SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT SUBANG
SEKSYEN U16, TAMAN BUKIT SUBANG, 40150, SHAH
ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 3.0
4 OKTOBER 2021 | ISNIN | PPKI
18 OKTOBER 2021 |ISNIN | PRASEKOLAH
1 NOVEMBER 2021 | ISNIN | TAHAP 1
8 NOVEMBER | ISNIN | TAHAP 2
❖ Pembukaan Semula Sekolah 3.0 telah ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia.
❖ Pembukaan sesi persekolahan 2021 secara bersemuka tanpa
penggiliran adalah pada 4 Oktober 2021 bagi murid-murid PPKI dan
18 Oktober 2021 bagi murid-murid Prasekolah.
❖ Pembukaan sesi persekolahan 2021 secara bersemuka dengan
penggiliran adalah pada 1 November 2021 bagi murid-murid tahap 1
dan 8 November 2021 bagi murid-murid tahap 2.
❖ Garis panduan disediakan dengan mengambil kira Pelan Pemulihan
Negara (PPN) sebagai langkah persediaan untuk pembukaan
sekolah secara bersemuka dengan penggiliran.
Pihak Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Subang memberi perhatian
serius dan keutamaan kepada keselamatan dan kesihatan kepada
warga sekolah serta persekitaran sekolah yang selamat.
Semua murid SK Taman Bukit Subang
HARI WAKTU PERSEKOLAHAN
ISNIN - KHAMIS 7.35 PAGI – 12.00 TENGAH HARI
JUMAAT 7.35 PAGI – 11.55 PAGI
✓ Waktu SOP ialah 10 minit (7.25 pagi hingga 7.35 pagi) sebelum bermula
sesi pembelajaran dan pemudahcaraan.
✓ Pada waktu pulang, guru bertugas hanya akan menunggu
kedatangan ibu bapa / penjaga sehingga jam 1.00 tengah hari
sahaja. Diharapkan agar ibu bapa dapat menguruskan masa dengan
sebaik mungkin.
HARI WAKTU PERSEKOLAHAN
ISNIN - KHAMIS 7.35 PAGI – 12.25 TENGAH HARI
JUMAAT 7.35 PAGI – 11.55 PAGI
✓ Waktu SOP ialah 10 minit (7.25 pagi hingga 7.35 pagi) sebelum bermula
sesi pembelajaran dan pemudahcaraan.
✓ Pada waktu pulang, guru bertugas hanya akan menunggu
kedatangan ibu bapa / penjaga sehingga jam 1.00 tengah hari
sahaja. Diharapkan agar ibu bapa dapat menguruskan masa dengan
sebaik mungkin.
HARI WAKTU PERSEKOLAHAN
ISNIN - JUMAAT 7.30 PAGI – 8.00 PAGI (SARAPAN)
8.00 PAGI – 12.00 TENGAH HARI
(PDPC)
❑ Waktu SOP ialah 10 minit (7.20 pagi hingga 7.30 pagi) sebelum bermula
sarapan pagi.
❑ Pada waktu pulang, PPM hanya akan menunggu kedatangan ibu bapa
/ penjaga / pemandu van sekolah sehingga jam 12.30 tengah hari
sahaja.
HARI MASA
ISNIN - KHAMIS 1.10 TENGAH HARI – 6.15 PETANG
JUMAAT 1.40 TENGAH HARI – 6.15 PETANG
➢ Murid-murid diminta hadir mengikut masa yang ditetapkan. Dinasihatkan agar
murid-murid tidak hadir terlalu awal ke sekolah
(Isnin -Khamis : selepas jam 12.45 tengah hari).
(Jumaat : selepas jam 1.30 tengah hari).
➢ Jika murid datang terlalu awal, tiada pengawasan daripada pihak sekolah.
➢ Waktu balik – diingatkan agar ibu bapa/penjaga agar dapat mengambil
anak-anak tepat pada masanya.
HARI MASA
ISNIN - KHAMIS 7.25 PAGI – 1.00 TENGAH HARI
JUMAAT 7.25 PAGI – 11.55 PAGI
➢ Murid-murid diminta hadir mengikut masa yang ditetapkan.
Dinasihatkan agar murid-murid tidak hadir terlalu awal ke sekolah
(selepas jam 7.00 pagi).
➢ Jika murid datang terlalu awal, tiada pengawasan daripada pihak
sekolah.
