"Manisnya darah manusia yang berbaur dalam masakan" BBD10102 - KARYA PHILO-SOPHIA SEKSYEN 2
PENGENALAN PELAKON KARYA RAJA BERSIONG KARYA RAJA BERSIONG Zhairul Irfan Pengarah Amirul Syafiq Afiqah Amirah Aiman Soffry Penulis Manuskrip Penulis Skrip Drama Pengurus Rakaman Nur Aliza Nur Fasiha Raja Permaisuri Suara Latar Muhd Hasyif Dukun Nurul Asyiqin Nurul Anis Tukang Masak 1 (Melati) Tukang Masak 2 (Kuntum) Abdurrahim Arif Fauzan Raja Bersiong Hulubalang 1 Raja Mohd Daniel Hulubalang 2 SEBUAH KARYA YANG DILAKONKAN SEMULA
BBD10102 FALSAFAH PENDIDIKAN SEMESTER 2 SESI 2022/2023 SKRIP DRAMA “RAJA BERSIONG” AHLI KUMPULAN BIL NAMA WATAK 1. ABDURRAHIM BIN NORDIN RAJA BERSIONG 2. NUR ALIZA BINTI ROHADI PERMAISURI 3. MOHAMAD ZHAIRUL IRFAN BIN JUMARI MENTERI 4. NURUL ASYIQIN BT MOHD NAMIRI MELATI 5. NURUL ANIS BINTI ABDUL GANI KUNTUM 6. MUHAMMAD HASYIF BIN SHUKOR DUKUN 7. WAN MUHAMMAD AIMAN BIN WAN SOFFRY HULUBALANG 1 8. MUHAMAD ARIF FAUZAN BIN IDROS HULUBALANG 2 9. RAJA MOHAMAD DANIAEL HAKIM BIN RAJA INDA PUTRA PELAKON TAMBAHAN 10. AMIRUL SYAFIQ BIN SARMAN PELAKON TAMBAHAN 11. NUR FASIHAH BINTI JASNI PELAKON TAMBAHAN 12. AFIQAH AMIRAH BINTI MUHAMMAD NOR PELAKON TAMBAHAN
TEMA Filem Sejarah/Pahlawan Malaysia TAJUK RAJA BERSIONG PENULIS SKRIP Afiqah Amirah Binti Muhammad Nor PELAKON Raja Bersiong : Raja yang zalim yang memerintah negeri Kedah Raja permaisuri : Isteri kepada Raja bersiong Menteri : Orang kanan Raja bersiong Melati : Tukang masak istana Kuntum : Tukang masak istana Dukun : Perawat Raja Bersiong Hulubalang-Hulubalang: Orang-orang kepercayaan di istana SIPNOPSIS Kisah Raja Bersiong mengisahkan tentang seorang raja Kedah yang bernama Raja Ong Maha Perita yang ketagih akan darah. Baginda merupakan raja keempat daripada keturunan Merong Mahawangsa. Baginda ialah seorang raja yang zalim dan ditakuti rakyat. Sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang negeri, akan ditangkap dan dipenjarakan atau dibunuh oleh pengawal dan hulubalang-hulubalang kepercayaannya. Baginda sanggup membunuh rakyatnya sendiri untuk memenuhi kehendak nafsunya yang amat menginkan darah. Menteri, iaitu orang kanan baginda sanggup bertalam muka untuk mendapatkan kemahuannya. Menteri bersepakat dengan Raja Permaisuri, iaitu isteri kepada Raja Ong Maha Perita untuk menghentikan perbuatan baginda yang terkutuk tersebut. Maka, wujudlah konflik di antara Raja Bersiong, Raja Permaisuri dan Menteri.
