The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Majlis Sambutan Hari Guru 2022 SKPD dan Majlis Perpisahan Guru dan Staf - SK PAYA DALAM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lol, 2022-05-18 04:18:06

Majlis Sambutan Hari Guru 2022 SKPD dan Majlis Perpisahan Guru dan Staf

Majlis Sambutan Hari Guru 2022 SKPD dan Majlis Perpisahan Guru dan Staf - SK PAYA DALAM

SK PAYA DALAM

KM. 14.5, KAMPUNG PAYA DALAM.
75460 MELAKA

Sambutan

HARI GURU

PERINGKAT SEKOLAH

GURU TUNJANG SEKOLAH SEJAHTERA

a 19 MEI 2022 (KHAMIS)
3 7.30 PAGI – 1.00 TGH HARI
l DEWAN SK PAYA DALAM

TEMA : WARNA MERAH

Jawatankuasa Pelaksana

PENASIHAT
EN. MOHD HANAFIAH B. ZAINUDDIN (GURU BESAR)

PENGERUSI
PN. SITI AMINAH BINTI HARUN (GPK PENTADBIRAN)

NAIB PENGERUSI 1
EN. ARDI MASRIN BIN MARDI (GPK HEM)

NAIB PENGERUSI 2
PN. ROHANA BINTI IBRAHIM (GPK KOKU)

PENYELARAS PROGRAM
EN. MOHD YUSRI B. ISA

NAIB PENYELARAS
PN. MALINDA BT SELAMAT

SETIAUSAHA
CIK. JANAKI A/P P RAJAMANICKAM

BENDAHARI
PN. ROHANIZA BINTI AHMAD JAILANI

Jawatankuasa Kerja

PENGACARA MAJLIS BROSUR/JEMPUTAN/HADIAH PAKAIAN
PN. ROHANIZA BINTI AHMAD JAILANI / TERBAIK/HADIAH ANUGERAH GURU
CIK. JANAKI A/P P RAJAMANICKAM
PN NAWARHUSNA NADIA BUSU PERSEMBAHAN PRASEKOLAH
ADIK OZLIN QALISHA ADELIA BINTI CIK. BALQIS BINTI MOHD ZAINI
CIK. ERYSSA SHAHEZY ARIANIY BINTI
NOORRIZUAN ZABAHNIAH
ADIK NUR AMIRA BAHIYAH LEE BINTI ISWAN PERSEMBAHAN TAHAP 1
PN. ZAHARA BINTI OSHMAN
BACAAN DOA PERSEMBAHAN TAHAP 2
EN. MUHAMAD SYUKRI BIN ABDUL WAHAB PN. ELIA BINTI ABU HASAN
JURUGAMBAR
PERSIAPAN DEWAN PN. FARIHAH BINTI MOHD DOM
PN. NOR AZIZAH BINTI MAHMUD
PN. IRDA MARLINA BINTI MD YASIM EN. MOHD ANUAR BIN MOHAMAD YUSOF
DOKUMENTASI
EN. MUHAMMAD BIN YASIN
PN. NORIZAH BINTI ITHNIN PN. MALINDA BINTI SELAMAT
PERSIAPAN PENTAS & BACKDROP
PN. NOOR INTAN BINTI OTHMAN
PN. NORITA BINTI OTHMAN
PN. SURIATI BINTI JAAFAR
PN. SHARIZA BINTI LASIM

