The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ewan Hatta, 2020-10-31 11:04:39

emajalah (pi) (1)

emajalah (pi) (1)

KE MASJID DENGAN LANGKAH KANAN

TAUBAT ‫توبة‬

OCTOBER 2020

MERANGKUMI
PERMASALAHAN TENTANG

ISU MASJID SUNYI

PERANAN & FUNGSI
MASJID

CARA MENARIK
JEMAAH KE MASJID

Indahnya

SOLAT BERJEMAAH

ISI KANDUNGAN

Maksud solat berjemaah..... 3
Sejarah masjid….. 5
Sabda Nabi….. 6, 10, 13
Fungsi masjid….. 7
Contoh masjid di Malaysia….. 8, 9, 11, 12
Cara menarik minat Jemaah 14, 15, 16,
ke masjid….. 17
Firman Allah….. 18
Kesimpulan ….. 19

1

Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW
bersabda :

‫َصلاَةُ ا ْل َج َما َع ِة أَ ْف َض ُل ِم ْن َصلاَةِ ا ْلفَ ِذ بِ َس ْبعٍ َو ِع ْش ِري َن َد َر َجة‬

Maksudnya :” Solat secara berjemaah lebih
baik daripada solat bersendirian sebanyak 27

darjat.”

Riwayat Muslim (1509)

Solat berjemaah terdiri daripada
seorang imam dan sekurang-kurangnya
seorang makmum. Solat secara
berjemaah sangat dituntut dalam Islam.
Bagi Mazhab Syafie hukumnya ialah
fardu kifayah, manakala sesetengah
pendapat mengatakan solat berjemaah
hukumnya sunat muaakad atau sunat yang
sangat dituntut dalam Islam. Mereka
yang terlewat mengikuti solat
berjamaah, dikenali sebagai masbuq.

Antara solat yang biasa ditunaikan
secara berjemaah ialah solat fardu lima
waktu, solat sunat hari raya, solat Sunat
Istisqak, solat Sunat Tarawih dan solat
Sunat Witir. Tetapi bagi Solat Jumaat,
ia wajib dikerjakan secara berjemaah.

2









Masjid seringkali disebut sebagai rumah Allah SWT

yang berfungsi untuk menunaikan ibadah solat bagi

umat muslim. Tempat ibadah umat muslim ini, juga

sering dimanfaatkan untuk proses belajar mengajar

pendidikan Alquran atau Ngaji. Dalam sejarah

perkembangan umat muslim, masjid dinilai memiliki

peranan yang begitu penting dalam penegakan

agama Islam.

Dari segi bahasa, masjid dapat diertikan sebagai

tempat yang digunakan untuk bersujud. Sementara

dalam makna yang lebih luas, masjid merupakan

bangunan yang dikhususkan sebagai tempat

berkumpul untuk menunaikan solat berjemaah.

Menurut syara’ masjid ialah tempat yang

disediakan untuk solat dan bersifat tetap, atau

bukan untuk sementara.

Selain dapat menegakkan agama Allah SWT,

masjid juga berfungsi untuk mewujudkan

kesejahteraan dan ketertiban sosial melalui kajian-

kajian keagamaan. Di dalam masyarakat yang

majemuk, masjid dapat difungsikan untuk

memberikan dakwah yang bersifat menyejukkan

dalam praktik kehidupan seharian.

Meskipun dalam kehidupan seharian, masjid

sering diertikan sebagai sebuah bangunan tempat

solat untuk kaum muslim. Oleh itu, masjid memiliki

pelbagai fungsi untuk umat islam dalam menjalani

kehidupan sehari-hari. 7

CONTOH MASJID DI MALAYSIA

MASJID UBUDIAH, PERAK MASJID KRISTAL, TERENGGANU

MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN, MASJID NEGARA,
KUALA LUMPUR KUALA LUMPUR

8

CONTOH MASJID DI MALAYSIA

MASJID TERAPUNG, MASJID SULTAN
TERENGGANU ISKANDAR, JOHOR

BAHRU

MASJID KAPITAN KELING, MASJID ZAHIR, ALOR SETAR
PENANG 9

Nabi SAW bersabda:
“Barangsiapa yang solat
Isyak secara berjamaah
seumpama bangun mengerjakan
qiam separuh malam dan
barangsiapa mengerjakan solat
Subuh secara berjamaah
seumpama dia solat dia solat
keseluruhan malam.” (H.R
Muslim)

10

CONTOH MASJID DI MALAYSIA

MASJID TENGKU AMPUAN MASJID PUTRA, PUTRAJAYA
JEMAAH, SELANGOR

MASJID AL BARD, PULAU MASJID SELAT MELAKA
PANGKOR 11

CONTOH MASJID DI MALAYSIA

MASJID ABDULLAH FAHIM, MASJID TERAPUNG TANJUNG
PENANG BUNGA PULAU PINANG

MASJID SULTAN AHMAD MASJID SULTAN
SHAH, KUANTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ
PAHANG
SHAH, SHAH ALAM

12

Nabi SAW bersabda lagi di dalam sebuah hadis yang lain :

