The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NURADLIN SAKINAH BINTI NOR AZMAN PAKK (A)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adlinsakinah, 2023-03-20 12:38:18

BANDING BEZA KURIKULUM PERMATA DAN KSPK

NURADLIN SAKINAH BINTI NOR AZMAN PAKK (A)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 01000 KANGAR PERLIS PAKK1094 PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Nama : NURADLIN SAKINAH BINTI NOR AZMAN No. K/P : 041110070570 Angka Giliran : 2022232310148 Program : PPISMP Ambilan : JUN 2022 Unit : PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (A) Nama Pensyarah : ENCIK ABDUL GHANI BIN ABDUL HAMID Tarikh Hantar : 16 MAC 2023 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar: Tarikh: 16 MAC 2023 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________


PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur ke atas Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa, tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertama sekali, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah saya, Encik Abdul Ghani bin Abdul Hamid kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripada beliau membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudah cara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sehingga saya berjaya menghabiskan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap saya. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka. Mereka juga banyak memberi bantuan kepada saya untuk menggunakan komputer, printer dan alat peranti lain hak milik mereka. Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Sekian, terima kasih. Saya Yang Benar, ———————————— (NURADLIN SAKINAH BINTI NOR AZMAN) P22232765 i


ISI KANDUNGAN muka surat PENGHARGAAN i ISI KANDUNGAN ii 1.0 PENGENALAN 1 2.0 PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI TASKA DAN TADIKA 2 2.1 PERSAMAAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAKKANAK DI TASKA DAN TADIKA MASA KINI 2 2.1.1 BERTUJUAN UNTUK MENCAPAI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) 2 2.2 PERBEZAAN KURIKULUM TASKA DAN TADIKA MASA KINI 3 2.2.1 MATLAMAT KURIKULUM 3 2.2.2 PENDEKATAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP) 4 2.2.3 TUNJANG DAN BIDANG PEMBELAJARAN 4 3.0 RUMUSAN 5 RUJUKAN ii


1.0 PENGENALAN Menurut Gardner (2000) beliau percaya manusia dilahirkan mempunyai kecerdasan dan keupayaan yang berbeza-beza. Ada sesetengah orang yang bijak dalam menaakul dan mengira, ada yang fasih dalam berhujah dan berkata-kata, ada yang lain berbakat dalam aktiviti sukan dan ada juga yang pakar dalam bidang teknologi. Setiap kanak-kanak mempunyai peringkat perkembangan yang berbeza di mana kepelbagaian ini boleh dikenal pasti dan dibantu untuk berkembang secara menyeluruh. Jadi, di sinilah pentingnya pendidikan awal kanak-kanak kepada setiap individu. Malangnya, di negara kita, pendidikan awal kanak-kanak masih dilihat sebagai pekerjaan separuh masa, sampingan, pilihan kerjaya tambahan dan bukannya suatu kerjaya yang hebat. Setiap masyarakat mempunyai peranan masing-masing, begitu juga dalam sektor pekerjaan, setiap kerjaya pasti ada sumbangannya tersendiri. Pendidikan awal kanak-kanak sepatutnya menjadi tunjang utama yang harus difokuskan terlebih dahulu berbanding pendidikan peringkat rendah atau menengah kerana ia akan memberi implikasi kepada peringkat seterusnya. 1


