The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by n4f15y4, 2020-10-18 23:03:50

TOKOH-TOKOH ISLAH PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5 KBSM

TOKOH-TOKOH







ISLAH







TINGKATAN 5

















PENDIDIKAN ISLAM SPM




KBSM

AL-SAYYID JAMALUDIN





AL-AFGHANI





































PEJUANG ISLAM YANG GIGIH

RIWAYAT HIDUP









• Nama sebenar beliau ialah Al-Sayyid Jamaluddin Bin Safdar

al-Afghani.

• Dilahirkan pada tahun 1425 Hijrah / 1838 Masihi di

perkampungan Asa’d, Kabul.

• Digelar “Al Sayyid” kerana salasilah keturunan beliau

dengan Ali Karamallahu Wajhah dan Rasullullah s.a.w


• Keturunan beliau juga bersambung dengan Imam At Tirmizi

iaitu seorang ulama hadis yang terkenal.

• Al Sayyid Jamaluddin Al-Afghani banyak merantau untuk

menyebarkan idea islah.

• Pengaruhnya yang luas terhadap umat Islam menyebabkan

beliau seringkali diburu oleh pihak Perancis dan Inggeris


• Beliau dilantik sebagai anggota Kementerian Pendidikan di
Istanbul, Turki.


• Beliau meninggal dunia pada 5 Syawal 1314 Hijrah/

9 Mac 1897 ketika berusia 60 tahun.

KEPERIBADIAN







1. Berani memperjuangkan kebenaran.


❑ Sangat berani memperjuangkan kebenaran.


❑ Petah berpidato untuk menaikkan semangat umat

Islam supaya bersatu menentang penjajah sehingga


diusir dari India, Turki, dan Mesir.

2.Suka merantau



❑ Al Sayyid Jamaluddin suka mengembara untuk

mengkaji kedudukan umat Islam serta menyebarkan

idea islah yang banyak mempengaruhi perkembangan

Islam khususnya di timur.


3.Tekun



❑ Al Sayyid Jamaluddin seorang yang tekun.

❑ Beliau menguasai pelbagai ilmu dan bahasa.

PENDIDIKAN










❖ Semasa berumur 18 tahun, Sayyid



Jamaluddin dapat menguasai pelbagai ilmu



pengetahuan seperti Al-Quran, hadis, fekah



dan berbagai-bagai lagi.



❖ Beliau bermusafir ke India untuk



mendalami matematik moden.




❖ Al Sayyid Jamaluddin menguasai beberapa



bahasa dunia seperti bahasa Afghanistan,


Parsi, Arab, Turki, Urdu, Perancis, Inggeris



dan Rusia.

SUMBANGAN







❑ Penggerak perjuangan menentang



penjajah.




❑ Berjaya meniup semangat rakyat



menentang penjajah Inggeris di



Afghanistan.




❑ Menghasilkan karya-karya dan risalah



antaranya al-A’mal Kamilah, Raddu




ala ad-Dahriyyin dan lain-lain.



❑ Berjaya mengubah pemikiran umat




Islam ke zaman kemajuan.

IDEA PEMBAHARUAN ( ISLAH )








❑ Islah bermaksud pembaikan atau perubahan


terancang ke arah yang lebih baik.

❑ Beliau berusaha untuk mengembalikan


kecemerlangan umat Islam sebagaimana zaman


Khulafa ar-Rasyidin.


❑ Membina perpaduan tanpa mengira bangsa dan


budaya melalui gagasannya Jamaah Islamiah

❑ Menyeru umat Islam kembali kepada ajaran


Islam yang sebenar tanpa mengikut membuta


tuli.(Taqlid buta)


❑ Menyedarkan umat Islam tentang keburukan

fanatik mazhab yang memecah belahkan umat


Islam.


❑ Menyedarkan rakyat untuk memerdekakan


tanah air dan pemikiran mereka dari penjajah.

KESAN ISLAH








❑ Gerakan islah ini dapat meningkatkan daya


fikir umat Islam.



❑ Mereka mengkaji semula fahaman dan


amalan masyarakat serta membetulkan



menurut tafsiran Al-Quran dan Sunnah.



❑ Gerakan islah ini telah berjaya


mengembalikan keyakinan umat Islam tentang


kemuliaan dan kekuatan yang ada dalam diri


mereka.



❑ Timbul kesedaran dikalangan umat Islam


untuk berjuang membebaskan tanah air dari


penjajahan barat.

KEPERLUAN KEPADA ISLAH














❑ Islah amat diperlukan di dalam kehidupan



umat Islam untuk membangunkan diri dan


melaksanakan Islam menurut ajarannya



yang murni.