SITUASI 1 Masa: Waktu petang Lokasi: Taman Istana Di suatu petang yang indah, kedengaran bunyi burung yang berkicauan ditambah dengan angin yang sempoi-sempoi bahasa terlihat raja bersiong dan raja permaisuri sedang mencemar duli di taman istana diiringi oleh dayang- dayang. Raja permaisuri memulakan perbualan bagi memecahkan kesunyian antara mereka. RAJA PERMAISURI: (Bertitah sambil menghadap muka baginda) Wahai kekanda, terlintas dalam benak fikiran adinda ini, adakah kekanda masih mengasihi adinda seperti mana kita diawal pernikahan dulu? RAJA BERSIONG: ( Menatap mata Raja Permaisuri sambil tersenyum) Duhai adinda, haruskah kamu berfikiran sebegitu, tidakkah kamu ingat yang kekanda dahulu sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan kamu yang cantik lagi jelita ini. Demi membuktikan cinta dan kasih sayang kepada adinda, lautan api jua sanggup kekanda renangi. RAJA PERMAISURI: (berpura-pura merajuk) Ish kekanda, air panas yang hendak disantap saja kekanda menyuruh adinda yang meniupnya terlebih dahulu , inikan pula lautan api. Entahentah adinda yang selamat kan kanda Lantas kedengaran deraian tawa Raja Bersiong dan Raja Permaisuri di taman istana tersebut kerana geli hati dengan perbualan mereka sendiri. RAJA BERSIONG: (Sambil menunding jari nya kepada tukang masak) Adinda, adinda… Sudah pastilah adinda mengasihi adinda jika tidak sudah pasti kanda beristerikan melati , si tukang masak istana itu. Raja bersiong pun ketawa terbahak bahak namun raja permaisuri merenung tajam kepada baginda membuatkan baginda berhenti ketawa. RAJA PERMAISURI: (Memalingkan mukanya dan merajuk) ishh kekanda ni, benci lah dinda! Masakan adinda disamakan dengan melati.
RAJA BERSIONG: (Sambil ketawa kecil) Halah adinda, kanda sengaja menyakat dinda bukankah bergurau senda dapat mengeratkan lagi hubungan kita ? RAJA PERMAISURI: (Sambil memeluk tubuh dan membelakangi Raja Bersiong) Lekas, kekanda harus pujuk adinda! Adinda sedang merajuk ni! RAJA BERSIONG: (Menggaru dagunya sambil otaknya ligat mencari idea untuk melembutkan hati isteri nya lalu baginda menyanyikan sebuah lagu) Dinda jangan marah marah, takut nanti lekas tua. Kanda setia orangnya takkan pernah mendua… RAJA PERMAISURI: (Lantas Raja permaisuri terus berpaling mengadap baginda dan tertawa kecil) Kanda ! Ada saja akal kekanda, sebab ini lah dinda tidak boleh merajuk lama lama dengan kanda. Sudah lah. Mari kekanda kita pulang. Hari juga sudah hampir senja. RAJA BERSIONG: Mari adinda. Raja Bersiong dan Raja Permaisuri pun berangkat pulang ke tempat bersemayam.
SITUASI 2 Masa: Waktu Pagi Lokasi: Hutan Terlihat baginda Raja dan hulubalang-hulubalangnya sedang berburu di tengah hutan. Baginda sangat suka berburu, terutama memburu rusa. Oleh itu, setiap kali berburu, baginda akan berjaya membunuh beberapa ekor rusa yang besar. Apabila kembali ke istana, baginda akan memerintahkan tukang masak mencampurkan daging rusa tersebut ke dalam masakan kari kegemaran baginda untuk menambahkan lagi kelazatannya. Di tengah pemburuan itu hujan turun dengan lebatnya. Kerana bimbangkan keselamatan raja, para pengawal menyuruh baginda berteduh di bawah pohon yang berhampiran. Setelah hujan berhenti, Raja Bersiong memerintahkan orang-orangnya supaya bersiap untuk pulang. RAJA BERSIONG: Ayuhlah kita pulang, tidak ada gunanya meneruskan pemburuan kerana semua binatang telah lari jauh ke tengah hutan. HULUBALANG 1: (Sambil mengarahkan pengikutnya yang lain) Ayuh semua ! Raja bersiong dan hulubalang-hulubalang nya beransur pulang. Sementara itu di istana, kedua-dua orang tukang masak raja berasa bimbang kerana raja mereka belum pulang. Tukang masak yang bertugas memasak kari raja adalah seorang yang suka berkhayal. Sewaktu memasak kari raja, beliau memikirkan keselamatan baginda. Tibatiba pisau yang digunakan terhiris jarinya sendiri. Pembantu istana mengumumkan ketibaan Raja Bersiong keruang menyantap ditemani dayang-dayangnya. Melati dan kuntum yang sedang kusyuk memasak sambil menyanyi terkejut dengan pengumuman tersebut lalu terpotong jarinya. Darahnya menitis masuk ke dalam santapan yang sedang dimasak itu. MELATI: Aduhai! Sudah tidak sempat untuk memasak santapan yang baru. Tidak mengapalah. Hanya beberapa titis saja darahku termasuk ke dalam santapan Raja. Pasti rasanya sama sahaja. KUNTUM: Sudah lah Melati, itulah kau berkhayal lagi. Kalau kau lambat, pasti baginda akan murka terhadap kau.
