Isi Kandungan
Bil. Tajuk Muka Surat
Pengenalan 1
Objektif Modul 1
1. Kata Hubung 2-4
- Aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik 4
“THE YARN YARN” 5-6
- Latihan Peneguhan
2. Kata Perintah 6-10
- Aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik 10-11
“THE YARN YARN” 11-12
- Latihan Pengukuhan
3. Kata Seru 12-15
- Aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik 16-17
Permainan Bahasa (Bentuk Penghayatan Kendiri) 18
- Latihan Peneguhan
4. Kata Pangkal Ayat 19-20
- Aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik 21
“GALLERY TOUR” 21-22
- Latihan Peneguhan
5. Kata Penegas 22-27
- Aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik 27-28
bercerita STORY BOOKS (Buku Cerita) 29-30
- Latihan Peneguhan
6. Kata Bantu 30-33
- Aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik 33-34
“Gallery Tour” 34-35
- Latihan Peneguhan
7. Kata Penguat 36-37
37-38
- Aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik 38-39
“Showdown”
39-42
- Latihan Peneguhan 42-43
43-44
8. Kata Nafi
44-48
- Aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik 48-49
“PERMAINAN BAHASA” 49-51
- Latihan Peneguhan 51
52
9. Kata Tanya 53-54
- Aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik
Roam The Room
- Latihan Peneguhan
Kesimpulan
Bibliografi
Lampiran
Pengenalan
Modul ini menjelaskan konsep kata tugas mengikut jenis-jenisnya dengan tepat. Kata tugas
merupakan golongan perkataan selain kata nama, kata kerja dan kata sifat yang mendukung
sesuatu tugas tertentu dalam binaan ayat, klausa dan frasa. Kehadiran kata tugas dalam ayat
tidak berfungsi sebagai inti dalam sebarang frasa utama, sebaliknya mendukung sesuatu tugas
sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan,
pembantu, penegas, penafi, pembenar pemeri atau tugas-tugas lain. Kata tugas yang
dijelaskan adalah kata hubung, kata seru. kata tanya, kata perintah, kata pangkal ayat, kata
bantu, kata penguat, kata penegas dan kata nafi. Sehubungan itu, modul ini juga menjelaskan
beberapa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknik-teknik yang
boleh diaplikasikan bersesuaian dengan topik yang dibincangkan. Soalan peneguhan juga
disediakan bagi memantapkan pemahaman para pembaca.
Objektif Modul
1) Pelajar dapat menjelaskan konsep kata tugas mengikut jenis-jenisnya dengan tepat.
2) Sebagai bahan sokongan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
3) Membantu menguasai kemahiran menjawab soalan pemahaman dan penggunaan bahasa
yang tepat.
4) Sebagai medium tambahan untuk meningkatkan daya ingatan pelajar terhadap apa yang
dipelajarinya.
5) Memberi peluang kepada pelajar untuk menguruskan corak pembelajaran secara kendiri.
1
1. Kata Hubung
Kata hubung digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat
dengan ayat. Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:
a. Kata hubung gabungan
b. Kata hubung pancangan
c. Kata hubung berpasangan
Kata Hubung Gabungan Contoh
Atau Saya hendak makan mee atau nasi lemak
Dan Saya dan adik bermain di taman
Lalu Dia masuk ke bilik lalu menyalin pakaian
Lantas Saya bangun malas dan lantas ke dapur
Sambil Bapa mendengar radio sambil membaca surat khabar
Maka Apabila melihat polis telah pergi semuamaka dia pn
keluarlah
Serta Ali, Abu serta Ahmad tidak hadir ke sekolah
Tetapi Saya rajin tetapi saya tidak pandai belajar
Sebab Ali sedih sebab kucingnya belum pulang lagi
Kalau Kamu akan dipenjara kalau melakukan kesalahan
Supaya Kita harus mandi selalu supaya kelihatan bersih
Kemudian Sila baca soalan kemudian mula menjawab
Malahan Saya disini baik sahaja malahan kamu
Kata Hubung Pancangan Contoh
Agar Saya berharap agarkamu dapat dating
2
Apabila Saya terkejut apabila mendengar berita itu
Bahawa Saya yakin bahawa cerita kamu adalah benar
Biarpun Biarpun dia mengatakan saya, saya tetap betul dalam
hal ini
Hingga Saya belajar hingga ke peringkat universiti
Jika Jika kamu larang saya, kamu akan terima padahnya
Kecuali Jawab semua soalan kecuali soalan dua
Kerana Dia sakit hati kerana kenakalan anaknya
Ketika Ketika menunggu kamu, saya hampir tertidur
Lantaran Lantaran kes ini, saya rasa Ali bersalah
Manakala Saya membaca buku manakala adik sedang bermain
Meskipun Dia berasa mengantuk meskipun malam itu baru
pukul lapan
Sebelum Sebelum melintas jalan raya, pelajar itu melihat ke
kiri dan ke kanan dahulu
Sejak Sejak dia berpindah rumah, perangainya sudah
berubah
Sehingga Kamu hendaklah menyiapkan kerja
sekolahsehingga habis
Sekiranya Sekiranya dia dating, berikan nota ini kepadanya
Selagi / seraya Selagi/Seraya ayah tidur, jangan buat bising
Semenjak Semenjak kematian ibubapanya, kehidupan dia tidak
teratur
Sementara Dia bekerja sambilan sementaramenunggu
keputusan SPM
Setelah Setelah kerja sekolah siap, kamu pergi mandi dahulu
Selama Selama ini saya mencari kamu
Tatkala Tatkala itu anak miskin itu pun masuklah
Walaupun Walaupun letih, diselesaikannya juga kerja itu
Sungguhpun Sungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari
Yang Saya adalah seorang pelajar yangcemerlang
Jikalau Jikalau kamu pergi, saya pun akan pergi juga
3
Andai Andai kata, kamu yang merosakkan pintu itu
Untuk Saya berbuat begitu untuk kebaikkan kamu
Kata Hubung Berpasangan Contoh
Baik…ataupun
Baik…baik Baik kamu mengaku ataupun kamu dipukul
Baik…mahupun
Baik Ali baik adiknya samasama pintar.