❑ Ajaran islah dapat memberi keyakinan


kepada umat Islam tentang kesesuaian



Islam untuk dilaksanakan pada setiap



masa dan sebarang situasi.

ASSHEIKH





MUHAMMAD ABDUH

















TOKOH ISLAH AGUNG

RIWAYAT HIDUP







• Nama sebenar beliau ialah Muhammad Bin Abduh Bin

Hasan Khairullah


• Dilahirkan dalam keluarga petani di Tanta, Mesir pada

tahun 1265 Hijrah / 1849 Masihi.

• Pada tahun 1882 Masihi beliau dibuang negara kerana

dituduh terlibat dengan pemberontakan Urabbi.

• Semasa menjalani hukuman tersebut, beliau pergi ke

Perancis dan menerbitkan majalah Al-Urwatul Wusqa

bersama gurunya Al Sayyid Jamaluddin Al Afghani

• Sheikh Muhammad Abduh pernah menjadi guru masjid Al-

Husaini dan Darul Ulum, Mesir, guru di sekolah al-

Sultaniah, Beirut, hakim mahkamah rayuan Mesir, anggota

majlis pengurusan Universiti Al Azhar dan Mufti kerajaan

Mesir

• Sheikh Muhammad Abduh meninggal dunia pada tahun

1314 Hijrah / 1905 Masihi di Iskandariah, Mesir.

KEPERIBADIAN








❑ Berani


▪ Beliau seorang yang berani menyatakan idea-idea

islahnya walaupun terpaksa berhadapan dengan

pancaroba yang besar.


❑ Tegas dan penyayang


▪ Seorang yang tegas tetapi penyayang kepada anak-

anak muridnya.

▪ Beliau menubuhkan Al Jamaiah Al Khairiah Al

Islamiah untuk membantu murid-muridnya yang

menghadapi masalah kewangan.

❑ Berketrampilan


▪ Beliau diberi kepercayaan untuk menyandang


beberapa jawatan penting dalam negara.

PENDIDIKAN







❑ Semasa kecil, Sheikh Muhammad Abduh belajar

membaca dan menulis dari bapanya sendiri.


❑ Beliau mempelajari Al-Quran serta menghafaznya dalam

masa dua tahun.

❑ Beliau mempelajari bahasa Arab di masjid Al-Ahmadi


❑ Sheikh Muhammad Abduh mempelajari tasawuf dan

tatabahasa Arab dari Sheikh Darwish Khudr dan Sheikh
Darwish.


❑ Di Universiti Al-Azhar beliau mempelajari pelbagai ilmu

termasuk ilmu hisab dan falsafah dengan Sheikh Hasan

Al-Tawil.

❑ Pada tahun 1896 Masihi, beliau berkesempatan

mendampingi dan mendalami bidang akademik dan

pemikiran Islam dengan Sayyid Jamaluddin Al Afghani

yang mengunjungi Mesir.

❑ Beliau memperoleh ijazah dari Universiti Al-Azhar pada

tahun 1877.

ALIRAN PEMIKIRAN






❑ Akidah



▪ Sheikh Muhammad Abduh menyeru umat Islam

supaya kembali kepada ajaran Islam dalam bentuknya


yang asli dan murni serta menyesuaikannya dengan


kehendak zaman, asalkan tidak bercanggah dengan

Al-Quran dan Sunnah



▪ Sheikh Muhammad Abduh menolak konsep taklid buta

serta mengajak umat Islam supaya mempelajari ilmu-


ilmu nakliah dan akliah untuk membina umat yang

mempunyai daya fikir yang tinggi dan seterusnya


mampu keluar dari belenggu penjajah.

❑ Integrasi Ilmu



▪ Sheikh Muhammad Abduh menyarankan supaya


bidang-bidang ilmu fardu kifayah seperti sains,

matematik, falsafah dan geografi dimasukkan dalam


kurikulum sekolah dan universiti.





❑ Kecekapan pentadbiran



▪ Semasa Sheikh Muhammad Abduh menjadi hakim di

mahkamah rayuan Mesir, beliau mendapati sistem


pentadbiran tidak sistematik dan perlu penyelarasan.


▪ Pengislahan yang dilakukan oleh beliau diabadikan


di dalam karyanya , at-Tahrir fi Islah al-Mahakim as-

Syar’iyyah.

FAKTOR SHEIKH MUHAMMAD ABDUH



MELAKUKAN PENGISLAHAN DALAM SISTEM


PENDIDIKAN






❑ Inspirasi gerakan islah Al Sayyid Jamaludin


yang menjurus kearah mewujudkan integrasi


ilmu.



