MODUL MUDAH PI K2 2020
TAJUK: LARANGAN MEMPERSENDAKAN AGAMA
1. SOALAN Nyatakan dua contoh perbuatan yang mempersendakan agama
JAWAPAN Contoh perbuatan yang mempersendakan agama:
1. Makan di siang hari dalam bulan ramadan di khalayak ramai
2. Menghina orang yang bertaqwa
3. Bangga apabila melakukan maksiat
4. Tidak solat/tidak puasa/enggan membayar zakat
2 SOALAN Nyatakan dua golongan yang mempersendakan agama
JAWAPAN Dua golongan yang mempersendakan agama:
1. Musyrikin
2. Munafik
3. Murtad
4. Asi
3 SOALAN Jelaskan dua cara anda memelihara agama
JAWAPAN Dua cara memelihara agama:
1. Sentiasa menghadiri majlis ilmu
2. Sentiasa berkawan dengan orang solih
3. Sentiasa berdoa kepada Allah
4. Meningkatkan keimanan dengan melakukan amal soleh
4. SOALAN Terangkan dua usaha yang perlu anda lakukan sekiranya rakan suka
melakukan perbuatan mempersendakan agama
JAWAPAN Dua usaha yang perlu dilakukan ialah:
1. Menasihati mereka berhenti melakukan perbuatan tersebut /
agar dikasihi Allah
2. Melaporkan kepada guru/ untuk diambil tindakan
3. Mengajak mereka melakukan kebaikan/ supaya dirahmati
Allah
4. Melaporkan kepada pihak berkuasa/ agar maksiat dibendung
5 SOALAN Terangkan dua pengajaran ayat
JAWAPAN Dua pengajaran ayat ialah:
1. Kita hendaklah menjauhi perbuatan mempersendakan agama/
agar hidup diberkati Allah
2. Kita hendaklah sentiasa berakhlak mulia/ agar disayangi
masyarakat
3. Kita hendaklah menjaga kesucian agama Islam/ agar maruah
dipandang tinggi
4. Kita hendaklah menjaga agama Islam/ kerana Islam bukan
alat kepentingan peribadi
1 | J U P E N D I D I K A N I S L A M P E R A K
MODUL MUDAH PI K2 2020
TAJUK : RASUL PENYAMPAI WAHYU
1 SOALAN Nyatakan maksud perkara ghaib berdasarkan ayat di atas?
JAWAPAN Perkara ghaib ialah sesuatu yang tidak boleh dilihat oleh
pancaindera
2 SOALAN Jelaskan dua peranan rasul yang telah diutuskan?
JAWAPAN Dua peranan rasul ialah :
1. Membetulkan aqidah manusia.
2. Menjelaskan syariat dan peraturan.
3. Mengajar cara beribadat yang betul.
4. Mendidik manusia dengan akhlak mulia
5. Menjelaskan adanya alam akhirat.
3 SOALAN Senaraikan dua orang nabi yang kamu tahu?
JAWAPAN Dua orang nabi dan rasul yang saya tahu ialah :
1. Nabi Adam
2. Nabi Idris
3. Nabi Muhammad saw
4 SOALAN Senaraikan dua contoh perkara ghaib ?.
JAWAPAN Dua contoh perkara ghaib ialah:
1. Syurga
2. Neraka
3. Malaikat
4. Dosa
5. Pahala
5 SOALAN Terangkan dua pengajaran daripada ayat di atas.?
JAWAPAN Dua pengajaran daripada ayat di atas ialah:
1. Kita hendaklah mencontohi akhlak rasul/ agar dikasihi
Allah.
2. Kita hendaklah beriman dengan perkara ghaib agar bahagia
dunia akhirat.
2 | J U P E N D I D I K A N I S L A M P E R A K
MODUL MUDAH PI K2 2020
TAJUK : HIDAYAH MILIK ALLAH –SURAH AL AN’AM : 125 (ting 4)
SOALAN Apakah maksud hidayah .
