The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tugasan 2 : Penghasilan Produk
Kod kursus : Bmmb 1144 Kesantunan Berbahasa
Nama Pensyarah : Puan Hajah Sulastri Binti Abdullah
Nama Pelajar : Ghulam Abral Mukhriz Bin Mogamad Walid

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by GHULAM ABRAL MUKHRIZ BIN MOHAMAD WALID IPG-Pelajar, 2024-03-11 23:11:50

Isu Penggunaan Bahasa yang Kurang Sopan dalam Media Sosial

Tugasan 2 : Penghasilan Produk
Kod kursus : Bmmb 1144 Kesantunan Berbahasa
Nama Pensyarah : Puan Hajah Sulastri Binti Abdullah
Nama Pelajar : Ghulam Abral Mukhriz Bin Mogamad Walid

NAMA PENSYARAH : PUAN HAJAH SULASTRI BINTI ABDULLAH ISU PENGGUNAAN BAHASA YANG KURANG SOPAN DI MEDIA SOSIAL BMMB 1144 KESANTUNAN BERBAHASA Tugasan 2 : Penghasilan Produk BMMB 1144 KESANTUNAN BERBAHASA Tugasan 2 : Penghasilan Produk ISU PENGGUNAAN BAHASA YANG KURANG SOPAN DI MEDIA SOSIAL NAMA PENSYARAH : PUAN HAJAH SULASTRI BINTI ABDULLAH


Maklumat diri Definisi Kesantunan berbahasa Definisi Media Sosial Contoh Penggunaan Bahasa Kurang Sopan dalam Media Sosial Langkah menangani Isu Kurang Sopan Dalam Media Sosial Rumusan Rujukan ISI KANDUNGAN Maklumat diri Definisi Kesantunan berbahasa Definisi Media Sosial Contoh Penggunaan Bahasa Kurang Sopan dalam Media Sosial Langkah menangani Isu Kurang Sopan Dalam Media Sosial Rumusan Rujukan


MAKLUMAT DIRI


Kesantunan Berbahasa dalam Media Sosial Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (1992), kesantunan ditakrifkan sebagai keperibadian atau tingkah laku sopan yang ditonjolkan oleh seseorang sama ada dalam bentuk tulisan mahupun lisan. Kesantunan pada seseorang dapat dilihat melalui sikap mereka yang menampilkan nilai yang baik di sekeliling mereka. DEFINISI KESANTUNAN B.K Lewis (2010) menakrifkan bahawa media sosial adalah label yang merujuk kepada teknologi digital yang berpotensi untuk membolehkan semua orang berhubung dan berinteraksi, menghasilkan dan berkongsi mesej. DEFINISI MEDIA SOSIAL


CONTOH PENGGUNAAN BAHASA KURANG SOPAN DALAM MEDIA SOSIAL Penggunaan Bahasa Rojak Penggunaan Bahasa Kesat Tidak Menghiraukan Darjat dan Kedudukan Penggunaan Bahasa Slanga


PENGGUNAAN BAHASA ROJAK Penggunaan bahasa rojak iaitu campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam percakapan melalui media sosial menjadikan bahasa itu kurang sopan kerana mendatangkan kekeliruan dan menyukarkan pemahaman seseorang terhadap maklumat yang ingin disampaikan. Contoh yang dapat dibuktikan adalah melalui percakapan dalam Whatsapp faitu ayat " you apa khabar doh. long time no nampak.” Ayat tersebut jelas membuktikan bahawa bahasa rojak telah menjadi tabiat masyarakat apabila bercakap (Rais Yatim, 2018) walaupun perbualan itu berlaku dalam kalangan rakan rapat, namun penggunaannya tetap tidak sopan untuk menggabungkan bahasa kebangsaan dengan bahasa Inggeris kerana ia seakan-akan merendahkan martabat bahasa bangsa dan loghat mereka sendiri.


PENGGUNAAN BAHASA KESAT Individu tersebut telah menggunakan kata kesat di ruang komen di aplikasi X yang berbaurkan makian terhadap seseorang walaupun mereka boleh meninggalkan komen yang positif Pengguna aplikasi X menghina individu tersebut dengan menggunakan kata-kata kesat seperti “this is lookin bullshit” dan “ pukimak la ad ni “ Dalam pada masa yang sama, pengguna menggunakan bahasa rojak dan bahasa kesat telah menunjukkan individu itu tidak berkesantunan dan perosnaliti yang buruk.


Pelajar itu memanggil Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai "bro". Situasi ini jelas menunjukkan ketidaksantunan ketikberbahasa kerana sepatutnya panggilan yang sesuai untuk Tan Sri Muhyiddin Yasin ialah Tan Sri, Encik ataupun beliau. TIDAK MENGHIRAUKAN DARJAT DAN KEDUDUKAN Berdasarkan bukti itu, pelajar tersebut menggunakan kata panggilan yang tidak sopan ketika menulis mesej peribadi kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin di instagram tersebut. Hal ini jelas bertentangan dengan Teori Kesantunan Asmah (2000) yang menyatakan semasa berkomunikasi seseorang perlu mengambil kira taraf dan peranan orang yang bercakap. Dari segi cara panggilan, individu tersebut memanggil Tan Sri Muhyiddin sebagai " oii" yang lazimnya digunakan untuk menyapa orang vang sebaya ataupun sudah kenal secara dekat sedangkan Tan Sri Muhyiddin Yasin merupakan Perdana Menteri dan bukannya rakan dekat individu ini.


