The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SISTEM PENTADBIRAN ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA PDF

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by najibtdsa, 2021-05-31 22:41:16

SISTEM PENTADBIRAN ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA PDF

SISTEM PENTADBIRAN ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA PDF

SISTEM PENTADBIRAN ZAMAN
KESULTANAN MELAYU MELAKA

KOD KURSUS : MPU21032
NAMA PENSYARAH : PUAN SITI AISHAH BT OTHMAN
NAMA : MUHAMMAD MUHAIMIN BIN SAID
NO. MATRIKS : 16DKA20F2033
NAMA : MUHAMMAD NAJIB BIN SAMSUL BAKHRI
NO. MATRIKS : 16DKA20F2030
NAMA : MUHD HAIKAL BIN RAJA ZAHIRUL ZAMAN
NO. MATRIKS : 16DKA20F2032

1|Page

PENGENALAN

Kesultanan Melayu Melaka memang jelas mempunyai kedudukan yang penting dan istimewa dalam
sejarah Malaysia dan Asia Tenggara . Kemunculannya pada penghujung kurun keempat belas /awal
kelima belas dahulu telah banyak membawa perubahan terhadap Semenanjung Tanah Melayu dan
juga rantau Asia Tenggara ini. Kemunculannya itu sendiri merupakan suatu peristiwa berlakunya
perubahan/perpindahan kuasa daripada Srivijaya dan Palembang ke Melaka. Atau dengan kata lain
ia adalah merupakan kemunculan sebuah lagi empayar Melayu di Alam Melayu dan dalam konteks
tempoh tersebut, merupakan yang termuda. Ahli Sejarawan seperti D.W. Wolters misalnya
mengatakan bahawa pada asasnya empayar Melaka itu adalah sambungan daripada empayar
Srivijaya itu juga, iaitu yang telah runtuh pada lewat kurun keempat belas Masihi. Melaka telah
mewarisi pelbagai unsur sosio-budaya dan adat-istiadat diraja Srivijaya yang diamalkannya sekurang-
kurangnya pada tahap awal

perkembangannya.' Kemudian mulai awal dekad kedua kurun kelima belas itu Melaka telah menjadi
negara "Islam" setelah rajanya yang kedua, iaitu Mahkota Iskandar Syah memelok agama Islam pada
kira-kira tahun 1414.' Penerimaan Islam ini adalah suatu titik permulaan bagi perkembangan Melaka
menjadi sebuah empayar kelautan Melayu yang pesat pada kurun kelima belas dan awal keenam
belas dahulu.

Walau bagaimanapun seeara kelaziman dan realitinya, sejarah perkembangan Melaka menuju
kepuncak keagungannya itu bukanlah suatu perjalanan yang mudah. Ia telah menghadapi pelbagai
cabaran dan rintangan dan dari pelbagai segi telah melakukan pelbagai perubahan, anjakan
"paradigma" dan penyesuaian. Pemimpin dan rakyat telah berusaha menyumbang sebaiknya untuk
menwujudkan suatu tamadun yang kemudiannya menjadi warisan negeri-negeri Melayu yang lain.

Pensejarahan Tentang Melaka

Memanglah benar jika dikatakan bahawa apa yang berlaku dalam proses pergerakan dan
perkembangan di dalam sejarah Kesultanan Melayu Melaka itu adalah gambaran yang dapat disedut
daripada pelbagai pensejarahan tentangnya iaitu sama ada yang berbentuk tempatan (khususnya
Melayu) mahupun asing (Portugis, Cina, Belanda dan Inggeris.)' Namun tidaklah semua pensejarahan
itu telah menggambarkan keadaan sejarah Melaka itu dengan sikap yang objektif lagi seimbang
dengan keadaan yang sebenarnya. Kita dapati pensejarahan yang awal yang dihasilkan oleh
sejarawan tempatan seperti Tun Seri Lanang, juga penulisan orang-orang Portugis dan kemudiannya
Belanda, secara umumnya telah memberikan gambaran yang lebih objektif dan seimbang tentang
Kesultanan Melaka itu berbanding dengan pelbagai karya pentadbiran. Ahli sejarawan British dan
seorang dua penulis atau sejarawan tempatan mutakhir yang menulis atau menyentuh tentang
Melaka itu.