TARIKH PDP SECARA PDPR KENDIRI CATATAN
BERSEMUKA KUMPULAN A TAHAP 1
1 NOV- 2 NOV 2021 KUMPULAN B CUTI DEEPAVALI
3 NOV – 5 NOV 2021
CUTI DEEPAVALI
8 NOV – 12 NOV 2021 KUMPULAN A KUMPULAN B TAHAP 1 & 2
15 NOV – 19 NOV 2021 KUMPULAN B KUMPULAN A TAHAP 1 & 2
22 NOV – 26 NOV 2021 KUMPULAN A KUMPULAN B TAHAP 1 & 2
29 NOV – 3 DIS 2021 KUMPULAN B KUMPULAN A TAHAP 1 & 2
6 DIS – 10 DIS 2021 KUMPULAN A KUMPULAN B TAHAP 1 & 2
11 DIS 2021 – 2 JAN 2022 CUTI AKHIR TAHUN CUTI AKHIR TAHUN
PdP = Pengajaran dan pembelajaran PdPR = Pengajaran dan Pembelajaran di rumah
➢Kehadiran murid ke sekolah adalah mengikut jadual penggiliran
yang telah ditetapkan oleh guru kelas.
➢Murid diagihkan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan
B.
➢Jika kumpulan A bersemuka maka kumpulan B akan menjalani PdPR
kendiri di rumah. Begitulah sebaliknya.
Murid yang mengikuti PdP secara bersemuka akan belajar
mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
Bagi murid yang berada di rumah, mereka akan melaksanakan
PdPR kendiri dengan menggunakan bahan pembelajaran yang
diberikan melalui Google Classroom atau menggunakan modul yang
akan diberikan semasa murid hadir ke sekolah.
Murid perlu melaksanakan tugasan yang diberikan ini semasa PdPR
kendiri.
Tugasan ini akan disemak oleh guru apabila murid kembali ke
sekolah pada minggu berikutnya.
Tiada kelas secara atas talian atau ‘Online’ semasa PdPR kendiri.
Secara umum pelaksanaan dasar terdiri daripada:
1. Murid dan guru perlu mengelak daripada bersalaman atau
bersentuhan dengan orang lain.
2.Sentiasa kekalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter.
3.Tidak berada dalam kumpulan atau kelompok yang rapat.
4.Murid diwajibkan memakai pelitup muka sepanjang masa berada di
dalam kawasan sekolah (digalakkan memakai pelitup muka
berganda dan pelindung muka).
5.Elakkan perkongsian alat tulis, buku dan sebagainya.
6.Jadikan amalan menjaga kebersihan sebagai satu cara hidup
dengan sentiasa membasuh tangan dengan sabun atau sanitizer.
a)Kehadiran Murid Masuk ke Sekolah.
➢Murid akan masuk ke sekolah malalui 3 pintu pagar.
▪Pagar Utama – murid yang hadir sebelum jam 7.00 pagi dan
berbasikal ke sekolah. Murid prasekolah dan PPKI.
▪Pagar B (berhampiran Surau sekolah) – bagi murid yang datang
menaiki van sekolah dan berjalan kaki.
▪Pagar C (berhampiran padang sekolah) – murid yang datang
menaiki kenderaan ibu bapa/penjaga.
➢Ibu bapa / penjaga tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah.
a) Kehadiran Murid Masuk ke Sekolah (sambungan)
➢Suhu badan murid diambil di pagar utama, pagar B dan pagar C.
➢Masa senggang diperuntukkan bagi pengambilan suhu badan murid
yang berjalan kaki/berbasikal ke sekolah.
➢Murid yang suhu badan 37.5°C atau lebih dan bergejala
dikehendaki pulang ke rumah.
➢Jika bergejala setelah berada di sekolah, murid akan diasingkan di
Bilik Isolasi.
➢Ujian kendiri Covid-19 akan dji alankan ke atas murid dengan
kebenaran ibu bapa/penjaga.
➢Ibu bapa/penjaga akan dihubungi untuk membawa murid pulang.
a) Kehadiran Murid Masuk ke Sekolah (sambungan)
➢Murid akan bergerak ke kelas masing-masing mengikut laluan
yang telah ditetapkan dengan bantuan guru bertugas/guru-
guru.
Nota : Semua laluan ke kelas adalah sehala mengikut anak
panah warna hijau dan anak panah warna merah untuk laluan
keluar kelas.
b) Di dalam kelas
➢Semua murid berada di dalam kelas yang telah ditetapkan.
➢Sentiasa amalkan penjarakan fizikal.
➢Dilarang berada di luar kelas.
➢Murid akan makan di dalam kelas pada waktu rehat dengan
diawasi oleh seorang guru bertugas.
➢Setiap kelas dibekalkan dengan satu tong sampah bertutup
untuk murid membuang bekas makanan dan minuman yang tidak
digunakan lagi.
Nota: Dilarang berkongsi kerusi dan meja.
c) Waktu rehat
➢Makanan murid berbungkus.
➢Murid boleh membeli makanan di kantin sekolah.