Bukan saja…bahkan juga
Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama
Bahkan saha…tetapi juga bergotong royong membersihkan balai raya itu.
Jangankan…pun
Ali bukan saja nakal bahkan juga selalu ponteng
Sedangkan…apatah lagi sekolah
Semakin…semakin Ali bukan saja nakal tetapi juga pandai belajar
Sungguhpun…namun
Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia tak
Sungguhpun...tetapi ada.
walaupun...namun
sedangkan...inikan pula Sedangkan dia seorang yang malasapatah
lagi adiknya
Sama ada…ataupun
Encik Ali semakin kaya semakinpemurah
Kian…kian
Entah…entah Sungguhpun dia rajin
Bukan…sahaja malah belajar namunpeperiksaannya tetap gagal
Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari
Walaupun dia buta namun dia tetap gigih berusaha
Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan
pula Bukit Larut
Guru Besar meminta sama ada bapaataupun ibu
murid hadir ke Sekolah
Kian lama kian banyak orang ke sana
Khabar anghin itu entah betul entah tidak
Ali bukan sahaja nakal malah suka ponteng
sekolah.
Berikut merupakan contoh penggunaan kata hubung yang diambil dari komik tatabahasa:
4
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik “THE YARN YARN”
1. Guru membahagikan murid-murid di dalam kelas kepada empat kumpulan kecil yang
terdiri dari 4-5 orang setiap kumpulan.
2. Setiap ahli kumpulan perlu menceritakan pengalaman mereka dengan
mengaplikasikan kata hubung dalam setiap ayat mereka.
3. Sementara itu, setiap ahli kumpulan yang lain perlu mengenalpasti sama ada kata
hubung yang digunakan di dalam ayat tersebut tepat atau sebaliknya.
4. Aktiviti ini menjadikan murid-murid lebih cakna dalam aktiviti mendengar,
menganalisis sekaligus memberikan kefahaman yang maksimum.
5
Latihan Peneguhan
a) Gariskan jawapan yang betul.
1. Suhaila membeli baju _____ seluar. (dan / atau)
2. Sukesh gemuk _____ sangat aktif bersukan. (tetapi / malah)
3. Kakak mennyapu lantai _____ abang mengelap meja makan. (tetepi / sementara)
4. _____ kamu menang, saya akan berusaha lebih kuat lagi. (Bahkan / Walaupun)
5. Izzuddin terkejut _____ mendengar berita itu. (apabila / bila)
6. _____ dia berpindah rumah, perangainya sudah berubah. (Disebabkan / Sejak)
7. _____ ini saya mencari kamu. (Selama / Sejak)
8. Suami Puan Nurul _____ kaya _____ pemurah. (semakin, semakin / walaupun,
namun)
9. _____ kes ini, saya rasa Fahmi bersalah. (Lantaran / Setelah)
b) Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Syukur menunggang motosikal dengan berhati-hati ______ jalan itu sangat licin.
a. tetapi b. bahawa c. supaya d. kerana
2. Kemalangan itu melibatkan sebuah kereta ______ tiga buah lori.
a. atau b. hingga c. dan d. kecuali
6
3. Encik Fahmi berbual-baul dengan rakan sekerja ______ menunggu makanan yang
dipesan mereka sampai.
a. sementara b. manakala c. jika d. kerana
4. Kakinya bengkak _____ disengat lebah.
a. kerana b. agar c. tetapi d. kalau
5. Afiq menutup suis komputer ______ keluar dari makmal komputer.
a. dan b. lalu c. sambil d. serta
6. Zubair membaca surat khabar _______ mendengar radio.
a. sambil b. manakala c. atau d. hingga
7. Kamil tidak akan menyertai rombongan itu _____ ibu bapanya tidak membenarkan.
a. jika b. tetapi c. walaupun d. meskipun
8. Seroja mendapat 96 markah dalam peperiksaan Sains ______ dia masih tidak berpuas
hati.
a. tetapi b. kerana c. kalau d. malahan
9. Tangan kita perlu sentiasa dicuci _____ tidak dijangkiti kuman.
a. jikalau b. ketika c. lalu d. agar
10. Banjir ______ gempa bumi merupakan bencana alam yang sering berlaku di
sesetengah negara.
7
a. seraya b. dan c. hingga d. kecuali
11. Jebat membuat laporan polis ______ mengetahui kad pengenalannya hilang.
a. sebelum b. setelah c. sungguhpun d. kecuali
Soalan peneguhan di aplikasi Kahoot! : https://create.kahoot.it/share/kata-tugas/
1d5d3584-0019-4806-aa86-b7d8d514bf01
2. Kata Perintah
Kata perintah merupakan salah satu pecahan daripada kata tugas. Kata perintah ialah
perkataan yang bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan,
larangan, silaan, atau permintaan. Kata ini juga digunakan untuk memerintah atau menyuruh
seseorang melakukan sesuatu. Menurut Nik Safiah (2008) kata perintah bertujuan
menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap suruhan, larangan, silaan atau permintaan.
Keempat-empat pecahan tersebut merupakan pecahan daripada kata perintah. Perintah
ditujukan kepada orang kedua dengan kata ganti nama diri orang kedua seperti awak, kamu,
engkau dan sebagainya yang biasanya digugurkan.
Contoh penggunaan kata perintah di dalam ayat:
a) Ayat suruhan
Ayat suruhan merupakan ayat yang digunakan dengan tujuan memberi perintah atau
arahan. Subjek ialah kata ganti nama diri orang kedua. Contoh ayat ialah:
• Keluar dari bilik ini!
8
• Awak siapkan kerja itu sekarang.
Ayat suruhan juga boleh menggunakan partikel –lah untuk melembutkannya di
samping menegaskan predikat. Contoh ayat ialah:
• Keluarlah dari bilik ini !
• Awak siapkanlah kerja itu sekarang.
b) Ayat Larangan
Ayat larangan merupakan ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, usah
atau tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah atau mencegah seseorang
melakukan sesuatu perkara. Contoh penggunaan ayat larangan dalam konteks ayat
biasa
• Jangan ambil barang orang lain
• Kamu jangan beritahu dia
• Usah kau pedulikan dia
Ayat di atas dapat dilembutkan dengan menambah partikel –lah. Contoh ayatnya
ialah:
• Janganlah ambil barang orang lain.