1 JAWAPAN Hidayah ialah cahaya petunjuk Allah.
2 SOALAN Nyatakan dua golongan yang tidak mendapat hidayah Allah.
JAWAPAN Dua golongan yang tidak mendapat hidayah:
1. Kafir
2. Fasik
3. Zalim
4. Sesat
5. Asi
6. Pendusta.
3 SOALAN Jelaskan dua kesan hidayah Allah kepada masyarakat.
JAWAPAN Dua kesan hidayah Allah kepada masyarakat.
1. Mendorong amar makruf nahi mungkar.
2. Peningkatan dalam ibadat fardhu ain dan fardhu kifayah
4 SOALAN Jelaskan dua cara memohon hidayah Allah.
JAWAPAN Dua cara memohon hidayah ialah:
1. Patuh perintah agama/beramal ibadat.
2. Berakhlak mulia dalam pergaulan.
3. Sentiasa berdoa memohon hidayah.
4. Menguasai ilmu agama dengan menghadiri kuliah.
5 SOALAN Terangkan dua pengajaran ayat.
JAWAPAN Dua pengajaran ayat ialah:
1. Kita hendaklah yakin Allah sahaja berkuasa mengubah
seseorang/ untuk menjadi benar –benar beriman kepadaNya.
2. Kita hendaklah sentiasa berdoa diberikan hidayah/ supaya
mendapat keuntungan di dunia dan akhirat.
3. Kita hendaklah bersyukur dengan nikmat Iman dan Islam/ agar
dirahmati Allah.
6 SOALAN Jelaskan dua bukti hidayah milik Allah.
JAWAPAN Dua bukti hidayah milik Allah ialah:
1. Asiah isteri Firaun mendapat hidayah walaupun firaun
menghalangnya.
2. Isteri Nabi Nuh A.S tidak dikurniakan hidayah kerana beliau
menolak ajaran yang dibawa oleh Nabi Nuh.
3 | J U P E N D I D I K A N I S L A M P E R A K
MODUL MUDAH PI K2 2020
7 SOALAN Senaraikan dua cara berdakwah seperti yang diperintahkan oleh
Allah dalam Surah An-Nahl : 16
JAWAPAN Dua cara berdakwah ialah:
1. Hikmah/bijaksana.
2. Pengajaran yang baik / Mauizah hasanah.
3. Perbincangan yang baik/berdebat
8 SOALAN Nyatakan dua tanda orang yang mendapat hidayah:
JAWAPAN Dua tanda orang yang mendapat hidayah:
1. Dilapangkan dadanya menerima Islam.
2. Melaksanakan segala tuntutan Islam.
3. Berakhlak mulia.
4. Tenang
5. Bersyukur
6. Sabar
7. Berkat rezeki.
9 SOALAN Jelaskan dua perbuatan yang menghalang seseorang daripada
mendapat hidayah Allah .
JAWAPAN Dua perbuatan yang menghalang mendapat hidayah ialah:
1. Melakukan maksiat.
2. Makan makanan haram.
3. Minum benda haram.
4. Menghina al –Quran
5. Berpakaian mendedahkan aurat.
6. Mempersensendakan ajaran Islam.
7. Menderhakai ibu bapa
8. Tidak solat
TAJUK: AQIDAH TERAS KEHIDUPAN
1 SOALAN Nyatakan maksud potongan ayat (Surah al-An’am ayat 162)
JAWAPAN Maksud potongan ayat ialah Ibadatku
2 SOALAN Jelaskan dua matlamat seorang muslim beribadah kepada Allah
JAWAPAN Dua matlamat ialah
1. Mendapat keredaan Allah
2. Mendekatkan diri kepada Allah
3 SOALAN Nyatakan dua tanggung jawab utama seorang mukmin
JAWAPAN Dua tanggung jawab ialah:
4 | J U P E N D I D I K A N I S L A M P E R A K
MODUL MUDAH PI K2 2020
1. Mengabdikan diri kepada Allah/ beribadah kepada Allah
2. Membina kekuasaan di muka bumi/ menjadi khalifah Allah di
muka bumi
3. Membina prasarana dalam pembangunan/ memakmurkan alam
4. Melaksanakan perintah Allah
4 SOALAN Nyatakan maksud kalimah (Siratil mustaqim)
Maksud kalimah
1. Jalan yang lurus
2. Jalan yang diredai Allah
3. Agama Islam
5 SOALAN Ayat 162-163 menyatakan ikrar seorang mukmin terhadap Allah.
Jelaskan dua kelebihan beramal dengan ikrar tersebut.