2|Page

PEMBUKAAN MELAKA

- Kesultanan tertua dalam sejarah Melayu
- Mencapai zaman kegemilangan pada abad ke-15
- Empayarnya meliputi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan sebahagian besar Timur
Sumatera
- Melaka diwarisi oleh kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang
- Melaka dibuka oleh seorang putera raja yang berasal dari Palembang iaitu Parameswara.
- Berketurunan Dinasti Sailendra
- Tidak mahu tunduk kepada kuasa Majapahit
- Timbul kemarahan lalu menyerang Palembang
- Tetapi gagal dalam peperangan itu, Parameswara terpaksa melarikan diri ke Temasik yang pada
masa itu berada di bawah Siam
- Membunuh wakil Siam iaitu Temangi> diserang oleh Kerajaan Ayuthya di Siam lalu melarikan diri di
Muar dan menetap selama enam tahun
- Namun tidak kekal lama lalu berpindah ke sebuah perkampungan nelayan yang diberi nama Melaka
- Parameswara telah memilih nama Melaka sempena nama jenis pokok yang menjadi tempat
berehat Parameswara dan pengikutnya
- Mengisytiharkan dirinya sebagai raja Melaka menggunakan gelaran Raja Iskandar
- Berkembang menjadi pusat perdagangan dan pelabuhan para pedagang di sana

3|Page

Perkembangan Politik

3.1 Kecekapan Pemerintah Melaka
- mewujudkan beberapa jawatan pembesar untuk membantu melancarkan pentadbiran Melaka
pada ketika itu.
- Kedudukan paling tinggi dalam sistem pemerintahan awal di Melaka ialah Raja atau Yang di-
Pertuan.
- Gelaran Sultan telah digunakan apabila pemerintah kerajaan Melaka memeluk agama Islam
- dikenali sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai sistem pentadbiran yang paling tersusun pada
ketika itu.
- berfungsi sebagai pentadbir, pelaksana undang-undang dan peraturan, menghakimi perbicaraan,
mengawal keselamatan, mentadbir hal ehwal pelabuhan, merancang hubungan diplomatik dan
melaksanakan protokol dan adat istiadat istana.
- Melaka mempunyai Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.

3.2 Hubungan Luar Melaka
- memerlukan perlindungan dan jaminan keselamatan dari negara-negara kuat yang lain.
- memerlukan keadaan yang selamat dan tenang untuk menggalakkan lebih ramai pedagang datang
berniaga di Melaka.
- menetapkan dasar luar yang jelas dan tegas untuk memastikan setiap kerajaan yang berhubung
dengan Melaka mengetahui akan kedudukan masing-masing.

4|Page

- Hubungan yang erat ini memberi impak positif terhadap Melaka kerana tidak diganggu lagi oleh
Siam dan Majapahit.

Hubungan antara Kerajaan China
- Maharaja Yung Lo merupakan pemerintah kerajaan Ming mengiktiraf Parameswara sebagai Raja
Melaka yang berdaulat.
- Kedatangan Laksamana China dapat memberikan perlindungan Kerajaan Melaka daripada ancaman
Majapahit dan Siam.
- membuka peluang kepada kerajaan China untuk memperluaskan kawasan perdagangannya di Asia
Tenggara.
- Hubungan luar Melaka dengan kerajaan China diteruskan walaupun setelah kemangkatan
Parameswara.

Hubungan antara Kerajaan Siam
- menjalinkan hubungan diplomatik dengan Siam untuk kepentingan politik dan ekonominya.
- memperolehi barangan seperti beras, kayu jati dan bahan makanan.
- Parameswara juga telah menghantar ufti tahunan ke Siam bagi mengelakkan ancaman dan
serangan Siam ke atas Melaka.

Hubungan antara Kerajaan Pasai
- melalui perkahwinan antara Sultan Megat Iskandar Syah (1414 hingga 1424) dengan Puteri Pasai.
- Saling bertukar pandangan mengenai hal-hal yang berkaitan dengan hukum agama Islam.