➢Semua murid akan makan di dalam kelas dengan diawasi oleh
guru yang bertugas pada waktu rehat.
➢Murid dikehendaki membersihkan tangan sebelum dan selepas
makan.
➢Murid digalakkan membawa sudu/garpu sendiri.
d) Tandas
➢Pas keluar diperlukan untuk bergerak keluar ke tandas.
➢Pergerakan murid adalah sehala.
➢Elakkan penggunaan tempat yang dilabel ‘X’
➢Kekalkan penjarakan fizikal.
➢Setiap kali sebelum dan selepas penggunaan tandas, sila
bersihkan tangan dengan sabun yang dibekalkan.
➢Murid perlu beratur di luar tandas dan ikut tanda penjarakan
jika tandas penuh.
➢Murid tidak dibenarkan menunggu giliran di dalam tandas.
e) Surau
➢Penggunaan Surau dibenarkan dengan mematuhi SOP yang
ditetapkan. Perlu membawa telekung dan sejadah sendiri.
f) Bilik Guru dan Bilik-bilik khas
➢Murid tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran.
g) Waktu balik
➢Gunakan laluan yang telah ditetapkan (sehala).
➢Tidak dibenarkan berjalan beriringan dan kekalkan jarak 1
meter dengan diawasi oleh guru subjek yang terakhir kelas
berkenaan.
➢Penyuraian balik murid adalah berperingkat mengikut jenis
pengangkutan untuk mengelakkan kesesakan.
▪Pagar A – murid yang menaiki basikal.
▪Pagar B – murid yang menaiki van sekolah dan berjalan kaki.
▪Pagar C – murid yang menaiki kenderaan ibu bapa/penjaga.
h) Etika Berpakaian
➢Semua murid dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah
selengkapnya. Namun begitu, diberi kelonggaran untuk murid
memakai pakaian biasa yang bersesuaian dan sopan.
i) Kawasan Larangan
➢Mana-mana kawasan/tempat yang telah dipasang pita merah-
putih adalah diwartakan sebagai kawasan larangan. Murid-murid
tidak dibenarkan memasuki kawasan tersebut.
Ibu bapa / penjaga perlu memberi kesedaran kepada anak / anak
jagaan mereka iaitu:-
✓Penjarakan fizikal sebelum, semasa dan selepas menaiki
kenderaan.
✓Tidak bersalaman atau bersentuhan antara satu sama lain.
✓Sentiasa mengamalkan kebersihan sebelum dan selepas makan.
Ibu bapa / penjaga perlu memberi kesedaran kepada anak / anak
jagaan mereka iaitu:-
Menghantar dan mengambil anak / anak jagaan termasuk jika
dihubungi pihak sekolah.
Menyediakan makanan dan minuman dari rumah bagi
mengurangkan pergerakan ke kantin. Walau bagaimanapun,
kantin sekolah beroperasi seperti biasa.
Memastikan sarapan yang sesuai sebelum hadir ke sekolah.
Ibu bapa / penjaga perlu memberi kesedaran kepada anak / anak
jagaan mereka iaitu:-
Menasihati anak-anak agar tidak berkongsi peralatan termasuk
makanan dan minuman dengan orang lain.
Memastikan anak-anak menjaga kebersihan dan keselamatan
sebelum dan selepas pulang dari sekolah.
Menyediakan pensanitasi tangan (hand sanitizer) dan pelitup
muka.
1. Anak /anak jagaan tidak dihantar ke sekolah jika bergejala
(simptom awal COVID-19) sama ada:
Demam (suhu badan 37.5°C dan ke atas)
Batuk, selesema, sakit tekak atau sesak nafas.
2. Anak diingatkan untuk sentiasa mengamalkan penjarakan
fizikal di dalam van, kelas, semasa menunggu kenderaan dan
kantin.
3. Anak perlulah diajar langkah mencuci tangan dengan betul
menggunakan ‘hand sanitizer’ atau sabun dan air.
4. Sentiasa mengamalkan etika batuk dan bersin dengan betul.
5. Anak yang Kontak Rapat Pesakit Covid-19 tidak dibenarkan
hadir ke sekolah.
6. Ibu bapa/penjaga yang enggan menghantar anak ke sekolah,
perlu menyerahkan surat makluman ketidakhadiran kepada guru
kelas.
ELAKKAN 3S
SESAK
SEMPIT
SEMBANG DEKAT
AMALKAN PRINSIP 3W
Wash – cuci tangan dengan air/pensanitasi
tangan
Wear – memakai pelitup separuh muka
Warn – amaran daripada KKM berkonsepkan
peringatan termasuk penjarakan fizikal
serta tidak bersalaman.
SEKIAN
TERIMA KASIH