The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 717-21-felicia, 2023-07-04 05:18:39

TUGASAN 2 BMMB1144

TUGASAN 2 BMMB1144

Tugasan 2 BMMB1 144


Kerja Kursus Tugasan 2 BMMB1144 Nama Valeri Ulan Goami Angka Giliran 2022022310025 Kumpulan/ Pengajian PPRBMM3-1 Nama Pensyarah Dr. Sii Kiong Ming


Kerja Kursus Tugasan 2 BMMB1144 Nama Felicia Minggu Angka Giliran 2022022310009 Kumpulan/ Pengajian PPRBMM3-1 Nama Pensyarah Dr. Sii Kiong Ming


Soalan Tugasan 2 1. Tugasan 2 ialah tugasan berkumpulan tetapi penilaian dilaksanakan secara individu. 2. Persembahan kumpulan boleh terdiri daripada dua atau tiga orang. 3. Tugasan anda harus meliputi perkara yang berikut: i. Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria liputan kandungan yang menyeluruh, konsisten, dan terperinci tentang gaya kesantunan berbahasa, kesantunan berbahasa dalam sistem bahasa, dan isu kesantunan berbahasa kontemporari. ii. Teks ucapan haruslah dipersembahkan dalam bentuk e-book yang kreatif dan menarik. iii. Bukti-bukti dan bahan-bahan atau rujukan teks yang dapat menyokong hujah-hujah perlu dihantar sebagai lampiran. iv. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kerja dan sokongan ilmiah. v. Penulisan teks ucapan perasmian anda harus menunjukkan kefasihan bahasa dan kematangan hujah dalam penaakulan maklumat secara kritikal dan analitikal. vi. Format ucapan perasmian dan organisasi teks perlu jelas dan koheren. vii.Maklumat yang relevan daripada pelbagai sumber seperti jurnal, buku rujukan, dan bahan ilmiah yang sesuai. viii.Analisis turnitin (tidak melebihi 30%) wajib dilampirkan (dilabel “TurnitinBMMB1144_Tugasan_2”) secara berasingan dengan Tugasan 2 (dilabel“Tugasan_BMMB1144_2) dalam Google Classroom BMMB1144. viv. Semua pelajar wajib memuat naik Lampiran 1: Senarai Sumbangan Tugasan 2 secara individu dan dilabel sebagai “Sumbangan_BMMB1144_Tugasan_3” 4. Tarikh penghantaran: 04.07.2023


Terima kasih saudara dan saudari pengerusi majlis, Selamat pagi, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani diucapkan kepada Yang Dihormati cikgu Sim Chew Wei Penolong Kanan Pentadbiran, cikgu Cindy Lua Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, cikgu Alif Syahim Bin Shahrizal Penolong Kanan Kokurikulum, seterusnya barisan guru dan murid-murid yang saya kasihi sekalian. Bersyukur kita kepada Tuhan kerana limpah dan kurnia-Nya dapat kita bersamasama pada pagi yang nirmala ini bagi menyempurnakan majlis sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan Peringkat Sekolah pada tahun 2023. Dengan kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak majlis kerana saya telah diberikan penghormatan untuk bersama-sama dengan murid serta guru-guru dalam majlis yang sungguh bermakna ini. Murid-murid dan guru-guru yang dihormati, Jika dilihat dari perspektif negara luar, Malaysia merupakan sebuah negara unik kerana didiami pelbagai etnik. Misalnya adalah etnik Melayu, Cina, India dan banyak lagi. Setiap etnik ini pula menggunakan bahasa masing-masing dalam komunikasi harian. Namun begitu, bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa rasmi sejurus setelah negara kita mencapai kemerdekaan. Lantaran itu, peranan penting dalam usaha menerapkan penggunaan bahasa Melayu terutama dalam kalangan murid sekolah rendah diletakkan sepenuhnya di pundak pihak sekolah kerana “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Maka dengan alasan tersebut majlis seperti ini diadakan untuk memantapkan lagi penggunaan bahasa Melayu standard dalam kalangan murid-murid. Persoalannya, bagaimanakah penggunaan bahasa melayu ini dituturkan agar terselit gaya kesantunan berbahasa dalam komunikasi harian terutamanya di sekolah? Umum mengetahui bahawa, gaya kesantunan berbahasa sangat dititikberatkan dalam penggunaan bahasa Melayu negara kita kerana dikatakan dapat memupuk perpaduan dalam masyarakat yang berbilang kaum. Sebelum menyelami dengan lebih lanjut mari kita terlebih dahulu mengenal apakah itu gaya kesantunan berbahasa. Gaya kesantunan berbahasa merujuk kepada penggunaan bahasa yang penuh santun, hormat dan halus serta dapat diterima dengan baik oleh pendengar. Antaranya, adalah penggunaan bahasa sapaan ketika bertutur. Perkataan “sapaan” pula merujuk kepada sebarang cara berkomunikasi yang melibatkan dua penutur dalam sesebuah komunikasi. Bahasa sapaan ini boleh dilakukan sama ada secara bersemuka, melalui panggilan telefon, verbal, bukan verbal atau kedua-duanya sekali.


