The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by [email protected], 2021-09-08 01:23:46

PERMAINAN TRADISIONAL TKRS (1)

PERMAINAN TRADISIONAL TKRS (1)

S K AMPANGAN
UNIT

BERUNIFORM
TKRS
RABU

8SEPTEMBER2021
3.00pm – 4.00pm

( PERMAINAN TRADISIONAL )

PERMAINAN
TRADISIONAL
PELBAGAI KAUM
DI MALAYSIA

2

PERMAINAN TRADISIONAL
KAUM CINA

YO-YO

Yoyo cina ialah permainan dari China yang mempunyai dua cakera
yang sama saiz yang dihubungkan oleh gandar yang panjang. Yoyo
Cina akan sentiasa berpusing pada tali yang diikat pada dua batang

kayu kecil. Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan
mengimbangi yoyo daripada jatuh. Permainan ini dikenalpasti telah

wujud sejak Dinasti Ming sekitar tahun 1386 hingga tahun 1644
selepas masihi. Yoyo cina tradisional dibuat daripada buluh, di
mana ianya mudah patah dan tidak sesuai untuk aks-aksi lasak.
Sesetengah yoyo cina dimasukkan alat yang menghasilkan bunyi
apabila dipusingkan dengan laju. Bunyi ini membolehkan pemainnya

mengimbangi kelajuan yoyo.

3

MAHJONG

Mahjong berasal dari China pada abad ke 19. Permainan ini
disediakan untuk 4 orang pemain. Permainan ini memerlukan
kemahiran, strategi dan pengiraan termasuk satu tahap nasib. Di
Asia, mahjong popular sebagai perjudian dan permainan komputer.
Mahjong dipercayai dicipta oleh Konfusius dalam 500 SM. Pada
tahun 1949, pemerintah People Republic of China melarang
permainan mahjong. Permainan mahjong ini mula dimainkan setelah
revolusi kebudayaan. Ada 13 variasi utama aturan mahjong seperti
variasi Asia termasuk Kanton, Cina Klasik, Sichuan, Jepang, Taiwan,

Singapura, Fujian, Filipina dan Vietnam.

4

GO

Go ialah permainan berpapan yang dimainkan oleh dua orang. Go
juga dikenali sebagai weiqi di dalam bahasa China. Permainan ini

kaya dengan strategi yang kompleks tetapi hanya mempunyai
undang-undang permainan yang mudah. Go hanya menggunakan biji-

biji berwarna hitam dan putih.

5

XIANG QI

Xiang qi merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan
oleh dua orang pemain. Xiang qi berada dalam keluarga yang sama
dengan catur. Xiang qi bentuk kini berasal dari China, oleh itu ianya
digelar sebagai Catur Cina. Permainan ini didapati telah mula
dimainkan seawal abad ke-4 selepas Masihi di China. Xiang qi
merupakan salah satu permainan papan yang paling popular di dunia.
Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik pao (meriam),
peraturan yang melarang panglima (seperti "raja" dalam catur)
daripada bertemu dalam garisan yang sama, serta "sungai" dan
"istana" yang mengehadkan pergerakan sesetengah buah catur.

6

PERMAINAN TRADISIONAL
KAUM INDIA

CHATURANGA

Asal usul catur dikenali dengan nama Chaturanga yang berkembang
di India pada abad ke 6. Dimainkan oleh 4 orang pemain. Dalam
terminologi Sanskrit, “Chaturanga” beerti “ memiliki 4 bahagian”
atau “tentera”. Nama permainan ini berasal dari sebuah formasi
pertempuran peperangan Mahabrata yang terkenal di India.
Chaturangan adalah sebuah simulasi permainan perang untuk
memperlihatkan kekuatan strategi tentera India pada masa itu.

7

KHO-KHO

Kho-kho merupakan satu permainan tradisional yang popular di
kalangan kaum India. Permainan yang berasal dari Maharashtra ini
pada mulanya dimainkan menggunakan kereta kuda. Kebanyakan ahli

sejarah India mengatakan bahawa Kho-kho merupakan hasil
pengubahsuaian daripada satu permainan “lari dan kejar” di mana
seorang pemain akan berlari dan mengejar serta menyentuh pemain
lain. Permainan Kho-kho ini memerlukan kecergasan fizikal pemain
serta pergerakan yang fleksibel untuk mengelak peserta-peserta

lain.

