The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

1. NAZATUL AZWA BT MOHAMAD NIZAM (D20181082357)
2. NUR AIN ZAINATON BT ZAIDIN (D20181082366)
3.NUR MAIZATUL AKMAR BINTI AB GHANI (D20181082325)
4.SYAZWANA BINTI NOR IZANI (D20181082315)
5.ZULAIKHA ELYANIE BINTI MOHD NOOR(D20181082341)

SUBJEK : SASTERA ANTARABANGSA
NAMA PENSYARAH : DR. ROHAYATI BINTI JUNAIDI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nazatul azwa, 2022-01-14 13:01:20

Perbandingan dalam Sajak ‘Tetamu Senja’ Karya A. Samad Said dan ‘Sekati Tamban, Secekak Bayam dalam Bakul Rotan’ Karya Hartinah Ahmad

1. NAZATUL AZWA BT MOHAMAD NIZAM (D20181082357)
2. NUR AIN ZAINATON BT ZAIDIN (D20181082366)
3.NUR MAIZATUL AKMAR BINTI AB GHANI (D20181082325)
4.SYAZWANA BINTI NOR IZANI (D20181082315)
5.ZULAIKHA ELYANIE BINTI MOHD NOOR(D20181082341)

SUBJEK : SASTERA ANTARABANGSA
NAMA PENSYARAH : DR. ROHAYATI BINTI JUNAIDI

BSS3153

SASTERA ANTARABANGSA

TUGASAN KUMPULAN
Perbandingan dalam Sajak ‘Tetamu Senja’ Karya A. Samad Said dan ‘Sekati

Tamban, Secekak Bayam dalam Bakul Rotan’ Karya Hartinah Ahmad

BIL. NAMA NO MATRIK
D20181082357
1 NAZATUL AZWA BINTI MOHAMAD NIZAM
D20181082341
2 ZULAIKHA ELYANIE BINTI MOHD NOOR D20181082366
3 NUR AIN ZAINATON BINTI ZAIDIN D20181082325
4 NUR MAIZATUL AKMAR BINTI AB GHANI
D20181082315
5 SYAZWANA BINTI NOR IZANI

NAMA PENSYARAH : DR. ROHAYATI BINTI JUNAIDI
KUMPULAN KULIAH : A
TARIKH PENGHANTARAN : 15 JANUARI 2022

1.0 PENGENALAN
Kesusasteraan merupakan bidang ilmu bahasa yang berkait rapat dengan seni bahasa. Md Hasri
Rajali (2013), menyatakan kesusasteraan sebagai aspek penulisan yang menggunakan bahasa
untuk menghasilkan karya yang bersifat kreatif. Ia mungkin ditutur atau ditulis. Definisi yang
diberikan oleh Hashim Awang mendekati definisi yang diberikan oleh Danziger dan Bressler.
Kedua-duanya menitikberatkan aspek seni. Kesusasteraan juga membawa maksud penghasilan
suatu karya yang memerlukan seseorang berfikir secara kritis dan imaginatif (Daud Mahmud,
2017). Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2010), perkataan sastera
bermaksud bahasa yang digunakan di dalam kitab-kitab atau bukan bahasa basahan malahan
sastera juga ditakrifkan sebagai kesusasteraan hasil seni karya tulisan dalam bentuk prosa atau
puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan tertentu.

Harun Mat Piah et al. (2006) menyatakan kesusasteraan berasal daripada perkataan
sastera atau 'castra' dan 'syastra' yang bermaksud kitab suci, karya atau karangan huruf dalam
sesebuah buku. Dalam erti kata lain, kesusasteraan didefinisikan sebagai segala penghasilan
sastera yang dinikmati atau disampaikan baik melalui tulisan dan pembacaan atau lisan dan
pendengaran. M.K. Danziger dan W.S. Jahnson (1983), mentakrifkan kesusasteraan sebagai seni
yang menggunakan kata-kata sama ada untuk menulis atau lisan manakala Hashim Awang
(1988) dalam Tengku Intan Marlina dan Madiawati Mamat (2017), memberi maksud
kesusasteraan sebagai ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa.

Aspek komponen sastera pula merupakan aspek pembelajaran yang diajarkan dalam mata
pelajaran Kesusasteraan Melayu dan juga Bahasa Melayu di sekolah. Dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu, komponen sastera dikenali sebagai Komsas yang diajarkan oleh guru seiring
dengan pembelajaran Bahasa Melayu manakala dalam mata pelajaran Kesusasteraan Melayu
aspek komponen sastera merupakan inti kepada keseluruhan pembelajaran. Komponen sastera
terdiri daripada pelbagai jenis elemen yang dapat dikaji dan didapati dalam puisi atau prosa tidak
kira moden atau tradisional. Antara beberapa komponen sastera yang terdapat dalam mata
pelajaran Kesusasteraan Melayu adalah seperti tema, persoalan, nilai, pengajaran, pemikiran
yang mempunyai fungsi tersendiri terhadap penyampaian sesebuah penceritaan.

Aspek stilistik menurut Ariff Mohamad (2020), merupakan seni gaya bahasa yang
digunakan dalam sesebuah karya yang bertujuan untuk mengindahkan lagi puisi khusunya.
Stilistik juga merupakan sebuah ilmu yang mengkaji teknik pemakaian bahasa dalam penulisan
yang berkaitan dengan disiplin linguistik. Selain itu, stilistik juga mencakupi stail dan gaya yang
dihubungkan dengan pemakaian bahasa sebagai wahana pengucapan dan memfokuskan kepada
aspek bahasa yang membentuk ilmu gaya bahasa. Gaya bahasa menurut Nik Hassan Basri Nik
Ab. Kadir (2005), merujuk kepada gaya unik seseorang penulis dalam menyampaikan idea
kepada pembaca mengikut pandangannya. Rina Damayanti (2018), pula menyatakan bahawa
gaya bahasa terbahagi kepada beberapa jenis seperti gaya bahasa perulangan, penyirnaan,
perbandingan, pertentangan dan sebagainya.

Sajak merupakan sebuah puisi Melayu moden yang berbentuk karangan berangkap,
berbentuk bebas dan tidak terikat pada jumlah baris, perkataan, suku kata, rangkap dan rima.
Menurut Mawar Safei dan Tuan Rusmawati Raja Hasan (2020), menyatakan bahasa puisi moden
merupakan hasil penulisan kreatif yang terbentuk daripada gemblengan daya fikri dan sensitivti
pengarang. Arba'ie Sujud (2008), menyatakan bahawa sajak sebagai karangan cara baru dalam
bahasa Melayu dengan keadaan seakan-akan gurindam dan seloka bentuk luar tapi berlainan isi
dan rasa keseniaan.

Suzlia Nida Sulaiman (2009), membuat kajian berkenaan dengan aspek bentuk sajak bagi
sajak 'Tetamu Senja' karya A. Samad Said manakala Nursyazwani Sanusi dan Nor Azian Abdul
Ghani (2016), pula membuat kajian berkenaan dengan penggunaan fonem vokal dalam sajak
yang sama. Untuk sajak 'Sekati Tamban, Secekak Bayam dalam Bakul Rotan' pernah dibuat
kajian oleh Qamar Firdaus Saini (2019) berkenaan dengan keunikan bahasa dan bentuk sajak
manakala Choo Ming Ding (2017) pula membuat kajian berkenaan dengan rima akhir dalam
sajak tersebut.

Dalam kajian ini, pengkaji memilih untuk menganalisis perbandingan daripada dua aspek
iaitu aspek komponen sastera dan aspek stilistik yang terdapat dalam dua buah sajak. Pengkaji
telah memilih sebuah sajak daripada sasterawan negara iaitu A. Samad Said yang bertajuk
'Tetamu Senja' manakala sebuah sajak lagi adalah daripada penulis terkenal dari Singapura yang

bernama Hartinah Ahmad dengan tajuk sajaknya 'Sekati Tamban, Secekak Bayam dalam Bakul
Rotan'. Pemilihan kedua-dua sajak ini adalah berdasarkan kepada aspek perbandingan yang telah
dikenalpasti oleh pengkaji. Kajian ini juga dibuat bertitik tolak daripada beberapa kajian lepas.
Setelah dikaji, pengkaji mendapati bahawa tidak terdapat kajian lepas yang mengkaji
perbandingan di antara dua sajak ini dan tidak ada lagi kajian lepas yang mengkaji berkenaan
dengan aspek komponen sastera dan aspek stilistik. Oleh itu, pengkaji memilih untuk membuat
perbandingan di antara dua sajak tersebut dan membuat kajian perbandingan dari aspek
komponen sastera dan aspek stilistik.