PN. SITI NORDIANA BINTI MOHD RUMAINOR

Jawatankuasa Kerja Aturcara Majlis

KAWALAN MURID 7.30 pagi :
EN. ISWAN BIN ISMAIL LEE GIAP BENG • Perhimpunan pagi
• Bacaan Yassin dan Tahlil anjuran PIBA
PN. HASLINDA BINTI MD DIAH 8.00 pagi :
PN. KHAIRIYAH BINTI OMAR • Perarakan masuk barisan VIP, YDP,
PN. NURUL HUDA BINTI ABD WAHAB
pentadbir dan semua guru dengan
SUKANEKA alunan kompang
EN. MOHD ANUAR BIN MOHAMAD YUSOF 8.10 pagi :
• Nyanyian Lagu, Negaraku, Melaka Maju
PN. UMBI KALTHOM BINTI ABD SANI Jaya, SK Paya Dalam dan Sekolahku
CIK. BALQIS BINTI MOHD ZAINI Sejahtera
• Bacaan Doa
CIK. ERYSSA SHAHEZY ARIANIY BINTI • Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis,
ZABAHNIAH Ketua Murid, YDP PIBG dan Guru Besar
• Bacaan Perutusan Ketua Pengarah
HADIAH GURU (PIBG) Pendidikan Malaysia dan Menteri
PN. HAFIZAH BINTI A. RAHMAN Kanan Pendidikan
PN. MALINDA BINTI SELAMAT • Ikrar Guru
PN. NORRISAH BINTI BENU @ IBNU • Nyanyian Lagu Kami Guru Malaysia
PERTUKARAN HADIAH & HADIAH SUKANEKA dan Biarku Menjadi Lilin
PN. WAN AZAMIMA BINTI SENIN • Penyampaian Hadiah Perpisahan Puan
Saridah dan Puan Alia
PN. RUSIDAH BINTI SAMAT • Acara Memotong Kek
PN. ANIDA BINTI HUSIN 9.30 pagi:
HADIAH GURU (KELAB) • Sesi Bergambar
• Penyampaian hadiah daripada murid-
PN. ROHANIZA BINTI AHMAD JAILANI murid SKPD
PN. FAUZIAH BT ESA 9.40 pagi : Sukaneka
10.10 pagi : Murid Tahap 1 Rehat
PN. ROSLIZA BINTI YAHAYA 10.40 pagi : Murid Tahap 2 Rehat
PN. NOR HAMIDAH BINTI MD SALEH 11.00 pagi :
• Persembahan murid Prasekolah
HADIAH PERPISAHAN • Penyampaian hadiah Kelab Staf dan
PN. IZYANI BINTI MD HATAR (K) PIBG
• Persembahan murid Tahap 1 dan
PN. ZAINORA BINTI BASARI Tahap 2
PN. ROSIDAH BINTI HASSAN • Persembahan guru
• Penyampaian hadiah Sukaneka dan
BANNER Pakaian Terbaik
PN. ROHANIZA BINTI AHMAD JAILANI • Anugerah Guru
• Pertukaran hadiah
Perutusan Ketua Pengarah • Jamuan Hari Guru dan Perpisahan
Pendidikan Malaysia -

- Perutusan Menteri
Kanan Pendidikan

Kumpulan Sukaneka

KUMPULAN 1 KUMPULAN 2

1. EN. MOHD HANAFIAH B. ZAINUDDIN 1. PN. SITI AMINAH BINTI HARUN
2. PN. KHAIRIYAH BINTI OMAR 2. PN. NOR HAMIDAH BINTI MD SALEH
3. PN. NOOR INTAN BINTI OTHMAN 3. PN. ZAHARA BINTI OSHMAN
4. PN. NOR AZIZAH BINTI MAHMUD 4. PN. ELIA BINTI ABU HASAN
5. PN. FAUZIAH BT ESA 5. PN. SITI NORDIANA BINTI MOHD
6. PN. MALINDA BT SELAMAT
7. EN. MOHD YUSRI B. ISA RUMAINOR
8. PN. NURUL HUDA BINTI ABD WAHAB 6. PN. SURIATI BINTI JAAFAR
7. EN. MOHD ANUAR BIN MOHAMAD YUSOF
N 9. PN. SHARIZA BINTI LASIM 8. EN. MUHAMMAD BIN YASIN
9. PN. NORRISAH BINTI BENU @ IBNU
10. PN. ROSIDAH BINTI HASSAN 10. CIK. ERYSSA SHAHEZY ARIANIY BINTI
11. PN. ZAIRINA BT MOHAMAD DIAH
12. EN. MUHAMAD KAMALIK BIN ARSHAD ZABAHNIAH
13. PN SAMIAH BINTI HUSIN 11. PN. AINI BINTI MUSA
14. EN. AMIN 12. EN. ROHAIZAT
13. PN. SITI MARIAM
KUMPULAN 3 14. EN. ABU SAMAH