Seperti yang kita sedia maklum, setiap budaya mempunyai bahasa sapaan yang berbeza. Begitu juga dengan budaya di negara kita yang mementing tiga aspek utama, iaitu kesopanan, adat dan juga agama. Hal ini dikatakan demikian kerana, berbeza dengan budaya di negara lain, bahasa sapaan di negara kita terikat dengan faktor sosiopragmatik hubungan penutur dengan pendengar. Faktor sosiopragmatik yang dimaksudkan adalah seperti umur, status sosial, kuasa dan juga pangkat. Selain bahasa sapaan, gaya kesantunan berbahasa yang boleh diamalkan di sekolah adalah pengurusan air muka. Pepatah Melayu pernah mengatakan “terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tidak boleh balik” yang mengingatkan kita supaya sentiasa berhati-hati ketika ingin menuturkan sesuatu. Sentiasa beringat sebelum berbicara. Hal ini demikian kerana, penggunaan bahasa atau cara berkomunikasi yang berpotensi mengguris perasaan mampu menimbulkan konflik di antara penutur dan pendengar. Apakah kaitan penjagaan kata-kata dengan pengurusan air muka?. Sesungguhnya, dua hal ini berkait rapat kerana menuturkan sesuatu yang menyentuh isu-isu sensitif dapat mendatangkan malu kepada pendengar dan hal ini dapat dilihat dengan jelas dari perubahan air muka pendengar itu sendiri. Tercetus dari hal ini pengurusan air muka telah dikategorikan kepada empat jenis. Pertama, baik pulih air muka apabila penutur lebih mementingkan air muka sendiri berbanding orang lain. Kedua, jaga air muka bertujuan untuk menghormati keperluan orang lain dan ruang bicara yang dilakukan tidak melibatkan ramai pendengar. Ketiga adalah tuntutan air muka yang merangkumi tindakan mempertahankan air muka yang melibatkan diri sendiri. Akhir sekali adalah beri muka, iaitu tindakan mempertahankan air muka orang lain. Murid-murid dan guru-guru yang dihormati sekalian, Saban tahun, Majlis Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan Peringkat Sekolah disambut dengan sungguh meriah dan kini sudah masuk ke tahun 2023. Kemeriahan yang dicapai bukan sahaja bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kita namun diharapkan mampu membantu agar penggunaan bahasa Melayu standard di sekolah kita semakin mantap dari tahun ke tahun dengan adanya penerapan kesantunan berbahasa dalam bahasa tersebut. Apakah itu kesantunan berbahasa? Satun bahasa ditakrifkan sebagai pengucapan kata-kata berlandaskan peraturan atau hukum tertentu.


Kesantunan berbahasa dalam sistem bahasa dapat dilihat dari binaan ayat yang digunakan ketika bertutur. Binaan ayat dalam pertuturan pula mengandungi beberapa aspek yang mampu menentukan sama ada binaan ayat tersebut wajar atau kurang wajar dilakukan. Contoh bagi perkara yang wajar dilakukan adalah sebagai penutur yang baik anda haruslah mengutamakan perkara yang penting terlebih dahulu dalam komunikasi. Misalnya, ketika ingin bercakap dengan rakan anda elakkan untuk bercerita panjang lebar tetapi menyampaikan perkara yang penting terlebih dahulu agar rakan ada tidak bosan dengan anda. Selain itu, anda sebagai penutur yang baik juga perlulah berhati-hati dengan setiap tutur kata yang ingin dituturkan agar tidak mendatangkan salah faham rakan anda yang mendengar. Manakala bagi perkara yang kurang wajar pula, anda tidak sepatutnya mencelah ketika orang lain sedang berbicara. Sebagai contoh ketika ingin bertanya di dalam kelas anda sepatutnya menunggu guru anda selesai berbicara terlebih dahulu dan bukan mencelah ketika dia masih berbicara. Selain itu, sempena majlis Dekad Bahasa ini saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan anda semua bahawa sebutan dan intonasi dalam berbicara juga merupakan aspek yang tidak kurang penting dalam kesantunan berbahasa. Cara penyampaian mesej yang jelas, teratur dengan intonasi yang sesuai dapat membantu anda lebih yakin berbicara terutama bagi peserta yang akan menyertai mana-mana pertandingan yang memerlukan anda berdiri di atas pentas ini. Hal ini dikatakan demikian kerana, perkara yang saya tekankan ini mampu untuk mengurangkan jurang komunikasi akibat kepekatan dialek bahasa kaum anda sendiri. Misalnya, jika salah seorang peserta mendeklamasikan sajak dalam program ini berbangsa India namun dia menggunakan intonasi yang betul serta suara yang jelas sudah pasti dialeknya yang pekat tidak begitu ketara didengar. Perkara ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan diri untuk dia berdiri dan mendeklamasikan sajak dengan baik