2.0 METODOLOGI KAJIAN
Menurut Abdullah Yusof, Adenan Ayob dan Mohd Ra’in Shaari (2014), metodologi kajian adalah
satu kaedah dalam mereka bentuk, menganalisis, mendapatkan dan mengumpul data atau
maklumat supaya mendapat keputusan dan hasil yang dikehendaki serta bukti yang boleh
menyokong sesuatu perkara. Dua kaedah yang digunakan pengkaji dalam kajian ini ialah kaedah
kepustakaan dan kaedah analisis dokumen. Kaedah kepustakaan melibatkan proses pengkaji
mencari maklumat daripada bahan sumber sekunder, iaitu bahan bertulis dan bercetak daripada
buku-buku, laporan penyelidikan, tesis dan artikel dalam jurnal yang bersesuaian dengan
kehendak kajian melalui pembacaan yang memerlukan penghasilan data ke atas dokumen.
Kaedah kepustakaan merupakan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data dan bukti
melalui kajian ke atas dokumen, rekod-rekod yang sedia ada, buku-buku, tesis, laporan, latihan
ilmiah dan jurnal atas talian (Mohd Shaffie, 1991; Nirwana Sudirman dan Zulkifley Hamid,
2016). Menurut Ang Kean Hua (2016), kelebihan penggunaan data sekunder ini boleh
menjimatkan masa dan kos serta mudah untuk didapati. Namun begitu, disebabkan penyelidikan
kajian ini dijalankan sepenuhnya secara atas talian, sebahagian daripada bahan-bahan sekunder
diperoleh dan dirujuk langsung daripada internet. Kaedah kedua yang digunakan oleh pengkaji
ialah kaedah analisis dokumen iaitu proses pengkaji menganalisis dan mengenal pasti aspek
perbandingan dalam sajak A. Samad Said yang bertajuk 'Tetamu Senja' dan 'Sekati Tamban,
Secekak Bayam dalam Bakul Rotan' karya Hartinah Ahmad.

3.0 LATAR BELAKANG PENULIS

Sasterawan Negara (SN) Datuk A.Samad Said atau nama sebenarnya Abdul Samad Muhammad
Said merupakan seorang sasterawan tanah air yang banyak terlibat dalam bidang penulisan
kreatif. Kerajinannya menghasilkan karya dan ketekunanya membaca karya-karya orang lain
menjadi titik penentu A.Samad Said ditabalkan sebagai Sasterawan Negara yang versatile. SN
Datuk A.Samad Said dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian
Tunggal, Melaka. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura
dari tahun 1940-1946. Beliau kemudian telah melanjutkan pelajarannya di Victoria Institution
sehingga memperolehi sijil Senior Cambridge pada tahun 1956. Kini beliau menjadi penulis
sepenuh masa yang aktif berkarya. Sepanjang karier penulisan, beliau telah mendapat
pengiktirafan daripada Kerajaan Malaysia. Antara anugerah yang diterima ialah Anugerah
Pejuang Satera (1976), SEA Write Award (1979), Anugerah Sastera Negara (1985) dan Anugerah
Sasterawan Nusantara (1999). Anugerah lain yang diterima ialah Anugerah Ijazah Kehormat
Doktor Pendidikan Kesusasteraan UPSI pada tahun 2003.

Selain pengiktirafan dalam bidang sastera, A.Samad Said juga telah dianugerahkan darjah
kebesaran Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk dalam tahun 1997 oleh Yang Di Pertua
Negeri Melaka. Datuk A.Samad Said memiliki keistimewaan yang jarang dimiliki oleh semua
penulis. Beliau menguasai semua genre sastera. Antara karya besar yang dihasilkan ialah Salina,
Sungai Mengalir Lesu, Di Hadapan Pulau dan lain-lain lagi. Karya beliau Salina telah
diterjemahkan ke dalam lain-lain bahasa seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis. Beberapa
karya beliau juga telah diadaptasi menjadi teater atau drama pentas seperti Salina, Sungai
Mengalir Lesu, Lantai T.Pinkie dan Memori di Hadapan Pulau. Keunikan, keistimewaan dan
keikhlasan SN Datuk A.Samad Said berkarya sewajarnya menjadi model dan sumber inspirasi
berkarya bagi generasi penulis muda masa kini.

Selain daripada penulis handal A. Samad Said terdapat juga penulis kelahiran Singapura
iaitu penulis Hartinah Ahmad. Beliau sangat dikenali dengan kelebihanya menulis lagu, puisi dan
mengarah. Tambahan pula, beliau telah dinobatkan sebagai juara Anugerah Pena Emas ke-14
NAC pada tahun 2019 kategori puisi Melayu. Anugerah Pena Emas adalah sayembara menulis
cerpen dan sajak yang ulung di Singapura. Puisi Cik Hartinah yang berjaya menambat hati panel

juri, bertajuk 'Sekati Tamban, Secekak Bayam Dalam Bakul Rotan'. Dengan kemenangan ini
Hartinah Ahmad telah membawa pulang hadiah wang tunai S$4,000, sijil, trofi dan geran
pengayaan bernilai S$6,000. Geran pengayaan yang diterima akan membantunya memperhalusi
kemahiran menulis menerusi penilaian manuskrip, khidmat editorial, pelibatan dalam seminar-
seminar penulisan, bengkel dan pendedahan di luar negara. Beliau juga pernah merangkul tempat
ketiga GPA pada tahun 2013 dan menerima Sebutan Khas semasa GPA 2017. Sebagai penulis
lirik pula, Cik Hartinah sudah menghasilkan lebih 150 lirik lagu yang dinyanyikan ramai
penyanyi popular termasuk kumpulan Sweet Charity, Lefthanded, 'Papa Rock' Ramli Sarip dan
Ella.

Menemui puisi-puisi Hartinah Ahmad, dapat dirasakan ketajaman sensivitinya yang
tersangat dekat sekali dengan alam sejagat dan kehidupan sosial budaya. Gaya bahasanya halus
dan telus dengan pendekatan romantisme-realisme yang menyerlahkan keindahan puisi sebagai
karya seni yang relatif. Namun tidak mudah pula untuk kita beranggapan bahwa apa yang ditulis
oleh penyair itulah sahaja yang difahami maksudnya. Penyair tidak menciptakan puisi-puisinya
semata-mata sebagai wadah wacana. Puisi-puisi Hartinah memaparkan ciri-ciri keindahan yang
sangat unik dan imaginatif serta relevan pada sandaran kehidupan yang mungkin tidak lagi
dipedulikan atau terus dilupakan dalam konteks kejutan budaya. Justeru itu, rentetan-rentetannya
tidak hanya baku dalam tekstual atau sekadar terlukis dalam khayalan penyair, tetapi apa yang
terungkap itu memanglah ternyata dalam kehidupan kita ini.

4.0 SINOPSIS KARYA

Analisis yang dijalankan merupakan analisis berdasarkan dua karya yang berbeza iaitu puisi
'Tetamu Senja' karya A. Samad Said dan 'Sekati Tamban, Secekak Bayam Dalam Bakul Rotan'
karya Hartinah Ahmad. Kedua-dua karya ini menjadi pilihan sebagai bahan untuk dianalisis
desebabkan oleh kandungan ceritanya seakan mempuyai kemiripan dan keserupaan terhadap
jalan ceritanya. Sinopsis kedua-dua karya boleh dilihat pada rajah yang telah disediakan di
bawah :

Tetamu Senja karya A. Samad Said

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja

Bila cukup detik kembalilah

Kita kepadanya


Kita datang ini kosong tangan dada

Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala




Pada tetamu yang datang dan


Kenal jalan pulang

Bawalah bakti mesra kepada


Tuhan kepada Insan

Pada tetamu yang datang


Dan lupa jalan pulang

Usahlah derhaka pula

Pada Tuhan kepada insan




Bila kita lihat manusia lupa tempat


Atau segera sesat puja darjat

Puja pangkat


Segera kita insaf kita ini punya kiblat

Segera kita ingat kita ini punya tekad




Bila kita lihat manusia terbiar larat

Hingga mesti merempat ke laut biru


Ke kuning darat

Harus kita lekas sedar penuh pada tugas


Harus kita tegas sembah

Seluruh rasa belas




Kita datang ini satu roh satu jasad

Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat


Kita datang ini satu roh satu jasad

Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

~ A. Samad Said

Rajah 1 : Sajak Tetamu Senja hasil penulisan A. Samad Said

Sajak 'Tetamu Senja' hasil penulisan A. Samad Said meneritakan tentang “kita”. Kita

yang dimaksudkan oleh A. Samad Said merupakan manusia yang hidup sebagai tetamu

sementara. Lahir ke dunia seperti sehelai kain putih yang bersih dan kita yang akan













segala nikmat. Sememangnya persoalan tentang aspek patuh kepada nikmat Allah haruslah
ditekankan kepada pembaca agar memberi kesan penghayatan yang mendalam kepada pembaca.

iii. Persoalan Tentang kehidupan Yang Penuh Kesusahan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), kesusahan bermaksud perihal susah,
kesengsaraan, kesukaran, dan kesulitan. Persoalan tentang kehidupan yang penuh kesusahan
bermaksud kehidupan seseorang yang penuh dengan liku dan pancaroba.