1. EN. ARDI MASRIN BIN MARDI KUMPULAN 4
2. PN. ZAINORA BINTI BASARI
3. PN. WAN AZAMIMA BINTI SENIN 1. PN. ROHANA BINTI IBRAHIM
4. CIK. JANAKI A/P P RAJAMANICKAM 2. PN. IZYANI BINTI MD HATAR
5. PN. NORIZAH BINTI ITHNIN 3. PN. UMBI KALTHOM BINTI ABD SANI
6. PN. HASLINDA BINTI MD DIAH 4. PN. NAWARHUSNA NADIA BUSU
7. PN. NORITA BINTI OTHMAN 5. PN. ANIDA BINTI HUSIN
8. PN. ROSLIZA BINTI YAHAYA 6. PN. RUSIDAH BINTI SAMAT
9. EN. MUHAMAD SYUKRI BIN ABDUL 7. PN. HAFIZAH BINTI A. RAHMAN
8. PN. IRDA MARLINA BINTI MD YASIM
WAHAB 9. PN. ROHANIZA BINTI AHMAD JAILANI
10. PN. SARIDAH BINTI ADZIM 10. EN. ISWAN BIN ISMAIL LEE GIAP BENG
11. CIK. BALQIS BINTI MOHD ZAINI 11. PN. FARIHAH BINTI MOHD DOM
12. PN. SITI ZULAIFA 12. EN. ABD RAHIM BIN TALIB
13. PN. ROHANA BINTI JAIS 13. PN. ALIA WAHIDDAH BINTI ALIAS
14. PN. RAHMAH BINTI MAHAT

KAMI GURU MALAYSIA BIARKU MENJADI LILIN SEKOLAHKU SEJAHTERA

Perutusan Hari Guru 2022

Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia

KEMENTERIAN PENDIDIKAN
TEKS PERUTUSAN

YBHG. DATUK HAJAH NOR ZAMANI BINTI ABDOL HAMID
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

SEMPENA
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT

KEBANGSAAN KALI KE-51 TAHUN 2022

PADA
16 MEI 2022

TEMA: “GURU TUNJANG SEKOLAH SEJAHTERA”

1

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Apa khabar semua?

PENDAHULUAN

1. Alhamdulillah, syukur kerana dengan limpah kurnia dan
rahmat-Nya kita dapat meraikan sambutan Hari Guru bagi tahun 2022
pada hari ini. Setiap tahun pada tanggal 16 Mei adalah tarikh keramat
penuh bermakna kepada warga pendidik. Guru diberi pengiktirafan atas
peranan dan pengorbanan mendidik anak bangsa. Pastinya sejak
dahulu lagi, rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama sentiasa
memberikan penghormatan dan penghargaan yang tidak terhingga
terhadap tugas dan peranan guru.

2. Pengalaman berhadapan dengan situasi pandemik COVID-19
selama dua tahun turut mengubah Sambutan Hari Guru, yang tidak
dapat disambut sebagaimana kebiasaan. Namun, tanggal 16 Mei tetap
memberi nostalgia kepada warga sekolah terutamanya dalam kalangan
guru untuk mengimbau kenangan manis Sambutan Hari Guru setiap
tahun.

3. Pada tahun ini, tema hari guru ialah ‘Guru Tunjang Sekolah
SEJAHTERA’. Tema ini membawa pengertian yang cukup mendalam
dan bermakna kerana guru merupakan tunjang utama dalam Sistem
Pendidikan Negara. Peranan guru bukan sahaja untuk menyampaikan
ilmu kepada murid, malah memastikan murid mempunyai sahsiah serta
daya saing yang tinggi melalui penjiwaan amalan baik yang diterapkan
melalui Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) di sekolah.