• Kamu janganlah beritahu dia
• Usahlah kau pedulikan dia
c) Ayat silaan
9
Ayat silaan merupakan ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput
sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang. Contoh
penggunaan ayat ialah,
• Sila datang ke rumah saya.
• Jemput masuk ke rumah saya.
Ayat di atas juga boleh dilembutkan intonasinya dengan pnggunaan partikel penegas –
lah. Contohnya:
• Silalah datang ke rumah saya
• Jemput masuk ke rumah saya
d) Ayat permintaan
Ayat ini merupakan ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong
dengan tujuan meminta permintaan dan pertolongan. Contoh penggunaan dalam
konteks ayat biasa ialah,
• Tolong masakkan nasi untuk saya
• Minta kamu semua untuk bertenang
Bentuk ayat silaan dan permintaan biasanya tidak membawa pengertian yang negatif
sebagaimana yang terdapat dalam jenis ayat larangan. Contoh kesalahan di dalam
konteks ayat biasa ialah
• Sila jangan merokok. Sepatutnya “ Jangan merokok”
• Tolong jangan ambil. Sepatutnya “ Jangan ambil”
10
• Berikut merupakan contoh kata perintah yang diambil berdasarkan
video di dalam aplikasi youtube:
Contoh ini telah diambil dari sumber youtube. Guru ini meggunakan kemudahan teknologi
bagi mengajar tentang cara-cara penggunaan kata perintah kepada muridnya. Jika dapat
dilihat tangkapan skrin di atas merujuk kepada kaedah bagaimana kata perintah dapat
diaplikasikan berdialog.
Sumber: Masyitah Hayati (2020) Bahasa Melayu Tahun 2 kata perintah. Dimuat turun
daripada https://www.youtube.com/watch?v=KmBBSyWKh9o
11
Tangkapan skrin di atas merupakan video yang telah diambil daripada youtube. Video yang
berjudul kata perintah ini diambil daripada skrip yang mengandungi ayat perintah di dalam
animasi-animasi kartun terkenal di Malaysia.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik “THE YARN YARN”
Pelajar diminta untuk berpecah mengikut kumpulan dan setiap ahli kumpulan perlu memberi
pendapat tentang topik yang diajar guru. Murid yang telah memberikan pendapat perlu dililit
tangannya menggunakan benang. Di akhir aktiviti, pelajar yang telah memberikan pendapat
mudah untuk dikenalpasti.
12
Rumusan Aktiviti
1. Guru dapat mengenalpasti murid yang faham dan yang tidak faham tentang kata
perintah yang telah diterangkan.
2. Membantu murid mengenalpasti kelemahan mereka dalam sesuatu perkara dan
membolehkan mereka bertanya kepada guru tentang apa yang tidak faham.
3. Memupuk sifat keberanian di dalam diri murid-murid untuk tampil memberikan
pendapat.
Latihan Peneguhan
Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul
1. ………… (Jangan, Sila) bermain di tepi sungai yang deras.
2. ………… (Minta, Jemput) lah datang ke rumah saya.
3. ………… (Tolong, usah) sapukan lantai bilik darjah.
4. ………… (Jangan, sila) lah masuk ke dalam bilik.
5. ………… (Minta, jangan) semua penonton bertenang.
6. ………… (Tolong, Jemput) ambilkan saya segelas air suam.
7. ………… (Usah, Jangan) kamu cari dompet itu.
8. ………... (Sila, Jemput) buka kasut sebelum masuk kedalam makmal komputer.
9. ………… (Tolong,Usah) perlahankan radio itu kerana kakak sedang mengulang kaji
pelajaran.
13
10. ………… (Usah,Jangan) lah pukul anak kucing itu.
11. ………… (Jangan, jemput) makan kek yang saya buat ini, makcik.
12. ………… (Tolong, Usah) jaga adik-adik dengan baik ketika ibu tiada di rumah nanti.
13. ………… (Tolong, Usah) bimbang akan Sarah, ayah.
14. ………… (Harap,jangan) bersabar dan mengikut giliran.
15. ………… (Minta,jangan) pergi ke mana-mana pada hari ini.
16. ………… (Tolong,Usah) ambilkan beg sekolah itu, adik.
17. ………… (Jangan,Jemput) pijak rumput di taman itu.
18. ………… (Tolong,Harap) kamu dapat menyiapkan kerja-kerja yang saya berikan.
19. ………… (Jangan, Sila) Bercakap semasa berada di dalam perpustakaan.
Soalan peneguhan di aplikasi Kahoot! : https://create.kahoot.it/share/
cc02f36b-3263-401c-9ffb-710fa7d16eee
3. Kata Seru
Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua, kata seru dapat ditakrifkan sebagai perkataan yang
digunakan untuk menyatakan sesuatu rasa seperti rasa terkejut, sedih, sakit, takut dan
sebagainya. Manakala menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan
Abdul Hamid Mahmood (2004), mendefinisikan kata seru sebagai bentuk kata yang
berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan. Kata seru
merupakan kata tugas yang digunakan dalam pembentukan ayat seruan dengan tujuan
14
melahirkan berbagai-bagai perasaan. Kata seru menyatakan pelbagai perasaan marah,
gembira, sakit dan terkejut. Terdapat sepuluh jenis kata seru yang disenaraikan oleh Nik
Safiah Karim et al. (2004) dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu iaitu:
Cara penggunaan kata seru disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada
meninggi atau nada menurun. Kata seru digunakan dalam pelbagai konteks ayat mengikut
kesesuaian. Selain itu, menurut Asmah Hj Omar (2009), pula dalam bukunya yang berjudul
Nahu Melayu Mutakhir mengelaskan kata seru sebagai kata yang berfungsi melahirkan atau
menggambar berbagai-bagai perasaan seperti marah, sedih, gembira, sakit, hairan, terkejut
dan sebagainya.
