E-PORTFOLIO
PSVK3213
PENSYARAH:
TN. MOHD. FAUZI BIN MD.REJAB
Disediakan
oleh
TAN LEE FEI
P13D
Pengenalan
Secara umumnya, Pendidikan Seni Visual (PSV) merupakan sebuah
bidang yang mengandungi empat bidang iaitu bidang menggambar,
bidang membuat corak dan rekaan, bidang membentuk dan membuat
binaan dan bidang mengenal kraf tradisional. Hal ini dikenali sebagai
elemen yang penting yang perlu diperkenalkan dan dikuasai oleh para
murid di sekolah agar mereka boleh mempunyai pengetahuan yang lebih
luas dalam bidang seni visual. Sehubungan dengan itu, bidang
menggambar sebagai bidang yang paling asas dalam bidang PSV telah
mengutamakan ruang, struktur, imbangan dan komposisi semasa
menghasilkan sesuatu karya. Manakala, bidang membuat corak dan rekaan
telah merangkumi pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan
mengaplikasikannya menjadi rekaan-rekaan yang lain. Kedua-dua bidang
ini adalah vital dan boleh saling bergabung untuk mewujudkan satu karya
yang lebih menarik dan kreatif. Oleh itu, dalam tugasan ini, bidang
menggambar dan bidang membuat corak dan rekaan telah saya fokuskan
untuk menghasilkan karya yang bertemakan kebudayaan Cina.
BIDANG
MENGGAMBAR
Bidang Menggambar dikenali sebagai bidang yang
paling asas dalam bidang kegiatan yang terdapat dalam Sukatan
Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR dan KSSR. Bidang ini lebih
memberi penekanan kepada aspek ruang, struktur, imbangan dan
komposisi sebagai satu cara untuk menghasilkan bidang
menggambar. Tambahan pula, menggambar juga dapat dimaksudkan
sebagai gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan serta dapat
dijelaskan sebagai illustrasi yang digunakan untuk menerangkan
dengan lebih jelas tentang sesuatu objek. Seterusnya, tujuan
menggambar adalah untuk menggalakkan murid meneroka beberapa
teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar. Antara
aktiviti dalam bidang menggambar termasuklah aktiviti lukisan, catan,
kolaj, mozek, resis, stensilan, gurisan, dan gosokan. Bagi alat dan
bahan asas yang biasa digunakan dalam menggambar adalah seperti
kertas, pensil, warna, gam, krayon, gunting dan sebagainya.
LUKISAN KOLAJ
Lukisan adalah karya yang dihasilkan Aktiviti kolaj ialah kegiatan menampal
daripada garisan yang membentuk imej kertas, kain atau bahan terbuang yang
menggunakan media kering yang biasanya boleh disusun secara bertindan tindih
dihasilkan secara spontan serta di atas sesuatu permukaan.
menggunakan campuran warna yang terhad.
CATAN MOZEK
Catan merupakan proses melukis Teknik mozek adalah satu cara
dengan menggunakan bahan
pewarna atau cat yang disapu di atas menghasilkan karya dengan
permukaan.
menyusun dan menampal bahan
secara tersusun dan tidak boleh
bertindih.
MONTAJ RESIS
Montaj menggunakan potongan gambar- Aktiviti menyapukan warna basah ke
gambar yang berkaitan untuk menghasilkan atas pemukaan kertas yang telah
satu tajuk atau tema. dilukis dengan lilin, krayon atau oil
pastel.
STENSILAN GURISAN
Stensilan merupakan teknik yang Teknik yang menggunakan sesuatu
menggunakan acuan sebagai bahan alat yang tajam untuk mengguris
untuk menghasilkan corak pada keluar sesuatu bahan yang lembut
sesuatu permukaan. pada sesuatu permukaan.
GOSOKAN CETAKAN
Gosokan adalah satu cara paling mudah Seni cetak ialah proses penghasilan
untuk merakamkan berbagai jalinan pada
sesuatu permukaan. karya seni melalui teknik percetakan,
biasanya di atas kertas.
CAPAN POSTER
Penggunaan alam semula jadi untuk Poster ialah reka bentuk grafik yang
membentuk imej dihasilkan melalui bertujuan untuk memberi maklumat,
teknik capan. berkomunikasi, memberi peringatan
dan promosi barangan.