2

4. Sesungguhnya dalam usaha melahirkan generasi yang berilmu
pengetahuan, gurulah yang menjadi pengajar, pendidik dan pembimbing
yang menyumbang khidmat bakti bermula dari tadika sehinggalah ke
peringkat tertinggi. Guru menjadi pendukung dan pemacu kepada
transformasi pendidikan negara. Setiap tahun kita telah melalui dan
melihat pelbagai pengalaman serta kejayaan murid sama ada yang
masih menuntut di sekolah atau telah tamat persekolahan. Segala
pengalaman pahit dan manis tersebut tidak akan dapat dirasai tanpa
usaha gigih dan keprihatinan para guru.

MELAHIRKAN MURID YANG MENGHAYATI NILAI
Warga Sekolah yang dikasihi,

5. Masyarakat di seluruh dunia terpaksa mengubah gaya hidup
sehingga ada dalam kalangan mereka yang terpaksa keluar daripada
kebiasaan akibat pandemik COVID-19. Negara kita juga tidak terkecuali
mengalami kesan akibat penularan COVID-19. Pendidikan anak-anak
amat terkesan dengan cabaran dalam era pandemik COVID-19 yang
menyaksikan perubahan penyampaian pengajaran dan pembelajaran.
Atas keprihatinan dan tanggungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM), pendidikan anak-anak perlu diteruskan dengan pelbagai kaedah
termasuklah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
(PdPR) secara dalam talian, luar talian atau off-site.

6. Pengalaman PdPR telah memberi ruang dan peluang kepada para
guru dalam meningkatkan kemahiran teknologi digital malahan kepada
anak-anak sekalian. Hal ini turut memberi satu peningkatan kemahiran
digital dalam kaedah PdPc apabila pengoperasian sekolah dibuka
secara bersemuka. Penggunaan aplikasi teknologi digital diteruskan

3

dalam PdPc agar pendidikan negara terus relevan seiring dengan
perkembangan teknologi tanpa mengabaikan nilai-nilai murni dalam
kehidupan kita.

7. Sehubungan dengan ini, Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 turut memberi penekanan kepada
pembudayaan amalan baik untuk mewujudkan ekosistem yang
kondusif melalui Anjakan 3: Melahirkan Rakyat yang Menghayati
Nilai. Dalam usaha untuk mencapai matlamat melahirkan insan yang
seimbang, harmoni dan sejahtera, konsep Sekolahku SEJAHTERA
diperkenalkan. Konsep ini bertujuan memupuk dan membudayakan
amalan nilai murni dalam kalangan warga sekolah serta mewujudkan
persekitaran sekolah yang selamat dan kondusif.

8. Saya percaya, suasana sekolah yang selamat, aman, selesa dan
menggembirakan dapat menarik minat dan semangat murid untuk hadir
ke sekolah setiap hari. Hal ini penting agar suasana sekolah yang
kondusif dan menyeronokkan menjadi tarikan untuk anak-anak
mengikuti PdPc serta melaksanakan pelbagai program dan aktiviti
kokurikulum bagi memastikan kemenjadian murid.

PENERAPAN ELEMEN SEJAHTERA
Warga Sekolah yang dikasihi,
9. Konsep Sekolahku SEJAHTERA adalah selari dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri.

4

10. Penerapan elemen SEJAHTERA bermula daripada peringkat
prasekolah dan berterusan sehingga peringkat menengah dan
diamalkan sepanjang hayat. Proses penerapan elemen SEJAHTERA
berfokuskan kepada pembelajaran berpusatkan murid bagi memastikan
pembelajaran lebih bermakna dan berkesan.

11. Konsep ini juga bermatlamat untuk menambah baik peranan
guru sebagai pemboleh daya penerapan elemen SEJAHTERA.
Penerapan elemen SEJAHTERA dalam kalangan murid perlu
dilaksanakan secara menyeluruh di dalam dan di luar sekolah yang
melibatkan aktiviti berstruktur dalam aktiviti kurikulum dan
kokurikulum. Murid yang sejahtera sudah pasti akan membentuk
sekolah sejahtera. Usaha ini perlu melibatkan kolaboratif antara pihak
sekolah dengan keluarga serta sokongan komuniti.