Contoh kata seru menurut Asmah Haji Omar iaitu;
Penggunaan kata seru yang disenaraikan mempunyai fungsi dan cara penggunaan yang
berbeza dalam ayat seru. Untuk menggambarkan sesuatu perasaan, kata seru yang akan
digunakan seharusnya bersesuaian dengan intonasi pengucapan serta makna ayat yang ingin
disampaikan. Ayat yang menggunakan kata seru diucapkan dengan nada atau intonasi seruan
dengan tanda seru (!) diletakkan pada akhir ayat.
15
Contoh kata seru berdasarkan bahan konteks
16
Intonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru (!) yang biasanya terletak di
akhir ayat, sama ada ayat itu didahului oleh kata seru atau tidak. Kata seruan yang sering
digunakan ialah oh, amboi, wah, cis, eh, syabas, nah dan sebagainya.
Kesalahan lazim dalam penggunaan kata seru:
Contoh Ayat Sebab kesalahan
1. Cis, tingginya bangunan Menara Kuala Penggunaan kata seru yang tidak sesuai
Lumpur ini!
Pembetulan: Amboi, tingginya menara
Kuala Lumpur ini!
17
2. Amboi, kamu dilarang melalui kawasan Penggunaan kata seru yang tidak sesuai
ini!
Pembetulan: Eh, kamu dilarang melalalui
kawasan ini!
3. Syabas! awak berjaya dalam temu duga. Penggunaan tanda seru sepatutnya di hujung
Pembetulan: Syabas, awak berjaya dalam ayat
temu duga!
4. Cis, saya tidak benarkan kamu datang ke Penggunaan kata seru yang tidak tepat
rumah saya!
Pembetulan: Ah, saya tidak benarkan kamu
datang ke rumah saya!
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik Permainan Bahasa
(Bentuk Penghayatan Kendiri)
1. Permainan ini boleh dijalankan secara individu, berpasangan atau berkumpulan.
2. Pengendalian permainan Bahasa (Secara Terancang)
Persediaan yang rapi hendaklah dibuat sebelum sesuatu permainan dijalankan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Antara perkara yang perlu dirancang:
- Menentukan jenis permainan yang sesuai dengan objektif pengajaran dan kemahiran
yang hendak diajar;
- Menetapakan masa untuk menjalankan aktiviti permainan iaitu, sama ada pada
peringkat awal, pertengahan atau akhir sesuatu pengajaran;
- Merancang bentuk permainan yang akan dijalankan, sama ada untuk individu,
pasangan atau berkumpulan; dan
- Merancang aktiviti selepas sesuatu permainan seperti mengadakan perbincangan atau
membuat kesimpulan tentang pengajaran dan rumusan yang diperoleh daripada
permainan tersebut.
18
3. Permainan bahasa mempunyai objektif dan fungsi yang tertentu dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa. Oleh itu, guru hendaklah mengaplikasikan permainan bahasa
denga sebaikbaiknya agar dapat membantu meningkatkan penguasaan bahasa murid-
murid. Di samping itu, permainan bahasa juga merupakan aktiviti-aktiviti yang dapat
mengisi waktu senggang murid dan membentuk sikap positif mereka.
4. Contoh permainan bahasa :
Perkataan Tersembunyi
Permainan Perkataan Tersembunyi memerlukan pelajar untuk mencari perkataan-
perkataan yang telah disediakan di dalam kotak dengan menggariskan atau
membulatkan perkataan yang telah dijumpai. Pelajar dikehendaki untuk mencari
seberapa banyak perkataan yang tersembunyi.
Cari Perkataan Tersembunyi
19
Teka Silang Kata
Latihan Peneguhan
Isikan tempat kosong di bawah dengan kata seru yang sesuai :
1. ______________, sudah lama kita tidak berjumpa!
2. ______________, kamu rupa-rupanya yang mengambil pensel aku!
20
3. ______________, kamu berjaya mendapat markah yang baik dalam peperiksaan
Bahasa Melayu!
4. ______________, malangnya nasib pemuda yang ditimpa kemalangan di jalan raya
itu!
5. ______________, kawan-kawan, mari kita ke kantin bersama-sama!
6. ______________, merahnya baju awak!
7. ______________, cubalah kek yang saya buat ini!
8. ______________, malangnya mangsa-mangsa di Indonesia yang ditimpa bencana
bumi seperti tsunami dan gempa bumi!
9. _____________, sakitnya gigi aku!
10. _____________, cantiknya bunga ini!
11. _____________, berani kamu menggangu adikku!
12. _____________, ambillah wang ini!
13. _____________, kamu telah mengambil tempat pertama dalam pertandingan melukis
itu!
14. _____________, peningnya kepala aku ini!
Soalan peneguhan di aplikasi Kahoot! : https://create.kahoot.it/share/
d07084df-50b9-4cb2-9c85-bd22559d17af
4. Kata Pangkal Ayat
21
Kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat. Perkataan ini
biasanya digunakan di dalam bahasa Melayu lama atau klasik. Kata pangkal ayat juga lebih
dikenali sebagai kata yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda
kesinambungan ayat dalam wacana. Contoh kata pangkal ayat dalam konteks ayat biasa ialah:
a) Hatta istana itu pun siaplah
b) Maka panglima itu pun diberi persalinan.
c) Syahadan baginda pun berangkat meninggalkan Melaka.
d) Adapun kuda itu dipunyai oleh Tun Omar
e) Alkisah tidak beberapa lama kemudian hamillah permaisuri.
f) Kalakian berlakulah permusuhan antara kedua-dua kerajaan itu.
g) Sebermula berburulah baginda bersama-sama hulubalangnya.
h) Arakian bersemayamlah baginda di istana baharu itu.
i) Maka baginda pun bertitah kepada Bendahara Paduka Raja.
22
Berikut merupakan contoh tangkapan skrin yang telah diperoleh daripada video di youtube:
Contoh ini telah diambil daripada sumber youtube. Laman web ini menggunakan kaedah
animasi bagi membantu murid-murid memahami dengan lebih mendalam berkenaan kata
pangkal ayat ini memandangkan kata pangkal ayat merupakan bahasa yang agak klasik.