Contoh :

Tetamu Senja (A. Samad Said) Sekati Tamban, Secekak Bayam Dalam
Rangkap 4, baris 1 hingga 6 Bakul Rotan (Hartinah Ahmad)

Rangkap 1, baris 3 dan 4

Bila kita lihat manusia terbiar larat genggam duit seringgit erat-erat takut
Hingga mesti merempat ke biru laut tercicir
Ke kuning darat nanti mak marah makan tak berlauk
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Berdasarkan sajak di atas jelas dapat dilihat perbandingan antara persoalan tentang
kehidupan yang penuh kesusahan. Hal ini dikatakan demikian kerana, sajak 'Tetamu Senja' karya
A. Samad Said membawa maksud kehidupan seseorang yang penuh dengan liku dan pancaroba
hingga hidupnya terpaksa merempat. Sajak 'Sekati Tamban, Secekak Bayam Dalam Bakul Rotan'
karya Hartinah Ahmad pula membawa maksud tentang kehidupan seseorang yang penuh dengan
kesusahan untuk menyara kehidupan mereka. Contohnya, nilai wang begitu berharga untuk
meneruskan kehidupan seseorang untk mencari sesuap nasi. Bagi sajak Tetamu senja ini,

penyajak menggambarkan kepada pembaca tentang kehidupan seseorang yang penuh dengan
liku hingga hidupnya terpaksa merempat, manakala sajak 'Sekati Tamban, Secekak Bayam
Dalam Bakul Rotan' pula, penyajak menggambarkan tentang nilai wang seringgit itu sangat
berharga untuk menyuap nasi dalam sesebuah keluarga tersebut. Jika wang itu tercicir, maka
tiadalah hidangan yang istimewa untuk disuakan di dalam mulut mereka sekeluarga. Jelaslah,
terdapat perbandingan antara persoalan tentang kehidupan yang penuh kesusahan berdasarkan
kedua-kedua karya dimana karya A. Samad Said menekankan tentang kesusahan kehidupan
seseorang hingga hilang tempat untuk menumpang teduh, manakala karya Hartinah Ahmad pula
menyentuh perihal kesusahan kehidupan tentang pentingnya nilai wang untuk meneruskan
kehidupan demi menyara keluarga tersayang. Sememangnya persoalan ini sangat penting
ditekankan kepada pembaca untuk memberi gambaran yang jelas kepada pembaca supaya
menimbulkan kesan penghayatan yang mendalam. Walau bagaimanapun persoalan tentang
kehidupan yang penuh kesusahan bagi kedua-dua sajak ini adalah berlandaskan kepada dua
aspek yang berbeza.

iv. Persoalan Bersyukur Kepada Nikmat Tuhan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), bersyukur bermaksud berasa berterima kasih.
Daripada segi makna, bersyukur bermaksud menzahirkan rasa penghargaan atas sesuatu nikmat.
Ia adalah satu manifestasi sikap merendah diri dan latihan menjauhkan diri daripada sifat
sombong. Persoalan bersyukur kepada nikmat Tuhan bermaksud bersyukur dengan segala
pemberian dan kurniaan yang diberikan oleh Allah SWT.

Contoh : Sekati Tamban, Secekak Bayam Dalam Bakul
Tetamu Senja (A. Samad said) Rotan (Hartinah Ahmad)

Rangkap 4, baris 1 hingga 6 Rangkap 1, baris 3 hingga 4

Bila kita lihat manusia terbiar larat genggam duit seringgit erat-erat takut tercicir

Hingga mesti merempat ke biru laut nanti mak marah makan tak berlauk

Ke kuning darat

Harus kita lekas sedar penuh pada Rangkap 1, baris 5 dan 6

tugas

Harus kita tegas sembah sambil berjalan hafal darab sembilan

Seluruh rasa belas takut cikgu marah periksa ilmu hisab dapat dakwat

merah

Berdasarkan perbandingan persoalan berkaitan tentang bersyukur kepada nikmat Tuhan
jelas dapat dilihat melalui kedua-dua penyajak di atas. Hal ini dikatakan demikian kerana,
penyajak 'Tetamu Senja' iaitu A. Samad Said berpesan kepada pembaca agar sentiasa bersyukur
dengan segala nikmat Tuhan dimana kita haruslah sentiasa bersyukur kerana masih diberi
peluang untuk menumpang teduh dan apabila kita melihat kesusahan orang lain maka didiklah
hati kita supaya sentiasa bersyukur dengan segala pemberian nikmat yang dikurniakan oleh Allah
SWT. Contohnya, kita haruslah menjadi seorang hamba yang berrsyukur walaupun sekecil-kecil
perkara yang dikurniakan oleh Allah SWT. Selain itu, bagi sajak 'Sekati Tamban, Secekak Bayam
Di Dalam Rotan' karya Hartinah Ahmad pula menekankan aspek tentang nilai wang iaitu yang
berjumlah seringgit begitu besar kepada seseorang untuk kegunaan hariannya. Walaupun nilainya
mungkin kelihat sedikit sahaja, namun bagi mereka yang sentiasa bersyukur sudah pastilah nilai
itu terasa begitu besar.

Bagi contoh yang kedua pula, penyajak menyentuh tentang tingkah laku seseorang iaitu
sambil berjalan namun masih lagi menghafal darab sembilan. Hal ini dikatakan demikian kerana,
kita seharusnya bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan kerana menghabiskan waktu dengan

perkara yang berfaedah. Contohnya, walaupun seseorang itu sedang berjalan, namun masih lagi
menghafal ilmu logik matematik yang ternyata mampu memberikan kebaikan terhadap diri
seseorang itu. Hal ini secara tidak langsung menggambarkan seseorang itu sentiasa bersyukur
dengan segala nikmat yang diberikan dimana walaupun dirinya hanya berjalan kaki sahaja tanpa
kenderaan yang mewah untuk ke sesuatu destinasi. Jelaslah, perbandingan bagi persoalan
bersyukur kepada nikmat Tuhan dapat dilihat berdasarkan kedua-dua sajak ini. Sememangnya,
persoalan bersyukur kepada nikmat Tuhan haruslah dititikberatkan di dalam sebuah karya agar
dapat menarik minat para permbaca sekali gus dapat memberi kesan penghayatan yang
mendalam kepada para pembaca.

5.1.3 Perbandingan karya dari Aspek Komponen Sastera : Nilai Murni

Secara umumnya nilai ditakrifkan sebagai perilaku atau perbuatan yang baik yang boleh
dijadikan sebagai teladan kepada orang lain. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010),
menyatakan nilai murni adalah perkara yang tidak mengandungi unsur-unsur yang mencemarkan
sikap seseorang. Maka secara jelasnya nilai merupakan suatu sifat yang baik dalam diri
seseorang manusia yang mampu mempengaruhi manusia lain daripada perbuatan tersebut.

i. Nilai ketaatan

Ketaatan membawa maksud menurut perintah atau arahan. Kamus Bahasa Melayu menyatakan
taat ini adalah sentiasa menurut perintah atau tidak mengingkari.