Tanpa berfikir panjang, Melati menyegerakan memasak santapan Raja. Apabila Melati sudah selesai memasak, dia menghidangkan santapan tersebut dan berdiri di tepi ruang santapan. Tiba-tiba,air muka baginda berubah dengan sekelip mata selepas menjamah santapannya. Baginda kelihatan amat berselera menikmati santapannya. RAJA BERSIONG: (Usai bersantap, Raja Bersiong bertanya kepada Melati) Wahai Melati dan kuntum ! Sungguh enak santapan pada hari ini. Beta amat menyukainya! Adakah kamu menukar resepi santapan beta pada hari ini ? MELATI: (Terketar-ketar menjawab) Am… Ampun Tuanku…Ti… Tidak, Tuanku. RAJA BERSIONG: (Raja Bersiong yang dapat mengesan kegugupan Melati dapat menghidu ada sesuatu yang tidak kena) Melati, lebih baik kau berkata benar. Apa kau mahu aku murka akan engkau? Melati menjadi kalut dan semakin gelisah. Dia tahu akibat yang akan menimpa dirinya jika dia masih berkeras untuk tidak berkata benar. Kepalanya pasti berpisah daripada tubuhnya lalu pun menyembah dengan penuh rasa takut dan gementar. MELATI: Ampun Tuanku… Patik mohon ampun tuanku. Lagu baharu Blackpink begitu menyeronokkan sehingga patik leka bernyanyi di dapur tadi tuanku. Melihat Melati terlalu ketakutan Ketika menjawab persoalan itu lantas kuntum mencelahnya. Kuntum: Ampun tuanku patik mencelah. Kami terkejut dengan pengumuman ketibaan tuanku lantas si kuntum ini terhiris hujung jarinya (menunjukkan jari Melati yang terpotong) Maka, menitislah darah nya ke dalam santapan tuanku. RAJA BERSIONG: Nasib baik kau mendengar lagu Blackpink semasa memasak dan memasak santapannya yang begitu sedap sekali. Jadi, aku tidak jadi murka akan engkau. Baiklah, kau boleh beransur ke tempat kau kembali. Melati dan kuntum beransur ke dapur semula. Raja Bersiong termenung panjang sambil tersenyum suka.
SITUASI 3 Masa: Waktu tengah hari Lokasi: Ruang bersantap Keesokkan harinya, Raja Bersiong sekali lagi menitahkan Melati dan kuntum untuk memasak gulai kesukaannya sebagai santapan tengah hari. Raja Bersiong meminta mereka untuk menyediakan masakan itu secara rahsia. Akan tetapi, setelah menghirup sedikit kuah gulai tersebut Raja Bersiong menjadi murka dan tidak berpuas hati kerana rasa gulai itu tidak sesedap hari sebelumnya lalu Raja Bersiong menitahkan Melati dan Kuntum untuk datang menghadap. MELATI: (Datang menghadap dengan perasaan gementar).Am..ampun tuanku beribu-ribu ampun.. sembah.. sem.. bah.. sembah patik harap diampun. Apakah hajat tuanku memanggil patik datang menghadap tuanku? RAJA BERSIONG: (Berdiri dan terus memarahi ) Mengapa rasa gulai hari ini tidak sama seperti semalam! Apakah disebabkan kau tidak mendengar lagu Blackpink semasa memasak santapan beta ? Ataupun, kau tidak mencampurkan darah ke dalam gulai ini (sambil menunding ke arah gulai itu). Lebih baik kau berkata benar, wahai Melati (sambil menghunuskan keris ke arah Melati dan Kuntum). MELATI: (tergagap-gagap menjawab) Ampun...ampun tuanku.Sebenarnya, pa..pat..patik mendengar lagu Blackpink sesama memasak tadi tetapi patik tidak mencampurkan darah patik kedalam gulai itu kerana jari patik tidak terhiris hari ini. RAJA BERSIONG: Jadi, hanya kerana jari kau tidak terhiris kau tidak boleh mencampurkan darah kau ke dalam gulai itu? Apasusah? Kau hiris saja jarimu. Sudah, beta mahu gulai ini dimasak sekali lagi dicampur dengan darah! KUNTUM: (Takut dipancung, Kuntum menjawab permintaan Raja Bersiong dengan lancar ) Ampun, tuanku. Baiklah, tuanku. Patik akan segera menyiapkan gulai untuk tuanku. Raja Bersiong membenarkan Melati dan Kuntum meninggalkan ruang bersantap untuk memasak semula gulai yang dicampur darah. Melati dan Kuntum beransur keluar dari ruang bersantap bersama mangkuk berisi gulai. Di dapur, Melati merenung mangkuk berisi gulai tersebut. Sebelah tangannya menggengam kemas sebilah pisau bersedia untuk menghiris jarinya demi mengeluarkan darah untuk dicampur bersama gulai yang akan menjadi santapan