JAWAPAN Dua kelebihan ialah:
1. Taat mematuhi perintah Allah
2. Menjadi mukmin yang bertaqwa
3. Memiliki akhlak yang mulia
4. Melaksanakan ibadah dengan ikhlas
6 SOALAN Terangkan dua bukti menunjukkan Islam adalah agama yang lurus
JAWAPAN Dua bukti ialah:
1. Sumbernya daripada wahyu Allah /yang disampaikan melalui
Rasulullah saw
2. Ajaran Islam lengkap/ mencakupi segala aspek kehidupan
3. Bersifat universal /kerana sesuai untuk semua manusia
4. Ajarannya berteraskan tauhid / iaitu hubungan dengan Allah
dan sesama manusia.
7 SOALAN Jelaskan dua hikmah Allah menjadikan manusia berbeza taraf dan
kedudukan.
JAWAPAN Dua hikmah ialah:
1. Menguji kesabaran manusia
2. Menguji sejauh mana manusia bersyukur
3. Menentukan siapa yang paling baik amalannya
8 SOALAN Jelaskan dua kelebihan menyerahkan semua urusan kepada Allah
JAWAPAN Dua kelebihan
1. Meningkatkan keimanan /ketaqwaan kepada Allah
2. Menambahkan keyakinan terhadap pertolongan Allah
3. Meningkatkan tahap tawakal dalam segala usaha
9 SOALAN Terangkan dua pengajaran ayat
JAWAPAN Dua pengajaran
1. Kita hendaklah meyakini bahawa Islam adalah agama yang
benar / kerana sumbernya dari Allah SWT
2. Kita hendaklah melaksanakan tanggung jawab sebagai khalifah
di muka bumi /agar syariat Islam tersebar luas
3. Kita hendaklah bertanggung jawab di atas segala perbuatan kita
5 | J U P E N D I D I K A N I S L A M P E R A K
MODUL MUDAH PI K2 2020
/ kerana kita tidak menanggung dosa orang lain
4. Kita hendaklah ikhlas dalam setiap amal ibadah / agar iman
mantap
TAJUK : NABI MUHAMMAD S.A.W UTUSAN ALLAH. ( TINGKATAN 5 )
1 SOALAN Apakah maksud Rasul ?
JAWAPAN Maksud Rasul ialah lelaki pilihan Allah yang diberikan wahyu untuk
disampaikan kepada umatnya.
2 SOALAN Jelaskan dua tugas seorang rasul
JAWAPAN Dua tugas
1. Membetulkan akidah manusia
2. Menunjukkan contoh teladan yang baik
3. Menunjukkan cara beribadah yang betul
3 SOALAN Nyatakan sifat wajib bagi Rasul .
JAWAPAN Sifat wajib ialah:
1. Sidiq
2. Amanah
3. Tabligh
4. Fatanah
4 SOALAN Jelaskan dua hikmah Allah mengutuskan nabi dalam kalangan
manusia.
JAWAPAN Dua hikmah ialah:
1. Memudahkan manusia menerima Islam
2. Memudahkan manusia berkomunikasi dengan Nabi
3. Membuktikan syariat Islam mampu dilaksanakan
4. Memudahkan manusia mencontohi Nabi.
5 SOALAN Jelaskan dua kelebihan mengasihi Rasulullah
JAWAPAN Dua kelebihan
1. Mendapat syafaat di akhirat
2. Dikasihi Allah
3. Jiwa menjadi tenang
4. Hidup bahagia dunia dan akhirat
6 SOALAN Nyatakan maksud tawakkal
JAWAPAN Maksud tawakkal ialah berserah kepada Allah setelah berusaha
7 SOALAN Jelaskan dua peranan tawakkal dalam kehidupan.
JAWAPAN Dua peranan ialah
6 | J U P E N D I D I K A N I S L A M P E R A K
MODUL MUDAH PI K2 2020
1. Mendapat pertolongan Allah
2. Jiwa menjadi tenang dan reda
8 SOALAN Terangkan dua pengajaran ayat
JAWAPAN Dua pengajaran ayat ialah
1. Kita hendaklah mengamalkan sunnah Rasulullah SAW
supaya dikasihi Allah.