Seperti yang kita sedia maklum , terdapat tiga isu kesantunan berbahasa yang begitu ketara dalam kalangan murid pada masa ini yang telah menyebabkan remaja kini kurang menerapkan bahasa yang sopan apabila bertutur . Perkara ini tidak harus dipandang enteng oleh murid-murid . Manakala , Guru-guru juga mesti memainkan peranan yang besar sebagai pendorong dan contoh kepada pelajar kita . Para hadirin yang dikasihi sekalian , Antara isu yang saya telah kenal pasti dalam kesantunan berbahasa ialah isu bahasa .Secara umumnya , isu bahasa dalam kesantunan berbahasa dapat melibatkan penggunaan kata yang kasar , panggilan yang tidak sesuai , menghina atau penggunaan bahasa yang sensitif . Isu bahasa ini sering dikenal pasti dalam pertuturan apabila pelajar tidak menggunakan kata panggilan yang sepatutnya kepada guru . Sebagai contoh , apabila mengucapkan selamat pagi kepada cikgu , sesetengah pelajar menggunakan bahasa yang tidak sopan dan memanggil guru dengan menggunakan perkataan ‘woi’ atau ‘awak’ . Sebaiknya sebagai seorang murid , anda haruslah sentiasa menghormati guru kerana guru telah mencurahkan ilmu kepada murid dengan sedaya upaya . Selain itu , apabila berkomunikasi dengan rakan sekelas , terdapat murid yang menjadikan bahasa kasar sebagai bahasa pertuturan yang biasa . Contohnya dengan menggunakan perkataan bodoh , gila, sial dan sebagainya . Hal ini haruslah dibendung kerana pertuturan yang kasar dapat menjejaskan imej murid dan sekolah . Tambahan pula , ini dapat meluaskan jurang hubungan antara rakan dan mencipta ketegangan sosial . Jelaslah bahawa isu bahasa ini dapat menjejaskan keindahan dalam berbahasa Melayu . Sehubungan dengan itu, beralih kepada isu sosial . Isu sosial terdiri daripada beberapa kategori seperti perbezaan budaya , jantina , status sosial, dan konteks pertuturan . Tamsilnya , kepelbagaian etnik di Malaysia mempunyai perbezaan budaya , norma dan aturan kesantunan berbahasa yang berbagai . Pergaulan antara murid menggunakan bahasa tidak formal adalah perkara biasa dalam pertuturan seharian . Namun begitu , apabila guru menjalankan tugas untuk mengajar . Guru haruslah menekankan pertuturan yang formal agar dapat menjadi contoh yang baik kepada murid . Sebaliknya dalam situasi tidak formal , norma kesantunan berbahasa mungkin boleh menjadi lebih longgar .