Sumber: Learning port interactive (2020), Tahun 6, Bahasa Melayu UPSR, Kata Pangkal
ayat. Dimuat turun daripada https://www.youtube.com/watch?v=-X0YtRL7unU
23
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik “GALLERY TOUR”
1. Aktiviti ini memerlukan murid bergerar secara berkumpulan.
2. Hasil pasukan lain ditampal di atas meja untuk pasukan murid lain membaca info
berkaitan kata pangkal ayat.
3. Pasukan asal hendaklah meletakkan kertas dan pensil di atas meja bagi murid yang
lain memberi komen tentang gaya persembahan info mereka dan juga membolehkan
murid lain menambah info yang mereka ketahui.
4. Setelah kembali semula ke pasukan asal, murid dikehendaki untuk menceritakan
pembelajaran atau pengalaman yang diperoleh daripada stesen-stesen yang lain
sebentar tadi.
Rumusan Aktiviti
a. Melalui aktiviti ini, murid dapat menambah ilmu pengetahuan mereka dan
memperoleh ilmu pengetahuan yang baharu
b. Aktiviti ini juga membolehkan murid berkongsi maklumat sesame sendiri
c. Manfaat daripada aktiviti ini juga, membantu murid dengan lebih mendalam tentang
kata pangkal ayat.
Latihan Peneguhan
24
Pilih jawapan yang betul.
1. …………….. puteri itu sungguh can:k serta :ada tolok bandingnya.
A. Maka C. Syahadan
B. HaGa D. Adapun
2. ………………. :dak beberapa lama kemudian pulanglah putera raja.
A. Maka C. Alkisah
B. HaGa D. Adapun
3. ………………. bersalamlah dua laksamana itu.
A. Arakian C. Alkisah
B. HaGa D. Sebermula
4. ……………….keluarlah baginda dari kawasan istana untuk pergi berburu.
A. Maka C. Syahadan
B. Sebermula D. Arakian
5. Kata Penegas
Kata penegas ialah kata yang digunakan untuk memberi penekanan atau menegaskan
bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Kata penegas disebutkan juga sebagai partikel atau
kata penyerta iaitu sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian
tertentu dalam ayat. Kata penegas tergolong dalam kata tugas bahasa Melayu. Kata tugas
pula terbahagi kepada empat kelompok besar, iaitu kata penyambung ayat, kata praklausa,
kata prafrasa dan kata pascafrasa, dan kata praklausa. Oleh itu, kata penegas berada dalam
kelompok kata prafrasa, dan kata pascakata. Dengan melihat fungsinya sebagai penegas, kata
tugas ini boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu :
i) kata penegas frasa predikat sahaja
Kata penegas yang menegaskan hanya frasa prediket atau bahagiannya yang mengalami
proses penyongsangan ayat. Contohnya -kah, -tah, dan -lah. Kata penegas -kah, -tah dan -lah
25
hadir sebagai penegas frasa predikat hanya apabila bahagian-bahagian ayat yang ditegaskan
itu mengalami proses pendepanan. Kata-kata penegas ini mestilah digandingkan atau
dirangkaikan dengan perkataan atau frasa yang ditegaskan.
ii) kata penegas frasa subjek atau frasa predikat
Kata penegas yang bersifat bebas dari segi kehadirannya dalam ayat sama ada hadir dalam
menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu frasa nama sebagai subjek atau bahagiannya atau
frasa prediket atau bahagiannya. Contohnya juga, jua, pun, sahaja, lagi, dan memang. Kata
penegas juga atau jua, pun, sahaja, lagi, hanya, dan memang bersifat bebas dari segi
kehadirannya dalam ayat sama ada dalam subjek atau predikat. Kata-kata penegas ini
mestilah ditulis berasingan atau dijarakkan dari perkataan atau frasa yang ditegaskan.
Rajah di bawah merumuskan jenis kata penegas dan penggunaannya :
Jenis Kata Penegas Kata Penegas Contoh Penggunaan
Siapakah yang memakai baju
merah itu?
Frasa predikat atau -kah, -tah, - lah Yang itulah murid baru sekolah
bahagian dalam predikat ini.
Apakah usaha kita
menghidupkan semula pekan
teater ini.
Ibu bapa juga mesti hadir
(subjek)
Ibu bapa mesti hadir
Frasa subjek atau frasa juga, pun, hanya, lagi, juga(prdekat)
predikat memang, sahaja
Adiknya pun jurutera. (subjek)
Adiknya jurutera
juga (predikat)
PERKARA KETERANGAN
26
K a t a contoh:- ( Betul – Ayat tanya songsang )
Penegas – 1. a) Siapakah teman kamu itu? ( Salah – Ayat tanya biasa )
kah, -tah, b) Teman kamu itu siapakah? ( Betul - Ayat tanya songsang)
dan –lah. (Salah - Ayat tanya biasa)
(Betul - Ayat tanya songsang)
2. a) Pernah datangkah dia?
b) Dia pernah datangkah? (Salah - Ayat tanya biasa )
(Betul - Ayat songsang)
3. a) Apatah daya kita? (Salah - Ayat biasa)
b) Daya kita apatah?
4. a) Orang itulah ibu saya.
b) Ibu saya orang itulah.
Kedudukan kata penegas dalam ayat (b) di atas menyalahi hukum
tatabahasa, kerana kata penegas –kah, -tah, dan –lah perlu hadir dalam ayat
songsang.
Cuma: Kata penegas –tah menegaskan ayat tanya yang tidak mengharapkan
jawapan tetapi bermotifkan rungutan atau monolog.
Sedangkan kata penegas –lah digunakan untuk menegaskan maksud ayat
penyata yang mengalami penyongsangan dan melambutkan ayat perintah.
PERKARA KETERANGAN
27
Kata Penegas Kata penegas ini bebas dan boleh hadir pada mana-mana
p u n , j u a , - n y a , j u g a , bahagian dalam ayat mengikut kesesuaiannya, sama ada
sahaja, lagi, hanya, dan dalam subjek atau prediket:-
memang.