2. Kita hendaklah mengasihi Rasulullah SAW dengan banyak
berselawat ke atas Baginda.
TAJUK : BATAS-BATAS PERGAULAN
1 SOALAN Siapakah yang dimaksudkan oleh Allah supaya mengawal
pandangan mata?
JAWAPAN Orang beriman / Mukmin / Mukminat
2 SOALAN Apakah maksud menjaga pandangan?
JAWAPAN Maksud menjaga pandangan mata ialah dengan tidak melihat perkara
yang diharamkan / perkara maksiat
3 SOALAN Senaraikan dua contoh menjaga pandangan mata
JAWAPAN Dua contoh menjaga pandangan mata
1. Tidak melihat bahan lucah /pornografi
2. Tidak melihat perbuatan maksiat
3. Sentiasa melihat al quran
4. SOALAN Terangkan dua cara menjaga maruah
JAWAPAN Dua cara menjaga maruah ialah:
1. Memelihara nafsu / agar tidak terlibat dengan zina.
2. Berpakaian sopan/ agar tidak dipandang hina
3.Menjaga batas pergaulan /agar tidak berlaku sumbang
mahram
5. SOALAN Jelaskan dua kebaikan menjaga kehormatan diri
JAWAPAN Dua kebaikan menjaga kehormatan diri ialah:
1. Keturunan terpelihara / agar tidak lahir anak luar nikah
2. Kesihatan terjamin/ kerana dijauhi penyakit berjangkit
6. SOALAN Terangkan dua cara berpakaian menurut Islam
JAWAPAN Dua cara berpakaian menurut Islam ialah :
1. Tidak ketat/ tidak menampakkan bentuk badan/ longgar
2. Tidak jarang/ tidak menampakkan warna kulit
3. Sesuai dengan jantina/ tidak menimbulkan fitnah
7 | J U P E N D I D I K A N I S L A M P E R A K
MODUL MUDAH PI K2 2020
4. Menutup aurat
8. SOALAN Jelaskan empat golongan yang diharuskan melihat perhiasan seorang
perempuan
JAWAPAN Empat golongan yang diharuskan melihat perhiasan seorang
perempuan ialah:
1. Suami
2. Bapa
3. Bapa mertua
4. Anak lelaki
5. Anak tiri lelaki
6. Kanak- kanak belum mumaiyiz
7. Adik beradik lelaki
8. Anak saudara lelaki
9. Perempuan Islam
10. Hamba
11. Lelaki tua yang tidak ada keinginan terhadap perempuan
9. SOALAN Terangkan dua pengajaran daripada ayat.
JAWAPAN Dua pengajaran daripada ayat ialah:
1. Kita hendaklah menjaga maruah diri/ agar hidup tenang
2. Kita hendaklah menjaga kemaluan/ supaya tidak terlibat
maksiat zina
3. Kita hendaklah menjaga pandangan mata agar dirahmati Allah.
PERIBADI MUKMIN
1 SOALAN Nyatakan dua sifat orang yang benar-benar beriman kepada Allah
S.W.T
JAWAPAN Dua sifat orang benar-benar beriman kepada Allah :
1. Sujud kepada Allah.
2. Sentiasa mengingati Allah.
3. Melazimi qiamullai
4. Tidak bersikap sombong.
5. Membelanjakan harta pada jalan Allah.
2 SOALAN Senaraikan dua jenis sujud yang dilakukan untuk mengharapkan pahala
Allah.
8 | J U P E N D I D I K A N I S L A M P E R A K
MODUL MUDAH PI K2 2020
JAWAPAN Dua jenis sujud yang dilakukan untuk mengharapkan pahala :
1.Sujud Tilawah : apabila membaca atau mendengar ayat tilawah.