Contoh :

Tetamu Senja (A. Samad Said) Sekati Tamban, Secekak Bayam dalam
Bakul Rotan. (Hartinah Ahmad)

Rangkap 2, baris 7 dan 8. Rangkap 1, baris 5 dan 6.
Usahlah derhaka pula,
Kepada Tuhan kepada insan. Sambil berjalan hafal darab Sembilan,

Takut cikgu marah periksa ilmu hisab dapat
dakwat merah.

Dalam sajak karya A.Samad Said iaitu 'Tetamu Senja' menunjukkan nilai murni ketaatan
terhadap tuhan dengan mendengar segala suruhannya. Selain itu, sajak ini juga menerangkan
tentang ketaat kepada manusia. Nilai ketaatan kepada insan adalah tentang sentiasa menjadi
manusia yang taat dan tidak derhaka manakala bagi sajak 'Sekati tamban, Secekak Bayam dalam
Bakul Rotan' karya Hartinah Ahmad menyatakan nilai ketaatan kepada guru atau tenaga
pengajar. Dalam sajak ini memaparkan peranan pelajar adalah sentiasa belajar dan mengikut
perintah guru untuk berjaya.

Disini kita dapat lihat bahawa perbandingan bagi elemen sastera untuk nilai ketaatan
boleh dipelbagaikan oleh penulis iaitu ketaatan kepada tuhan bagi agama dan ketaatan kepada
guru dalam pembelajaran. Maka dengan itu setiap nilai murni seperti ketaatan ini boleh dilihat
dalam pelbagai aspek yang berbeza seperti kedua-dua sajak ini.

ii. Nilai Bersyukur

Syukur atau bersyukur adalah suatu perasaan atau rasa terima kasih terhadap nikmat atau faedah
yang diterima.

Contoh :

Tetamu Senja (A.Samad Said) Sekati Tamban, Secekak Bayam dalam
Rangkap 4,baris 1 hingga 4 Bakul Rotan. (HartinahAhmad)

Rangkap 1 baris 3 dan 4

Bila kita lihat manusia terbiar larat Genggam duit seringgit erat-erat takut
Hingga mesti merempat ke biru laut tercicir
Ke kuning darat
Nanti mak marah makan tak berlauk.

Harus kita lekas sedar penuh dengan tugas

Bagi sajak 'Tetamu Senja' menunjukkan nilai bersyukur terhadap kehidupan sendiri
kerana setiap kehidupan berbeza-beza kesusahanya maka dengan itu perlu sentiasa membantu
antara satu sama lain dalam masyarakat yang sama manakala bagi sajak 'Sekati Tamban, Secekak
Bayam dalam Bakul Rotan' memaparkan nilai kesyukuran terhadap kepayahan hidup maka perlu
sentiasa berjimat cermat dan sentiasa menjaga rezeki yang dikurniakan dengan lebih berhati-hati.
Walaubagaimanapun, kedua-dua nilai bersyukur ini adalah berlandaskan aspek yang berbeza
bagi nilai murni.

iii. Nilai Bertanggungjawab

Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), mendefinisikan tanggungjawab adalah kewajiban yang
harus dipikul oleh seseorang.

Contoh :

Tetamu Senja (A.Samad Said) Sekati Tamban, Secekak Bayam dalam
Bakul Rotan (Hartinah Ahmad)
Rangkap 2, Baris 1 hingga 4
Pada tetamu yang datang dan Rangkap 2, baris 5
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepaada Lepas sekolah menengah, kerja kilang pun
Tuhan kepada insan ada faedah.

Nilai tanggungjawab bagi sajak 'Tetamu Senja' karya A.Samad Said memaparkan
bertanggungjawab terhadap jiran atau orang sekeliling untuk sentiasa berbakti antara sama lain
sebagai kewajiban sebagai masyarakat manakala bagi sajak 'Sekati Tamban, Secekak Bayam
dalam Bakul Rotan' yang memperlihatkan nilai bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan
keluarga. Penulis memaparkan tanggunjawab seorang anak adalah memberikan faedah kepada
keluarga malahan tidak menjadi bebanan dengan berkerja selepas habis persekolahan kerana itu
merupakan tanggungjawab seorang anak. Berdasarkan kedua-dua sajak ini memaparkan aspek
nilai bertanggungjawab yang berbeza yang dipaparkan dalam sajak tentang tanggungjawab
terhadap jiran dan tanggungjawab sebagai anak dalam keluarga.

5.1.4 Perbandingan karya dari Aspek Komponen Sastera : Pengajaran

Pengajaran ialah sesuatu perkara yang dapat diambil iktibar, hikmah atau pengajaran berguna
untuk dijadikan pengajaran dalam kehidupan. Pengajaran ini juga dijelaskan bagi kedua-dua

sajak iaitu bagi sajak 'Tetamu Senja' karya A Samad Said dan sajak 'Sekati Tamban, Secekak
Bayam Dalam Bakul Rotan' karya Hartinah Ahmad yang memaparkan pengajaran yang dapat
diambil sebagai teladan dan juga sebagai iktibar dalam kehidupan.

i. Kita hendaklah mempunyai nilai kerohanian dalam diri agar mendapat ketenangan dunia dan
akhirat

Pengajaran pertama yang dijelaskan dalam kedua-dua sajak ialah kita hendaklah mempunyai
nilai kerohanian dalam diri agar mendapat ketenangan dunia dan akhirat. Pengajaran ini dapat
dilihat dalam contoh petikan sajak-sajak dibawah.

Contoh :

Tetamu Senja (A. Samad Said) Sekati Tamban,Secekak Bayam Dalam
Bakul Rotan (Hartinah Ahmad)

Rangkap 1, Baris 1 hingga Baris 5 Rangkap 2, Baris 8 dan Baris 9

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja Cukup setahun kahwin, anak sudah ditimbang

Bila cukup detik kembalilah Kalau sudah rezeki tuhan bagi, janganlah
Kita kepadanya bimbang

Kita datang ini kosong tangan kosong dada

Berdasarkan contoh dalam petikan bagi kedua-dua sajak diatas telah menerangkan
pengajaran yang sama iaitu kita hendaklah mempunyai nilai kerohanian dalam diri agar

mendapat ketenangan dunia dan akhirat. Walau bagaimanapun dalam kedua-dua sajak tersebut
menerangkan pengajaran berlandaskan kepada dua aspek yang berbeza. Perkara ini dapat
dibuktikan dalam sajak 'Tetamu Senja' karya A. Samad Said menunjukkan pengajaran bagi nilai
kerohanian dari aspek beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T. Nilai kerohanian ini dapat
dijelaskan bahawa seseorang insan yang melakukan amalan-amalan seperti solat,sedekah dan
juga melakukan amalan lain menunjukkan seorang hamba itu bukan hanya taat pada perintah
Tuhan tetapi mengambarkan dirinya beriman dan bertaqwa kepada Allah S.W.T. Perkara ini
bertepatan dengan pendapat Burhanuddin (2017), yang menyatakan kerohanian ialah merujuk
kepada elemen hati (Qaib) yang membawa kepada perkembangan personaliti manusia secara
seimbang. Kerohanian juga adalah imuniti dan kawalan dalaman yang memainkan peranan
membawa kebaikan. Selain itu, sajak 'Tetamu Senja' karya A. Samad Said berdasarkan contoh
diatas juga menerangkan pengajaran bagi nilai kerohanian menerusi sikap manusia agar sentiasa
mengingati Allah S.W.T agar kita tidak lalai dalam kehidupan kerana dunia ini hanya sementara
iaitu tempat persinggahan dan akhirat kekal selama-lamanya. Hal ini memerlukan manusia untuk
bersedia dengan amal ibadah apabila dijemput oleh Allah S.W.T ke dunia abadi.

Pengajaran dalam sajak 'Sekati Tamban, Secekak Bayam dalam Bakul Rotan' karya
Hartinah Ahmad menjelaskan perbezaaan pengajaran bagi nilai kerohanian dari aspek bersikap
positif iaitu bersangka baik terhadap ketentuan yang ditetapkan oleh Ilahi. Pengajaran bagi nilai
kerohanian ini dapat dilihat berdasarkan contoh petikan sajak 'Sekati Tamban, Secekak Bayam
dalam Bakul Rotan' diatas telah menerangkan bahawa seseorang itu perlu percaya bahawa rezeki
telah ditetapkan oleh Allah S.W.T kepada setiap hambanya walaupun seseorang itu sudah
berkahwin dan mempunyai anak seorang. Perkara ini menjelaskan bahawa penulis sajak ini
menerapkan pengajaran bagi nilai kerohanian dalam karyanya untuk dijadikan teladan dan
iktibar kepada masyarakat. Oleh itu, jelaslah bahawa kedua-dua sajak diatas menerapkan
pengajaran yang sama tetapi pengajaran tersebut diukur pada dua aspek yang berbeza seperti
yang dijelaskan diatas.

ii. Kita mestilah menerapkan sikap bertanggungjawab dalam diri setiap insan supaya dapat
melahirkan komuniti yang sejahtera.