AYAT
SUBJEK PREDIKET
1. Hanya dia
2. Memang wanita itu
3. Budak-budak itu
4. Barang itu
5. Kami juga
6. Encik Baba pun
7. Mereka
8. Mereka
9. Ketua saya yang
tegas itu
10. Rombongan
pengantin lelaki sahabat karib saya.
bakal isteri saya.
memang suka akan permainan itu.
hanya boleh di beli di kedai.
ingin ke bandar.
datang.
membeli juga makanan itu.
ada pun di sini.
datang juga ke majlis.
belum tiba lagi.
Peringatan:-
Kata penegas hanya dan sahaja tidak boleh digunakan
28
Contoh Kata Penegas Berdasarkan Bahan Berkonteks
Berikut merupakan contoh kata perintah yang diambil berdasarkan video di dalam aplikasi
youtube:
Sumber: https://youtu.be/s2X2wyN5Qok
Tajuk: Tingkatan 4 Bahasa Melayu SPM, Tatabahasa: Kata Penegas
29
Contoh perbualan yang mengandungi Kata Penegas Dalam cerita Animasi Kartun
Tangkapan skrin di atas merupakan video yang telah diambil daripada youtube. Video yang
berjudul kata penegas ini diambil daripada skrip dan dialog yang mengandungi ayat penegas
di dalam animasi kartun di Malaysia. Dalam perbualan tadi, dapat kita lihat terdapat tujuh
contoh Kata Penegas iaitu jua, juga, pun dan partikel –lah. Kesemua kata penegas ini penting
dalam sesebuah ayat untuk menunjukkan penegasan dalam sesuatu ayat yang ingin
disampaikan.
30
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik bercerita STORY BOOKS
(Buku Cerita)
Penggunaan buku cerita kanak-kanak dalam kelas yang lebih dewasa dapat memberi peluang
kepada mereka berbincang dan membuat refleksi.
Cara melaksanakan aktiviti bercerita dengan berkesan:
1. Persedian sebelum sesi bercerita
i. Pelajar duduk dalam satu bulatan bersama orang yang bercerita
• Sekiranya guru merupakan orang yang bercerita, Pastikan cerita itu boleh
didengar dengan jelas oleh semua pelajar
• Pastikan semua pelajar boleh melihat guru terutamanya bahagian muka
• Berakap dengan kuat dan jelas berserta intonasi yang sesuai
iii. Jika pelajar sebagai pencerita, mereka perlu
• Diberi maklumat tentang bahagian- bahagian cerita
• Diberi peluang untuk berkongsi cerita pendek dalam situasi yang tidak formal
2. Semasa sesi bercerita
i. Pelajar diberi peluang untuk membuat catatan untuk perbincangan
ii. Pastikan pelajar menumpukan perhatian
iii. Orang yang bercerita perlu berkemahiran dalam membuat kontak mata dengan pelajar
3. Selepas sesi bercerita
i. Beri peluang kepada pelajar untuk merumuskan cerita
ii. Minta mereka berkongsi nilai-nilai yang dipelajari
31
Rumusan Aktiviti
Bercerita melibatkan aktiviti-aktiviti yang menceritakan semula perkara-perkara atau
peristiwa-peristiwa, sama ada imaginasi, tradisi atau kisah benar. Strategi ini boleh
meningkatkan minat dan membina apresiasi serta menikmati kesusasteraan. Ia dapat
memperkayakan pengajian pelbagai bahasa, membekalkan pelbagai pengalaman,
mengembangkan kemahiran mendengar dan memotivasikan pelajar untuk membaca.Selain
itu, Ia juga dapat memotivasikan murid-murid untuk minat belajar dalam suasana yang
menggembirakan dan sekali gus dapat melatih murid menyusun idea secara teratur sama ada
secara lisan atau tulisan bagi aktiviti selanjutnya. Dengan itu, bercerita boleh menjadi suatu
strategi pengajaran yang memusatkan kepada murid-murid.
Latihan Peneguhan
a. Tuliskan kata penegas yang sesuai pada perkataan-perkataan yang sesuai dalam ayat-ayat
di bawah.
1. Mari kita pergi sekarang untuk berjumpa dengannya.
__________________________________
2. Kereta ini kepunyaan saya. Kereta itu kepunyaan saya.
______________________________________
3. Bukan rumah itu kepunyaan wakil rakyat kawasan ini?
_________________________________________
4. Jemput makan dan jangan malu-malu.
__________________________________________
5. Datang beramai-ramai ke majlis jualan murah kami.
__________________________________________
32
b. Pilih jawapan yang paling sesuai.
1. “Cikgu Jamaludin yang banyak membantu saya dari segi kewangan,” kata Khairul kepada
Faizal.
A lah C jua
B pun D juga
2. Siapa yang menyepahkan buku-buku di perpustakaan.
A pun C kah
B hanya D lah
3. “Apa pun yang awak tidak berpuas hati tentang keputusan mesyuarat itu, kita semua sudah
mencapaI kata sepakat,” kata Encik Osman.
A tah C jua
B pun D sahaja
4. Menunggang basikal pun dia tidak tahu tah lagi menunggang motosikal.
A hanya C lah
B lagi D tah
5. Apa keputusan dalam peperiksaan ini, saya akan terima dengan hati yang terbuka.
A lagi C jua
B lah D kah
6. “ , dialah yang mencuri wang itu,” tuduh rakannya.
A Pasti C Nya
B Lah D Entah
7. Memang , di sinilah kejadian pembunuhan itu terjadi.
33
A betul C pasti
B tidak D entah
8. saya nampak orang itu berlari pada waktu malam.
A Entah C Memang
B Pasti D Betul
9. Oh , kamilah yang akan menganjurkan pameran itu.
A tidak C ya
B pasti D betul
10. Memang jawaban yang diberikan tadi.
A tetap C yakin
B betul D ia
6. Kata Bantu
Menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood
(2010), dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga mendefinisikan kata bantu iaitu kata
yang hadir sebelum frasa, ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa
adjektif dan frasa sendi nama iaitu dengan menimbulkan makna tambahan dari segi aspek
waktu atau ragam. Oleh yang demikian, kata bantu dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu
kata bantu aspek dan kata bantu ragam.
