S K AMPANGAN
UNIT BERUNIFORM
TKRS
RABU
8 SEPTEMBER 2021
3.00pm – 4.00pm
AKTIVITI:
PENGENALAN BOLA JARING (SESI KE-3 )
TAJUK:
ASASPERMAINAN BOLA JARING
OBJEKTIF:
Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:
1. Menerangkan cara bermain bola jaring.
2. Menyatakan sekurang-kurangnya tiga kemahiran yang
terlibat dalam permainan bola jaring.
3. Menyatakan sekurang-kurangnya tiga peraturan dalam
permainan bola jaring.
CARA BERMAIN BOLA JARING.
1. Jumlah pemain dalam gelanggang ialah 7 orang untuk
setiap pasukan.
2. Ini bererti terdapat 14 orang pemain dalam gelanggang
dalam satu-satu perlawanan.
3. Dua orang pengadil akan berada di luar gelanggang
untuk mengadili permainan mengikut pembahagian
kawasan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur
pertandingan.
Memulakan permainan
1. Pemain tengah (C) akan melakukan lontaran mula. C akan melontar
bola ke salah seorang rakan pasukannya, sama ada WA atau GA.
2. Dalam situasi tertentu, WD dan GD juga boleh menerima hantaran
tengah tersebut.
3. Semasa melontar, C hendaklah memastikan bahawa kakinya berada di
dalam bulatan di tengah-tengah gelanggang.
4. Pemain tengah pasukan lawan mesti berada kira-kira 0.91m (3 kaki) dari
pusat bulatan sementara pemain-pemain yang lain berada di tempat
masing-masing.
5. Apabila wisel ditiupkan, pemain tengah yang membuat lontaran mula
akan melepaskan bola kepada pemain lain menandakan bermulanya
permainan.
KEDUDUKAN PEMAIN
KEMAHIRAN DALAM BOLA JARING.
1. Melakukan Hantaran
a) Pelbagai jenis hantaran boleh dilakukan sama ada menggunakan
sebelah tangan atau kedua-dua belah tangan.
b ) C ara melakukan hantaran bergantung kepada kedudukan rakan yang
akan menerima bola.
c) Jenis hantaran yang biasa dilakukan ialah :
i) hantaran aras dada
ii) hantaran aras bahu
iii) hantaran atas kepala
iv) hantaran sisi
v) hantaran lantun.
KEMAHIRAN DALAM BOLA JARING.
2. Menerima Bola
a) Kemahiran menerima bola memerlukan koordinasi mata dan tangan
yang baik.
b) Teknik menerima bola :
i) Mata sentiasa memandang ke arah bola datang.
ii) Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan.
iii) Hulurkan tangan ke hadapan dengan jari dan kedu-dua tapak tangan
menghadap satu sama lain.
iv) Terima bola dengan ibu jari sentiasa di belakang bola.
v) Semasa bola menyentuh jari, bengkokkan siku, bawa bola ke badan.
vi) Semasa menerima bola, pindahkan berat badan ke kaki belakang.
3. Mengelak KEMAHIRAN DALAM BOLA JARING.
a)Mengelak ialah kemahiran yang membolehkan seseorang pemain bebas
daripada kawalan pemain lawan dan berpeluang untuk melakukan
tindakan selanjutnya.
b) Cara mengelak seharusnya tidak melanggar undang-undang permain.
Terdapat beberapa asas mengelak, iaitu
i) Berlari ke arah yang sesuai
ii) Berlari laju dan berhenti dengan mengejut.
iii) Berlari perlahan-lahan dan tukar kepada berlari laju.
iv)Mengacah dan bergerak ke suatu arah.
KEMAHIRAN DALAM BOLA JARING.
4. Menghadang
a) Menghadang adalah asas bertahan.
b) Kemahiran ini bertujuan untuk menghalang pemain lawan daripada
menerima bola, melakukan hantaran dan menjaring gol.
c) Bagaimanapun, pemain tertakluk kepada undang-undang dan
peraturan. Terdapat empat posisi asas menghadang iaitu:
i) Berdiri menghadap pemain lawan.
ii) Berdiri membelakangkan pemain lawan.
iii) Berdiri di sisi pemain lawan.
iv) Berdiri di belakang pemain lawan.
5. Gerak Kaki KEMAHIRAN DALAM BOLA JARING.
a) Dalam permainan bola jaring, ketangkasan pemain adalah sangat
penting.
b) Ketangkasan pergerakan memerlukan kemahiran gerak kaki tanpa
melanggar undang-undang permainan.
c) Kemahiran gerak kaki penting semasa seseorang itu menerima bola
sebelum dihantar kepada rakan, sebelum menjaringkan gol atau
semasa menangkap bola di udara.
d) Gerak kaki yang dibenarkan oleh undang-undang adalah dalam
keadaan berikut:
i) Semasa menerima bola dan kedua-dua belah kaki di atas tanah.
ii) Setelah menerima bola dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki.
iii) Setelah menerima bola dan mendarat dengan sebelah kaki.
iv) Semasa menerima bola dan berpaksi pada sebelah kaki.