5|Page

Perkembangan Sosial

- Peranan rakyat dalam struktur masyarakat Melayu tradisi lebih menjurus kepada pemberian taat
setia kepada golongan bangsawan.
- Peranan mereka adalah untuk dilindungi dan dinaungi supaya keselamatan dan kehidupan mereka
terjamin.
- Kepercayaan dan agama serta adat juga boleh dilihat perkembangannya setelah kedatangan agama
Islam ke Tanah Melayu.
4.1 Status Sosial Masyarakat
Terdapat empat susun lapis masyarakat di Melaka.
- golongan pertama ialah golongan yang tertinggi sekali iaitu golongan raja yang terdiri daripada raja
dan kerabat baginda.
- golongan kedua ialah golongan bangsawan yang dikenali sebagai orang kaya-kaya.
- golongan ketiga pula ialah golongan orang kebanyakkan atau orang-orang awam.
- golongan keempat ialah golongan paling bawah ialah golongan hamba abdi.
4.2 Agama dan Kepercayaan

- Sebelum kedatangan Islam di Melaka, kepercayaan yang digunakan oleh penduduk Melaka ialah
Buddha dan Hindu yang dipengaruhi dari kerajaan Majapahit dan Srivijaya.

6|Page

- Kedatangan Islam ke Melaka pada zaman itu disambut baik oleh Sultan, pembesar dan rakyat
Melaka.
- Selain itu, Sultan pernah menjemput ulama mengajar agama Islam di Melaka.
- Kedatangan agama Islam ke Melaka telah membawa perubahan dalam kepercayaan masyarakat di
Melaka iaitu dari segi pemikiran, pentadbiran, perundangan dan nilai hidup masyarakat sedikit
sebanyak telah berubah dan berlandaskan agama Islam
- Contohnya : Konsep Dewa Raja > Konsep Sultan
- Budaya saling taat-mentaati sultan ini diperkuatkan lagi dengan kepercayaan kepada konsep daulat
dan tulah.
- Raja dikatakan berdaulat dan sesiapa yang ingkar serta tidak menghormati sultan akan menerima
tulah iaitu balasan kerana menderhaka kepada sultan.
4.3 Amalan Adat
- Adat Temenggung juga menjadi amalan rakyat Melaka pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
- Meliputi hal-hal jenayah, awam, kekeluargaan, hukum pelabuhan dan undang-undang laut.
- Sultan berkuasa penuh dalam pentadbiran.
- Selain itu, adat resam yang dilakukan sedikit sebanyak telah menerima pengaruh dari agama Islam.
- Contohnya dari segi berpakaian di mana masyarakat Melaka pada ketika ini masih berpakaian
seperti biasa namun telah menitikberatkan pemakaian yang menutup aurat sesuai dengan ajaran
Islam.

7|Page

Perkembangan Ekonomi

5.1 Empayar Perdagangan Terkenal
- Kedudukan yang berada di antara laluan Perdagangan Timur dan Barat.
- Mudah untuk mendapatkan bekalan makanan dan minuman serta membaiki kapal.
- Melaka juga terlindung daripada tiupan angin monsun Timur Laut oleh Banjaran Titiwangsa, dan
daripada angin Monsun Barat Daya oleh Pulau Sumatera.
- Lautnya yang dalam membolehkan kapal dagang berlabuh dengan selamat.
- Perairan Selat Melaka yang sempit juga memudahkan kerajaan Melaka mengawal kapal yang lalu di
sekitarnya.
- Sistem mata wang dan sistem pertukaran barang diwujudkan serta dilaksanakan untuk
melancarkan proses jual beli barangan dagangan.
5.2 Kegiatan Perniagaan dan Perdagangan Orang Kiwi
- Golongan rakyat yang gemar dan giat menjalankan aktiviti perniagaan dan perdagangan.
- membawa barang dagangan hingga ke India , China dan negeri-negeri di kepulauan Melayu yang
lain.
- Mempunyai kapal untuk membawa banyak barang dagangan keluar berdagang ke negeri lain.
- Golongan rakyat yang telah berkembang dari segi kemahiran dan ilmu pengetahuan berkenaan
perniagaan dan perdagangan.