8

KABADDI

Permainan Kabaddi merupakan permainan tradisional kaum India
yang berasal dari negara India. Permianan Kabaddi dimainkan sejak

4000 tahun dahulu di India. Permainan ini dimainkan untuk
meningkatkan kemahiran diri dan untuk membangunkan responsif
cepat kepada serangan. Ia juga mengasah refleks serangan balas

daripada individu.

9

SATOLIYA

Satoliya sering dikenali sebagai permainan tujuh batu.
Disebut demikian kerana permainan ini menggunakan sebuah bola
serta tujuh batu kecil dengan permukaan datar. Setiap ukuran
batu yang dipakai perlu lebih kecil dari batu yang lain.
Untuk memainkannya, semua batu perlu disusun satu per satu.
Kemudian pemain perlu memukul menara batu tersebut dengan
lemparan bola dalam tiga kali percubaan. Jika bola mengenai
susunan batu tersebut, pemain harus menyusunnya lagi mengikut
saiz batu. Untuk memenangi permainan ini, pemain perlu mempunyai
kelincahan dan ketangkasan yang tinggi.

10

GILLI DANDA

Gilli danda merupakan permainan menyerupai kriket yang
dimainkan dengan memakai kayu panjang yang disebut danda dan
juga kayu pendek yang disebut gilli.
Tugas pemain adalah memakai danda untuk memukul lemparan gilli
sejauh-jauhnya. Bila berhasil, pemain harus berlari selaju mungkin
untuk menyentuh titik yang sudah ditandai di luar lingkaran
bermain. Satu-satunya cara kumpulan lawan menghalau pelari
tersebut ialah dengan menangkap gilli sebelum pemukul sampai ke
titik yang ditujunya.

11

PERMAINAN TRADISIONAL
KAUM MELAYU

BATU SEREMBAN

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau
Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang.Permainan ini

dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu
atau berpasangan.Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua

hingga empat orang atau lebih.Biasanya,ia menggunakan guli
kaca,biji getah,ketul batu yang kecil atau ketul-ketulan objek lain

berbentuk bulat.Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima
biji.Objek-objek ini dikenali sebagai buah.Dalam permainan Batu
Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan

buah yang berlainan.Bermula dengan peringkat pertama yang
mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai
buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat

yang teratas dinamakan buah tujuh.

12

CONGKAK

Congkak ialah permainan yang terkenal di kalangan masyarakat
Melayu. Congkak merupakan sejenis permainan tradisional yang

sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai
pertandingan.Congkak adalah permainan rakyat yang sudah
berkembang cukup lama di kawasan Melayu dengan sebutan yang
berbeza-beza .Di Malaysia dan beberapa daerah di Kepulauan Riau
dikenali dengan congkak ,di Filipina disebut sungka,di Sri Lanka
dikenali dengan cangka,di Thailand tungkayon dan di beberapa

daerah lain di Indonesia seperti di Sulawesi disebut
makaotan,maggaleceng,aggalacang dan nogarata.Ada juga yang
menyebutnya congklak , seperti daerah-daerah yang ada di Pulau

Jawa

13

GASING

Permainan Gasing adalah permainan yang popular di Semenanjung
Malaysia. Ia bukan sahaja boleh dimainkan oleh kanak-kanak
malahan orang dewasa juga gemar bermain gasing. Gasing
merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada

paksinya,sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan
permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu

lagi.Biasanya gasing dimainkan selepas musim menuai.Permainan
gasing dipertandingkan antara kampung . Pemenang dikira
berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.

14

SEPAK RAGA

Permainan sepak raga telah dikenali sejak zaman Kesultanan
Melayu Melaka.Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan
bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa
sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw.Ia
bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-
bangsa lain,malah telah dikenali di seluruh dunia.Bola Sepak Raga
diperbuat daari bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga
sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.

15

TARIK UPIH

Permainan tarik upih bukan sahaja menjadi satu permainan yang
dimainkan di pesta atau keramaian, malah ianya sering dimainkan
oleh kanak-kanak terutamanya bagi kaum Melayu. Upih pinang
merupakan pelepah atau pangkal daun pokok pinang. Lazimnya
apabila pelepah ini tua, ia akan jatuh ke tanah. Daun pinang dari
pelepah itu akan dibuang dan dijadikan hulu atau tempat untuk
menarik upih tersebut. Upih ini lazimnya dimainkan oleh dua orang
atau lebih. Seorang mesti menjadi tukang tarik dan seorang lagi
akan duduk di atas upih. Biasanya yang lebih tua atau besar akan
menjadi penarik, sementara yang kecil menjadi penunggangnya.

16


Click to View FlipBook Version