KEMAHIRAN DALAM BOLA JARING.
6. Menjaring
a) Kemahiran menjaring adalah penting kerana kemenangan sesebuah
pasukan ditentukan oleh jumlah jaring.
b) Jaringan dikira apabila penjaring gol atau penyerang gol berjaya
memasukkan bola ke dalam jaring.
c) Setelah menerima hantaran dan tidak melanggar undang-undang
gerak kaki, penjaring dibenarkan melakukan jaringan dalam kedudukan
berikut:
i) Menjaring pada kedudukan statik.
ii) Melangkah setapak ke hadapan dan menjaring.
iii)Melangkah setapak ke belakang dan menjaring.
Iv) Melangkah setapak ke sisi dan menjaring.
v) Melompat dan menjaring.
PERATURAN ASAS BOLA JARING.
1) Dilarang menghantar bola lebih dari kawasan tanpa disentuh atau
diambil oleh pemain.
2) Pemain tidak dibenarkan untuk mengheret atau memusingkan tapak
kaki apabila sedang memegang bola.
3) Jika bola keluar, hantaran ke dalam diberikan kepada pasukan lawan.
4) Hantar tengah untuk memulakan permainan diambil secara bergilir-gilir
selepas jaringan gol.
5) Setiap perlawanan mempunyai 2 orang pengadil
PERATURAN ASAS BOLA JARING.
6) Pasukan akan menukar posisi gelanggang setiap kali masuk suku
perlawanan.
7) Kesalahan “off side” apabila pemain keluar daripada kawasan yang
dibenarkan.
8) Pemain mesti melakukan halangan minima 3 kaki dari pemain yang
memegang bola.
9) Pemain tidak dibenarkan untuk melakukan sebarang sentuhan ketika
memegang bola samada sengaja atau tidak.
10)Tempoh permainan:Tempoh ada 2 bahagian iaitu 20 minit untuk setiap
permainan dan 5 minit untuk masa rehat.( Bergantung kepada penganjur )
PENALTI.
Penalti akan dikenakan kepada pemain
yang melanggar peraturan. Terdapat dua
jenis penalti, iaitu:
1) Lontaran percuma
2) Lontaran penalti
LONTARAN PERCUMA.
Jika pemain melakukan kesalahan yang kecil, pihak lawan akan menerima
lontaran percuma. Antara kesalahan yang mengakibatkan lontaran
percuma ialah:
a) Memegang bola
Pelepas menangkap bola, pemain hanya dibenarkan memegang bola
selama tiga saat. Sekiranya melebihi tiga saat, wisel akan dibunyikan oleh
pengadil. Ini menandakan pemain telah melanggar peraturan memegang
bola
b) Gerak kaki
Selepas menangkap bola, pemain hanya dibenarkan membuat satu
langkah. Jika semasa menangkap bola kaki kanan berada di atas tanah,
satu langkahan boleh dilakukan dengan kaki kiri. Jika kedua-dua belah kaki
berada di atas tanah, satu langkahan boleh dibuat dengan mana-mana kaki
yang dipilih.
c) Memainkan bola
pemain yang memegang bola boleh melantun bola kepada orang lain,
tetapi tidak boleh mengambilnya semula. Bola tidak boleh digelecek seperti
dalam permainan bola keranjang. Bola yang telah dipegang dan terlepas
daripada pegangan tidak boleh diambil semula oleh pemain tersebut,
sebelum bola disentuh oleh pemain lain.
d) Melebihi Kawasan
Apabila bola yang dilontar melebihi satu pertiga dari kawasan permainan,
tanpa disentuh oleh mana-mana pemain perbuatan ini menjadi satu
kesalahan. Pengadil akan meniup wisel.
e) Ofsaid
Setiap pemain hanya boleh bergerak dalam kawasan tertentu sahaja.
Pemain tidak dibenarkan melampaui kawasan yang telah ditetapkan sama
ada dengan bola ataupun tanpa bola. Pelanggaran peraturan ini
menjadikan pemain itu berkeadaan ofsaid.
LONTARAN PENALTI.
Sekiranya pemain melakukan kesalahan-kesalahan seperti bermain secara
kasar, lontaran penalti akan diberikan kepada pihak lawan. Pemain yang
melakukan kesalahan dikehendaki berdiri di tepi. Pemain tersebut boleh
bermain semula hanya selepas bola dilontar atau dimainkaan semula.
a) Melanggar
Pemain dilarang melanggar pemain lawan. Lontaran penaltI akan diberikan
kepada pihak lawan walaupun melanggar secara tidak sengaja.
b) Menghalang
Kamu tidak dibenarkan menghalang pemain lawan membuat lontaran
atau menangkap bola. Jika pemain lawan memegang bola, kamu hanya
dibenarkkan berdiri dalam jarak 0.9 meter di hadapannya. Pada jarak ini
kamu boleh mendepakan tangan. Pemain boleh berdiri pada jarak lebih
hampir daripada 0.9 meter dengan pemain lawan tanpa bola tetapi kamu
tidak boleh mendepakan tangan.