8|Page

5.3 Kegiatan Pertanian dan Pertenakan
PERTENAKAN
- Membela binatang ternakan seperti lembu, kambing, ayam dan itik.
- Kebanyakkannya menternak binatang ternakan ini di sekitar kediaman masing-masing sahaja.
PERTANIAN
- Menanam pokok buah-buahan seperti durian, langsat, pisang dan lain-lain lagi.
- Menanam sayur-sayuran dan menjalankan aktiviti bersawah padi.
Selain daripada itu, mereka juga mengimport sebahagian besar bahan makan utamanya iaitu beras
dari negara jiran iaitu pulau Jawa, Siam dan Burma.

9|Page

PUSAT SASTERA DAN BAHASA

6.1 Pusat Perkembangan Bahasa dan Sastera
- Pedagang asing seperti pedagang Arab sering membawa bahan kesusasteraan mereka selain
barang untuk didagang.
- Bahan kesusasteraan ini diterjemahkan untuk memudahkan penggunaannya dalam kalangan orang
tempatan.
- Antara bahan sastera tempatan ialah :

- Hikayat Hang Tuah
- Hikayat Bayan Budiman
- Mengandungi pengajaran dan dijadikan bahan perantara untuk penyebaran agama Islam.
6.2 Istana sebagai Pusat Kegiatan Ilmu
- Tempat golongan cerdik pandai seperti ulama-ulama dan pengarang-pengarang mengumpul karya.
- Menjadi tempat untuk mengadakan majlis perbincangan dan perdebatan antara para alim ulama
berkenaan hal ehwal agama Islam.
- Masyarakat tempatan juga digalakkan mengembangkan ilmu pengetahuan. Mereka digalakkan
menuntut ilmu di rumah-rumah ulama, masjid dan surau.
- Manakala istana pula dijadikan pusat pendidikan ilmu formal untuk golongan bangsawan.
- Istana juga berperanan sebagai tempat penyimpanan buku-buku yang ditulis oleh karyawan
tempatan.

10 | P a g e

6.2 Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca
- Digunakan oleh masyarakat dan para pedagang di pelabuhan Melaka.
- Mampu bersaing dengan bahasa lain di dunia.
- Dapat berkomunikasi dengan pegawai Melaka.
- Bahasa Melayu juga digunakan di negeri-negeri Melayu lain yang berhampiran Melaka atau tanah
jajahan Melaka.
- Selain itu, bahasa Melayu juga digunakan dalam hubungan sosial, pentadbiran, ekonomi, agama
dan pendidikan.

11 | P a g e

MELAKA SEBAGAI PUSAT PERDAGANGAN

7.1 Kedudukan yang Strategik
- Kelebihan dan keistimewaan dari segi kedudukan geografi yang strategik.
- Mendapat bekalan makanan dan air serta perkhidmatan membaiki kapal disediakan.
- Terlindung daripada tiupan angin Monsun Timur Laut oleh Banjaran Titiwangsa dan angin Monsun
Barat Daya oleh Pulau Sumatera.
- Menjadi pusat perdagangan entrepot apabila kegiatan perdagangan semakin berkembang dan
dalam masa yang sama turut menjadi tempat pengumpulan, penyaluran dan pertukaran barang-
barang dagangan antara pedagang-pedagang.
7.2 Jentera Pentadbiran yang Teratur
- Membantu mentadbir urusan-urusan di pelabuhan dan kegiatan perdagangan.
- Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka telah digubal oleh kerajaan Melayu Melaka
untuk memastikan kegiatan perdagangan berjalan dengan lancar dan adil.
- Jawatan Syahbandar diwujudkan dan dilantik oleh sultan untuk menguruskan pentadbiran di
pelabuhan agar kegiatan perdagangan berjalan lancar.
- Antara tugas Syahbandar yang lain ialah:
- menguruskan pasar dan gudang
- memeriksa alat timbang dan mata wang
- menjadi hakim di pelabuhan
- menguatkuasakan peraturan keluar masuk kapal
- menguruskan cukai