PERCIKAN
satu teknik hiasan catan dengan mendetik,
mengetuk atau menjentik bahagian bulu
berus yang akan menghasilkan kesan a
speckled granite
BIDANG
MEMBUAT CORAK
DAN REKAAN
Bidang Membuat Corak Dan Rekaan
merangkumi pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan
mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Dengan itu,
corak dan rekaan tersebut juga dapat digabungkan kepada
mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain untuk
mewujudkan suatu karya yang lebih menarik. Selain itu,
bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji
pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian melalui
pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti
corak tidak terancang yang dihasilkan daripada pualaman,
tiupan, titisan, ikatan dan celupan, renjisan dan percikan
manakala corak terancang yang dihasilkan secara lukisan,
catan, cetakan, capan, lipatan dan guntingan, resis, kolaj
dan kaligrafi.
CORAK TERANCANG
LUKISAN
Lukisan merupakan aktiviti melakar
dan melukis corak dengan
menggunakan media kering.
CATAN CETAKAN
Catan ialah proses melukis corak AKtiviti cetakan lazimnya akan
menggunakan blok kayu, goresan
dengan menggunakan bahan batu, logam dan sebagainya untuk
ditebuk dan diukir. Bahan diukir
pewarna atau cat yang disapu di atas dengan corak yang diingini dan
dicetak pada permukaan yang rata.
permukaan.
CAPAN
Capan dimaksudkan sebagai teknik
mengecap dengan penggunaan
bahan alam atau alam semula jadi
yang mempunyai jalinan tertentu.
CORAK TERANCANG
LIPATAN DAN
GUNTINGAN
Aktiviti lipatan dan guntingan ialah
aktiviti melipat kertas dan
menggunting mengikut corak yang
dikehendaki.
RESIS KALIGRAFI
Resis merupakan aktiviti menyapukan Bidang kaligrafi akan dilukiskan di atas
warna basah ke atas permukaan kertas kertas lukisan dan motif yang
yang telah dilukis dengan lilin, krayon digunakan ialah motif huruf yang
atau oil pastel untuk menghasilkan lazimya terdiri daripada ayat jawi dan
corak yang menarik. Al-quran.
KOLAJ
Aktiviti kolaj adalah kegiatan yang
menampal kertas, kain atau bahan
terbuang di atas sesuatu permukaan .
Tampalan atau corak yang dihasilkan
boleh disusun secara bertindih-tindih.
CORAK TIDAK TERANCANG
PUALAMAN
Pualaman ialah teknik yang
menggunakan kaedah pengasingan
warna minyak dan air. Air diletakkan ke
dalam tray lalu dititiskan dengan cat
minyak. Pada masa yang sama, kertas
diletakkan pada permukaan air yang
mengandungi cat tersebut.
TIUPAN
Tiupan alah satu teknik yang menggunakan
straw warna air yang terdapat pada
permukaan kertas ditiup sehingga mendapat
corak yang diingini.
IKATAN DAN CELUPAN
Ikatan dan celupan adalah digunakan
dengan cara simpulan, ikatan, lipatan dan
jahitan untuk menghasilkan corak yang
menarik.
RENJISAN DAN PERCIKAN
Reka corak renjis boleh dikenali sebagai suatu
teknik dalam menghasilkan corak terancang
atau tidak terancang dengan cara semburan,
percikan atau tiupan.
琵琶Pipa( )
Pemilihan Tema
KEBUDAYAAN TEMPATAN-CINA
Pengenalan
Pipa merupakan sejenis alat muzik
tradisional masyarakat Cina yang bertali dan
dipetik. Nama pipa telah membawa makna
iaitu "Pi" yang bermaksud gerakan tangan
kanan dan jari ke hadapan apabila pemain alat
muzik menolak tali. Manakala, "Pa" bermaksud
gerakan petikan tali ke belakang. Pipa
biasanya akan digunakan dalam orkestra
untuk mengiringi opera Cina dan juga sebagai
alat solo atau mengiringi nyanyian.
Bentuk
Pipa merupakan alat bertali yang
mempunyai empat tali logam.
Badannya diperbuat daripada kayu,
dadanya bulat dan belakangnya
cembong tetapi dadanya mendatar.
Beberapa kekuda titian tali daripada
kayu dipasang pada papan jari
seperti fret.
Evolusi Pipa
Pipa telah mengalami perubahan
dalam bentuknya, jumlah fret, tali, dan
juga cara memain.