2. Sujud Syukur : apabila mendapat nikmat atau terlepas daripada
3. Sujud Sahwi : apabila menambah atau mengurangkan rukun solat
secara tidak sengaja atau meninggalkan sunat Ab’ad
3 SOALAN Jelaskan dua kelebihan orang yang istiqamah dalam melakukan
qiamullail.
JAWAPAN Dua kelebihan orang yang istiqamah dalam melakukan qiamullail.
1. Dikasihi Allah/diredhai Allah/ dirahmati Allah
2.Dapat mendekatkan diri kepada Allah
3. Jiwa tenang
4. Disayangi Rasul
4 SOALAN Jelaskan dua cara untuk menginfakkan harta pada jalan Allah SWT.
JAWAPAN Dua cara untuk menginfakkan harta pada jalan Allah SWT :
1. Bersedekah kepada fakir miskin.
2.Mendermakan kepada pertubuhan yang melaksanakan
program pembangunan.
3. Mewakafkan harta untuk kemudahan awam.
5 SOALAN Jelaskan kepentingan pembangunan berlandaskan keimanan kepada
Allah SWT.
JAWAPAN Kepentingan sesuatu pembangunan berlandaskan keimanan kepada
Allah SWT:
1.Melahirkan manusia yang taat kepada Allah.
2. Melahirkan sifat -sifat yang baik seperti toleransi dan adil
3. Memupuk perasaan cinta terhadap alam sekitar .
6 SOALAN Terangkan pengajaran yang boleh diambil dari ayat.
JAWAPAN Pengajaran daripada ayat :
1.Kita hendaklah memperbanyakkan solat sunat agar disayangi
Allah
2.Kita hendaklah sentiasa berzikir supaya hati memjadi tenang.
3.Kita hendaklah melazimi qiamullail agar mendapat pahala.
4.Kita hendaklah mencari harta yang halal untuk dibelanjakan ke
jalan Allah.
9 | J U P E N D I D I K A N I S L A M P E R A K
MODUL MUDAH PI K2 2020
TAJUK : KEMULIAAN ALQURAN
1 SOALAN Nyatakan dua Asma’ ul Husna yang terdapat dalam ayat tersebut?
JAWAPAN Asma’ ul Husna nyang terdapat dalam ayat tersebut ialah;
1. Ar Rahman
2. Ar Rahim
3. Al Malik
4. Al Qudus
2 SOALAN Apakah nama lain bagi al Quran ?
JAWAPAN Nama lain bagi al Quran ialah :
1. Al Kitab
2. Al Furqan
3. Al Zikr
3 SOALAN Jelaskan dua sebab al Quran diturunkan kepada manusia
JAWAPAN Dua sebab al Quran diturunkan kepada manusia:
1. Mereka mampu menyebarkan ajaran Islam.
2. Beramal dengan ajaran Al-Quran
4. SOALAN Jelaskan dua keistimewaan al Quran
JAWAPAN Dua keistimewaan al Quran ialah:
1. Mukjizat teragung Rasulullah saw
2. Kandungan al Quran lengkap
3. Ajarannya sesuai untuk semua bangsa dan tempat
4. Diberi pahala kepada pembacanya
5. SOALAN Jelaskan dua langkah menjadi orang yang menghayati al Quran
JAWAPAN Dua langkah menjadi orang yang menghayati al Quran ialah :
1. Sentiasa istiqamah membaca al quran
2. Sentiasa mempelajari al Quran
6. SOALAN Terangkan dua pengajaran daripada ayat.
JAWAPAN Dua pengajaran daripada ayat ialah:
1. Kita hendaklah menjadikan al quran panduan hidup/ agar
hidup dirahmati Allah.
2. Kita hendaklah meyakini 99 nama Allah / supaya terpelihara iman
10 | J U P E N D I D I K A N I S L A M P E R A K
MODUL MUDAH PI K2 2020
TAJUK : MAKANAN YANG BAIK
1 SOALAN Senaraikan dua ciri makanan yang halal.
JAWAPAN Ciri makanan yang halal ialah:
1.Makanan yang berkhasiat.