❑ Kesedaran Sheikh Muhammad Abduh terhadap

keperluan islah di dalam kurikulum sekolah dan


universiti yang sudah ketinggalan zaman.



❑ Sistem pendidikan pada masa itu lebih

menjuruskan ke arah taklid dan jumud (fasik).



❑ Kekurangan prasarana pendidikan serta


bantuan daripada kerajaan yang menyebabkan


golongan miskin terpinggir.

METOD ISLAH










Sheikh Muhammad Abduh menggunakan pelbagai

metod yang sesuai untuk melakukan islah iaitu:





i. Proses pengajaran di Masjid Al Husin, Darul


Ulum dan Universiti Al-Azhar.


ii. Media massa seperti majalah Al-Urwatul

Wusqa serta Akhbar al-Waqa’ik al-Misriyah


dan al-Ahram.


iii. Karya-karya ilmiah.


iv. Jawatan-jawatan yang disandang seperti

hakim mahkamah rayuan Mesir, anggota majlis


pengurusan universiti Al-Azhar dan mufti

kerajaan Mesir.

KARYA ILMIAH










➢Risalah at-Tauhid.



➢Tafsir Juz ‘Amma



➢At-Tahrir Fi Islah al-Mahakim as-Syar’iyyah.



➢Al-Islam Wal Raddu ‘ala Muntaqadih.



➢Al-Islam Wa Nasraniah Maal Ilmi Wal


Madaniyyah.

SUMBANGAN






➢Mewujudkan matepelajaran matematik,


geometri, algebra, geografi, sejarah dan seni


khat.



➢Mewujudkan piawaian dalam



penganugerahan sijil.



➢Mewujudkan farmasi khususnya untuk pelajar


universiti Al-Azhar



➢Menyediakan peruntukan untuk gaji guru dari



perbendaharaan negara dan wakaf negara.



➢Memperbaiki asrama pelajar dengan


menekankan aspek-aspek keselamatan dan


kesihatan.

SHEIKH TAHIR JALALUDIN














TOKOH PEMIKIR TANAHAIR

BIODATA




❑ Nama sebenar beliau ialah Muhammad Tahir Bin


Sheikh Muhammad Bin Ahmad Jalaluddin


❑ Dilahirkan pada 7 Nov 1869 Masihi di Ampik

Angkek, Bukit Tinggi Sumatera Barat, Indonesia.


❑ Bapanya Sheikh Muhammad ialah seorang ulama’

terkenal berketurunan Melayu Minangkabau.


❑ Menetap di Perak selepas tamat pengajian di


Mekah pada tahun 1900 Masihi


❑ Pernah menjadi guru di Madrasah Al-Masyhur di

Pulau Pinang, Madrasah Haji Taib Parit Jamil,


Muar,Johor dan di Masjidil Haram, mufti negeri

Perak dan Johor, serta nazir sekolah-sekolah

agama Johor. Diberi gelaran “Sheikh” semasa


menjadi mufti di Perak.


❑ Sheikh Tahir Jalaluddin meninggal dunia pada 26

Oktober 1956 Masihi di Perak.

KEPERIBADIAN










❑ Menepati masa


❖ Sheikh Tahir Jalaluddin tidak pernah lewat menghadiri

kelasnya melainkan kerana keuzuran, murid-muridnya

memahami sikap beliau ini dan mereka berjaya

mendisiplinkan diri masing-masing.

❑ Cinta kepada ilmu


❖ Sheikh Tahir Jalaluddin suka membaca.

❖ Beliau menyediakan sebuah perpustakaan kecil

dirumahnya.

❑ Tekun dan gigih


❖ Sheikh Tahir Jalaluddin tekun dan gigih dalam

menyebarkan idea islah dikalangan masyarakat.


❖ Penentangan dari kalangan ulama-ulama tradisional di

tanah air tidak dapat melunturkan perjuangannya yang
murni.

PENDIDIKAN











➢ Sheikh Tahir Jalaluddin belayar ke Mekah pada


umur 12 tahun dan belajar ilmu agama di sana.


➢ Semasa di Mekah, beliau tinggal bersama Sheikh


Ahmad Khatib (saudara sepupu) yang


merupakan pemimpin Mazhab Syafie di Masjidil



Haram.


➢ Pada tahun 1893M, beliau menyambung



pelajaran dalam jurusan ilmu falak di Universiti


Al-Azhar, Mesir.



➢ Diberi kepercayaan untuk mengajar di Masjidil


Haram selepas pulang dari Mesir.