2.0 PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI TASKA DAN TADIKA Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) di Malaysia terdapat dua peringkat berdasarkan tahap umur kanak-kanak iaitu peringkat pertama dikenali sebagai Taska untuk kanak-kanak di bawah umur empat tahun. Manakala, peringkat kedua ialah Prasekolah atau Tadika untuk kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Kanak-kanak di bawah umur empat tahun tertakluk kepada Akta Taman Asuhan 1984 (Akta 308) dan kanak-kanak berumur empat hingga keenam tahun tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). 2.1 PERSAMAAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI TASKA DAN TADIKA MASA KINI 2.1.1 Bertujuan untuk Mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) FPK digubal untuk memberi bimbingan dan panduan bagi menentukan hala tuju sesebuah pembelajaran serta rancangan dalam bidang pendidikan. Aspek utama yang ditekankan oleh kerajaan ialah pembangunan modal insan. Pembangunan modal insan yang seimbang menjamin ke arah pembangunan negara yang maju. Pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pemenuhan hasrat tersebut. Oleh yang demikian, pelbagai usaha dan penelitian secara terperinci dibuat sebelum pihak atasan menetapkan kurikulum yang akan digunakan sehingga kini. Bagi mendukung hasrat mulia negara, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan Kurikulum Permata Negara bagi kanak-kanak di bawah umur 4 tahun dan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bagi kanak-kanak yang berusia 4 hingga ke 6 tahun. Antara elemen yang ingin dicapai dalam FPK adalah untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Gaya Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang pelbagai digunakan oleh kedua-dua kurikulum untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis selaras dengan kehendak FPK. Kedua-dua kurikulum yang digubal, dilihat mampu mencapai FPK. Hal ini dikatakan demikian kerana seorang guru itu akan menyediakan aktiviti terhadap murid-muridnya berpandukan kurikulum yang mencapai kehendak FPK. Misalnya, guru itu menyediakan permainan bongkah kayu sebagai PdP kepada murid-murid Tadika dan prasekolah. Permainan ini akan menggalakkan perkembangan kesemua domain utama mereka iaitu intelek untuk membina sebuah rekaan yang unik, emosi dengan bergembira ketika bermain, rohani dengan mengamalkan nilai-nilai murni ketika bermain, berinteraksi antara satu sama lain ketika permainan sedang berlangsung dan 2


membina pergerakan motor halus bagi aspek jasmani. Semua aspek ini adalah elemen-elemen yang diterapkan di dalam FPK. 2.2 PERBEZAAN KURIKULUM TASKA DAN TADIKA MASA KINI 2.2.1 Matlamat Kurikulum Seperti yang kita tahu kurikulum bagi Taska dan Tadika mempunyai banyak perbezaan antara satu sama lain. Hal ini kerana kurikulum tersebut digubal sesuai dengan peringkat perkembangan umur kanak-kanak tersebut (milestone). Matlamat Kurikulum Permata Negara adalah untuk menyediakan program asuhan dan didikan awal yang bersepadu untuk kanak-kanak yang berumur 0 hingga 4 tahun. Kurikulum ini juga menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk mendapat pengalaman pembelajaran awal yang berkualiti, untuk melahirkan modal insan negara yang mempunyai sahsiah mulia, kerohanian yang mantap, kecerdasan intelek yang tinggi, menghargai kepelbagaian budaya, patriotik, dan mengamalkan gaya hidup sihat. Berbanding dengan kurikulum yang diguna pakai oleh Tadika dan Prasekolah iaitu KSPK, matlamatnya adalah bertujuan untuk memperkembangkan potensi murid berumur 4 hingga 6 tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat dan menyuburkan serta aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan, kreatif, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri murid agar mereka bersedia untuk menghadapi cabaran dan mengikuti pembelajaran seterusnya. Kurikulum yang digubal mengikut umur adalah sangat relevan dalam peningkatan perkembangan potensi kanak-kanak pada masa hadapan. Perkara ini juga disokong oleh pandangan dari Jean Piaget iaitu tahap kognitif kanak-kanak adalah berperingkatperingkat mengikut tahap umur seperti peringkat deria motor, praoperasi dan operasi konkrit (Jean Piaget, 1926). 3