34
Kata bantu aspek adalah menimbulkan suasana perbezaan masa, iaitu sama ada masa
lampau, masa kin atau masa hadapan. Bentuk-bentuk kata bantu ialah seperti telah, sudah,
baru, pernah, sedang, masih, akan, mula dan belum yang masing-masingnya digunakan
seperti yang terdapat dalam contoh ayat berikut. ( Pekerja itu telah pulang, murid-murid itu
baru tiba, kami pernah ke utara Malaysia, buah itu belum masak lagi, Guru Besar sedang
menyiapkan laporan itu, Ahmad akan ke sana esok, pada masa itu dia masih kecil dan kereta
api itu mula bergerak).
Seterusnya, kata bantu ragam ialah bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan
ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan seperti hendak, mahu, harus,
mesti, boleh, dapat, enggan, patut dan mungkin. Antara contoh penggunaannya dalam ayat
adalah seperti yang berikut. (Kanak-kanak itu hendak masuk ke bilik, ramai pemuda kini
mahu bekerja sendiri, awak harus cepat supaya tidak ketinggalan bas, mereka mesti ke
pejabat segera, kita boleh ke Johor Bahru dengan menaiki bas, kami dapat melihat
pemandangan cantik itu, kanak-kanak itu enggan memakai baju, dia patut datang bulan lalu
dan mereka mungkin lambat sedikit).
Selain itu, menurut Asmah Hj Omar (2009), pula dalam bukunya yang berjudul Nahu
Melayu Mutakhir mengelaskan kata bantu (sedang) sebagai kata bantu aspek yang
menunjukkan perbuatan atau keadaan yang sedang berlaku. Di samping itu, menurut
pendapat Abdullah Hassan (2006), dalam buku berjudul Morfologi telah menjelaskan bahawa
kata bantu aspek berfungsi untuk menerangkan kata kerja. Hal ini demikian, bermakna
bahawa perkataan sedang tidak termasuk sebagai kata bantu aspek adjektif dan sendi seperti
yang dijelaskan dalam Tatabahasa Dewan. Akhir sekali, fungsi perkataan sedang yang
35
digunakan dalam ayat adalah untuk menimbulkan suasana masa, iaitu untuk menunjukkan
masa kini.
Contoh Kata Bantu berdasarkan Bahan Berkonteks:
Kata Bantu Aspek
Kata Bantu Kata Bantu Kata Bantu
Aspek Aspek Aspek
• Telah, sudah, • Sedang, masih, • Akan, belum.
pernah. tengah. • Menunjukkan
• Menunjukkan • Menunjukkan perbuatan yang
perbuatan yang perbuatan yang akan berlaku.
telah berlaku. sedang berlaku. • Contoh, mereka
akan bertolak ke
• Contoh, Amin • Contoh, Siti Kelantan pada
pernah makan di sedang bermain esok pagi.
gerai itu. buaian di taman.
Kata Bantu Ragam
• Menunjukkan sesuatu keinginan atau tujuan.
Hendak, • Contoh ayat, Amir hendak membeli sepotong aiskrim.
Harus, • Menunjukkan perbuatan yang mesti dilakukan.
• Contoh ayat, murid-murid harus beratur ketika membeli makanan di
kantin.
• Menujukkan keupayaan membuat sesuatu.
• Contoh ayat, Hawa dapat mengalihkan pasu bunga yang berat itu.
Mungkin *Menunjukkan perbuatan kebarangkalian atau kemungkinan.
36
*Contoh ayat, anak Cik Tipah mungkin bersalin bulan depan.
Berikut kesalahan penggunaan kata bantu:
1. Kata bantu boleh tidak boleh digunakan untuk menggantikan kata bantu dapat.
Kata bantu boleh lebih sesuai untuk maksud memberi izin. Kata bantu dapat lebih sesuai
untuk keupayaan atau kemampuan.
Contoh ayat:
Jerebu boleh diatasi jika pembakaran terbuka diberhentikan. (SALAH)
Jerebu dapat diatasi jika pembakaran terbuka diberhentikan. (BETUL)
2. Kata bantu hendak tidak sesuai digunakan dalam ayat tanya. Kata bantu mahu lebih
sesuai digunakan dalam ayat tanya.
Kata bantu hendak bermaksud berniat untuk melakukan sesuatu. Kata bantu mahu
bermaksud keinginan yang timbul kerana adanya ajakan atau pelawaan.
Contoh ayat:
Hendaklah kamu ikut saya? (SALAH)
Mahukah kamu ikut saya? (BETUL)
3. Kata bantu mesti diletakkan sebelum kata kerja atau frasa kerja.
Contoh ayat:
Lili menulis masih bukunya. (SALAH)
Lili masih menulis bukunya. (BETUL)
37
Kesimpulannya, penggunaan kata bantu aspek dan kata bantu ragam yang menjadi
elemen penting bagi frasa kerja dalam binaan ayat bahasa Melayu banyak membantu
pengguna bahasa untuk menghasilkan ayat yang gramatis dan bermakna serta jelas
penyampaiannya. Pengguna bahasa yang komited dan celik tatabahasa dapat memartabatkan
bahasa Melayu dalam aspek morfologi, sintaksis dan leksikon sama ada dalam pertuturan
mahupun penulisan.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik “Gallery Tour”
1) Guru memberikan arahan untuk bergerak membentuk beberapa kumpulan.
2) Setiap kumpulan diagihkan tajuk iaitu mengikut jenis-jenis kata bantu dan bergerak
mengikut kumpulan masing-masing untuk bincang mengenai isi berkaitan tajuk yang
diperoleh.
3) Pasukan yang pertama hendaklah menampal kertas pada dinding supaya pasukan
yang datang melawat boleh memberikan komen atau pengukuhan hasil kerja mereka
setelah memberikan penerangan kepada pasukan yang telah melawat dari stesen ke
stesen.
4) Di samping itu, ahli kumpulan yang lain juga diarahkan oleh guru untuk berpecah
sementara waktu untuk melihat pembentangan oleh stesen yang lain pula.
5) Bergerak dan berkumpul semula dalam pasukan yang asal seterusnya menceritakan
semula ilmu atau maklumat yang diperoleh setelah melawat dari setiap stesen yang
membentangkan tajuk-tajuk yang telah diberikan oleh guru tersebut.