‫َثُّلََّّمل ِا َم َكاَشنَى ْتإِلَ َخى ْطبَ َْيوتَا ٍتهُ َوِإِاملْْحنأُ َد ْابُخيُ َُهروَماى ِتتَتََ ُّْحلرَّلفَِا ُّط ُعِليَ َْخقَد َِرِطيض َجئَ َةىة‬ ‫ِفى بَ ْي ِت ِه‬ ‫َم ْن تَ َط َّه َر‬
‫فَ َرا ِئ ِض‬ ‫فَ ِري َضة ِم ْن‬

Maksudnya :” Sesiapa yang bersuci di rumahnya kemudian berjalan
menuju ke salah satu dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk
menunaikan solat yang telah difardukan oleh Allah, maka kedua-dua
langkahan kakinya itu salah satunya menghapuskan dosa dan yang lain
mengangkat darjat.”

Riwayat Muslim (1553)

13

CARA MENARIK MINAT JEMAAH KE MASJID

❑ Adakan ceramah khas untuk
orang muda yang menjawab isu
berkaitan kehidupan yang
dialami oleh mereka dan jalan
penyelesaiannya. Sebagai contoh,
isu cinta mengikut neraca
syariat sebenar, isu membina
keluarga bahagia, isu
melunaskan hutang dengan
sebaik mungkin dan lain-lain.

❑ Wujudkan aktiviti yang
bersifat mesra orang muda
sama ada di masjid atau
kawasan sekitarnya agar
perasaan kasih kepada
masjid sentiasa subur.

❑ Adakan majlis makan atau ❑ Wujudkan gotong-royong
sembang santai dengan orang bersama Jemaah.
muda dalam uslub dakwah
yang mengharmonikan, 14
bukan meliarkan.

❑Mengadakan majlis
khatam Quran
beramai-ramai bagi

menyemarakkan

semangat Jemaah ke
masjid

❑Mewujudkan program

One Hour with al Quran

pada hujung minggu
bagi anak muda yang
mempunyai masa lapang
untuk bersama-sama
mengisi dengan perkara
yang berfaedah

15

❑ menyarankan agar setiap masjid
memasang jalur lebar percuma
untuk para jemaah yang hadir di
masjid bagi memeriahkan institusi
ini sebagai pusat komuniti.Salah
satu cara yang boleh dibuat adakan
wifi percuma di kawasan masjid, bila
ada wifi ramai yang akan datang,
dan apabila tibanya waktu solat
sudah pasti mereka akan
menunaikan solat di situ.

❑Pihak pengurusan
masjid dan surau
sepatutnya bijak
menyusun strategi dan
mengambil tindakan
untuk menarik ramai
jemaah hadir bagi
mengimarahkan masjid.

16

❑Menganjurkan program
berbentuk hiburan dakwah
dinamakan Karnival Cinta
Masjid.Diadakan dua hari
berturut-turut pada Jumaat dan
Sabtu minggu lalu, ia
bermatlamat menarik golongan
remaja untuk datang ke masjid
bagi solat berjemaah serta
menjadikannya rumah kedua
mereka.

❑Tidak sekadar
memuatkan pengisian
berunsur dakwah
menerusi forum dan
ceramah agama,
karnival itu turut
membuka peluang
perniagaan kepada ahli
kariah di sekitarnya
menerusi jualan reruai
dan trak makanan.

17

Allah SWT berfirman:

‫َوآتَى ال َّز َكاةَ َولَ ْم‬ َ‫ال َّص َلاة‬ ‫َوأَقَا َم‬ ‫ا ْْل ِخ ِر‬ ‫َوا ْليَ ْو ِم‬ ‫بِاللَّـ ِه‬ ‫آ َم َن‬ ‫َم ْن‬ ‫اللَّـ ِه‬ ‫َم َسا ِج َد‬ ‫يَ ْع ُم ُر‬ ‫ِإنَّ َما‬
َ‫يَ ْخ َش ِإ َّل اللَّـه‬

Maksudnya: Hanyasanya yang layak
memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid
Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada
Allah dan hari akhirat serta mendirikan
sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak
takut melainkan kepada Allah.

(Surah At-Taubah: 18)

Syeikh Al-Tantawi dalam menafsirkan ayat ini
menjelaskan di dalam kitabnya “Orang yang
mengimarahkan masjid merupakan mukmin yang
benar-benar beriman kepada Allah S.W.T dengan
apa yang disuruh dan apa yang dilarang dengan
petunjuk daripada Baginda S.A.W dengan hati
yang penuh dengan keikhlasan”. (Rujuk Tafsir al-
Wasit Li Tantawi: 6/228)

18

Kesimpulannya, jika solat jemaah
didirikan selain daripada masjid maka ia
tetap mendapat pahala berjemaah
berdasarkan hadis. Ini kerana solat
jemaah paling kurang ada seorang imam
dan seorang makmum.Tidak kiralah di
mana ia dilakukan. Namun begitu, paling
baik dan lebih afdal untuk hadir solat
berjemaah di masjid. Itu lebih menepati
tujuan solat jemaah itu didirikan iaitu
memupuk kasih sayang dan penyatuan
antara muslim. Di samping
memakmurkan rumah Allah SWT.

19


Click to View FlipBook Version