Cara Bermain
Pemain duduk tegak, pipa diletak tegak di atas
paha.
Tangan kiri menekan tali pada fret-fret untuk
menghasilkan pelbagaiton ketika dipetik.
Tangan kanak memetik tali dengan hujung-
hujung jari kuku palsu.
Ibu jari dan jari terlunjuk paling kerap
digunakan.
Jika ingin menghasilkan bunyi yang
berterusan, ibu jari dan jari telunjuk memetik
tali dengan cepat ataupun kelima-lima jari
bergilir-gilir memetik tali dengan cepat.
Terdapat pelbagai teknik bermain pipa bagi
kedua-dua belah tangan yang ditulis dengan
pelbagai simbol.
DOKUMENTASI
DOKUMENTASI
PERSEMBAHAN ORKESTRA
DI MALAYSIA
Sila imbas Qr Code untuk
menontonnya!
Sumber Ihlam
Lakaran Sumber Ihlam
LAKARAN
PERKEMBANGAN IDEA
LAKARAN
PERKEMBANGAN IDEA
KAJIAN
KOMPOSISI
PANDANGAN DEPAN
PANDANGAN BELAKANG
PANDANGAN
SISI DEPAN
PANDANGAN
SISI BELAKANG
KAJIAN
WARNA
KAJIAN WARNA 1 DIPILIH
Warna panas
(coklat)
Warna tertier
(biru + hijau)
Warna harmoni
(merah, kuning, jingga)
Bagi latar pipa, saya telah menggunakan warna tertier yang
terdiri daripada campuran warna biru dan hijau untuk
memberi kesan yang moden dan menunjukkan
keluhurannya.
Seterusnya, bagi corak-corak, saya telah memilih warna
merah, kuning dan jingga yang terang untuk mewujudkan
keharmonian dari segi warna di samping menarik perhatian
orang lain.
Bagi bahagian atas pipa pula, saya telah menggunakan
warna coklat iaitu warna panas untuk menunjukkan ciri
tradisionalnya.
Melalui beberapa kajian warna yang dijalankan, saya telah
memilih warna ini pada akhirnya.
KAJIAN WARNA 2
Warna harmoni Warna sekunder + Warna
(biru) neutral
(Jingga + Coklat)
Warna penggenap
(Biru penggenap Jingga
Warna panas
(coklat)
Bagi latar pipa, saya telah menggunakan warna panas iaitu
warna coklat untuk menunjukkan ciri tradisional pipa.
Seterusnya, bagi corak-corak bunga dalam badan pipa, saya
telah memilih warna penggenap iaitu warna biru yang
bertentangan dengan warna jingga untuk memberi kesan
menarik apabila dua warna tersebut saling bertembung. Bagi
corak-corak di tepi, saya telah memilih warna biru yang
berbeza ton warna sebagai warna harmoni untuk
mewarnakannya.
Bagi bahagian atas pipa pula, saya telah menggunakan
warna sekunder iaitu jingga dan warna neutral iaitu coklat
untuk mewujudkan keharmonian.
KAJIAN WARNA 3
Warna asas + warna Warna harmoni
sekunder (hijau)
(kuning + jingga)
Warna asas
(kuning)
Warna penggenap
(merah + hijau)
Bagi latar pipa, saya telah menggunakan warna asas iaitu
warna kuning yang terang untuk menunjukkan ciri
modennya.
Seterusnya, bagi corak-corak bunga dalam badan pipa, saya
telah memilih warna penggenap iaitu warna merah yang
bertentangan dengan warna hijau untuk menunjukkan ciri-
ciri istimewa corak bunga dengan lebih jelas. Bagi corak-
corak di tepi, saya telah memilih warna hijau yang berbeza
ton warna untuk mewujudkan keharmonian.
Bagi bahagian atas pipa pula, saya telah bercampur warna
asas iaitu kuning dan warna sekunder iaitu jingga yang
sewarna.
KAJIAN WARNA 4
Warna neutral
(coklat)
Warna asas + warna
neutral
(merah + putih)
Warna panas + warna
sejuk
(merah + biru)
Warna penggenap
(ungu + kuning)
Bagi latar pipa, saya telah menggunakan warna asas iaitu
merah untuk bercampur dengan warna neutral iaitu putih
untuk mewujudkan warna merah jambu yang memberi kesan
moden.
