The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by najmidagna, 2021-08-24 22:31:31

Petanque

Petanque

SUKAN
PETANQUE

Semua tentang Petanque

ISI KANDUNGAN

01 02 03 04

Biodata Sejarah Peralatan Cara Bermain
Diri Petanque Petanque Petanque

Pengenalan diri Asal usul sukan Semua peralatan Teknik-Teknik
sendiri Petanque di Petanque dan menguasai
perkenalkan fungsinya Petanque

Table of Contents

05 06

Syarat Lampiran
Pertandingan

Petanque

Syarat yang harus
dikuasai dan

difahmi oleh setiap
pemain

01

BIODATA

Pengenalan diri

BIODATA DIRI

Nama : Najmi Dagna Garneta
Tarikh Lahir : 27 Disember 2003
Kelas : 6RS1
Sekolah : SMK Sultan Yussuf
Cita-Cita : Doktor Bedah

02

SEJARAH
PETANQUE

Petanque adalah sukan yang sudah wujud sejak awal 1900-an lagi. Sukan ini
mulai popular di Perancis pada 1907 dan berkembang pesat pada 1910 di La
Ciotat.

Sukan ini mirip dengan sukan boling padang tetapi ianya menggunakan
bola yang jauh lebih kecil.

Versi asal sukan ini dicipta oleh Jules le Noir yang digelarkan jeu
provençal. Kemudian Ernest Pitiot mengambil inisiatif untuk mengadakan
pertandingan petanque profesional di Perancis pada 1945.

Ernest Pitiot orang yang bertanggungjawab menubuhkan French
Petanque Federation Fédération Française de Petanque et Jeu Provençal
(FFPJP).

Petanque dan versi jeu provençal digabungkan menjadi FFB ataupun
Fédération Française de Boules. Kejohanan awal petanque FFB dahulu dikuasai
oleh pasukan Lyonnaise.

Sekitar tahun 1945-1950 ada 130,000 pemain petanque profesional di
Perancis yang bermain dalam pelbagai divisten. FFB memiliki 10,000 ahli
berdaftar ketika itu.

Pada 2002, Fédération Internationale de Pétanque et Jeu Provençal
(FIPJP) berjaya mengumpul ahli seramai 600,000 orang dari 52 buah negara di
dunia.

● Petanque adalah sejenis sukan yang menggunakan “boule” atau
bola yang diperbuat daripada logam dan dimainkan mengikut
peraturan-peraturan tertentu. Bola akan dibaling mengikut cara-
caranya untuk menghampiri sasaran yang berupa sebiji bola kayu
yang berukuran seperti sebiji guli bagi membolehkan permain
mendapatkan mata permainan.Mata penamat bagi permainan
petanque adalah 13 mata. Permainan petanque ini boleh dimainkan
antara tiga pemain lawan tiga pemain, dua pemain lawan dua
pemain dan satu pemain lawan satu pemain.

● Perkataan “Petanque” adalah kacukan daripada perkataan Perancis
“Pieds tanques” yang membawa maksud kedua-dua kaki terikat
yang menggambarkan keadaan bilamana seseorang yang bermain
petanque tidak boleh mengangkat kaki semasa melakukan balingan
dilakukan.

02

PERALATAN
PETANQUE

● Berbentuk bulat terbuat dari logam dan berongga dibagian
dalamnya.

● Mempuntai garis pusat antara 70.5 mm hingga 80 mm.
● Beratnya anatara 650 gram hingga 800 gram
● Bouble (bola ) ini mempunyai jenama tertentu,angka penunjuk

berat dan nomor seri tertera padanya.
● Bouble ( bola ) yang digunakan pertandingan mesti yang telah

diluluskan oleh badan antar bangsa (FIPJP) atau persekutuan
Petanque kebangsaan ( PPM )

● Berbentuk bulat tetapi diperbuat daripada kayu keras.
● Mempunyai garis pusat antara 25 mm hingga 35 mm.
● Mempunyai garis pusat antara 25 mm hingga 35 mm.

• Meliputi alat-alat seperti 'Tape
measure','Telescopic measure', 'Calliper', dan '
Tappet gauge'

• Digunakan untuk mengukur jarak Boule ( bola )
yang terdekat dengan kedudukan jack.

Kain atau Tuala Kecil

● Digunakan untuk membersihkan Boule ( Bola )
semasa pertandingan.

• Mempunyai saiz yang sesuai untuk mengisi
dan membawa peralatan Petanque

Sirkel

● Digunakan sebagai batas kaki saat bermain petanque
● Saiznya kira-kira 14 hingga 20 inci

03

CARA PERMAINAN
PETANQUE

11 Teknik Bermain Petanque

1. Target Permainan
Melontar bola paling hampir dengan jack berbanding pasukan lawan.

2. Komposisi Pasukan
Permainan petanque boleh dimainkan dengan 3 cara:

3 pemain melawan 3 pemain (triples),
setiap pemain menggunakan 2 boules.