12 | P a g e

- menjaga kebajikan dan keselamatan para pedagang
- Parameswara juga telah menubuhkan sebuah angkatan laut yang terdiri daripada Orang Laut
(Orang Selat) yang berfungsi untuk mengawal keselamatan para pedagang yang singgah di Melaka.
7.3 Kemudahan dan Kelengkapan
- Kemudahan membaiki kapal, menyediakan rumah persinggahan dan gudang untuk menyimpan
barang, bekalan air bersih dan makanan serta wujud sistem sukatan dan timbangan yang adil.
- Angkatan laut yang terdiri daripada Orang Laut juga dibentuk untuk melindungi pedagang daripada
serangan lanun.
7.4 Penggunaan Sistem Mata Wang
- Kebanyakan urus niaga di Melaka dijalankan melalui sistem pertukaran barang dan penggunaan
mata wang.
- Wang logam digunakan dalam urus niaga di Melaka.
- Wang ini diperbuat daripada bijih timah yang dianggap mempunyai nilai yang sangat tinggi.
7.5 Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan
- Mudah berurusan dengan pegawai-pegawai kerajaan dan para pedagang.
- bahasa Melayu mudah difahami dan telah menjadi bahasa utama masyarakat di rantau sekitarnya.

7.6 Sistem cukai yang berpatutan
- mengenakan cukai ke atas barang dagangan dan juga harta yang dijual.
- Barang dagangan yang dibawa masuk melalui pelabuhan Melaka dikenakan kadar bayaran cukai
yang tertentu.
- Hasil kutipan cukai digunakan untuk menampung kos pembiayaan untuk aktiviti pertahan empayar
Melaka.
- Selain itu, hasil kutipan cukai yang dianggap menjadi pendapatan kepada kerajaan Melaka yang
akan digunakan untuk meluaskan dan memajukan kegiatan ekonomi kerajaan.

13 | P a g e

PERKEMBANGAN ISLAM DI MELAKA

8.1 Teori Kedatangan Agama Islam di Asia Tenggara
- Terdapat 3 teori
- Teori 1: Tanah Arab
- melalui kegiatan perdagangan.
- Dikemukakan oleh John Crawford dan Profesor Syed Muhammad Naquib al-attas.
- Teori 2: India
- hal ini juga dapat dibuktikan dengan terdapatnya cicir-ciri buatan India pada beberapa batu nisan
yang dijumpai di Jawa dan Pasai.
- Dinyatakan oleh Snouck Hurgronje iaitu sejarawan Belanda.
- Teori 3: China
- Canton di China telah menjadi pusat perniagaan terkenal dalam kalangan peniaga Arab yang
beragama Islam.
- Dikemukakan oleh Emanuel Gadinho Eredia.

14 | P a g e

8.2 Perkembangan Agama Islam Di Melaka
- Raja turut menganuti agama Islam dan diikuti oleh ahli keluarga dan para pembesarnya.
- melalui kegiatan perdagangan apabila ramai pedagang-pedagang Arab yang beragama Islam datang
berdagang dan berkahwin dengan wanita tempatan di Melaka.
- Kemajuan agama Islam di Melaka dibuktikan lagi dalam undang-undang Melaka yang turut
dipengaruhi oleh lunas-lunas Islam seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang laut Melaka
yang juga merupakan gabungan hukum adat tempatan dan undang-undang Syariah dan nilai Islam.
- Mempengaruhi gaya hidup rakyat seperti:
- Kalendar Hijrah digunakan oleh kerajaan Melaka
- Tulisan Arab disesuaikan dan dijadikan tulisan jawi
- pengajian Al-Quran dijadikan asas dalam sistem pendidikan masyarakat Melaka
- Upacara seperti khatam Al-Quran
- Kenduri arwah dan kesyukuran