Disamping itu, bagi kedua-dua sajak iaitu sajak 'Tetamu Senja' karya A Samad Said dan sajak
'Sekati Tamban, Secekak Bayam dalam Bakul Rotan' karya Hartinah Ahmad turut memaparkan
pengajaran seperti kita mestilah menerapkan sikap bertanggungjawab dalam diri setiap insan
supaya dapat melahirkan komuniti yang sejahtera. Pengajaran yang dijelaskan ini dapat dilihat
berdasarkan contoh petikan bagi kedua-dua sajak tersebut dibawah.

Contoh :

Tetamu Senja (A. Samad Said) Sekati Tamban,Secekak Bayam Dalam Bakul
Rotan (Hartinah Ahmad)
Rangkap 2, Baris 1 hingga Baris 4
Pada tetamu yang datang dan Rangkap 2, Baris 3 hingga Baris 5
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada asal tahu baca, tahu tulis, tahu kira,cukup
Tuhan kepada insan sudah

jangan nanti buta huruf mak bapak dipersalah

lepas sekolah menengah ,kerja kilang pun ada
juga feadah

Berdasarkan contoh yang dijelaskan diatas jelaslah bahawa kedua-dua sajak
menyampaikan pengajaran yang sama iaitu kita mestilah menerangkan sikap bertanggungjawab
dalam diri setiap insan supaya dapat melahirkan komuniti yang sejahtera tetapi walau
bagaimanapun kedua-dua sajak tersebut menjelaskan pengajaran bertanggungjawab berdasarkan
dua aspek yang berbeza. Hal ini dapat dilihat dalam sajak 'Tetamu Senja' karya A. Samad Said
menerangkan pengajaran bertanggungjawab dari aspek tanggungjawab kepada Tuhan dan juga
insan lain. Bertanggungjawab ialah kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta

kewajipan dengan sempurna. Penerangan tentang maksud bertanggungjawab ini memberi
perjelasan yang tepat bahawa pengajaran dalam sajak 'Tetamu Senja' karya A. Samad Said ini
memerlukan setiap insan menjalankan tanggungjawabnya kepada Allah S.W.T dengan
melakukan suruhan dari Ilahi seperti menunaikan solat, berzikir, bersedekah dan juga amalan
yang dapat mendekatkan diri seseorang itu kepada Penciptanya. Sajak ini bukan hanya
menjelaskan tanggungjawab kepada Allah S.W.T malahan menerangkan tanggungjawab kepada
insan lain. Antara tanggungjawab yang perlu dilaksanakan kepada insan lain ialah seperti berbuat
baik dengan insan lain dengan menjaga hubungan sesama insan, membantu orang yang berada
dalam keadaan yang memerlukan dan sebagainya. Tanggungjawab yang dilaksanakan ini
menunjukkan seseorang itu menjalankan tugasnya sebagai hamba bagi melahirkan komuniti
yang sejahtera.

Sajak 'Sekati Tamban, Secekak Bayam dalam Bakul Rotan' karya Hartinah Ahmad
menerangkan perbezaan pengajaran bertanggungjawab dari aspek menuntut ilmu.
Tanggungjawab dalam menuntut ilmu dalam sajak ini dapat dijelaskan bahawa setiap insan perlu
menuntut ilmu agar dapat digunakan dalam kehidupan harian. Kepentingan menuntut ini turut
dijelaskan dalam sajak iaitu menuntut ilmu ini penting agar seseorang individu itu dapat
membaca,menulis, mengira supaya dapat digunakan dalam kehidupannya dan menuntut ilmu ini
juga penting agar dapat mengelakkkan anak-anak daripada buta huruf sekiranya perkara ini
berlaku semestinya ibu bapalah dipersalahkan kerana tidak memberikan pendidikan kepada
anak-anaknya. Ilmu yang diperolehi juga dapat digunakan oleh setiap individu apabila mereka
berada dalam alam pekerjaaan nanti. Oleh itu, sajak ini menerangkan pengajaran
tangggungjawab dari aspek menuntut ilmu yang memberikan pelbagai kepentingan dan manfaat
dalam kehidupan setiap insan. Dengan ini jelaslah bahawa pengajaran bertanggungjawab bagi
kedua-dua sajak ialah sama walau bagaimanapun perbezaan dapat dilihat dari dua aspek iaitu
sajak 'Tetamu Senja' karya A. Samad Said menerangkan tentang pengajaran bertanggungjawab
dari segi tanggungjawab kepada Tuhan dan insan lain manakala sajak 'Sekati Tambun, Secekak
Bayam dalam Bakul Rotan' karya Hartinah Ahmad menerangkan tanggugungjawab dalam
menuntut ilmu.

iii. Kita hendaklah beriman dan sentiasa bersyukur untuk mendapatkan keredhaan dalam
kehidupan.

Seterusnya, pengajaran yang diterangkan dalam kedua-dua sajak iaitu sajak 'Tetamu Senja' karya
A Samad Said dan sajak 'Sekati Tamban, Secekak Bayam dalam Bakul Rotan' karya Hartinah
Ahmad menjelaskan pengajaran tentang kita hendaklah beriman dan sentiasa bersyukur untuk
mendapatkan keredhaan dalam kehidupan. Pengajaran ini juga dapat djadikan pengajaran dalam
kehidupan bagi setiap insan agar beriman dan sentiasa bersyukur terhadap rezeki yang telah
diberikan oleh Ilahi. Pengajaran ini dapat dilihat berdasarkan contoh petikan dalam kedua-dua
sajak tersebut dibawah.

Contoh :

Tetamu Senja (A. Samad Said) Sekati Tamban,Secekak Bayam Dalam Bakul
Rotan (Hartinah Ahmad)
Rangkap 2, Baris 7 dan Baris 8
Usahlah derhaka pula Rangkap 3, Baris 5 dan Baris 6
Pada Tuhan kepada insan Doa siang malam generasiku hidup bahagia
Dalam kancah helah dunia penuh pancaroba

Berdasarkan contoh petikan bagi kedua-dua sajak telah menjelaskan pengajaran yang
sama iaitu kita hendaklah beriman dan sentiasa bersyukur untuk mendapatkan keredhaan dalam
kehidupan. Namun begitu, kedua-dua sajak ini tetap menunjukkan pengajaran beriman dan
sentiasa bersyukur berdasarkan dua aspek yang berbeza. Perkara ini dapat dilihat dalam sajak
'Tetamu Senja' karya A. Samad Said menjelaskan pengajaran beriman dan sentiasa bersyukur dari

aspek menjaga hubungan dengan Tuhan dan individu lain. Menjaga hubungan dengan Tuhan
disini dapat dijelaskan bahawa setiap insan perlu beriman kepada Allah S.W.T dengan
melaksanakan suruhan dan meninggalkan larangan PenciptaNya manakala menjaga hubungan
dengan insan dapat diterangkan sebagai sesama manusia hendaklah sentiasa mengambil berat
antara satu sama lain untuk mengelakkan sikap mementingkan diri sendiri bagi setiap insan
seperti yang digambarkan bagi contoh dalam sajak diatas. Setiap insan juga perlu sentiasa
bersyukur kerana diberikan peluang untuk menjadi hamba yang bertakwa. Oleh itu, dapat
diterangkan bahawa sajak ini menjelaskan pengajaran beriman dan sentiasa bersyukur untuk
mendapatkan keredhaan dalam kehidupan.

