The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by n4f15y4, 2021-06-14 05:50:35

ISTIQAMAH JALAN MENUJU MUJAHADAH

ISI KANDUNGAN




PEMBELAJARAN









❑6.20.1


Maksud dan Dalil Naqli Sifat Istiqamah





❑6.20.2


Cara Memiliki Sifat Istiqamah





❑6.20.3


Contoh Sifat Istiqamah Yang Diamalkan oleh Rasulullah SAW





❑6.20.4

Hikmah Mengamalkan Sifat Istiqamah Dalam Kehidupan

MAKSUD ISTIQAMAH






















Ketaatan yang berterusan dalam melaksanakan suruhan


Allah SWT dan menjauhi larangannya

DALIL NAQLI SIFAT ISTIQAMAH










ALLAH SWT berfirman :



















Maksud :


Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad)


sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul


sebagaimana yang telah diperintahkan kepadamu..

SPEKTRUM ILMU



















Saidatina Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah


SAW bersabda:


“Apakah amalan yang disukai Allah SAW?” Lalu


baginda berkata: “amalan yang dikerjakan secara



berterusan walaupun sedikit”.

DALIL NAQLI SIFAT ISTIQAMAH










Sufian bin Abdullah ra meriwayatkan bahawa beliau


bertanya kepada Rasulullah SAW:



















Maksud :


Wahai Rasulullah SAW katakanlah kepadaku satu


perkataan yang berkaitan tentang Islam yang aku


tidak perlu bertanya kepada orang lain. Baginda



berkata , ” Ucapkanlah : Aku beriman dengan Allah


SWT, kemudian beristiqamahlah kamu,”

SPEKTRUM ILMU


















Maksud مقتساف ialah keteguhan memelihara iman


dalam melaksanakan segala suruhan dan


meninggalkan larangan-Nya.

CARA MEMILIKI SIFAT ISTIQAMAH







Sentiasa bermujahadah melawan hawa nafsu agar berterusan
1 mengamalkan sifat mahmudah.





Sentiasa berdoa memohon bantuan Allah agar dapat melaksanakan
2 segala suruhan dan meninggalkan larangannya secara berterusan.







3 Sentiasa membaca dan mengambil ikhtibar daripada kisah para rasul
yang istiqamah melakukan kebaikan.




4 Sentiasa muhasabah diri agar ikhlas dan sabar dalam setiap tindakan




Sentiasa mempelajari ilmu dengan istiqamah supaya menjadi amalan

5 dalam kehidupan.







6 Sentiasa berkawan dengan rakan yang berdisiplin dalam melakukan
kebaikan.

SPEKTRUM ILMU











Anas bin Malik ra meriwayatkan bahawa Rasulullah


SAW bersabda :











Maksud:


tidak istiqamah seseorang hamba sehinggalah


istiqamah hatinya dan tidak istiqamah hati


seseorang hamba sehinggalah istiqamah lidahnya…


(Riwayat Ahmad)

CONTOH SIFAT ISTIQAMAH YANG DIAMALKAN


OLEH RASULULLAH SAW







Contoh 1


Istiqamah Dalam Ibadah






Rasulullah Istiqamah beribadat kepada Allah. Baginda tidak


jemu memohon keampunan daripada Allah walaupun baginda


seorang yang maksum.






Abu Hurairah ra mengatakan bahawa beliau m,endengar


Rasulullah SAW bersabda:”Demi Allah SWT, sesungguhnya aku



beristighfar dan bertaubat kepada allah SWT lebih dari tujuh


puluh kali setiap hari.”


(Riwayat al-Bukhari)

SPEKTRUM ILMU











Al-Imam al-Ghazali rh berkata :






“ Antara tanda kecintaan seorang hamba kepada


Allah SWT termasuklah apabila dia mengutamakan



perkara yang disukai oleh Allah SWT melebihi


keinginan nafsu dan kepentingan diri sama ada


secara zahir atau batin”.






(Ihya’ Ulumuddin)

CONTOH SIFAT ISTIQAMAH YANG DIAMALKAN


OLEH RASULULLAH SAW







Contoh 2


Istiqamah Dalam Berdakwah






Rasulullah Istiqamah berdakwah menyebarkan agama Islam


walaupun menghadapi pelbagai kesusahan dan ancaman.






Sifat Istiqamah baginda terserlah melalui ketegasan baginda


yang tidak meninggalkan usaha dakwah walaupun ditawarkan


kesenangan dunia.







(Nur al-Yakin Fi Sirah Sayyidil Mursalin)

SPEKTRUM ILMU











Antara wasiat al-Imam al-Syafie rh:






“ Benteng iman itu terdapat dalam lima perkara,


iaitu keyakinan, keikhlasan, melazimi ibadah sunat,



istiqamah dalam beramal dan berdisiplin dalam


ibadah”.






(Ihya’ Ulumuddin)

HIKMAH MENGAMALKAN SIFAT ISTIQAMAH DALAM


KEHIDUPAN




1. Menzahirkan individu yang berakhlak mulia kerana


melaksanakan kebaikan secara berterusan.



2. Membentuk insan yang teguh pandangan dalam


mempertahankan kebenaran.



3. Memperkukuh jati diri dengan sifat sabar dan tidak


berputus asa untuk berjaya.



4. Memupuk sikap sanggup berkorban harta dan


nyawa demi mempertahankan Islam.



5. Membangunkan ekonomi kerana komitmen semua


pihak untuk memajukan negara.



6. Melahirkan sifat kebersamaan dalam masyarakat


kerana sentiasa menjaga kepentingan bersama

Sekian.







Selamat






Mengulangkaji.


Click to View FlipBook Version