15 | P a g e

Sistem pemerintahan Kesultanan Melaka

PEMBENTUKAN Pemerintahan Islam telah berlaku secara beransur-ansur di Nusantara,
bermula dari tahap penyebaran Islam kepada tahap penerapan Syariah, sehingga akhirnya
mewujudkan sebuah Kerajaan dan Pemerintahan Islam. Berbanding dengan Samudera-
Pasai yang menjadi pusat perkembangan dakwah Islam, kemunculan Melaka dengan
Sistem Pemerintahan Islam adalah lebih menonjol. Walaupun secara relatif, kewujudan
Melaka adalah sezaman dengan Samudera-Pasai, tetapi kerana Samudera-Pasai mewarisi
Perlak yang wujud sejak 840M, maka perkembangan Sistem Pemerintahan Islam di Melaka
lebih mendapat perhatian. Latar belakang Kerajaan-kerajaan Islam di Utara Sumatera itu
lebih dipengaruhi oleh tradisi Arab-Parsi-India, kerana Raja-raja mereka dikaitkan dengan
negara-negara tersebut, sedangkan Melaka benar-benar mewarisi dan mewakili peradaban
Melayu Islam. Kewujudan Melaka yang merupakan lanjutan Kerajaan Sriwijaya, telah
memperlihatkan percantuman Sistem Pemerintahan Islam dengan tradisi Kekerajaanan
Melayu di Nusantara. Menurut Auni Abdullah, Kerajaan Islam di Melaka telah menyambung
tradisi sebelumnya (Perlak dan Samudera-Pasai) dengan mewujudkan kesinambungan
Pemerintahan Islam dan pelaksanaan Syariat. Pemerintahan Islam di Melaka lebih
bertenaga, perkasa dan berwibawa berbanding Kerajaan-kerajaan Islam di Utara Sumatera,
di mana Melaka bukan sahaja menjadi pusat peradaban Islam, tetapi sebuah kuasa politik
yang mampu membentuk empayar dan menjadi tumpuan pedagang dari seluruh dunia.
Hakikat kemajuan yang dicapai oleh Melaka ini adalah berpunca daripada Sistem
Pentadbiran dan Pemerintahan Islam yang dipraktiskan. Dengan Sistem Pemerintahan
Islam yang dicantumkan dengan Sistem Pemerintahan Melayu Tradisional telah dapat
membina kekuatan baru sehingga mengangkat kedudukan Melaka dalam bidang politik dan
juga ekonomi. Tradisi Pemerintahan Islam yang diterap daripada model kepemimpinan
Rasulullah S.A.W dan para Khulafa’ ar-Rashidin telah melahirkan suasana baru dalam
kehidupan bernegara bagi orang Melayu yang sebelum ini sangat mendewa dan
mensucikan Raja-raja melalui konsep “devaraja”, kepada menjadikan Sultan sebagai
bayangan Allah di atas muka bumi yang ditaati selagi baginda semua mentaati Allah dan
Rasul-Nya.

16 | P a g e

Sebelum penubuhan Melaka, belum ada Kerajaan-kerajaan Tanah Melayu menggunakan istilah
“Sultan” untuk merujuk kepada Rajanya, kecuali Raja Kedah, Sultan Muzaffar Shah yang memeluk
Islam pada 1136M. Penggunaan gelaran Sultan telah menjadi tradisi di Utara Sumatera sejak 840M,
kemudian dikembangkan oleh Melaka sejak peng-Islaman Parameswara sekitar 1267M. Dalam sejarah
Islam, istilah Sultan hanya muncul selepas zaman Dinasti Saljuk (1037-1194M), sedangkan sebelumnya
hanya wujud Khalifah. Nizam al-Mulk (m. 1085M), pemimpin dan pemikir Saljuk yang terkenal, melalui
karyanya, Siyasat al-Muluk mengatakan Sultan adalah institusi yang sah dalam Islam, di mana ia
bertindak sebagai pemerintah yang memegang kekuasaan, manakala Khalifah kekal sebagai ketua
negara. Pendapat ini turut didukung oleh ulamak besar, Imam al-Juwaini (m. 1092M) dan Imam al-
Ghazali (m. 1111M). Pandangan mereka menjadi landasan terhadap kewujudan sistem kesultanan
dalam Pemerintahan Islam di Nusantara.Oleh kerana Sultan-sultan di Alam Melayu yang wujud sejak
840M, termasuk Kesultanan Melaka menjadi pemimpin umat dan negara, maka ia memenuhi maksud
al-Ghazali apabila mereka memerintah berpandukan Islam. Menurut al-Ghazali, Kesultanan adalah
suatu keperluan yang menjadi jambatan antara agama dan urusan dunia, iaitu bertanggungjawab
menguatkuasakan Syariat dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara keseluruhannya. Pada
zaman Melaka, disebabkan peranan ini, Sultan-sultan memakai gelaran “Khalifatullah fil Ardh”
(Pengganti Allah di muka bumi) dan “Zilalullah fil Ardh” (Bayangan Allah di muka bumi) untuk
menggambarkan peranan Sultan terhadap pelaksanaan Hukum Allah dan penyebaran agama-Nya.
Atas sebab itu, walaupun Melaka adalah sebuah empayar yang merdeka, ia tetap mempunyai
hubungan dan ketundukan kepada Khalifah-khalifah Islam di Kaherah (Daulah Abbasiyah) dan Istanbul
(Daulah Othmaniyah). Melaka tetap menerima bahawa Khalifah adalah ketua bagi orang-orang
beriman (Amir al-Mukminin).