Dari perspektif yang lain , isu sosial ini terjadi akibat pengaruh rakan sebaya . Hal ini dikatakan demikian kerana wujudnya sesetengah murid yang sering melakukan kesalahan disiplin cenderung untuk bertutur dengan kasar , menggunakan pakaian yang ketat , merempit dan sebagainya . Tingkah laku tersebut menonjolkan penggunaan pakaian yang tidak sopan yang melanggar peraturan sekolah serta tidak menjaga kesantunan berpakaian diri . Akibat umur yang muda dan mudah terpengaruh , murid lain akan mencontohi dan mengikuti tingkah laku yang tidak baik ini . Pengaruh rakan ini dapat menyumbang kepada hilangnya kesantunan dalam diri murid . Oleh itu, Isu sosial ini menyebabkan gejala sosial semakin berleluasa dalam kalangan murid . Isu budaya dalam kesantunan berbahasa dapat diteliti dalam diri murid yang kurang berminat dalam budaya seperti budaya berpantun yang merupakan tradisi kepada orang Melayu . Namun begitu , kehidupan murid yang bersosial dengan cara pasar telah membuatkan amalan ini ditelan arus kemodenan . Kita boleh memerhati bukti murid tidak mahir membuat pantun dan mengambil masa yang panjang untuk mereka sebuah pantun . Hal ini kerana murid mulai mengikuti perasaan dan lebih gemar bertutur dengan menggunakan bahasa yang ringkas dan padat . Percakapan yang tidak sopan telah menjadi budaya kepada murid untuk tidak berfikir tentang pendapat mahupun perasaan pendengar . Secara tidak langsung , dapat menyebabkan pendengar terasa hati . Sebagai contoh , ‘’ banyaknya jerawat kamu ! ‘’ .Ramai murid yang bertutur dan berkomunikasi tanpa memikirkan kesannya terhadap perasaan pendengar . Bagi menangani isu ini , guru haruslah membantu murid untuk memahami bahawa sebelum melafazkan kata baiknya kira difikirkan terlebih dahulu bimbang akan menggores hati pendengar . Maka , isu budaya haruslah ditangani agar tidak wujudnya kekeliruan bahasa kepada murid-murid .


Hadirin yang dirahmati , Sebagai penutup tirai pengucapan saya pada hari ini , saya ingin mengingatkan kepada semua untuk sentiasa mengamalkan kesantunan berbahasa dalam diri agar dikategorikan dan dipandang sebagai orang yang bertimbang rasa , berfikiran positif dan baik . Demikian juga saya ajukan kepada guru supaya mengajar murid untuk mengamalkan kesantunan dalam diri serta menunjukkan model insan yang mengamalkan kesantunan itu sendiri . Secara tidak langsung , dapat menjadi contoh positif kepada murid kita . Namun begitu , anda semua haruslah memainkan peranan dalam menjaga air muka sekolah kita dengan menjaga peribadi yang mulia. Tidak dapat dinafikan lagi , perlakuan yang negatif akan menyumbang kepada padah yang besar kepada kita . Dengan ini , moleklah saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun . Bunga seroja di atas para , Jatuh ditimpa buah berangan , Andai kata tersilap bicara , Kemaafan jua saya pohonkan . Sekian terima kasih .


Rujukan Abdul Rasid Jamian, Mohd Rashid Md Idris, Azhar Wahid, Norfaizah Abdul Jobar, Arif Mohammad & Rosmaria Omar. (2022). Kesantunan bahasa sebagai Mediator antara tingkah laku penutup dengan perwatakan bahasa dalam kalangan pelajar di Universiti. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities. 7(10), 1-10. https://www.msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/1794. Ahmad Fuad Mat Hassan, Khairul Faiz Alimi, Hisyamudin Isam & Mashetoh Abd Mutalib. (2020). Amalan kesantunan berbahasa dalam komunikasi formal dan tidak formal dalam kalangan pelajar di universiti. Jurnal Komunikasi. 36(4), 410- 427. http://journalarticle.ukm.my/16127/1/44906-144500-1-PB.pdf. Haizah Bukari & Norazana Awang Kechik. (2021). Pengaruh bahasa Ibunda terhadap kemahiran bertutur dalam kalangan murid India di sebuah sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 12(1), 63-71. http://journalarticle.ukm.my/19110/1/305-579-1-SM.pdf. Marlyna Maros & Mohd Baharim Mayidin. Jenis dan fungsi serta persepsi kesantunan dalam interaksi di kaunter pertanyaan. Jurnal Bahasa. 11(2), 219-234. https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8158/3702. Noor Fadilah Dawi & Asiah Abas. (2020). Kesantunan berbahasa dalam kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah. Jurnal Pusat Penataran Ilmu & Bahasa. 31(2), 133-152. https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/MANU/article/view/2830.


Siti Khodijah Che Mee. (2020). Penguasaan sintaksis Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Melayu di Universiti Putra Malaysia. International Journal of the Malay World and Civilisation. 8(1), 59-73. http://journalarticle.ukm.my/14271/1/jatma-2020-0801-06.pdf. Zaitul Azma Zainon Hamzah, Ahmad Fuad Mat Hassan & Mohd Nur Hafizuddin Md Adama. (2011). Kesantunan berbahasa dalam kalangan remaja sekolah menengah. 11(2), 321- 338. https://myjurnal.mohe.gov.my/public/article-view.php?id=70567.


Click to View FlipBook Version