Raja Bersiong namun tidak berhasil. Berkali-kali dadanya diurut untuk meredakan resah yang bertandang di hatinya. Akhirnya, Melati menawarkan diri. MELATI: (Menghela nafas Panjang) Tidak apalah kuntum, kali ini biarkan aku yang korbankan darah untuk santapan baginda. Aku tidak mahu kamu di murka oleh baginda. Barangkali Raja akan menjatuhkan hukuman terhadap kita jika tidak menurutnya. KUNTUM: (Melihat wajah Melati dengan sayu) Maafkan aku melati. Usai, memasak semula gulai tersebut bersama beberapa titisan darahnya, dia kembali menghadap baginda bersama gulai itu. MELATI: Ampun tuanku, patik sudah menyiapkan gulai seperti yang tuanku titahkan. RAJA BERSIONG: Jikalau masakan ini masih tidak memuaskan hati beta maka akan terpisahlah kepala dari badan kau Melati! MELATI: (Ketakutan lalu menundukkan kepala menekur lantai ruang bersantap) Am..ampu..ampun tuanku. Raja Bersiong: (Menghirup kuah gulai) Wah! Sedap sungguh gulai ini! Rasa seperti inilah yang beta idam-idamkan. Lantas, bersinarlah wajah Raja Bersiong selepas kemahuannya untuk makan gulai yang dicampur dengan darah manusia dituruti. Melati dan kuntum pun beransur semula ke dapur manakala Raja Bersiong beransur ke ruang beradu.
SITUASI 4 Masa : Waktu Tengahhari Lokasi : Balairung Istana Saban hari, keinginan Raja Bersiong untuk makan darah manusia semakin meningkat menyebabkan siongnya tumbuh semakin panjang. Akhirnya, Raja Bersiong sudah tidak mampu untuk menyembunyikan lagi ketagihannya terhadap darah manusia dan meminta Menteri untuk memberikan cadangan dan nasihat kepadanya kerana Menteri merupakan orang kepercayaanya. Oleh itu, Menteri menitahkan dukun untuk datang menghadap baginda raja. DUKUN: Ampun tuanku beribu-ribu ampun. Apakah hajat tuanku menitahkan patik untuk datang menghadap? RAJA BERSIONG: Wahai Dukun, beta runsing. Tuan Hamba sedia maklum yang sejak akhir ini beta bersantapkan gulai yang bercampur darah manusia. Namun, ketagihan ini semakin menjadi-menjadi. Keinginan beta untuk makan darah manusia semakin membuak-buak. Adakah beta akan bertukar menjadi drakula dan beradu di dalam keranda kelak? Siong beta juga sudah mulai tumbuh. DUKUN: Ampun, tuanku. Menurut logik patik, tidak mungkin tuanku akan bertukar menjadi drakula kerana drakula hanya wujud di negara Barat sahaja. Asal usul tuanku di Tanah Melayu jadi tuanku usah khuatir. Tidak mungkin tuanku akan beradu didalam keranda. Dukun mengangguk mendengar penjelasan sementara mencari idea agar baginda dapat makan darah manusia DUKUN: Beginilah, tuanku. Cadangan patik, tuanku titahkan hulubalang untuk menyimpan darah banduan-banduan yang dihukum bunuh kelaku Untuk dijadikan santapan tuanku. Hari ini akan ada seorang banduan akan dihukum bunuh. Jadikanlah darah itu sebagai campuran santapan tuanku nanti. Raja Bersiong berasa berpuas hati dengan cadangan yang diberikan oleh dukun dan menitahkan pengawal untuk datang menghadap di balairung istana Bersama. Lalu Raja bersiong pun mengarahkan dukun untuk memanggil pengawal. Baginda raja mahukan lebih banyak darah untuk dimasukkan di dalam makanannya.
