TEKNIK PEMIKIRAN
KOMPUTASIONAL
Pemikiran Komputasional
- Merupakan proses pemikiran dengan tujuan untuk
menyelesaikan masalah oleh manusia dengan berbantukan
mesin atau computer
- Terbahagi kapada 4:
A) Teknik leraian
- Proses pemecahan masalah kepada bahagian yang kecil
untuk memudahkan proses penyelesaian
B) Teknik pengecaman corak
- Pengecaman corak akan dilakukan bagi setiap masalah
yang telah dipecahkan kepada bahagian kecil
- Corak dinilai dari segi persamaan atau mempunyai ciri-ciri
yang hampir sama
C) Teknik peniskalaan
- Meninggalkan unsur-unsur yang kurang penting dalam corak
setiap bahagian masalah
- Fokus penyelsaian adalah kepada bahagian masalah yang
penting atau masalah utama
D) Teknik pengitlakan
- Teknik ini melibatkan pembinaan model bagi masalah yang
diselesaikan
- Model-model dalam bentuk:
Formula
Teknik
Peraturan
Langkah-langkah penyelessaian
- Model yang dibina boleh digunakan untuk menyelesaikan
masalah
Penggunaan Teknik Leraian
PENGGUNAAN TEKNIK LERAIAN DAN MENENTUKAN
LANGKAH SECARA TERTIB.
SEBAGAI CONTOH TEKNIK LERAIAN MEMBOLEHKAN KITA
MEMAHAMI AKTIVITI MENANAM POKOK BUNGA.
1.) BERAPA BILANGAN BIJI BENIH YANG DIPERLUKAN?
2.) APAKAH JENIS TANAH/ BAJA YANG DIGUNAKAN?
3.) BERAPA KALI SIRAMAN HARUS DISIRAM DALAM SATU HARI?
TEKNIK LERAIAN BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENYELESAIKAN
MASALAH INI DENGAN MEMISAHKAN BEBERAPA JENIS BAHAN
KEPADA BEBERAPA BAHAGIAN YANG LEBIH KECIL DAN RINGKAS.
Pengecaman Corak dalam Suatu Situasi
Pengecaman corak merupakan satu teknik yang boleh dilakukan
antara masalah-masalah yang berlainan atau bahagian yang kecil
dalam masalah yang sama.
Membolehkan kita menghasilkan satu idea yang boleh digunakan
untuk menyelesaikan masalah lain yang mempunyai persamaan.
Masalah yang mempunyai pengecaman corak yang sama akan lebih
mudah diselesaikan kerana kita boleh menggunakan kaedah
penyelesaian masalah yang sama.
Rajah di bawah menunjukkan satu simulasi pergerakan untuk menyusun
empat buah kad yang tertulis pada kotak dengan urutan menaik.
Terdapat unsur persamaan dan perbezaan dalam
Langkah 1 hingga Langkah 5.
Membuat Keputusan Berdasarkan Aspek Penting
Sebelum membuat keputusan, aspek-aspek penting perlu di kenal
pasti untuk mengambil kira.
Aspek-aspek penting ialah factor-faktor yang akan mempengaruhi
hasil atau output yang dikehendaki.
Contohnya, dalam proses menghantar data melalui atas talian,
computer akan mencari laluan yang paling kurang halangan atau
kekangan.
Contoh masalah:
Cara untuk membuat kek.
Cara buat kek coklat kukus:
1. Masukkan serbuk koko, gula pasir, susu cair, minyak masak, dan susu
pekat ke dalam periuk dan masak sampai sebati dengan api sederhana.
2. Bila dah sebati, sejukkan.
3. Lepas tu, pukul telur sampai kembang.
4. Masukkan esen vanilla ke dalam adunan dan pukul sampai sebati.
5. Ayak tepung, bikarbonat dan baking powder bersama, lalu masukkan
sedikit demi sedikit, dan kacau sampai sebati selama 5 minit.
6. Masukkan adunan ke dalam loyang dan ikat dengan beg plastik/kertas foil.
7. Pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan.
8. Panaskan air kukusan hingga mendidih dan kukus selama 70 minit
dengan api sederhana.
9. Jangan buka penutup kukus bila belum sampai cukup masa.
10. Angkat dan sejukkan.
11. Kek coklat kukus siap dihidangkan.
Bahan-bahan:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur
Bahan-bahan buat topping:
300 gm coklat masakan yang sudah dipotong kecil
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1/4 cawan air panas
Aspek- aspek penting:
1. Kuantiti bahan yang digunakan
2. Perasa/perisa kek yang hendak dibuat
3. Masa yang di ambil untuk mengukus kek
Aspek- aspek yang kurang penting:
1. Bentu kek
2. Corak kek
3. Saiz kek
4. Jenama bahan
Ciri-Ciri Kesamaan dalam Suatu Masalah
Kebolehan untuk mengenal pasti kesamaan atau perbezaan merupakan
kemahiran asas bagi penyelesaian masalah dan mereka bentuk algoritma.
Ciri-ciri kesamaan atau perbezaan dapat dikesan,masalah boleh dipecahkan
kepada bahagian-bahagian yang lebih mudah diselesaikan.
Lebih banyak corak yang kita temui, lebih cepat dan mudah masalah dapat
diselesaikan.
Contoh Soalan:
Menyusun tempat duduk majlis persembahan.
Anda dilantik sebagai pengurusi bagi majlis persembahan sempena Sambutan Hari
Guru Peringkat Sekolah. Terdapat beberapa kumpulan yang akan mengambil
bahagian seperti dalam jadual di bawah.
Kumpulan Tarian Nasyid Dikir Drama Kalam
Zapin 10 Barat Pementasan Jamaie
Jumlah ahli
(orang) 10 10 10 20
Peserta akan ditempatkan enam buah meja khas. Setiap meja dapat memuatkan
sepuluh orang peserta. Setiap kumpulan mestilah ditempatkan di meja yang
sama.
Rajah di bawah menunjukkan penyelesaian bagi masalah di atas.