17 | P a g e

Struktur pentadbiran Melaka

Dengan berasaskan Sistem Kesultanan, Pemerintahan Melaka mengekalkan
tradisi pentadbiran Melayu, di mana para pembesar menjadi pentadbir atau
Wazir-wazir dengan portfolio khusus. Pada asasnya, sistem ini berasaskan
pentadbiran Kerajaan Melayu di Palembang dan Singapura, sebelum Sistem
Islam diterapkan. Dalam sistem pentadbiran yang bermula pada zaman Sultan
Muhammad Shah, pembesar utama Melaka ada empat tingkat iaitu Orang Besar
Empat, Orang Besar Lapan, Orang Besar 16 dan Orang Besar 32. Pentadbir
utama ialah Orang Besar Empat yang terdiri dari Bendahara, Penghulu
Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Bendahara yang menjadi Menteri
Utama Melaka adalah ketua pentadbir (seperti Perdana Menteri), dengan tokoh
yang paling terkenal ialah Tun Perak. Di samping itu juga, wujud jawatan-jawatan
lain yang merupakan pengukuh pentadbiran di Melaka, yang biasa bergelar
Datuk, Penghulu, Pemungut Cukai dan Saudagar. Struktur ini menggambarkan
ketersusunan sistem pentadbiran Kerajaan Melaka.

Selaku ketua pentadbir, Bendahara adalah penasihat utama Sultan dalam soal
pentadbiran dan hubungan luar negara, memberi arahan-arahan atas
kepentingan negara dan menjaga alat-alat kebesaran ketika kemangkatan
Sultan, selain sebagai Ketua Hakim dan Ketua Pentadbiran. Selalunya
Bendahara terlebih dahulu memegang jawatan Temenggung dan Penghulu
Bendahari, sebelum dilantik ke jawatan tertinggi itu, dan memakai gelaran Seri
Nara Diraja. Pada awalnya Bendahara dibantu oleh dua Wazir, Temenggung dan

18 | P a g e

Seri Bija Diraja yang masing-masing bertanggungjawab terhadap keamanan dan
perdagangan serta ketumbukan hulubalang di Melaka. Selain bertanggungjawab
terhadap keselamatan dalam negeri, Temenggung yang bergelar Seri Maharaja
juga adalah ketua protokol dan bertanggungjawab terhadap Hulubalang Besar
dan Laksamana. Penghulu Bendahari yang diwujudkan kemudian adalah
Setiausaha Kerajaan dan penjaga khazanah negara, manakala Syahbandar pula
menjadi penyelia pelabuhan dan pemungut cukai. Pada zaman Sultan Mansor
Shah, jawatan Laksamana diwujudkan secara rasmi sebagai ketua angkatan
laut, yang setara dengan Seri Bija Diraja yang bertanggungjawab terhadap
pertahanan darat. Dengan struktur pentadbiran dan bidang tugas para pembesar
yang tersusun ini, Melaka telah bangkit sebagai kuasa politik Islam di Nusantara.