2.2.2 Pendekatan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Perbezaan di antara Kurikulum Permata Negara dan KSPK juga dapat dilihat dari aspek pendekatan strategi PdP yang dijalankan. Antara strategi yang diguna pakai dalam Kurikulum Permata Negara adalah pembelajaran bertema dan pendekatan projek manakala KSPK pula menggunakan pembelajaran berpusatkan murid, belajar melalui bermain, pembelajaran berasaskan inkuiri, pendekatan bersepadu, pendekatan bertema, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran masteri, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berdasarkan kepelbagaian kecerdasan. Seperti yang kita semua sedia maklum, KSPK merupakan peningkatan tahap kognitif daripada Kurikulum Permata Negara. Ia berkait antara satu sama lain. Kanak-kanak 4 ke 6 tahun yang menggunakan KSPK sebagai kurikulum mempunyai asas pengetahuan dalam suatu bidang pembelajaran. Hal ini kerana, Kurikulum Permata Negara yang telah dipelajari dahulu membantu kanak-kanak untuk memahami apa yang diajar di peringkat seterusnya. Selain itu juga, pendekatan strategi pembelajaran yang diguna pakai di dalam Kurikulum Permata Negara adalah bersifat tertutup. Mereka mempunyai skop pembelajaran yang telah ditetapkan berbanding dengan KSPK yang bersifat lebih terbuka dan bebas menggunakan pelbagai cara pendekatan. 2.2.3 Tunjang dan Bidang Pembelajaran Kurikulum Permata Negara mempunyai 6 bidang pembelajaran iaitu perkembangan sahsiah, sosioemosi dan kerohanian, perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal, perkembangan awal matematik dan pemikiran logik, perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran, perkembangan fizikal dan psikomotor serta perkembangan kreativiti dan estetika. Bagi KSPK pula, kurikulum tersebut turut mempunyai 6 tunjang utama iaitu tunjang komunikasi, tunjang kerohanian, sikap dan nilai, tunjang keterampilan diri, tunjang perkembangan fizikal dan estetika, tunjang sains dan teknologi serta tunjang kemanusiaan. Penilaian pembelajaran adalah berdasarkan enam bidang pembelajaran tersebut. Pendokumentasian perkembangan kanak-kanak ini bertujuan untuk menilai keberkesanan kurikulum dan membantu para pendidik untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak dengan memberi penekanan kepada kanak-kanak agar mereka dapat menyesuaikan dan menghadapi pelbagai keadaan dan isu kelak. 4


3.0 RUMUSAN Secara rangkumannya, Kurikulum Permata Negara dan KSPK adalah suatu modul yang digubal sebagai panduan kepada guru untuk memenuhi tuntutan falsafah dan matlamat negara. Kedua-dua kurikulum diwujudkan selepas kajian teliti terhadap pelbagai kajian yang dijalankan di Malaysia dan luar negara serta mengambil kira tinjauan yang telah dijalankan terhadap Program Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak dari negara maju di dunia. Ia juga direka berdasarkan teori dan falsafah yang mantap, yang menggabungkan kepelbagaian budaya dan agama dengan cara yang sesuai dengan suasana berbilang kaum di Malaysia. Matlamat kurikulum ini adalah untuk melahirkan generasi baharu rakyat Malaysia yang akan meletakkan negara di peringkat global dan futuristik serta setaraf dengan negara maju. Hal ini kerana kurikulum ini bukan sahaja melahirkan insan yang pintar dalam bidang akademik semata-mata malahan aktif dalam bersukan, kreatif dalam menghasilkan inovasi atau karya seni dan sebagainya. Kurikulum kini lebih bersifat holistik dan menyeluruh dengan menekankan semua aspek terhadap kanak-kanak. 5


RUJUKAN Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (BPKKPM). (2016). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Prasekolah (KSPK). Putrajaya. Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak PERMATA (BPAKK). (2013). Kurikulum PERMATA Negara. Selangor. Gardner, H. E. (2000). Intelligence reframed: Multiple intelligences for the 21st century. Hachette UK. Gauvain (2011). The Social Context of social cognitive ddevelopment. New York. Gulford Press. Jean Piaget (1926). The Language and Thought of the Child. New York. Routledge. Norhashimah Hashim dan Yahya Che Lah. (2003). Panduan Pendidikan Prasekolah. Kuala Lumpur. PTS Professional. Raplh W. Tyler. (1991). Prinsip Asas Kurikulum dan Pengajaran. Johor. Percetakan Pesta Sdn. Bhd. Suhaimi Razaly. (2008). Kurikulum Permata Negara. https://www.academia.edu/25939052/Kurikulum_PERMATA_Negara


Click to View FlipBook Version