Sajak 'Sekati Tambun Sekak Bayam dalam Bakul Rotan' karya Hartinah Ahmad dapat
dijelaskan bahawa pengajaran beriman dan sentiasa bersyukur untuk mendapatkan keredhaan
dalam kehidupan disini dapat dilihat berlandaskan dari aspek yang berbeza iaitu tindakan yang
dilakukan antaranya berdoa. Perkara ini dapat dijelaskan berdasarkan contoh dalam sajak ini
menerangkan amalan berdoa menunjukkan seseorang itu beriman kepada Allah S.W.T. Hal ini
kerana sebagai seorang hamba yang beriman kita hanya meminta kepada Allah S.W.T agar
dilindungi dan mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Sajak ini juga menerangkan sikap
sentiasa bersyukur diatas nikmat dan kebahagiaan yang diberikan oleh Ilahi. Sentiasa bersyukur
yang dijelaskan dalam sajak juga tentang bersyukur dapat berada dalam keadaan yang aman dan
sejahtera walaupun berada dalam keadaan yang penuh ujian. Dengan ini jelaslah bahawa kedua-
dua sajak menjelaskan pengajaran yang sama. Walau bagaimanapun kedua-dua sajak tersebut
diukur pada dua aspek yang berbeza iaitu sajak 'Tetamu Senja' karya A. Samad Said diukur pada
aspek menjaga hubungan dengan Tuhan dan individu lain manakala sajak 'Sekati Tamban,
Secekak Bayam dalam Bakul Rotan' karya Hartinah Ahmad diukur pada aspek amalan berdoa
yang bersesuaian dengan pengajaran iaitu kita hendaklah beriman dan sentiasa bersyukur untuk
mendapatkan keredhaan dalam kehidupan.

5.2 PERBANDINGAN KARYA BAGI ASPEK STILISTIK

5.2.1 Perbandingan Karya Dari Aspek Stilistik : Gaya Bahasa Perulangan

Menurut Abdullah Yusof (2014), stilistik merupakan satu ilmu yang berkaitan dengan gaya
bahasa atau style yang terdapat pada sesuatu bahasa dan dalam pengucapan yang menjadi
kebiasaan masyarakat. Selain itu, ilmu stilistik juga merupakan kajian gaya bahasa yang
digunakan untuk menganalisis sesebuah karya sastera yang berbeza antara satu sama lain.
Menurut Aminuddin (1995 : 5), style atayu gaya bahasa merupakan cara yang digunakan oleh
pengarang dalam memaparkan gagasannya yang sesuai dengan tujuan dan efek yang ingin
dicapai. Antara contoh gaya bahasa perulangan yang terdapat di dalam sajak- sajak ini ialah gaya
bahasa asonansi, gaya bahasa aliterasi dan gaya bahasa repetisi.

i. Gaya Bahasa Perulangan Asonansi
Gaya bahasa asonansi bermaksud pengulangan huruf vokal di dalam baris.
Contoh :

Tetamu Senja (A. Samad Said) Sekati Tamban, Secekak Bayam Dalam

Bakul Rotan (Hartinah Ahmad)

Rangkap 3, baris 1 Rangkap 3, baris 7

(Pengulangan huruf vokal ‘i’ di dalam baris) (Pengulangan huruf vokal ‘a’ dalam baris)

Bila kita lihat manusia lupa tempat dalam kancah helah dunia penuh pancaroba

Berdasarkan perbandingan gaya bahasa perulangan asonansi bagi karya A. Samad Said
pada rangkap 3, baris 1 menunjukkan bahawa penyajak menggunakan perulangan huruf vokal ‘i’
di dalam baris, manakala bagi sajak Hartinah Ahmad pula berlaku perulangan huruf vokal ‘a’
pada rangkap 3, baris 7. Kedua-dua sajak ini mempunyai unsur gaya bahasa perulangan asonansi.

Akan tetapi, perulangan yang berlaku adalah berbeza kerana sajak 'Tetamu Senja' menggunakan
perulangan huruf vokal ‘i’, manakala sajak 'Sekati Tamban, Secekak Bayam dalam Bakul Rotan'
pula menggunakan perulangan huruf vokal ‘a’. Jelaslah, penggunaan gaya bahasa perulangan
asonansi yang digunakan oleh penyajak adalah untuk menimbulkan kemerduan bunyi kepada
para pembaca.

ii. Gaya Bahasa Perulangaan Aliterasi
Aliterasi ialah pengulangan huruf konsonan di dalam baris.
Contoh :

Tetamu Senja (A. Samad Said) Sekati Tamban, Secekak Bayam Dalam

Bakul Rotan (Hartinah Ahmad)

Rangkap 4, baris 4 Rangkap 1, baris 8

(Pengulangan huruf konsonan ‘s’ di dalam (Pengulangan huruf konsonan ‘m’ dalam

baris) baris)

Harus kita lekas sedar penuh pada tugas Malam semalam hujan lebat, longkang kecil
tersumbat

Berdasarkan contoh sajak di atas, dapat dilihat berlakunya perbandingan gaya bahasa
perulangan aliterasi. Contohnya, sajak 'Tetamu Senja' karya A.Samad Said menggunakan gaya
bahasa perulangan aliterasi iaitu berlakunya perulangan huruf konsonan ‘s’ pada rangkap 4 baris
4. Sajak 'Sekati Tamban, Secekak Bayam dalam Bakul Rotan' karya Hartinah Ahmad pula
berlakunya perulangan huruf konsonan ‘m’ pada rangkap 1, baris 8. Umum sedia maklum, untuk
mengenal pasti berlakunya perulangan huruf konsonan di dalam baris haruslah berulang
sebanyak empat kali atau lebih. Sekiranya huruf konsosnan tersebut berulang kurang daripada
tiga huruf, maka ianya tidak dipanggil sebagai gaya bahasa aliterasi. Jelaslah, penyajak
menggunakan gaya bahasa perulangan aliterasi di dalam sajak adalah untuk menimbulkan
kelembutan bunyi kepada para pembaca.

iii. Gaya Bahasa Perulangan Repetisi
Gaya bahasa perulangan repetisi bermaksud pengulangan kata dalam baris yang sama.
Contoh :

Tetamu Senja (A. Samad Said) Sekati Tamban, Secekak Bayam Dalam

Bakul Rotan (Hartinah Ahmad)

Rangkap 3, baris 4 Rangkap 2, baris 3

(Pengulangan perkataan ‘kita’ di dalam (Pengulangan perkataan ‘tahu’ di dalam

baris) baris)

Segera kita insaf kita ini punya kiblat asal tahu baca, tahu tulis, tahu kira cukup
sudah

Berdasarkan contoh gaya bahasa yang diberikan di atas, dapat dilihat berlakunya
perbandingan gaya bahasa perulangan repetisi bagi kedua-dua sajak di atas. Contohnya, sajak
'Tetamu Senja' karya A. Samad Said pada rangkap 3, baris 4 berlakunya perulangan perkataan
‘kita’ sebanyak dua kali di dalam baris yang sama, manakala sajak 'Sekati Tamban, Secekak
Bayam dalam Bakul Rotan' karya Hartinah Ahmad bagi rangkap 2, baris 3 pula berlakunya
perulangan perkataan ‘tahu’ sebanyak tiga kali di dalam baris yang sama. Jelaslah, kedua-dua
penyajak ini menggunakan gaya bahasa perulangan repetisi adalah untuk memberikan kesan
penghayatan yang mendalam kepada para pembaca.

5.2.2 Perbandingan Karya Dari Aspek Stilistik : Gaya Bahasa Perbandingan

Gaya bahasa merupakan cara pemakaian bahasa dalam sesebuah karya. Gaya bahasa dalam
kajian Asrul Azuan Mat Dehen dan Hajar Nor Azuwan Yaakob (2017) Kanekaragaman Retorik
Gaya Trope dalam Penulisan Novel Salinan menurut Yusof Man (2006) menyatakan bahawa
gaya bahasa merupakan satu disiplin ilmu tersendiri yang memperlihatkan penulis memberikan

tumpuan kepada penggunaan bahasa dalam sesebuah karya. Menurut Asrul Azuan Mat Dehan
dan Hajar Nor Azuwan Yaakob (2017) gaya bahasa merupakan satu unsur yang menggabungkan
dua unsur penting iaitu buah fikiran yang hendak disampaikan kepada pembaca dan sifat
pengarang menghasilkan karya. Gaya bahasa perbandingan menurut Ariff Mohammad (2020)
adalah bentuk bahasa perbandingan yng indah yang digunakan untuk menambahkan kesan dan
kemaknaan tertentu dengan cara membandingkan sesuatu perkara dengan perkara yang lain.

i. Gaya Bahasa Perbandingan Metafora

Gaya bahasa perbandingan juga terdapat dalam kedua-dua sajak iaitu bagi sajak Tetamu Senja
karya A Samad Said dan sajak Sekati Tamban, Secekak Bayam Dalam Bakul Rotan karya
Hartinah Ahmad. Kedua-dua sajak itu mempunyai gaya bahasa perbandingan metafora. Gaya
bahasa metafora ialah penggunaan kata-kata yang menerbitkan makna lain daripada makna yang
tersurat atau disebut sebagai bahasa kiasan. Gaya bahasa metafora dalam kedua-dua sajak dapat
dilihat berdasarkan contoh petikan sajak dibawah.