LONTARAN PENALTIKE ARAH GOL
Jika pasukan yang bertahan melakukan
kesalahan menghalang atau melanggar pemain
lawan dalam pasukan gol, pasukan penyerang
akan diberi lontaran penalti ke arah gol. Pasukan
penyerang akan diberi peluang menjaringkan
bola tanpa halangan.
LONTARAN LAMBUNG.
Lontaran lambung akan dilakukan oleh pengadil dalam keadaan-keadaan
seperti yang berikut:
a) Dua orang pemain dari kedua-dua pasukan merebut bola dan pengadil
tidak dapat menentukan pemain yang menguasai bola.
b) Dua orang pemain dari kedua-dua pasukan mengeluarkan bola
serentak dari kawasan permainan.
Permainan akan diberhentikan sekiranya kejadian ini berlaku. Dua orang
pemain yang terlibat akan berdiri dalam jarak 0.9 meter antara satu sama
lain. Kedua-dua pemain akan menghadap kawasan gol masing-masing
dan kedua-dua belah tangan berada di sisi tubuh. Pengadil akan berdiri
antara kedua-dua pemain. Apabila wisel dibunyikan, bola akan dilambung
ke atas dan kedua-dua pemain melonjak untuk menangkap atau menepis
bola ke arah rakannya.
KEMAHIRAN DALAM
PERMAINAN BOLAJARING
TEKNIK TEKNIK TEKNIK
HANTARAN GERAKAN MENJARING
KAKI
Teknik hantaran
Hantaran Sisi
Hantaran Aras Dada
Hantaran Lantun
Hantaran Aras Bahu
Hantaran aras
kepala
HANTARAN DADA
Hantaran aras dada ialah satu hantaran yang kuat,
cepat dan untuk jarak yang tidak begitu jauh.
Hantaran ini sesuai untuk keadaan yang pantas dan
memerlukan tindakan segera.
Teknik Hantaran
1. Jari tangan pemain dibuka untuk mencekap bola.
2. Bola berdekatan badan iaitu pada aras dada.
Tangan dibengkokkan dan siku dalam keadaan
seimbang.
3. Pemain dalam kedudukan seimbang dan kaki kiri
ke hadapan.
4. Pemain hendaklah mengambil satu langkah ke
hadapan.
5. Siku dan kesemua jari hendaklah diluruskan dan
tangan ditolak ke hadapan serentak dengan
kekuatan bola.
HANTARAN
SISI
1. Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah
kaki di hadapan.
2. Bengkokkan sedikit lutut hadapan, bawa bola
dengan kedua-dua belah tangan kebelakang
3. Luruskan kaki hadapan danbengkokkan lutut
belakang. Sambil itu ayunkan tangan ke
hadapan dan tolak bola kesasaran
4. Ikut lajak
HANTARAN LANTUN
Teknik melakukan hantaran lantun
1. Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki
Hdani thaaradnaLpaannt.un digunakan apabila pemain
2.laPwaengatenrlgalubohalamdpier natgaauntekrleadluuraam-daui apetramnaginan dan bawa bola ke aras pinggang.
3.bePrhinadmaphirkaan.n berat badan ke kaki hadapan.
4. Luruskan tangan dan tolak bola rendah dengan kuat.
5. Ikut lajak.
HANTARAN ARAS BAHU
Hantaran aras bahu dilakukan dengan sebelah
tangan. Hantaran ini bertujuan untuk membuat
hantaran laju dan tepat pada jarak jauh.
1. Kedudukan bersedia. Berdiri dengan
sebelah kaki di hadapan.
2. Pegang bola pada aras bahu dengan
sebelah tangan
3. Badan mengiring ke sisi, bawa bola ke
belakang
4. Angkat tumit kaki belakang
5. Tolak bola ke hadapan dengan bantuan
bahu, siku, pergelangan tangan dan jari-jari
6. Ikut lajak
HANTARAN ATAS
KEPALA
Hantaran atas kepala dilakukan dengan menggunakan
kedua-dua belah tangan. Hantaran ini digunakan untuk
melambungkan bola tanpa dapat dicapai oleh
pemain lawan.
Teknik melakukan hantaran atas kepala.
1. Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di
hadapan
2. Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan tinggi
di atas kepala.
3. Ledingkan badan ke belakang sedikit.
4. Bengkokkan siku dan bawa bola ke hadapan kepala.
Sambil itu tolak bola ke hadapan dengan
meluruskan tangan.
5. Ikut lajak.