MESEJ ISLAH










➢ Mengajak umat Islam supaya



mengamalkan ajaran Islam yang


berteraskan Al-Quran dan Sunnah dan



bebas dari adat lama yang sebahagiannya



dipusakai dari agama Hindu.




➢ Menjauhkan pengaruh negatif dari luar


khususnya dari barat.




➢ Berusaha mempelajari pelbagai ilmu



fardhu ain dan fardhu kifayah.



➢ Menolak amalan taklid buta.

METOD ISLAH






❑ Penerbitan akhbar.


➢ Sheikh Tahir Jalaluddin bersama Syed Sheikh Al Hadi
menerbitkan Majalah al-Imam pada bulan Jamadil Akhir

1324 Hijrah / Julai 1906 Masihi di Singapura.


➢ Penerbitan Majalah al-Munir (1908) di Indonesia, Majalah

Neraca (1911) di Singapura dan Majalah Pengasuh

(1918) di Malaysia.

❑ Jawatan-jawatan yang disandang.


➢ Semasa menjadi mufti di Perak dan Johor, beliau

gunakan kesempatan itu untuk menyampaikan idea islah

kepada masyarakat.

❑ Proses pengajaran


➢ Sheikh Tahir Jalaluddin tidak melepaskan peluang untuk

menyebarkan idea islah semasa menjadi guru di

Madrasah al-Masyhur, Pulau Pinang dan Madrasah Haji

Taib Parit Jamil di Johor.

BUKTI KEGIGIHAN



MEMPERJUANGKAN ISLAH









➢ Mendapat tentangan yang hebat dari


golongan ulama’ tradisional khususnya di



Malaysia.


➢ Beliau juga mendapat kekangan dari pihak


penjajah.



➢ Pada tahun 1927M, beliau dipenjarakan


oleh pihak Belanda selama sembilan bulan


atas tuduhan menentangnya.

SUMBANGAN











❑Bidang Pemikiran







➢ Menerusi majalah al-Imam Sheikh Tahir


Jalaluddin menyalurkan idea islah serta


maklumat intelektual Islam untuk


membebaskan masyarakat Melayu dari

sebarang unsur penjajahan fizikal dan


pemikiran.

❑Bidang Pendidikan







➢ Pada tahun 1908M beliau menubuhkan


Madrasah al-Iqbal al-Islamiah di


Singapura.



➢ Penubuhannya menjadi sumber inspirasi

kepada penubuhan Madrasah al-Iqbal


al-Islamiah (Riau), Madrasah al-


Adabiyah (Sumatera Barat), Madrasah


al-Hadi (Melaka) dan Madrasah al-


Mashyur (Pulau Pinang).

❑Bidang Ilmu Falak







➢ Beliau diberi gelaran “al-Falaki” kerana


kemahiran beliau dalam ilmu falak.



➢ Bersikap optimis dengan keperluan ilmu


tersebut yang bersifat futuristik.


➢ Pada akhir tahun 60’an, ilmu falak


mendapat perhatian daripada pihak


kerajaan.


➢ Bermulanya penubuhan jawatankuasa


kecil takwim Malaysia.


➢ Ilmu ini mendapat perhatian dari pusat-


pusat pengajian tinggi di Malaysia,


contohnya Fakulti Pengajian Islam UKM


turut menawarkan kursus Falak Syarie

pada tahun 1981.

❑Bidang Kesusasteraan







➢ Beliau merupakan penggiat sastera.



➢ Kehebatannya terserlah melalui


penulisan-penulisannya di dalam Majalah


al-Imam.

HAMKA














PERMATA NUSANTARA

BIODATA










➢ Nama sebenar beliau ialah Haji Abdul Malik bin


Abdul Karim Amrullah dan lebih dikenali sebagai

HAMKA.


➢ Dilahirkan pada tahun 1908M/1326H di Tanah

Sirat Sungai Batang, Maninjau, Minangkabau,


Sumatera Barat dan meninggal dunia pada tahun

1981 sewaktu berusia 73 tahun.


➢ Bapanya Sheikh Abdul Karim merupakan ulama

terkenal yang membawa pembaharuan di


Minangkabau.

JAWATAN




➢ Guru agama di Perkebunan Tebing Tinggi, Medan

dan Padang Panjang.


➢ Pensyarah di Universiti Islam Jakarta dan Universiti

Muhammadiah, Padang Panjang.

➢ Rektor Perguruan Tinggi Jakarta.


➢ Pegawai Tinggi Agama Indonesia.