Rumusan Aktiviti
a. Mewujudkan interaksi dua hala
38
b. Pelajar dan guru berkongsi idea
c. Bekerjasama dalam pasukan yang dibentuk
Latihan Peneguhan
Keterangan:
Kata yang digunakan untuk menerangkan kata kerja dan hadir sebelum kata kerja.
Contoh: Sudah, telah, pernah, sedang, masih, belum, akan.
Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.
1. Kerja-kerja yang membangunkan kawasan taman sains itu _______ siap sebulan yang lalu.
A. telah B. masih C. mesti D. akan
2. Kita _______ berhati-hati semasa melintas jalan raya.
A. masih B. mesti C. sudah D. sedang
3. “Jangan sekali-kali minum air yang _______ dimasak,” pesan Cikgu Azizi.
A. sudah B. akan C. hendak D. belum
4. Semua bangku di taman itu _______ digantikan dengan yang baharu tidak lama lagi.
A. sudah B. akan C. sedang D. masih
5. Sekiranya kita _______ berjaya, kita mestilah meningkatkan usaha dengan banyak
mengulang kaji pelajaran.
A. hendak B. masih C. akan D. mesti
6. Walaupun sudah pulih tetapi dia _______ belum boleh berjalan dengan baik.
A. masih B. hendak C. akan D. mesti
39
7. Ayah ______ ke Kuala Lumpur pada bulan hadapan.
A. telah B. sedang C. akan D. sudah
8. Kita ______ lah bijak memilih rakan sekiranya ingin berjaya.
A. sedang B. mesti C. telah D. hendak
9. Semua pendatang tanpa izin ______ dihantar ke negara asal mereka pada bulan depan.
A. telah B. masih C. belum D. akan
10. Nur Fasihah ______ mengulang kaji pelajaran di dalam biliknya.
A. telah B. sedang C. akan D. belum
11. Puan siti ______ menuntut di Universiti Malaya dalam bidang perubatan.
A. telah B. pernah C. sudah D. belum
12. Buah mangga ini _____ dibasuh sebelum dimakan.
A. sudah B. mesti C. mahu D. dapat
7. Kata Penguat
Menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood
(2010), menyatakan bahawa kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti
frasa atau kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau
frasa adjektif. Terdapat tiga jenis kata penguat iaitu kata penguat hadapan ( perkataan yang
letaknya di hadapan frasa atau kata adjektif), kata penguat belakang ( perkataan yang
40
letaknya di belakang kata adjektif) dan kata penguat bebas ( perkataan yang letaknya atau
kedudukannya bebas, iaitu sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif).
Seterusnya, kata penguat memberi penekanan kepada kata sifat. Kata ini boleh hadir
sama ada sebelum atau selepas kata sifat. Antara kata penguat yang hadir sebelum kata sifat
ialah amat, sangat, terlalu, paling, sungguh, agak dan sebagainya. Sementara kata penguat
yang hadir selepas kata sifat ialah nian, sekali, benar dan sungguh. Contoh penggunaan kata
penguat dalam ayat ialah:
I) Pemandangan di tepi pantai terlalu indah.
II) Cantik benar rumah di atas bukit itu.
Contoh Kata Penguat berdasarkan Bahan Berkonteks
Kata penguat terbahagi kepada tiga jenis:
41
Kata Penguat • Digunakan di hadapan kata
Hadapan adjektif
Kata Penguat • Digunakan di belakang kata
Belakang adjektif
Kata Penguat Bebas • Digunakan di hadapan dan
belakang kata adjektif
Perkataan amat, sangat dan sungguh boleh disertakan perkataan sekali di belakang ayat.
Contoh: Sungguh baik sekali.
Amat baik sekali.
Sangat baik sekali.
Perkataan terlalu dan agak tidak boleh disertakan dengan perkataan sekali.
Sumber rujukan daripada Modul Latihan Tatabahasa berdasarkan link tersebut: https://
images.app.goo.gl/KVGErNaV6iDpLjX66
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik “Showdown”
1. Guru membacakan ayat yang tidak mempunyai jawapan yang tepat kepada pelajar.
2. Setiap ahli pasukan perlu menulis satu jawapan pada kertas yang telah disediakan.
3. Pada masa yang ditetapkan semua perlulah perlu menunjukkan jawapan secara
serentak kepada guru tersebut.
4. Setiap ahli membetulkan dan mengukuhkan jawapan rakan.
42
Rumusan Aktiviti
a. Mewujudkan perbincangan antara pelajar dengan guru di dalam bilik darjah.
b. Berkongsi idea ketika memberikan jawapan.
c. Menimbulkan rasa seronok ketika belajar di dalam bilik darjah.
Latihan Peneguhan
1. Masukkan kata penguat ke dalam ruang kosong ayat-ayat berikut:
a. Bagi En. Abu masakan isterinya _______ sedap.
b. Setelah diuji didapati sungai itu _______ bersih.
c. Mimpinya semalam _______ indah.
d. Kos membuat jambatan itu _______ tinggi.
e. Bilangan pelajar yang memohon masuk ________ ramai.
f. Khabarnya buah mengkudu baik ________ dimakan untuk khasiatnya.
g. Saya mahu cepat, tetapi dia berjalan lambat _______.
h. Indah _______ khabar itu.
2. Bina ayat menggunakan kata penguat menggunakan perkataan berikut:
amat
_________________________________________________________________
sungguh
43
__________________________________________________________________
sekali
__________________________________________________________________
sangat
___________________________________________________________________
8. Kata Nafi
Kata nafi bertugas menafikan frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama
dalam predikat. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 :
249) kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat, iaitu Frasa Nama,
Frasa Kerja, Frasa Adjektif dan Frasa Sendi Nama. Ada dua bentuk kata nafi, iaitu bukan dan
tidak.
Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu
(Sulaiman Masri dan Ahmad Khair Mohd Nor, 2002 : 67). Kata nafi terdiri daripada bukan,
dan tidak. Kata nafi bukan boleh menjadi unsur nafi biasa frasa nama dan frasa sendi nama.
Kata nafi tidak pula ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. (Nik Safiah Karim et.
al: 2004 : 249).
Terdapat dua kata nafi iaitu bukan dan tidak.
Kata Nafi Contoh
44