Contoh :

Tetamu Senja (A. Samad Said) Sekati Tamban,Secekak Bayam Dalam Bakul
Rotan (Hartinah Ahmad)
Rangkap 4, Baris 3
Kekuning darat Rangkap 1 Baris 6

Takut Cikgu marah periksa ilmu hisab dapat
dakwat merah

Berdasarkan kedua-dua sajak mempunyai unsur gaya bahasa perbandingan yang sama
iaitu gaya bahasa metafora. Namun begitu, terdapatnya perbezaan berkenaan gaya bahasa ini
dalam sajak 'Tetamu Senja' karya A. Samad Said dan sajak 'Sekati Tamban, Secekak Bayam
dalam Bakul Rotan' karya Hartinah Ahmad. Sajak Tetamu Senja mempunyai gaya bahasa
metafora yang lebih banyak daripada sajak 'Sekati Tamban, Secekak Bayam dalam Bakul Rotan'
yang mempunyai satu sahaja gaya bahasa metafora dalam sajaknya. Perkara ini berlaku kerana
setiap penulis mempunyai identitinya sendiri dalam menyampaikan karya yang dihasilkan
kepada pembaca begitu juga dengan penulis karya 'Tetamu Senja' iaitu A. Samad Said yang lebih
menekankan dan mementingkan gaya bahasa dalam sajaknya dengan menerapkan unsur gaya
bahasa metafora dalam sajaknya. Hal ini berbeza pula dengan penulis sajak 'Sekati Tamban,
Secekak Bayam dalam Bakul Rotan' iaitu Hartinah Ahmad yang menerangkan secara terus
kepada pembaca tentang maksud yang ingin disampaikan dalam sajaknya agar pembaca dapat
memahami secara jelas tentang perkara yang disampaikan olehnya dalam karyanya. Oleh itu juga
penulis Sajak Hartinah Ahmad menggunakan satu sahaja gaya bahasa metafora dalam karyanya.

Gaya bahasa metafora dalam sajak 'Tetamu Senja' karya A. Samad Said ialah kekuning
darat dan tetamu senja. Gaya bahasa metafora bagi kekuning darat dapat dilihat dalam contoh
sajak diatas pada rangkap 4 baris 3 yang menerangkan tentang betapa ramainya manusia di dunia
yang berada dalam kesusahan dan memerlukan bantuan daripada insan lain. Gaya bahasa
metafora dalam sajak ini iaitu kekuning darat adalah gaya bahasa metafora yang dibandingkan
secara terus tanpa menggunakan kata umpama, bak, ibarat, bagai dan sebagainya. Perkara ini
juga dijelaskan oleh Ariff Mohamad (2020) bahawa gaya bahasa metafora juga mempunyai
perbandingan langsung tidak menggunakan kata bak, seperti, bagaikan dan sebagainya. Gaya
bahasa metafora dalam sajak ini menunjukkan karya A. Samad Said mempunyai bahasa tersurat
dan tersirat yang disampaikan dalam sajak yang dihasilkan olehnya. Hal ini berbeza dalam sajak
'Sekati Tamban, Secekak Bayam Dalam Bakul Rotan' karya Hartinah Ahmad yang hanya
menerapkan satu sahaja gaya bahasa dalam sajaknya. Gaya bahasa metafora dalam sajak ini ialah
dakwat merah. Gaya bahasa metafora ini mempunyai maksud yang tersirat iaitu dakwat merah
ini menerangkan tentang markah yang akan diperolehi oleh seseorang samada mendapat markah

rendah atau gagal dalam sesuatu ujian yang diberikan oleh guru di sekolah. Perkara ini
menunjukkan penulis sajak ini memainkan imaginasi pembaca untuk memahami bahasa yang
tersirat dalam sajaknya. Sajak ini lebih menekankan penyampaian secara terus kepada pembaca
dengan maksud selapis untuk memudahkan pembaca memahami secara jelas dan berkesan
tentang perkara yang ingin dijelaskan kepada pemabaca. Oleh itu, jelaslah bahawa gaya bahasa
dalam kedua-dua sajak mempunyai gaya bahasa metafora tetapi penyampaian gaya bahasa yang
lain dalam kedua-dua sajak telah dijelaskan diatas yang menunjukkan perbezaan bagi kedua-dua
sajak.

ii. Gaya Bahasa Perbandingan Personifikasi

Seterusnya, gaya bahasa perbandingan yang terdapat dalam kedua-dua sajak ialah gaya bahasa
personifikasi. Gaya bahasa personifikasi ialah penyajak memberikan sifat manusia sama ada dari
segi perasaan, perwatakan atau tindak-tanduk kepada benda-benda yang maujud,binatang,idea
atau hal-hal yang lebih abstrak. Gaya bahasa personifikasi terdapat dalam kedua-dua sajak dan
contoh petikan dalam sajak yang mengandungi gaya bahasa ini boleh dilihat dibawah.

Contoh :

Tetamu Senja (A. Samad Said) Sekati Tamban,Secekak Bayam Dalam Bakul Rotan
(Hartinah Ahmad)

Rangkap 3, Baris 2 Rangkap 1 Baris 9 dan baris 10

Atau segera sesat puja darjat Sampah sarap, papan, kayu,tilam,bantal,anjing, kucing

terbongkang hanyut dibawa arus terus kelaut

Berdasarkan kedua-dua sajak ini terdapatnya gaya bahasa personifikasi tetapi terdapatnya
perbezaan bagi gaya personifikasi dalam kedua-dua sajak iaitu sajak 'Tetamu Senja' karya A.
Samad Said dan sajak 'Sekati Tambun, Secekak Bayam dalam Bakul Rotan' karya Hartinah
Ahmad. Sajak 'Tetamu Senja' menerangkan tentang gaya bahasa personifikasi berkaitan dengan
hal-hal yang lebih abstrak manakala dalam sajak 'Sekati Tamban, Secekak Bayam dalam Bakul
Rotan' menjelaskan tentang gaya bahasa personifikasi yang berkaitan dengan memberikan sifat
manusia dari segi perlakuan kepada perkara yang diterangkan dalam contoh diatas. Perbezaan ini
menunjukkan kedua-dua sajak mempunyai unsur estetika yang baik dalam penulisan sajak yang
ingin disampaikan kepada pembaca agar dapat menarik minat pembaca untuk memahami sajak
tersebut.

Gaya bahasa personifikasi dalam sajak 'Tetamu Senja' karya A. Samad Said ialah sesat
puja darjat. Gaya bahasa personifikasi bagi sajak ini dapat dilihat pada rangkap 3 baris 2 dalam
sajak tersebut seperti yang dijelaskan diatas. Contoh gaya bahasa personifikasi dalam sajak iaitu
sesat puja darjat menerangkan tentang sikap manusia yang sering mengagung-agungkan
kedudukan, pangkat yang tinggi lebih penting daripada segala-galanya sehingga lalai dalam
kehidupan. Perkara ini menunjukkan penulis sajak ini iaitu A. Samad Said menggunakan
perlakuan manusia dan diberikan kepada perkara–perkara yang lebih abstrak agar dapat
mengerakkan pemikiran pembaca untuk memahami hal yang ingin disampaikan olehnya. Oleh
itu, perkara ini bertepatan dengan makna gaya bahasa personifikasi yang dijelaskan oleh Ariff
Mohamad (2020) menyatakan gaya bahasa personifikasi ialah suatu corak khusus yang
mengiaskan benda-benda mati bertindak, berbuat, berbicara seperti manusia. Hal ini berbeza pula
dalam sajak 'Sekati Tamban, Secekak Bayam dalam Bakul Rotan' karya Hartinah Ahmad yang
menjelaskan gaya bahasa personifikasi lebih kepada perlakuan manusia dan diberikan kepada
perkara lain seperti yang dijelaskan dalam contoh diatas. Gaya personifikasi dalam sajak ini
dapat dilihat pada rangkap 1 baris 9 dan 10 iaitu sampah sarap, papan, kayu, tilam, bantal,
anjing, kucing terbongkang. Berdasarkan contoh bagi sajak ini dapat diterangkan bahawa
terbongkang adalah kelakuan manusia yang mengambarkan keadaan atau situasi pada ketika itu
bahawa sampah sarap, papan, kayu, tilam, bantal, anjing, kucing berada dalam keadaan yang

bergelimpangan atau terlentang. Gaya bahasa personifikasi dalam sajak 'Sekati Tambun, Secekak
Bayam dalam Bakul' Rotan karya Hartinah Ahmad yang menjelaskan unsur gaya bahasa yang
mengambarkan situasi yang sebenar berlaku dan perkara ini dapat menerokai minda pembaca
untuk berada dalam keadaan tersebut. Maka dengan ini jelaslah bahawa gaya bahasa
personifikasi ini terdapat dalam kedua-dua sajak tetapi mempunyai perbezaan yang telah
dijelaskan diatas bagi menunjukkan perbandingan dalam kedua-dua sajak.