KEMENJADIAN MURID DI SEKOLAH DAN DI LUAR SEKOLAH
Warga Sekolah yang dikasihi,

12. Saya percaya bahawa setiap elemen dalam konsep sekolahku
SEJAHTERA yang difahami, dipraktikkan dan dihayati dapat
membentuk budaya amalan baik di sekolah serta mewujudkan suasana
sekolah yang selamat. Elemen yang dipraktikkan juga berupaya
melahirkan insan bernilai positif yang dapat menyumbang kepada
pembentukan masyarakat sejagat.

PENUTUP
Warga Sekolah yang dikasihi,

13. Akhir kata, marilah kita bersama-sama memastikan tema
sambutan Hari Guru iaitu Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA

5

ke arah membina negara bangsa melalui pelaksanaan pendidikan yang
berkualiti. Kepada guru, andalah pewaris negara yang membina
generasi baharu. Sekali lagi, saya ucapkan Selamat Hari Guru, Guru
Tunjang Sekolah SEJAHTERA. “Terima kasih cikgu!”
Sekian. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamu'alaikum warahmatullahi
wabarakatuh.

6

Perutusan Hari Guru 2022

Menteri Kanan
Pendidikan

PERUTUSAN
YB DATUK DR. MOHD RADZI MD JIDIN

MENTERI KANAN PENDIDIKAN

SEMPENA
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU
PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE- 51 TAHUN 2022

16 MEI 2022
TEMA

GURU TUNJANG SEKOLAH SEJAHTERA

1

Guru-guru, para pendidik dan warga sekolah sekalian,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Selamat meraikan sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan yang ke-51 pada 16
Mei 2022. Sambutan saban tahun ini merupakan acara simbolik bagi menghargai jasa
dan pengorbanan insan mulia yang bergelar guru. Saya mengambil kesempatan ini
untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
hampir 500,000 guru di seluruh negara atas segala pengorbanan, keringat, komitmen
dan dedikasi dalam mendidik serta membentuk generasi pewaris negara yang
berkualiti tinggi.

Pemilihan tema Hari Guru 2022, iaitu ‘Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA’ sangat
bertepatan bagi menghargai peranan guru sebagai tunjang penting dalam ekosistem
pendidikan untuk menjayakan agenda pembangunan pendidikan negara. Guru bukan
sahaja menyampaikan ilmu kepada murid, malah berusaha memastikan murid
mempunyai sahsiah yang baik serta daya saing yang tinggi. Ini dapat dilaksana
melalui penjiwaan, penghayatan dan pembudayaan berterusan elemen nilai murni,
kemahiran serta sikap positif yang diterapkan secara semula jadi di sekolah.

Penerapan elemen SEJAHTERA yang dilaksanakan oleh guru dapat disampaikan
melalui pelbagai aktiviti di dalam dan di luar sekolah secara langsung atau tidak
langsung. Terdapat 14 elemen SEJAHTERA iaitu:

i) Selamat

Persekitaran sekolah yang aman dan tenteram serta terpelihara daripada
ancaman dan bahaya;

ii) Seronok

Suasana pengajaran dan pembelajaran di sekolah yang menggembirakan;

iii) Sihat

Penjagaan kesihatan fizikal dan mental khususnya dalam aspek pemakanan
serta kebersihan diri dan persekitaran;

2

iv) Etika

Pegangan yang teguh kepada nilai-nilai akhlak dan prinsip moral khususnya
dalam aspek integriti;

v) Empati

Keupayaan untuk menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain
dengan meletakkan diri pada tempat mereka;

vi) Jati Diri

Prinsip serta pegangan yang membentuk identiti dan karakter diri dalam
mencorak keperibadian unggul;

vii) Adab Sopan

Amalan tingkah laku yang memberi penekanan kepada akhlak, budi bahasa,
pertuturan dan kelakuan baik;

viii) Harmoni

Suasana persekitaran yang aman dan penuh toleransi serta berteraskan
perpaduan dalam kalangan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar
belakang;

ix) Tekun

Rajin dan bersungguh-sungguh dengan penuh tumpuan serta daya usaha dalam
mendalami ilmu dan melaksanakan tanggungjawab;

x) Teliti

Cermat dan hemat dengan penuh analitis dalam melaksanakan tanggungjawab;

xi) Terampil

Kecekapan dan kemahiran yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab;

xii) Eksplorasi

Rasa kecintaan untuk meneroka ilmu yang bermanfaat dan terus berusaha
meningkatkan kefahaman serta menguasai ilmu berkenaan;