Seterusnya, bagi corak-corak bunga dalam badan pipa, saya
telah menggabungkan warna panas iaitu merah dan warna
sejuk iaitu warna biru. Manakala, bagi corak-corak di tepi, saya
telah memilih warna penggenap iaitu warna ungu dan warna
kuning untuk menunjukkan ciri istimewa corak tersebut.
Bagi bahagian atas pipa pula, saya telah menggunakan warna
neutral iaitu warna coklat yang berbeza ton untuk memberi
harmoni kepada seluruh lukisan.
KAJIAN TEKNIK
Bidang menggambar:
Teknik lukisan-pensel
Saya telah menggunakan pensel untuk membuat lakaran
pipa. Hal ini telah membantu saya untuk menentukan
lakaran pipa sebelum mewarnanya.
Teknik lukisan-pensel warna
Saya telah menggunakan pensel warna untuk membuat
kajian warna terhadap pipa supaya dapat memilih warna
yang sesuai dan paling cantik.
Bidang membuat corak dan rekaan:
Teknik lukisan- Corak terancang
Saya telah menggunakan pensel warna untuk
menghasilkan corak terancang yang terdapat dalam
badan pipa.
PROSES
PENGHASILAN KARYA
Disediakan oleh: Tan Lee Fei
PROSES
PENGHASILAN KARYA
Sila imbas Qr Codde ini!
KARYA AKHIR
Refleksi
Berdasarkan tugasan ini, saya telah belajar
cara untuk menghasilkan satu e-portfolio yang
betul dan lengkap. Dalam tugasan ini, saya telah
menetapkan tajuk saya sebagai Pipa Cina
berpandukan tema yang diberikan dalam
tugasan iaitu Kebudayaan tempatan di
Malaysia. Sebelum saya memulakan tugasan
tersebut, saya juga telah membuat satu
senarai semak untuk memudahkan kerja saya
supaya tiada yang tercicir semasa
melaksanakan tugasan ini. Saya telah
memastikan diri sendiri telah mematuhi arahan
dan elemen-elemen yang diperlukan dalam
kandungan e-portfolio.
Sehubungan dengan itu, saya telah melakukan
beberapa lakaran dan kajian untuk memastikan hasil karya
saya adalah menarik dan kreatif. Sebagai contoh, saya
telah mencari tembikai sebagai sumber ilham saya untuk
menghasilkan pipa Cina. Dengan itu, saya juga telah
membuat lakaran terhadap sumber ilham saya dan
seterusnya berkembang idea tersebut supaya boleh
menjadi pipa. Sementelahan itu, kajian yang telah saya
lakukan iaitu kajian komposisi, kajian warna dan kajian
teknik sebelum saya menghasilkan karya akhir saya. Dalam
kajian komposisi, saya telah melukis lakaran yang
mengandungi pandangan depan, belakang dan pandangan
sisi supaya saya telah memahami reka bentuk pipa
tersebut. Seterusnya, saya telah membuat kajian warna
dengan mengeluarkan beberapa pilihan warna terhadap
pipa tersebut supaya boleh memilih satu warna yang
paling sesuai untuk mewujudkan ciri pipa yang unik dan
tradisional. terhadapnya. Selanjutnya, saya telah
membuat kajian teknik terhadap hasil karya saya iaitu
menggunakan teknik lukisan untuk menghasilkan hasil
karya pipa.
Tambahan pula, semasa saya melaksanakan tugasan
ini, saya juga merujuk kepada pelbagai sumber maklumat
untuk mengumpul maklumat dan idea. Bagi membuktikan
perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah, saya
telah menggunakan Pinterest, Tiktok dan Instagram untuk
mencari idea tentang corak yang boleh tambah dalam
badan pipa. Dalam menghasilkan e-portfolio saya, saya
juga telah menggunakan Google untuk mencari maklumat
dahulu sebelum membuat tugasan ini. Dalam Google, saya
dapat melihat contoh-contoh portfolio yang dihasilkan
oleh orang lain dan saya telahpun mengambil sedikit idea
daripada mereka untuk menghasilkan e-portfolio saya
sendiri. Bukan itu sahaja, saya telah menggunakan
Youtube untuk belajar cara membuat Qr code dan
mencari video tentang pipa supaya boleh memberi satu
pengenalan yang lebih mendalam. Saya juga telah
menggunakan Canva untuk mereka cipta e-portfolio lalu
menggunakan Anyflip untuk menyusun laporan saya
supaya nampak lebih tersusun dan kemas semasa
membacanya. Pendek kata, saya telah merujuk kepada
beberapa sumber untuk mengumpul maklumat dan
mencari idea.