DUKUN: Ampun tuanku, patik telah membawa pengawal datang menghadap, tuanku. HULUBALANG 2: Ampun tuanku beribu-ribu ampun. Sembah patik harap diampun. Apakah hasrat tuanku menitahkan patik untuk datang menghadap? RAJA BERSIONG: Pengawal, bawakan beta dengan segera darah banduan yang akan dibunuh pada hari ini. Jangankau banyak bertanya. Jalankan saja titah beta. HULUBALANG 1: Maafkan patik, tidak kah ini satu tindakkan yang salah. RAJA BERSIONG: Ciss, berani kamu mengingkar kata beta, adakah kamu mahu jadi seperti hamba yang lain. HULUBALANG 2: (Sedikit gentar) Ampun tuanku, akan kami segerakan hukuman kepada banduan itu dan akan diserahkan darahnya kepada tuanku. RAJA BERSIONG: Ingat hal ini menjadi rahsia antara kita. Mulai hari ini, beta mahu kau membunuh semua banduan yang ada dalam penjara istana setiap hari untuk beta jadikan darah mereka sebagai santapan. Sekiranya tidak kau menurut perintah atau membocorkan perihal rahsia ini kepada orang lain makadarah kau yang akan menjadi santapanku! HULUBALANG 1: Ampun, tuanku. Baiklah, tuanku. Akan patik tunaikan hasrat tuanku. Hulubalang beransur keluar meninggalkan Raja Bersiong dan Dukun.
SITUASI 5 Masa: Waktu Pagi Lokasi: Taman istana,Balairung istana Tanpa pengetahuan Raja Bersiong, Raja Permaisuri telah terdengar perbualan mereka setelah pulang daripada bersiar- siar dari taman bersama dayang-dayangnya. Hal ini sudah sampai di pengetahuan Menteri. Maka, Menteri terus pergi menghadap Raja Permaisuri. Menteri cuba meracuni fikiran Raja Permaisuri lalu Raja Permaisuri yang telah terhasut bersetuju ingin menjatuhkan Raja Bersiong. Suatu hari, Raja Permaisuri dan Menteri berjumpa di taman secara senyap- senyap dan membuat perancangan untuk menjatuhkan Raja Bersiong kerana Raja Permaisuri tidak mahu negara itu ditadbiroleh raja yang zalim. MENTERI: Ampun, tuanku Raja Permaisuri. Usahla tuanku khuatir. Patik akan membantu tuanku dalam menentang Raja Bersiong yang tidak berhati perut itu. RAJA PERMAISURI: Eloklah kita berbuat sedemikian kerana sudah banyak nyawa yang terkorban hanya disebabkan nafsu dan keinginanya untuk meminum darah manusia yang tidak berdosa. MENTERI: Patik akan memastikan Raja Bersiong akan menerima balasan yang setimpal dengan perbuatannya, tuanku. Lalu, Raja Permaisuri dan Menteri pun terus berbincang rancangan untuk menjatuhkan Raja Bersiong. Tanpa disedari, Di sudut tersembunyi taman itu, Kuntum sedang sibuk mencari WiFi untuk menonton video Blackpink dan secara tidak sengaja mendengar perbualan mereka.Sebaik terdengar perbualan Menteri dan Permaisuri, Kuntum yang terkejut dan ketakutan terus berlari ke tempat bersemayan Raja Bersiong. Dia berniat untuk menghadap baginda dan menceritakan rancangan Raja Permaisuri dan Menteri. KUNTUM: (sedikit kalut). Ampun, tuanku! Ampunkan patik sekiranya perkara yang bakal patik beritahu ini akan membuat tuanku murka. Tapi, sesungguhnya patik tidak sanggup melihat tuanku dikhianati. RAJA BERSIONG: Apa yang kau katakan ini wahai kuntum? Cuba kau ceritakan apa maksudmu sebenarnya.
