan Model OSI

Perbandingan diantara model DOD @TCP/IP dengan model OSI serta protokol yang
digunakan.

NO. KOD / CODE NUM. KSK1033/K01/P(1/5) MUKA / PAGE : 13
DRPD / OF : 17

Jenis Network Addressing

i) Fizikal

Alamat fizikal ialah satu alamat perkakasan dan digunakan oleh antaramuka
Ethernet untuk berkomunikasi pada rangkaian. Setiap peranti mesti mempunyai
alamat fizikal yang unik. Ini sering dirujuk sebagai alamat MAC (Media Access
Control). Alamat fizikal diberikan oleh NIC (Network Interface Cards) yang dipasang
pada komputer.

ii) Logikal

Dalam rangkaian Internet, alamat yang logik adalah alamat IP yang boleh diberikan
oleh perisian dalam pelayan atau router atau mungkin diberikan oleh pengguna,
berbeza dengan alamat fizikal (juga dikenali sebagai alamat MAC) yang ditetapkan
dalam perkakasan pada kilang, dan tidak berubah-ubah.

iii) Port

Dalam rangkaian komputer, nombor port adalah sebahagian daripada maklumat
yang digunakan untuk mengenal pasti penghantar dan penerima mesej. Nombor
port berkaitan dengan TCP/IP sambungan rangkaian. Ia membolehkan aplikasi yang
berbeza pada komputer yang sama untuk berkongsi sumber rangkaian secara
serentak.

iv) Spesifik

Networks memerlukan alamat khusus untuk menyokong laluan. Router dikonfigurasi
untuk menghantar lalu lintas ke antara muka yang berbeza bergantung kepada
alamat rangkaian. Specific addressing biasanya tidak mengambil berat tentang tuan
rumah tertentu kecuali jika router menggunakan subnet yang sama seperti tuan
rumah itu.

Peranti Rangkaian
a. Kabel Rangkaian dan RJ45

Kabel RJ45

NO. KOD / CODE NUM. KSK1033/K01/P(1/5) MUKA / PAGE : 14
DRPD / OF : 17

● Digunakan untuk menghubungkan komputer ke peranti dan peranti ke peranti dan
sambungan ke rangkaian internet.

● Adalah perkakasan yang digunakan untuk menghubungkan komputer dan peranti
yang terdapat dalam rangkaian secara berwayar.

b. kad Antara muka Rangkaian (Network Interface Card)

Kad Antaramuka Rangkaian

● Kad antaramuka rangkaian merupakan satu peranti yang digunakan oleh komputer
untuk berkomunikasi di dalam rangkaian.

● Peranti komunikasi yang membolehkan sesebuah komputer mengakses rangkaian
dengan menyediakan port rangkaian untuk sambungan ke kabel rangkaian.

● Membolehkan komputer berhubung sesama sendiri.
● Kad antaramuka untuk komputer meja dan komputer riba berbeza dari segi bentuk

dan rupa tetapi fungsinya adalah sama.

c. Hab

● Peranti komunikasi ini berfungsi untuk menyambungkan beberapa komputer dan
peranti di dalam satu rangkaian kawasan setempat (LAN).

● Hab mempunyai port rangkaian. Apabila data tiba di suatu port rangkaian, data
akan disalin ke port rangkaian yang lain supaya semua peranti dalam rangkaian
boleh menerima data berkenaan.

● Hab adalah sebuah peranti yang berfungsi sebagai titik pusat bagi kabel - kabel
dalam sesebuah rangkaian.

NO. KOD / CODE NUM. KSK1033/K01/P(1/5) MUKA / PAGE : 15
d. Suis (Switch) DRPD / OF : 17

● Peranti komunikasi ini mempunyai fungsi yang sama dengan hab. Alat ini seakan
sama dengan hab tetapi ia lebih berupaya menyemak data yang telah diterima,
menentukan alat penerima dan menghantar data tersebut dengan tepat.