2 pemain melawan 2 pemain (doubles),
setiap pemain menggunakan 3 boules.

1 pemain melawan 1 pemain (single),
setiap pemain menggunakan 3 boules.

3. Penentuan Memulakan Permainan
Permainan boleh dimulakan dengan melambung syiling untuk menentukan pemain atau pasukan yang akan
melontar jack berukuran 25-35 mm (diameter).
Sebagai contoh pemain pasukan biru menang lambungan syiling dan mereka akan memulakan permainan.

4. Memulakan Permainan
Pemain daripada pasukan biru akan melakar bulatan berukuran (35 – 50 cm ‘dimeter’) di dalam gelanggang.
Pemain akan melontar jack dengan jarak 6 – 10 meter daripada bulatan itu. Semasa melontar jack atau
boules, kedua-dua kaki mesti berada di dalam bulatan tanpa mengangkat kedua-dua kaki sehingga boules
pemain menyentuh gelanggang.

5. Lontaran Bola Pertama
Pasukan biru akan melontar bola pertama kearah jack seberapa dekat yang boleh.
Pemain pertama daripada pasukan merah pula masuk kedalam bulatan untuk membuat lontaran boules
kearah jack untuk cuba mengatasi pasukan lawan

6. Pointing
Pemain melontar bola secara pointing (sama ada rolls, half lob, high lob, dan lob penuh) mengikut skill untuk
mendekatkan boules mereka dengan jack berbanding pihak lawan.

7. Shooting
Kaedah memukul (shoots) boules pihak lawan yang berada dekat jack supaya beredar jauh dari jack.

8. Jika Berjaya
Sekiranya pasukan merah berjaya mengubah kedudukan, pasukan biru pula akan membuat lontaran.

9. Jika tidak Berjaya
Pemain pasukan merah akan memainkan bola lagi sehingga kedudukan berubah dan selagi bola masih
ada. Setelah habis bola untuk dimainkan, pasukan lawan pula mengambil tempat untuk mengutip
seberapa bayak mata sehingga habis “end”.

10. Penentuan Mata
Pasukan akan mendapat mata berdasarkan bilangan bola pasukannya berada dekat jack berbanding
pasukan lawan. (Paling kurang 1 mata dan maksimum 6 mata).
Sebagai contoh dalam gambarajah dibawah, pasukan biru mendapat 3 mata.
Pasukan yang menang “end” tersebut akan melakar bulatan bagi memulakan permainan seterusnya.

11. Akhir Permainan (Pemenang)
Pasukan yang dahulu mendapat 13 mata adalah dikira pemenang.

04

SYARAT
PERTANDINGAN
PETANQUE

Artikel 1 : Komposisi Pasukan

Permainan Petenque ini adalah untuk:
- 3 pemain melawan 3 pemain (Bertiga)
Sukan ini juga boleh dimainkan secara:
- 2 pemain melawan 2 pemain (Bergu)
- 1 pemain melawan 1 pemain (Perseorangan)
Untuk ‘bertiga’, tiap-tiap pemain akan menggunakan dua biji bola.
Untuk ‘bergu’ dan ‘perseorangan’, setiap pemain akan menggunakan tiga biji bola.
Tiada versi lain selain daripada tiga kategori di atas dibenarkan untuk membentuk satu pasukan.

Artikel 2a : Kreteria-kreteria Bola yang diluluskan

Permainan ini perlu menggunakan bola yang diluluskan oleh FIPJP dan memenuhi kriteria-kriteria berikut ;
(i) Bola mestilah diperbuat daripada logam.
(ii) Garis pusat bola mestilah antara 7.05cm (minimum) hingga 8.0cm (maksimum).
(iii) Berat bola mestilah antara 650 gram (minimum) hingga 800 gram (maksimum). Tanda pengeluar dan
berat hendaklah tertera di atas bola dan sentiasa dapat dilihat dengan jelas.
(iv) Bola sama sekali tidak boleh dibuat sebarang bentuk pengubahsuaian ke atasnya selepas
pengeluarannya disahkan oleh pengeluar yang diberi kelulusan. walau bagaimanapun nama pemain, logo,
akronim atau ‘initial’ boleh diukir (engrave) di atasnya.

05

LAMPIRAN



RUJUKAN

● http://sukusem.blogspot.com/2015/11/serba-sedikit-tentang-sejarah-petanque.html
● http://duniapetanque.blogspot.com/p/apa-itu-petanque.html
● https://sukan.my/petanque-sukan-dari-perancis-yang-santai-tetapi-penuh-strategi/
● https://anantazeinardiharahap.blogspot.com/2019/05/perlengkapan-petanque.html
● http://www.georgeaiman.com/2014/07/tutorial-langkah-langkah-permainan.html
● http://www.georgeaiman.com/2012/04/undang-undang-rasmi-permainan-petanque.html

SEKIAN
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version