PENGGUNAAN BAHASA SLANGA Slanga merujuk kepada perkataan, frasa, atau penggunaan bahasa tidak formal, selalunya berkaitan dengan kumpulan atau subbudaya tertentu dalam masyarakat. Slanga boleh berkembang daripada keperluan untuk berkomunikasi dengan cara yang lebih santai atau untuk mewujudkan rasa identiti dan perpaduan dalam kumpulan. Selalunya, slanga berkembang dengan cepat, berubah dari semasa ke semasa, dan tidak selalu difahami oleh orang di luar kumpulan. Bukti di sebelah menunjukkan perbualan antara dua individu menggunakan bahasa slanga Sabah dan turut menggunakan kata kesat dalam perbualan mereka seperti “ babi “ dan “ oi gilak “ Penggunaan bahasa slanga ini bukan sahaja tidak sopan malahan turut mencemarkan imej bahasa melayu kerana adab dan tamadun sesuatu bangsa amat berkaitan dengan corak bahasa yang digunakan oleh masyarakatnya (Awang Sariyan, 2007)


LANGKAH MENANGANI ISU KURANG SOPAN DALAM MEDIA SOSIAL Peranan Individu Peranan Ibu Bapa Peranan Media Massa


PERANAN INDIVIDU Setiap individu seyogianya mengelakkan diri daripada melayari laman sosial yang tidak mendatangkan faedah dan hanya merosakkan kesantunan berbahasa mereka. Individu hendaklah berfikir secara waras sebelum memuatnaik komen atau kritikan di media sosial agar tidak mengguris hati mana mana pihak dan menyentuh sensitiviti masyarakat


PERANAN IBU BAPA Ibu bapa harus menggunakan bahasa yang sopan semasa bertutur dengan anak-anak untuk melatih mereka mengamalkan percakapan yang mengandungi perkataan-perkataan baik supaya kesantunan berbahasa dapat dikekalkan Menggunakan bahasa sopan Tegas dalam Mendidik Ibu bapa perlu tegas dalam mendidik anak-anak seperti menghukum mereka jika menggunakan perkataan perkataan kurang elok agar generasi masa kini tidak secara terus menerus melakukan perkara yang boleh merosakkan kesantunan berbahasa


PERANAN MEDIA MASSA Menyiarkan amalan unggul dalam bentuk animasi atau iklan sebagai selingan selepas selesai program atau cerita di kaca televisyen supaya masyarakat terdedah dan cakna kepada isu kesantunan. Mengiklankan isu Kesantunan Berbahasa Memartabatkan bahasa Melayu secara menyeluruh dalam televisyen Media massa harus menjadi entiti yang mencerminkan bahasa Melayu dan konteks negara bangsa yang memainkan peranan penting dalam penyebaran bahasa Melayu yang jitu.


Isu kesantunan berbahasa yang kurang sopan dalam media sosial kini semakin meresahkan. Kebanyakan pengguna media sosial, terutama generasi muda, sering kali menggunakan bahasa slanga atau perkataan yang kurang sopan tanpa memikirkan kesan kepada pembaca. Fenomena ini bukan sahaja mencerminkan penurunan nilai kesopanan dan kepekaan sosial, tetapi juga mempengaruhi persepsi masyarakat terhadap norma-norma sosial yang sepatutnya dijunjung tinggi. Perkembangan teknologi dan kemudahan akses ke media sosial sememangnya memberikan ruang yang luas untuk ekspresi diri, namun penggunaannya haruslah diringii dengan kesedaran tentang tanggungjawab sosial dan etika berkomunikasi. Harapan ke depannya, masyarakat, khususnya generasi muda, perlu dibekalkan dengan pendidikan dan kesedaran tentang pentingnya menggunakan bahasa yang sopan dan beretika dalam setiap bentuk komunikasi, termasuk di media sosial. Institusi pendidikan, keluarga, dan masyarakat perlu berperanan aktif dalam membina karakter serta menyemai nilai-nilai positif berkaitan kesantunan berbahasa. Dengan begitu, kita dapat menciptakan lingkungan komunikasi yang sehat dan konstruktif di ruang digital, sekaligus menghormati kepelbagaian dan memupuk rasa hormat bersama antara pengguna media sosial. RUMUSAN


RUJUKAN Asmah Haji Omar. (2000). Wacana Perbincangan Perbahasan dan Perundingan. Dewan Bahasa dan Pustaka Awang Sariyan. (2007). Santun Berbahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka B.K Lewis. (2010). Social Media and Strategic Communication: A Three-Year Study of Attitudes and Perceptions about Social Media among College Students. https://prjournal.instituteforpr.org/wp-content/uploads/Lewis.pdf Dewan Bahasa dan Pustaka. (1992). Kamus Dewan. Dewan Bahasa Dan Pustaka Rais Yatim (2018), Bahasa ' sekerat ular sekerat belut. Dilayari pada 11 April 2022, Astro Awani: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/isu-bahasa-iklan-sekerat-belut-sekerat-ular-rais yatim-185640


Click to View FlipBook Version