2.Makanan yang mempunyai cop halal
3.Makanan yang dari sumber yang halal
2 SOALAN Jelaskan dua cara memilih makanan yang baik.
JAWAPAN Cara memilih makanan yang baik ialah dengan cara:
1.Melihat logo halal yang dikeluarkan oleh pihak Jakim.
2.Melihat ramuan yang tertulis di bungkusan makanan
3.Mencari maklumat di internet tentang makanan tersebut
3 SOALAN Jelaskan dua hikmah memilih makanan yang baik.
JAWAPAN Hikmah memilih makanan yang baik ialah :
1.Badan menjadi sihat.
2.Otak menjadi cerdas
3.Boleh mengerjakan banyak ibadah
4 SOALAN Bilakah seseorang boleh makan makanan yang haram?
JAWAPAN Ketika tiada makanan yang yang halal sehingga boleh mengorbankan
nyawa.
5 SOALAN Jelaskan kesan pada diri seseorang yang memakan makanan yang
haram.
JAWAPAN Kesan pada diri seseorang yang memakan makanan yang haram ialah
:1.Doa tidak dimakbulkan.
6 SOALAN Jelaskan syarat Islam mengharuskan umatnya memakan makanan yang
haram ketika dharurat.
JAWAPAN Syarat Islam mengharuskan umatnya memakan makanan yang haram
ketika dharurat ialah :
1.Makan sekadar untuk menyelamatkan nyawa.
7 SOALAN Terangkan hubungan antara makanan dengan ibadah.
JAWAPAN hubungan antara makanan dengan ibadah ialah :
1.Makan makanan yang baik akan ibadah akan diterima Allah.
2.Makan makanan yang haram ibadah tidak akan diterima Allah.
11 | J U P E N D I D I K A N I S L A M P E R A K
MODUL MUDAH PI K2 2020
8 SOALAN Terangkan dua cara anda menghindarkan diri daripada memakan
makanan yang haram
JAWAPAN cara anda menghindarkan diri daripada memakan makanan yang
haram ialah :
1.Memastikan ada tanda halal yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM.
2.Memastikan sumber makanan yang diambil hasil dari sumber yang
halal.
9 SOALAN Jelaskan dua hikmah Islam membenarkan makan makanan yang
haram ketika dharurat.
JAWAPAN Hikmah Islam membenarkan makan makanan yang haram ketika
dharurat ialah :
1.Memelihara nyawa yang sangat bernilai
2.Membuktikan agama Islam agama yang tidak membebankan.
10 SOALAN Jelaskan dua ciri pakaian yang dipakai ketika berdoa supaya doanya
dimakbulkan oleh Allah.
JAWAPAN Ciri pakaian yang dipakai ketika berdoa supaya doanya dimakbulkan
oleh Allah.ialah :
1.Memakai pakaian yang menutup aurat
2.Memakai pakaian yang tidak jarang.
11 SOALAN Nyatakan dua sebab doa tidak dimakbulkan oleh Allah.
JAWAPAN Sebab doa tidak dimakbulkan oleh Allah ialah :
1.Makan makanan yang haram.
2.Memakai pakaian yang tidak menutup aurat.
12 SOALAN Terangkan dua pengajaran hadis.
JAWAPAN Pengajaran hadis ialah :
1.Kita hendaklah makan makan yang baik supaya badan menjadi sihat.
2.Kita hendaklah memakai pakaian yang menutup aurat supaya doa
dimakbulkan oleh Allah.
12 | J U P E N D I D I K A N I S L A M P E R A K
MODUL MUDAH PI K2 2020
TAJUK : PERPADUAN TERAS KEMAJUAN
1 SOALAN Senaraikan dua perbuatan yang dilarang dalam Islam.
JAWAPAN Perbuatan yang dilarang dalam Islam ialah:
1.Dengki
2.Benci
3.Sombong
4.Berjual beli atas jualan orang lain
5.Menzalimi
6.Menipu
7.Menghina
8.Membiarkan rakan dihina
9.Membunuh
2 SOALAN Apakah maksud dengki.
JAWAPAN Dengki ialah perasaan kurang senang melihat kelebihan yang ada pada orang
lain dan berharap supaya nikmat tersebut hilang daripadanya.