➢ Ketua Umum Majlis Ulama Idonesia.(MUI)








ANUGERAH









➢ Doktor Kehormat dari Uni. Al-Azhar, Mesir (1959)

➢ Guru Besar (Profesor) dari Uni. Moestopo, Jakarta

(1960)


➢ Doktor Kehormat dari UKM (1974)

KEPERIBADIAN




❑ Petah berpidato


➢ Mahir berpidato. Pernah diberi penghormatan


untuk berpidato dalam sebuah rancangan radio



di Arab Saudi.


❑ Berjiwa seni.


➢ Jelas kelihatan melalui gaya bahasa yang


digunakan dalam karya-karya beliau.


➢ Sering menggunakan pantun dan syair dalam


selingan penulisan beliau.



❑ Berani.


➢ Mengatur siri pidato untuk membangkitkan


semangat umat Islam menentang penjajah


semasa berlaku revolusi ke atas Belanda di



Sumatera.

PENDIDIKAN





❑ Mempelajari al-Quran dan asas agama


dari bapanya.


❑ Mendapat pendidikan rendah di sekolah



agama At-Tawalib yang didirikan oleh


bapanya.


❑ Mengikuti pengajian di masjid dan surau



yang disampaikan oleh ulama terkenal.


(Sheikh Ibrahim Musa, Sheikh Ahmad


Rashid, Sutan Mansur & Kiyai Bagus



Hadikusomo)

KEGIGIHAN HAMKA MENGEMBANGKAN



DAKWAH ISLAM DI NUSANTARA






❑ Menerbitkan majalah Khatibul Ummah


semasa berusia 17 tahun.



❑ Mengasaskan Persatuan Hindia Timur


pada 1927 semasa berada di Mekah


untuk memberi pelajaran agama kepada



jemaah haji dari Indonesia.


❑ Melibatkan diri dengan Pertubuhan


Muhammadiah dan mengetuai



cawangannya di Padang Panjang.

❑ Mengasaskan Kolej Muballighin pada



1935.


❑ Pada 1936 beliau menerbitkan majalah


Pedoman.


❑ Mengasaskan beberapa lagi majalah



berunsur dakwah seperti Menara,


Merdeka, Pemandangan, Panji



Masyarakat & Gema Islam.


❑ Pada 1953 beliau dilantik sebagai


anggota pimpinan pusat Pertubuhan


Muhammadiah.

SUMBANGAN













❑Karya-karya beliau dalam bidang agama,

kesusasteraan dan falsafah menyentuh secara


langsung kehidupan umat Islam di rantau


nusantara.


❑Meneruskan idea islah yang dibawa oleh Sayyid

Jamaluddin dan Sheikh Muhammad Abduh.


❑Menggunakan ruangan akhbar dan majalah


untuk mengajak umat Islam mengkaji semula


sebahagian kefahaman dan ajaran yang


bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah.

❑Karya-karya beliau terutamanya Tafsir al-Azhar


meninggalkan kesan mendalam dalam bidang


ilmu dan pemikiran di alam Melayu.

❑Pendekatan beliau yang sederhana diterima


baik oleh masyarakat Islam di universiti dan


antarabangsa.

HASIL KARYA


❑Bidang Agama






i. Tafsir al-Azhar


ii. Tasawuf Moden


iii. Pedoman Mubaligh Islam

iv. Arkanul Islam


v. Sejarah Umat Islam


vi. Revolusi Agama






❑ Bidang Falsafah






i. Falsafah Hidup


ii. Lembaga Hidup

iii. Falsafah Ideologi Islam


iv. Ekspansi Ideologi


v. Pandangan Hidup Muslim

HASIL KARYA


❑Bidang Sastera






i. Tenggelamnya kapal Van De Wijck


ii. Di Bawah Lindungan Kaabah


iii. Laila Majnun

iv. Mandi Cahaya Di Tanah Suci


v. Menunggu Beduk berbunyi

PERJUANGAN HAMKA







i. Mengetuai Front Pertahanan Nasional untuk


menyekat kemaraan Belanda di Indonesia.

ii. Melancarkan peperangan terhadap khurafat,


bid’ah dan tareqat kebatinan yang sesat di

Indonesia semasa menjadi anggota pimpinan

pusat Pertubuhan Muhammadiah.


iii. Dipecat daripada jawatan Ketua Umum Majlis

Ulama Indonesia (MUI) kerana kelantangannya

mengkritik kepincangan pentadbiran kerajaan


Indonesia.

iv. Pernah dipenjarakan bersama-sama tokoh-


tokoh Majlis Syura Muslim Indonesia

(MASYUMI).


Click to View FlipBook Version