Seterusnya, berdasarkan kandungan e-portfolio saya,
saya telah memasukkan beberapa unsur seperti grafik,
video dan muzik supaya e-portfolio saya melihat lebih
interaktif dan menarik. Tamsilannya, saya telah
menambah beberapa grafik yang boleh mewujudkan
budaya Cina dengan lebih jelas dan juga menambah
video-video yang berkenaan pipa supaya boleh meluaskan
ilmu kita terhadap pipa. Dengan menambah beberapa
unsur tersebut juga telah menjadikan e-portfolio saya
begitu istimewa. Namun begitu, setelah menyiapkan e-
portfolio tersebut, saya juga mempunyai beberapa
penambahbaikan yang perlu dibuat iaitu saya boleh
menambah lagi teknik sama ada dalam bidang
menggambar atau bidang membuat corak dan rekaan
supaya hasil karya saya nampak lebih cantik dan menarik.
Selain daripada itu, saya juga perlu memperkuatkan lagi
kemahiran mewarna saya supaya boleh memadankan
warna yang lebih cantik untuk menghasilkan sesuatu
karya. Secara keseluruhannya, saya berharap
kebudayaan tempatan di Malaysia ini dapat terus
berkembang dan meningkatkan martabatnya ke persada
dunia supaya setiap orang dapat mengenalinya.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, bidang menggambar dan
bidang membuat corak dan rekaan merupakan
bidang yang begitu afdal dan juga suatu ilmu
pembelajaran yang amat berharga terhadap
setiap masyarakat. Justeru, dengan meneroka
ilmu pengetahuan dalam bidang Pendidikan Seni
Visual, dapatlah kita lahirkan masyarakat yang
berfikiran kreatif dan inovatif dan seterusnya
menggiatkan ekonomi Malaysia dengan pasaran
produk tempatan. Dengan melaksanakan tugasan
ini, saya telah mendapat banyak pengalaman dan
ilmu tambahan yang dapat saya aplikasi semasa
menjadi guru sebenar di sekolah pada suatu hari
nanti. Setelah menghasilkan tugasan ini, saya juga
berasa sangat bangga terhadap kebudayaan di
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan
begitu unik. Hasil-hasil karya yang diwarsi oleh
nenek moyang pada masa dahulu dapat
dikekalkan pada hari ini bukanlah mudah, jadi kita
patutlah menghargainya dan terus mengembang
lagi supaya budaya-budaya tersebut tidak hilang
dan tidak dilupai pada masa depan. Saya juga
berharap ilmu yang saya dapat melalui tugasan
ini dapat mengaplikasikan dalam kehidupan
seharian lalu menyerahkan ilmu tersebut yang
berguna kepada para murid di sekolah nanti.
RUJUKAN
Balai Seni Lukis Negara. (2008, Ogos 19-20). Prosiding siding
seni 2008. Balai Seni Lukis Negara.
Cecilia Chan, C.P. (2008). Kajian mengenal alat muzik
tradisional cina: Erhu teknik-teknik memainkan dan cara
penalaan. Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia
Sarawak.
https://ir.unimas.my/id/eprint/20846/1/Kajian%20mengenai%
20alat%20muzik%2024pgs.pdf
Dirk John Ombuh, MT & Mycle Marcelino Wala, ST. MT.
(2018). Menggambar Teknik I. Polimdo Press.
Mohd. Sawari Rahim. (2017). Penggunaan hand guard dalam
meningkatkan kemahiran murid tahun lima membuat garisan
grid corak terancang. Koleksi Artikel Penyelidikan Pendidikan
Seni Visual.
http://ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/kajiantindak
an/psv17/2.pdf
Tan, S. B. (2011). Huayue tuan (Orkestra) di Malaysia: Adaptasi
untuk Kelangsungan. Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun
Melayu. 2(2), 130-150.
http://journalarticle.ukm.my/3170/1/J.Terjemahan_22Jun201
108new.pdf
TERIMSEAKIAKNASIH
17April 2022