3

xiii) Rasional

Kemampuan membuat pertimbangan dan keputusan berdasarkan fakta dan
maklumat serta tidak dipengaruhi oleh emosi dan prasangka; dan

xiv) Artikulasi

Keupayaan untuk mengolah serta menyampaikan pandangan, hujahan atau
huraian tentang sesuatu perkara dengan jelas dan teratur berdasarkan fakta.

Guru-guru, para pendidik dan warga sekolah sekalian,

Dalam menjayakan konsep Sekolahku SEJAHTERA ini, peranan guru bukan hanya
tertumpu menyampaikan ilmu kepada murid, tetapi guru juga membimbing murid
untuk membentuk keperibadian unggul. Saya yakin dan percaya, generasi yang
dilahirkan oleh guru-guru ini bukan sahaja berilmu pengetahuan, malah memiliki nilai
sahsiah dan berkemahiran tinggi yang seterusnya dapat menabur bakti dan
menyumbang kepada kesejahteraan negara. Jasa bakti guru amat disanjung tinggi.

Guru merupakan seorang ikon penting yang diamanahkan untuk mendidik,
mendorong, membimbing dan membentuk kemenjadian murid yang berkeperibadian
unggul. Melalui penghayatan tema Hari Guru pada tahun ini, diharapkan para guru
dan pendidik sekalian terus meningkatkan usaha untuk membentuk keperibadian
murid daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi. Penerapan elemen
SEJAHTERA secara semulajadi sejak dari peringkat awal persekolahan tentunya
akan dijadikan amalan dalam kehidupan mereka dan seterusnya akan diwarisi oleh
generasi pewaris negara yang berikutnya.

Akhir kata, semoga guru dan pendidik sekalian terus bersatu hati dan bertekad untuk
memartabatkan profesion keguruan demi pendidikan generasi pewaris negara. Ayuh,
laksanakan amanah ini dengan jujur, ikhlas dan berintegriti.

SELAMAT HARI GURU, TERIMA KASIH CIKGU.

4

Lirik Lagu
Kami Guru Malaysia



Lirik Lagu
Biarku Menjadi Lilin

BIARKU MENJADI LILIN - PELANGI

Biar 'ku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Di saat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan

Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang di sini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Aku takkan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan, setiap pemberian

Demi satu ikatan

Keikhlasan di hati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika

Akan ketara jua

Biar 'ku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian, saat kau kegelapan
Kurela menerangkan

Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri

Lirik Lagu
Sekolahku Sejahtera

SEKOLAHKU SEJAHTERA

Verse
Di sini bermula, mengenal dunia bersama guru tercinta

Seronok belajar, selamat sentiasa
Sekolahku SEJAHTERA

Pre Chorus 1
Kesihatan diutama, kebersihan dijaga
Sama perkasa etika, integriti di jiwa
Kita selami empati, bina kasih insani
Teguh jati diri, adab sopan hidup harmoni

Chorus
Sekolahku_SEJAHTERA
Sekolahku_SEJAHTERA

Bangkitlah,
Generasi pewaris negara

Sekolahku_SEJAHTERA
Sekolahku_SEJAHTERA

Gemilanglah,
Malaysia di mata dunia

Post Chorus
SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA
Ayuh kita jayakan bersama

Pre Chorus 2
Hidup mulia berjaya, terus tekun usaha
Teliti dalam bekerja, diri cekap terampil
Eksplorasi ilmu berguna, bertindak rasional
Mantapkan artikulasi, hujah penuh kualiti

Dalam ajarannya ada harapan.
Dalam tegurannya ada doa.
Dalam marahnya ada sayang.

Dalam diamnya ada kebijaksanaan.
Dalam tangannya ada sahsiah terbina.


Click to View FlipBook Version