PELAJARAN 18
BIDANG AKHLAK ISLAMIYAH
MAKSUD TAWADUK
Sikap kerendahan hati kepada Allah SWT
dan sesama manusia.
DALIL NAQLI SIFAT TAWADUK
1.Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah
SAW bersabda :
Maksud :
“Dan tidaklah seseorang merendahkan diri kepada Allah
SWT melainkan Allah SWT akan mengangkat darjatnya.”
DALIL NAQLI SIFAT TAWADUK
2. Iyad bin Hamar ra meriwayatkan bahawa Rasulullah
SAW bersabda :
Maksud :
“Sesungguhnya Allah SWT telah mewahyukan kepadaku agar
bersifat tawaduk. Janganlah seseorang daripada kamu
bersikap sombong dan berbuat zalim kepada yang lain.”
CONTOH 1
Tawaduk dalam pergaulan
Rasulullah SAW menunjukkan sifat tawaduk ketika bergaul,
terutamanya dengan kanak-kanak. Walaupun mempunyai
kedudukan yang mulia, baginda tidak sombong dengan
kedudukannya. Sebaliknya baginda menghormati dan
menyayangi kanak-kanak. Baginda sentiasa bersikap lemah
lembut dan menunjukkan kasih terhadap mereka.
Anas bin Malik ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW selalu
menyantuni kanak-kanak dengan mendahulukan ucapan
salam Ketika bertemu dan membelai rambut mereka dengan
perasaan kasih sayang. (Riwayat al-Bukhari)
CONTOH 2
Tawaduk dalam kehidupan rumahtangga
Rasulullah SAW menunjukkan sifat tawaduk ketika bersama-
sama dengan keluarga. Baginda bersama-sama membantu
melayani keluarga dan menguruskan rumahtangga.
Urwah bin az-Zubair ra berkata, seseorang bertanya kepada
Aishah ra, “ Adakah Rasulullah SAW bekerja di dalam rumah
baginda?” Lalu Aishah ra menjawab, “ Rasulullah SAW
menampal selipar, menjahit pakaian dan melaksanakan
tanggungjawab dalam rumahtangga seperti mana yang
dilakukan oleh orang lain. (Riwayat Ahmad)
CONTOH 3
Tawaduk ketika makan dan minum
Rasulullah SAW menunjukkan sifat tawaduk ketika makan dan
minum. Baginda tidak pernah mencela makanan yang
disediakan untuk baginda. Apabila baginda menyukai
makanan tersebut, baginda akan memakannya. Apabila
baginda tidak menyukainya, baginda meninggalkannya.
Baginda tidak menzahirkan perasaan sebaliknya berdiam.
(Riwayat Muslim)
Spektrum ilmu
Perbuatan membazir dilarang dalam Islam. Firman Allah
SWT:
َ
ٗ ُ َ َ ُ َ ۡ َ َ َ َ َ ۡ ٓ ُ َ َ َ ُ ۡ
َٰ
َٰ
َٰ
٢٧ اروفك ۦِهبرِل َّ نطيشلٱ َّ نكَو نِ َّ يِطيشلٱ َّ نوخإ َّ اونكَ َّ نيرِذبملٱ َّ نإ
ِ
ِ
ِ
ِ
(Surah al-Isra’ : Ayat 27)
Maksud :
“Sesungguhnya orang yang boros itu ialah saudara syaitan.
Sedang syaitan itu pula makhluk yang sangat kufur kepada
tuhannya.”
1. Membentuk insan yang bertaqwa kerana mengamalkan
sifat tawaduk.
2. Dikasihi masyarakat kerana tidak bersikap sombong.
3. Membentuk keluarga yang harmoni kerana saling
menghormati antara satu sama lain.
4. Mendapat kedudukan yang mulia disisi Allah SWT kerana
sentiasa bersyukur.
5. Membudayakan sikap merendah diri demi kepentingan
Islam.