3 SOALAN Apakah maksud menipu.
JAWAPAN Menipu ialah perbuatan samada melalui tutur kata atau tingkah laku
berkaitan dengan muamalat yang dilakukan secara tidak jujur.
4 SOALAN Apakah maksud benci.
JAWAPAN Benci ialah perasaan tidak menyenangi orang lain yang lahir daripada sifay
angkuh.
5 SOALAN Apakah maksud berpaling muka
JAWAPAN Berpaling muka ialah tidak bertegur sapa dan hidup mementingkan diri
sendiri tanpa mempedulikan orang lain.
6 SOALAN Apakah maksud jual beli atas jualan orang lain.
JAWAPAN Jual beli atas jualan orang lain ialah membatalkan jualan untuk kepentingan
diri.
7 SOALAN Jelaskan dua usaha yang boleh anda lakukan untuk mengekalkan perpaduan
di kalangan rakan sebaya.
JAWAPAN Usaha yang boleh saya lakukan untuk mengekalkan perpaduan di kalangan
rakan sebaya :
1.Mengadakan gotong-royong membersihkan kelas
2.Memberi salam ketika berjumpa
13 | J U P E N D I D I K A N I S L A M P E R A K
MODUL MUDAH PI K2 2020
8 SOALAN Jelaskan dua hikmah mengekalkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.
JAWAPAN Hikmah mengekalkan perpaduan dalam kalangan masyarakat ialah:
1.Masyarakat akan bersatu padu
2.Masyarakat akan hidup aman
9 SOALAN Terangkan dua pengajaran hadis.
JAWAPAN Pengajaran hadis ialah:
1.Kita hendaklah menjauhi sifat dengki agar kehidupan diberkhati Allah.
2.Kita hendaklah menjauhi sifat sombong agar mudah mendapat pertolongan
ketika kesusahan.
TAJUK : KEHIDUPAN DIDUNIA IBARAT SEORANG PERANTAU
1 SOALAN Nyatakan dua amalan yang perlu untuk bekalan ke akhirat.
JAWAPAN Amalan yang perlu untuk bekalan ke akhirat ialah:
1.Melakukan amalan wajib
2.Melakukan amalan sunat
2 SOALAN Nyatakan dua amalan yang sewajarnya dilakukan semasa sihat.
JAWAPAN Amalan yang sewajarnya dilakukan semasa sihat ialah:
1.Melakukan ibadat solat
2.Menuntut ilmu
3 SOALAN Terangkan dua pengajaran hadis.
JAWAPAN Pengajaran hadis ialah:
1.Kita hendaklah mengurus masa dengan baik agar hidup diberkhati
Allah.
2.Kita hendaklah melakukan ibadat wajib seperti menunaikan solat
lima waktu sehari semalam.
14 | J U P E N D I D I K A N I S L A M P E R A K
MODUL MUDAH PI K2 2020
TAJUK : ORANG BERIMAN KEKASIH ALLAH
1 SOALAN Apakah maksud wali Allah ?
JAWAPAN Manusia biasa yang beriman dan menjauhi larangan Allah.
2 SOALAN Nyatakan dua contoh wali Allah.
JAWAPAN Contoh wali Allah ialah:
1.Rabiatul Adawiyah
2.Hassan al-Basri
3 SOALAN Apakah maksud ibadah nawafil?
JAWAPAN Ibadah nawafil ialah ibadah sunat
4 SOALAN Nyatakan dua contoh ibadah nawafil.
JAWAPAN Contoh ibadah nawafil ialah :
1.Solat sunat
2.Bersedekah
5 SOALAN Jelaskan dua hikmah melakukan ibadah nawafil.
JAWAPAN Hikmah melakukan ibadah nawafil ialah :
1.Hati menjadi tenang
2.Disanyagi oleh masayarakat
6 SOALAN Terangkan dua pengajaran hadis.
JAWAPAN Pengajaran hadis ialah:
1.Kita hendaklah mengasihi wali Allah supaya dirahmati Allah.
2.Kita hendaklah melakukan ibadah nawafil agar hati menjadi tenang.
15 | J U P E N D I D I K A N I S L A M P E R A K