KUNTUM: Ampun tuanku! Sewaktu patik lalu di taman, patik secara tidak sengaja telah terdengar perbualan antara Raja Permaisuri dan Menteri. Mereka.. mereka… (takut untuk menceritakan hal benar ). RAJA BERSIONG: Mereka apa?! (tidak sabar). KUNTUM: Mereka berpakat untuk menjatuhkan tuanku dari takhta! Sebaik sahaja kuntum menghabiskan kata, datang Raja Permaisuri dan Menteri dengan menafikan perkara tersebut. RAJA PERMAISURI: Kanda! Kanda jangan percaya dengan kata-kata kuntum yang penuh dusta ini. Kuntum sahaja menuduh adinda kerana cemburu akan kedudukan adinda sebagai Raja Permaisuri. MENTERI: Ampun, tuanku! Maaf kerana mencelah. Sesungguhnya Kuntum telah berkata dusta! Patik berjumpa dengan Raja Permaisuri kerana ingin menyerahkan barang yang dikirimRaja Permaisuri ketika patik ke pelabuhan tadi. Dalam keributan yang berlaku, pantas Melati datang melihat si kuntum yang tidak bersalah apabila mendengar keributan itu. RAJA BERSIONG: Apa?! Kuntum, benarkah apa yang dikatakan Raja Permaisuri dan Menteri? Berani kau berkata buruk tentang isteriku dan orang kepercayaanku! Kau ingin dipancung? (Raja Bersiong mengeluarkan kerisnya). KUNTUM: Tidak! Sumpah tuanku! Patik berkata benar. Memang betul patik dengar semuanya dengan jelas. Raja Permaisuri dan Menteri berniat untuk menjatuhkan tuanku. RAJA PERMAISURI: Kuntum! Apa yang kau katakan ini?! (Terus meluru ke arah raja) Kanda, sumpah adinda tidak menipu. Adakah kau lebih percayakan Kuntum yang duduk di dapur berbanding adinda teman sehidup semati kanda?
RAJA BERSIONG: (Raja mula berang dan mendekati Kuntum. Ketika itu, nafsunya untuk minum darah manusia semakin membuak-buak sehingga baginda terlupa kewujudan Raja Permaisuri di sebelahnya) Cis, berani kau Kuntum menabur fitnah orang seperti kau layak dipancung! Menteri! Pancunglah kepala orang yang sudah menabur fitnah kepada Raja Permaisuri ini dan seperti biasa darahnya berikan kepada beta. Sesudah kepala Kuntum dipancung, darahnya diberikan kepada Raja Bersiong. Sedang Raja Bersiong asyik meminum darah Kuntum yang malang. Menteri yang licik terus berteriak untuk menarik perhatian warga istana bagi mendedahkan perbuatan terkutuk raja yang zalim itu. MENTERI: Tolong! Tolong! Kuntum dibunuh! Raja bersiong telah meminum darah kuntum ! Terkejut mendengar jeritan Menteri itu, pengawal istana beserta pembesar-pembesar yang lain meluru masuk ke dalam kamar Raja Bersiong. RAJA PERMAISURI: Lihatlah raja kamu yang seperti binatang bertopengkan manusia ini. Sanggup membunuh demi memuaskan nafsu binatangnya. RAJA BERSIONG: Tidak! Bukan begitu! Marilah kita berbincang terlebih dahulu. (cuba untuk menyelamatkan diri). MENTERI: Benda boleh bergaduh buat apa nak berbincang? Sudah. Wahai tuanku Raja Permaisuri, jangan biarkan raja yang tidak berhati perut itu terlepas. Raja Permaisuri pun menitahkan pengawal dan pembesar- pembesar istana yang ada untuk membunuh Raja Bersiong. Lalu, mereka pun membunuh Raja Bersiong beramai-ramai menggunakan sumpit. Tidak lama selepas itu, Menteri menjadi raja kerana berkahwin dengan Raja Permaisuri. Namun, negara itu masih tidak aman kerana kerakusan dan ketamakkan Menteri yang menindas rakyat jelata dengan cukai yang tidak berasas. Raja Permaisuri pula gering kerana rindukan Raja Bersiong. Begitulah pengakhirannya, jika hidup dalam ketamakkan harta dunia dantiada pertimbangan antara yang baik atau buruk.
Karya Raja Bersiong mengisahkan tentang seorang raja Kedah yang bernama Raja Ong Maha Perita yang ketagih akan darah. Baginda merupakan raja keempat daripada keturunan Merong Mahawangsa. Baginda ialah seorang raja yang zalim dan ditakuti rakyat. Sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang negeri, akan ditangkap dan dipenjarakan atau dibunuh oleh pengawal dan hulubalang-hulubalang kepercayaannya. Baginda sanggup membunuh rakyatnya sendiri untuk memenuhi kehendak nafsunya yang amat menginginkan darah. Menteri, iaitu orang kanan baginda sanggup bertalam muka untuk mendapatkan kemahuannya. Menteri bersepakat dengan Raja Permaisuri, iaitu isteri kepada Raja Ong Maha Perita untuk menghentikan perbuatan baginda yang terkutuk tersebut. Maka, wujudlah konflik di antara Raja Bersiong, Raja Permaisuri dan Menteri.