Pengaruh Islam dalam sistem pemerintahan

Pemerintahan Kesultanan Islam yang berasaskan struktur pentadbiran Melayu di Melaka
telah memperlihatkan pengaruh Islam yang kuat apabila Sultan Muzaffar Shah
menjadikan Islam sebagai agama rasmi Melaka, sekali gus meletakkan Islam sebagai
Dasar Pemerintahan Negara. Semua urusan negara ditadbir menurut peraturan Syariat
dan hubungan dengan Negara-negara Islam, khususnya Khalifah di Kaherah
diperkukuhkan. Sultan Muzaffar Shah kemudiannya memperkenalkan Hukum Kanun
Melaka dan Undang-undang Laut Melaka sebagai penguatkuasaan Undang-undang
Syariat, di mana jawatan Qadhi diwujudkan untuk mengendalikan urusan kehakiman
negara di bawah Bendahara. Elemen-elemen pentadbiran tradisional Melayu dikekalkan
dalam pentadbiran Melaka, tetapi unsur-unsur Islam diterapkan sehingga elemen
Melayu tradisional tidak bercanggah dengan Syariat. Keterbukaan Islam menerima
sistem-sistem pentadbiran yang sedia ada, kemudian diterapkan dengan prinsip-prinsip
Islam seperti persamaan, keadilan, Syura dan sebagainya, telah membolehkan Islam
berperanan besar terhadap Kerajaan Melayu di Melaka. Pengaruh Islam yang lebih
ketara dalam pemerintahan di Melaka ialah dengan berlakunya penglibatan para ulamak
dalam pentadbiran kerajaan dan peranan kerajaan sendiri yang mendukung gerakan
dakwah Islamiyah di Nusantara. Semenjak Makhdum Syed Abdul Aziz menjadi guru
agama dan penasihat kepada Parameswara dan Raja Kechil Besar, para ulamak seperti

19 | P a g e

Qadhi Yusof, Qadhi Munawar Shah, Maulana Abu Bakar dan Maulana Sadar Jahan telah
berperanan sebagai penasihat Sultan, Qadhi dan juga penggubal undang-undang yang
berasaskan Syariat sebagai Undang-undang Melaka. Kerajaan Melaka juga
menggalakkan kehadiran ulamak luar untuk mengembangkan ilmu dan berdakwah di
Melaka. Kemudian, melalui aktiviti pendidikan, penterjemahan dan penulisan yang
berlaku di istana-istana dan masjid, telah melahirkan pula para pendakwah seperti
Sunan Gunung Jati dan Sunan Kalijaga, yang kemudiannya dengan dukungan Kerajaan
Melaka, telah mengembangkan dakwah ke seluruh pelusuk Nusantara. Tidak dapat
ditolak, bahawa peranan Pemerintahan Islam di Melaka sangat membantu proses
dakwah ini, sehingga para sarjana merumuskan Melaka sebagai pusat penyebaran Islam
pada abad ke-15M.

20 | P a g e

Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka

Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa dan merupakan
pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Bendahara Tun Perak, pencipta keunggulan Melaka,
telah tua. Begitu juga dengan Laksamana Hang Tuah. Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga
menpunyai rancangan jahat dan pilih kasih. Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau
juga seorang mangsa keadaan. Ayahandanya (Sultan Alaudin Riayat Shah)mangkat pada usia yang
masih muda.

Oleh itu baginda menaiki takhta ketika masih kanak-kanak. Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera
dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah
pertama yang tiba di Asia Tenggara. Orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik
gadis-gadis dan mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya
mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20
anak kapalnya ditahan. Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari India
diketuai oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa
permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud
Shah. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Sultan
Mahmud Shah terpaksa melarikan diri ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam
percubaannya mendapat pertolongan daripada negera China.

21 | P a g e

PENUTUP

Menjelang kurun ke-16, Melaka masih merupakan sebuah empayar yang gagah, makmur dan
masyhur. Kegemilangan dan keunggulan Kerajaan Melaka berada di kemuncak semasa negeri itu
berada di bawah kepimpinan Bendahara Tun Perak. Walau bagaimanapun kegemilangan itu tidak
kekal lama apabila kerajaan Melaka menghadapi kemerosotan dan kejatuhan selepas kematian
Bendahara Tun Perak. Kejatuhan empayar Melaka disebabkan beberapa faktor dalaman dan luaran.

Secara kesimpulannya, perkembangan zaman Kesultanan Melayu Melaka banyak bergantung kepada
kebijaksanaan pemerintahnya yang gigih merangka dan menyusun struktur serta strategi
pentadbiran kerajaannya. Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru
dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan,
menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan juga
bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain. Walaupun
Melaka merupakan warisan Srivijaya, namun perkembangandan pencapaian Melaka adalah berbeza
daripada Srivijaya kerana Melaka mampu menjadi satu tempat asas yang mempelopori kegiatan
pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.

22 | P a g e


Click to View FlipBook Version