● Suis merupakan perkakasan rangkaian yang akan memilih laluan semasa
penghantaran data kepada destinasinya.

e. Modem

● Alat ini membolehkan komputer menghantar data melalui talian telefon atau kabel.
● Merupakan peranti yang menukar isyarat komputer berbentuk digital ke isyarat

bentuk analog dan sebaliknya untuk mendapat sambungan ke Internet.

f. Penghala (Router)

● Penghala membawa data daripada satu rangkaian kepada rangkaian yang lain.
● Penghala bertindak sebagai suis yang menentukan antara dua atau lebih rangkaian

untuk memindahkan data.
● Peranti rangkaian komunikasi ini mempercepatkan penyampaian data melalui

laluan yang terbaik. Penghala juga berfungsi sebagai penghubung rangkaian yang
berbeza.

NO. KOD / CODE NUM. KSK1033/K01/P(1/5) MUKA / PAGE : 16
DRPD / OF : 17

Kini, teknologi penghala telah berkembang dan semakin maju di mana penghala,
modem dan suis telah digabungkan di dalam satu komponen. Ini lebih memudahkan
pengguna untuk menggunakan satu komponen sahaja yang terdiri daripada ketiga-
tiga kompenen tersebut.

g. Repeater

Repeater merupakan perkakasan yang mampu memanjangkan jarak
maksima bagi sesebuah rangkaian seperti LAN. Repeater akan mengambil dan
mengumpul semua isyarat yang sampai kepadanya, menyegarkannya semula
kemudian menghantarnya kepada LAN. Dengan kata yang lain, ia adalah satu
peranti yang menerima sesuatu isyarat atau signal melalui media penghantaran
elektronik atau optikal, memperkuatkan isyarat tersebut dan kemudian
menghantarkannya semula melalui laluan seterusnya. Satu siri repeater boleh
memanjangkan isyarat pada jarak yang lebih jauh.
Repeater digunakan untuk menghubungkan segmen-segmen rangkaian kawasan
setempat (LAN). Ia turut digunakan untuk memperkuat dan memperluaskan
penghantaran rangkaian kawasan wilayah (WAN) melalui media wayar dan tanpa
wayar (wireless). Dalam sistem kabel, repeater boleh terdiri dari litar amplifier dan
beberapa transformer isyarat. Dalam sistem komunikasi tanpa wayar, repeater terdiri
daripada penerima radio, amplifier, transmitter, isolator dan dua antenna. Dalam
rangkaian gentian optik, repeater terdiri daripada photocell, amplifier, light-emitting
diode (LED) atau infrered-emitting diode.

h. Bridge (Jambatan)

Bridge atau jambatan digunakan untuk mengabungkan dua buah media rangkaian
yang berbeza, seperti antara media kabel Unshielded Twisted-Pair (UTP) dengan
kabel serat optik atau dua buah senibina rangkaian yang berbeza, seperti antara
Token Ring dan Ethernet. Bridge akan membuat isyarat yang dihantar oleh
penghantar tapi tidak melakukan penukaran terhadap protokol, sehingga dua
segmen rangkaian yang disambungkan ke jambatan tersebut mesti berada pada
protokol rangkaian yang sama (seperti TCP / IP). Jambatan rangkaian juga kadang-
kadang menyokong protokol Simple Network Management Protocol (SNMP), dan
beberapa di antaranya mempunyai ciri-ciri diagnosis yang lain.

NO. KOD / CODE NUM. KSK1033/K01/P(1/5) MUKA / PAGE : 17
DRPD / OF : 17

SOALAN / QUESTION :

1. Tuliskan nama penuh bagi akronim yang berikut.
a. TCP :________________________________________________________
b. OSI :________________________________________________________
c. FTP :________________________________________________________
d. IP :________________________________________________________

2. Senaraikan 7 lapisan OSI
a. ________________________________________
b. ________________________________________
c. ________________________________________
d. ________________________________________
e. ________________________________________
f. ________________________________________
g. ________________________________________

RUJUKAN / REFERENCE :

1.http://www.network-model.info/2009/07/layered-tasks-in-network-model.html

2.https://halimaton.wordpress.com/2007/08/21/protokol-rangkaian-dan-
komunikasi/

3.http://vivianaorcheally.blogspot.my/2015/11/komponen-rangkaian-asa-basic-
network.html


Click to View FlipBook Version