5.2.3 Perbandingan Karya Dari Aspek Stilistik : Gaya Bahasa Pertentangan

i. Gaya Bahasa Pertentangan Inversi

Gaya bahasa inversi adalah gaya bahasa pembalikan kata-kata atau frasa atau songsangan. Gaya
bahasa inversi ini berlakunya pembalikkan kalimat dalam ayat tersebut menjadi terbalik atau
songsang yang mampu menimbulkan kesan kepada pembaca seperti meningkatkan imaginasi
pembaca. Maka dengan itu, gaya bahasa inversi ini sering digunakan oleh penulis dalam sajak
dan sebagainya.

Contoh :

Tetamu Senja (A.Samad Said) Sekati Tamban, Secekak Bayam dalam
Rangkap 3 baris 4 Bakul Rotan

Rangkap 2 baris 9

Segera kita insaf, kita punya kiblat. Kalau sudah rezeki tuhan bagi, janganlah
Kita punya kiblat, segera kita insaf bimbang.

Janganlah bimbang, kalau sudah rezeki
tuhan bagi

Berdasarkan jadual diatas menunjukkan gaya bahasa inversi dalam kedua-dua sajak iaitu
sajak 'Tetamu Senja' dan 'Sekati tamban, Secekak Bayam dalam Bakul Rotan'. Dalam sajak
'Tetamu Senja' karya A.Samad Said memaparkan pembalikan ayat pada rangkap 3 baris 4 iaitu
‘segera kita insaf, kita punya kiblat’ kepada ‘kita punya kiblat, segera kita insaf’ manakala untuk
sajak 'Sekati Tamban, Secekak Bayam dalam Bakul Rotan' adalah dalam rangkap 2 baris 9 iaitu
‘Kalau sudah rezeki tuhan bagi, janganlah bimbang’ kepada ‘janganlah bimbang, kalau sudah
rezeki tuhan bagi’. Walau bagaimanapun, kedua-dua sajak ini memaparkan perbandingan
berlandaskan aspek yang berbeza walapun menggunakan gaya bahasa yang sama.

6.0 PENUTUP

Secara kesimpulannya, terdapat perbandingan yang ketara dari aspek cara penghasilan karya bagi
kedua-dua penyajak. Bagi aspek komponen sastera, perbandingan dapat dilihat daripada
permulaan kajian apabila keduanya memaparkan tema yang sama dan kedua-duanya menyentuh
berkenaan realiti kehidupan manusia sama ada dari aspek duniawi dan akhirat atau dari aspek
jerih perih kehidupan. Daripada ketiga-tiga jenis gaya bahasa yang dikenalpasti di bawah aspek
stilistik daripada kedua-dua sajak menunjukkan bahawa kedua-dua penulis atau penyajak ini
mempunyai gaya penulisan yang jauh berbeza. Sajak A. Samad Said mempamerkan gaya bahasa
yang bervariasi manakala Hartinah Ahmad pula mempamerkan gaya bahasa yang agak terhad.
A.Samad Said menunjukkan cara penulisan sajak yang mementingkan maksud tersurat dan
tersirat serta mempunyai setiap aspek komponen sastera dan aspek stilistik terkandung dalam
sajaknya yang memang sinonim dengan gaya penulisan beliau manakala Hartinah Ahmad pula
mempamerkan gaya penulisan yang lebih terus dan langsung yang membuat hasil penulisan
beliau senang difahami kerana menggunakan ayat yang mudah namun memberikan impak
makna yang besar kepada pembaca. Daripada perbandingan ini memperlihatkan bahawa A.
Samad Said dan Hartinah Ahmad masing-masing mempunyai keunikan dan keistimewaan
tersendiri apabila menyentuh berkenaan dengan penghasilan karya. Kedua-duanya mempunyai
stail dan gaya yang mampu menambat hati pembaca dengan hanya tinta dan pena di tangan.

Rujukan

Ali Ahmad. (1988). Mencari Definisi Kesusasteraan dalam Hamzah Hamdani (ed). Konsep dan
Pendekatan Kesusasteraan. Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Arba'ie Sujud. (2008). Sastera Melayu Suatu Pengantar. Kuala Lumpur. Tinta Press Sdn. Bhd.

Ariff Mohamad. (2020). Memahami dan Menguasai Kesusasteraan Bahasa Melayu. Perak:
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Asrul Azuan Mat Rehan & Hajah Nor Azuwan Yaakob. (2017). Keanekaragaman Retorik Gaya
Trope Dalam Penulisan Novel Salinan. International Journal of Language Education and
Applied Linguistics (IJLEAL), 6(1),1-12.

Burhanuddin Jalal. (2020). Pembinaan Nilai Kerohanian. Bahan diakses pada 9 Januari 2022,
daripada https://www.researchgate.net/publication/
342144756_PEMBINAAN_NILAI_KEROHANIAN_PENTING

Choo Ming Ding (2017) Rima Akhir dalam Sajak Sekati Tamban, Secekak Bayam dalam Bakul
Rotan karya Hartinah Ahmad. Surabaya : Selusar Publishing.

Daud Mahmud. (2017). Pemikiran Dalam Novel Sebalik Yamashita Dan Percivel. Universiti
Utara Malaysia : Proceeding of ICECRS.

Harun Mat Piah et al. (2006). Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Mawar Safei & Tuan Rusmawati Raja Hasan. (2020). Daun sebagai Wahana Komunikasi dalam
Kesusasteraan Melayu. Jurnal Komunikasi, 36 (3), 157-175.

Md Hasri Rajali. (2013). Keunikan dan Keistimewaan Kesusasteraan. Pulau Pinang : Universiti
Sains Malaysia.

Nursyazwani Sanusi & Nor Azian Abdul Ghani (2016). Penggunaan Fonem Vokal Sajak Tetamu
Senja. Jurnal Melayu, 17 (1), 239-254.

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir. (2005). Pengajaran Gaya Bahasa dalam Bahasa Melayu. Jurnal
Pengajian Melayu, 16, (1), 58-69.

Qamar Firdaus Saini. (2019). Keunikan bahasa dan Bentuk dalam Sajak Sekati Tamban, Secekak
Bayam dalam Bakul Rotan. Surabaya : Selusar Publishing.

Rina Damayanti. (2018). Diksi dan Gaya Bahasa dalam Media Sosial Instagram. Jurnal
Widyaloka Ikip Widya Darma, 5 (3), 261-278.

Suzlia Nida Sulaiman. (2009). Bentuk sajak Tetamu Senja karya A. Samad Said. Pulau Pinang :
Universiti Sains Malaysia.

Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali & Madiawati Mamat @ Mustaffa. (2017). Program
Kesusasteraan Melayu di Akademi Pengajian Melayu : Pelaksanaan dan Cabaran. Jurnal
Melayu, 16 (1), 149-154.

http://arifbahasa2.blogspot.com/2011/02/pengertian-tema-dan-persoalan.html?m=1

http://notakuliahpismp.blogspot.com/2012/05/pengertian-akhlak.html?m=1

http://izwandyasri.blogspot.com/2014/03/stilistik.html?m=1

https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=patuh

https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=%0Akesusahan


Click to View FlipBook Version